View: 8992|Reply: 79
|
Usahawan Bumiputra. Dimana Silapnya?
[Copy link]
|
|
Assalamualaikum,
Pembabitan usahawan bumiputra sehingga kini terlalu kecil dan sedikit jika dibandingkan dengan usahawan cina yang kini merupakan majoriti dala penguasaan ekonomi Malaysia. Bilangan dana kewangan yang diwujudkan oleh kerajaan bagi membantu usahawan bumiputera dalam perniagaan amat melipah ruah. Tetapi usahawan melayu gagal eksploitasi kelebihan yg sedia ada.
Kita tidak perlukan statistik untuk mempercayai bahawa dalam kebanyakanbidang perniagaan, orang Melayu masih golongan minoriti.
Lihatsaja kawasan komersiol di setiap bandar besar dan kita akan mendapatibilangan pekedai dan peniaga Melayu masih sedikit kecuali peringkatpenjaja. Bilangan usahawan Melayu di setiap peringkat rantaian bekalanmasih belum mencerminkan kedudukan Melayu sebagai majoriti rakyatnegara kita.
Namun kita harus juga mengakui bahawa bilangan usahawan Melayumemberanikan diri berniaga dan bersaing di pasaran sudah mulabertambah. Usaha menggalakkan orang Melayu menjadi usahawan sudah lamabermula iaitu sejak Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan pada 1970.
Usahaini masih berterusan hingga sekarang kerana tahap pencapaian orang Melayu masih di bawah sasaran. Peluang perniagaan memang banyak, hasil daripada kemajuan ekonomi negara dan ini memberi peluang kepada ramaiusahawan Melayu. Namun penguasaan orang Melayu dalam perniagaan tetap di belakang masyarakat Cina.
Ada sebilangan orang Melayuberjaya menjadi usahawan besar dan membanggakan. Laporan menyenaraikan 30 bilionaire negara yang mana lapan daripadanya orang Melayu. Bagaimanapun 20 daripada mereka adalah keturunan Cina dan dua berketurunan India.
Laporan mengenai kekayaan mereka ini dikira bersandarkan maklumat mengenai nilai pasaranpegangan mereka dalam syarikat tersenarai di bursa saham pada akhirtahun lalu. Ini bermakna nilai harta dan pinjaman peribadi mereka tidakdiambil kira.
Kemasukan lapan orang Melayu dalam senarai inimenunjukkan 26.7 peratus adalah orang Melayu. Jumlah kekayaan untuk 30orang ini adalah RM117.15 bilion. Namun jumlah kekayaan lapan orang Melayu ini hanyalah RM9.947 bilion atau 8.5 peratus daripada jumlah keseluruhan.
Kita juga perhatikan dari laporan itu walaupunhanya dua orang berketurunan India atau 6.7 peratus, jumlah kekayaandua orang ini adalah RM19.52 bilion atau 16.7 peratus. Jika dikirakedudukan dari segi nilai kekayaan, jelas penguasaan orang Melayupaling sedikit.
Laporan seperti ini hanya mengesahkan apa yangsudah kita ketahui. Memang hakikatnya penguasaan Melayu dalam kekayaan negara masih tidak seimbang dengan bilangan mereka sebagai majoriti penduduk.
Cara untuk meningkatkan penguasaan orang Melayu ke atas kekayaan negara ialah dengan terus menggalakkan masyarakat Melayu membabitkan diri dalam kegiatan ekonomi negara. Itu sebabnya usaha menggalakkan pembangunan usahawan Melayu perlu diteruskan dengan giat dan bersungguh-sungguh.
Seperti telah diketahui, memang banyak agensi dan institusi telah diwujudkan untuk membantu masyarakat Melayudan Bumiputera lain menjadi usahawan. Ada di antara agensi kerajaan seperti Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara) diwujudkan khusus untuk membantu Bumiputera menjadiusahawan berjaya.
Baru-baru ini masyarakat bukan Bumiputera meminta agensi kerajaan terbabit dalam pemberianbantuan kewangan kepada masyarakat usahawan supaya tidak mengetepikanmereka dalam pemberian bantuan kewangan.
Selain dana PUNB, Maradan beberapa dana tertentu, kebanyakan dana keusahawanan kerajaan memang terbuka kepada semua kaum. Difahamkan dana dan geran Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (Smidec) umpamanya lebih banyak dimanfaatkan oleh usahawan Cina berbanding usahawan Melayu.
Kita juga difahamkan beberapa dana disokong oleh Credit GuaranteeCorporation (CGC) terus dimanfaatkan oleh usahawan bukan Bumiputera.
Oleh kerana kedudukan orang Melayu sebagai golongan usahawan masih dibelakang, maka dimanakah silapnya?
[ Last edited by disclaimer at 25-1-2008 06:15 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
salah satu silapnya dimana dia jadi jerung....then makan bilis-bilis yang bergantung harap dengannya!
harapkan supllier...supplier tutup lubang!
kedai borong pun dia...pasar malam pun dia...forum pun dia...forum bilis dia cari makan pun ada dia!
huh! |
|
|
|
|
|
|
|
tak percaya???
believe it! |
|
|
|
|
|
|
|
Apa kata kita bincangkan dgn perspektif yg lbh luas...... |
|
|
|
|
|
|
|
mudah lemah semangat...mcm aku |
|
|
|
|
|
|
|
peluang byk tp meng 'ali baba' kan peluang yg ada pd org lain.sendiri goyang kaki kat umah harapkan komisen ataupun kutipan sewa.tu yg aku nmpk paling jelas & nyata. |
|
|
|
|
|
|
|
harapkan subsidi atau loan semata2....
bila loan tak approve....impian terkubur... |
|
|
|
|
|
|
|
MALAS dan PENAKUT....
MALU utk wat marketing.....
BYK SGT PIKIRAN NEGATIF...
TAK PANDAI BERCAKAP... tp mengumpat nombor 1
TAK PANDAI JAGA CUSTOMER... menyombong mcm bagus sgt...
MUDAH LUPA DIRI...
itu just antaranya aja.. klu ikutkan, nak list mmg byk............!! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by prebetsabu at 25-1-2008 09:50 AM
MALAS dan PENAKUT....
MALU utk wat marketing.....
BYK SGT PIKIRAN NEGATIF...
TAK PANDAI BERCAKAP... tp mengumpat nombor 1
TAK PANDAI JAGA CUSTOMER... menyombong mcm bagus sgt...
...
bijak2..anak sapa la nie...salah satu kenyataan yang aku sokong.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by cikuci_comelnye at 25-1-2008 06:41 AM
salah satu silapnya dimana dia jadi jerung....then makan bilis-bilis yang bergantung harap dengannya!
harapkan supllier...supplier tutup lubang!
kedai borong pun dia...pasar malam pun dia.. ...
kenapa kita kena jadi bilis?..kalau ada peluang kita jadi jerung kita jadi jerung..biar depa jadi bilis plak...tapi usaha mau keras la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pd aku, tu semua sebab mentaliti majoriti org melayu jer. Cthnya mcm mak bapak, baper ramai yg sokong anak dia yg nak wat bisnes..... balik2 ayat nie jer akan kuar....... "Keje mkn gaji nie slamat sket, tiap2 bln confirm dpt gaji", "Takyah ler bukak bisnes, tgk baper ramai org melayu yg fail bisnes dia".
Mmg ader melayu yg truskan niat nak wat bisness tanpa perstujuan mak bapak........ tp kalo dpt sokongan spenuhnya dr mereka kan best........ Motivasi smua tu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 disclaimer's post
lagi satu suka tikam org dr belakang... potong line org..
cuba tgk kalau satu kawasan tu, A jual goreng pisang laku, esok B plak bukak goreng pisang, pastu C.. then siap jumpa bomoh la bagai nak bg yg A nie lingkup.. camner nak maju... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 wmhafiz's post
betul.. alhamdulillah.. nasib baik both my parents n parents in law support kami full swing...
pengalaman kitorang, lagi sng nak deal ngn bangsa lain dari deal ngn bangsa sendiri dlm hal bisness ni... kitornag pi jupe, nak wat marketing, nak propose, kaum lain terima kami dgn mudah.. tgk harga ngam, lokasi ngam, terus deal, esok terus mai hantar kete nak cuci.. kaum melayu, macam2 alasan... ada yg taknak layan pon kitorang pi jupe dia.. gah sgt ke bisness dorang tu... mmg beza betul... tanya itu tanya ini.. tanya dah lama bukak ke.. tanya yg sumenye tak releven...
ntah la.. kekdang aku sedih ngn bangsa sendiri... BUSUK HATI lak tuh... ada plak tu yg awal2 lagi dah kondem kitorang.. dia kata.. "laku ke wat carwash?"... betul2 nak jatuhkan moral kitorang.. tapi takpe.. skrg ni kitorang tgh nak carik balik org2 tu, n tunjuk kat dorang sejauh mana kitorang leh gi! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by prebetsabu at 25-1-2008 12:40 PM
ntah la.. kekdang aku sedih ngn bangsa sendiri... BUSUK HATI lak tuh...ada plak tu yg awal2 lagi dah kondem kitorang.. dia kata.. "laku ke watcarwash?"... betul2 nak jatuhkan moral kitorang.. tapi takpe.. skrg nikitorang tgh nak carik balik org2 tu, n tunjuk kat dorang sejauh manakitorang leh gi!
Aku rasa dorang nie duk zaman batu ler....... pdhal carwash ler antara paling laku skrang. |
|
|
|
|
|
|
|
bantuan dah banyak..macam2 subsidi.....mcm nak makan mesti ada org tolong suapkan...
SILAP DIRI SENDIRI |
|
|
|
|
|
|
|
bumiputera satu je aku perhatikan, suka ngat ngan skim cepat kaya, org pakai merc nak pakai merc jugak, pastu duit peninggalan mak bapak dia pakai buat melabur dlm skim ntah apa2 lepas tu terkubur, jerung juga yg kenyang, lg satu hal bumipitera malu nak jual kat gerai2, cina mana ada mcm tu, cina jual teh herba gerai bergerak sejak mula2 kahwin sampai dah dapat cucu, tapi rumah 3 tingkat, siap ada rangkaian kopitiam besar2, pakai merc , bmw bagai, tapi masih tetap dengan trademark jual teh herba gerai tolak tu,
melayu @ bumiputera ada sanggup susah2 gitu? harapkan loan semata2 utk berniaga. pengalaman adik ipar aku, kawan2 dia paksa dia suh buat loan kalau nak business, adik ipar aku tu lepasan mara, kawan2 dia yg lain2 cikai je, harapkan loan adik ipar aku, modal taknak kongsi, paksa adik ipar aku buat loan nama dia sbb ada peruntukkan utk ex-mara kan, last2 aku brainwash budak2 tu, mulakan business dr zero! tiru mcm david teoh, belajar bancuh simen baru belajar buat wisma!! last2 terkubur business yg geng2 adik ipar aku canang2kan,
memang melayu suka mengharap, dan nak cepat naik |
|
|
|
|
|
|
|
bumi ni banyak berangan... pastu selalu nak cepat kaya..
tanak keje susah2 dulu... tau nak senang je... sebab tu rasuah tu dah jadi macam biasa je utk org2 di atas nun... siap mintak lagi tanpa rasa malu...
sedarlah wahai bangsaku... |
|
|
|
|
|
|
|
pasal rasuah tu takleh nak kata apa la..mmg dah berakar umbi dari dulu lagik..kadang2 nak tanak kita pon kena jugak main game diorang tuhs..dah diorang mintak, takkan tanak kasi, nanti tade keje plak.. sedey2 |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #19 EezOne's post
Macamanapun kita kena berpegang kepada hukum ugama. Nanti kalau ramai memberi, lebih ramai akan muncul orang yg menerima. Jgn lah menggalakkan budaya begini.
So, tepuk dada tanya lah iman. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|