View: 16695|Reply: 46
|
Singapura dilanggar todak - betul atau dongeng?
[Copy link]
|
|
Discuss. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 *Orseas_Urusha's post
aku rasa dongeng pasal dah nama citer dongeng...kalau tak
mesti dah masuk buku sejarah..tak pun guinness book of record |
|
|
|
|
|
|
|
kmungkinan besar time 2 nelayan singapura dpt rezeki ikan todak byk btl msk dlm jala@pukat drg, so (spt besa) crita btukar dr mulut ke mulut nih (masing |
|
|
|
|
|
|
|
Sejarah Melayu Champa
Kisah Sejarah Melayu tentang Pau Gama yang pergi ke Majapahit dan berkahwin dengan Raden Gaalah Ajang dan kemudian memperolehi seorang anak bernama Jatnaka dapat dikesan sejarahnya. Tokoh Pau Gama itu ialah Jaya Simhavarman III (1288 - 1307) yang telah berkhawin dengan puteri Raja Javadvipa bernama Tapasi
Raja Jaya Simhavarman III berkahwin pula dengan puteri Dai Viet (Vietnam). Perkahwinan politik dengan puteri Dai Viet ini mengorbankan dua wilayah Champa di utara Col des Nuages. Sesudah beliau meninggal, baginda diganti oleh seorang anaknya yang bernama Harijitatmaja yang meneruskan penentangan terhadap penguasaan Dai Viet ke atas wilayah pusaka-nya. Baginda akhirnya ditangkap dan meninggal pada 1313 dalam kurungan sangkar emas. Harijitatmaja diganti oleh saudaranya yang dikenali dengan sebutan Che Nang atau Che Man atau Cei Anak. Che Nang meneruskan perjuangan menentang Dai Viet. Tokoh inilah agaknya yang disebut dalam Sejarah Melayu sebagai Jatnaka. Tokoh lain yang disebut dalam Sejarah Melayu ialah dua orang pelarian Champa yang bernama Syah Indera Berman dan Syah Pau Ling (Liang). Sejarahnya dapatjuga dikesan iaitu terjadi pada zaman pemerintahan Ban La Tra Toan (1460 - 1471).
Ban La Tra Toan memerintah di ibu kota Sri Vini (Sri Raja Than Ton). Setelah Kota Vijaya jatuh. Raja Champa pun mati terbunuh. Dengan kejatuhanibu kota Vijaya ini ramai pelarian politik Cham yang menuju ke daerah Melayu yang selamat, antara lain ke Melaka. Yang termasuk dalam pelarian itu ialah dua orang putera raja Champa, iaitu Indravarman dan Pau Liang di atas. Gambaran Sejarah Melayu tentang Champa terdapat dalam Al-Kisah ke29 yang menceritakan seorang Nakhoda Champa yang bernama Sayyid Ahmad bersahabat dengan Hang Tuah pergi ke Inderapura (Pahang) untuk melarikan Tun Teja Ke Melaka. Kekuatan Champa berdasarkan fakta jelas lebih besar daripada perahu Pahang hingga dapat menolong pahlawan Melaka itu melarikan Tun Teja. Kehadiran tokoh Nakhoda Champa di Melaka dan di Pahang dapat dihubungkan pula dengan wujudnya pedagang Champa di Banten seperti yang diceritakan oleh Sejarah Melayu dalam Al-Kisah ke-34 menceritakan perkahwinan seorang puteri keturunan Champa dengan anak seorang pembesar Melaka.
Peperangan Champa dengan orang Vietnam (Dai Viet) dapat kita ikuti dalam beberapa naskah Melayu Tradisi seperti Hikayat Hang Tuah. Bab ke-23 hikayat itu menceritakan peristiwa Negeri Indrapura diserang oleh ikan todak Negeri Indrapura sebenarnya dapat dirujuk kepada Indrapura yang wujud di Champa pada separuh kedua abad ke-8 dan Indrapura inilah tapak pertama bangsa Melayu Champa mengalami kesukaran dalam hubungan dengan tetangganya Dai Viet. Serangan orang Dai Viet terus-menerus hingga Indrapura jatuh ke tangan mereka pada tahun 1000. Ikan todak itu hanya sebagai simbol seragan-serangan laut bertubi-tubi daripada Dai Viet.
Disebabkan perkembangan penduduk yang bertambah di Delta Sungai Merah, Vietnam telah melakukan perluasan politik ke arah Selatan. Akibat peperangan yang terus-menerus dengan Vietnam, Orang Cham sedikit demi sedikit kehilangan wilayah utaranya yang ditakluk lalu diduduki oleh tentera Vietnam. Oleh sebab itu, antara abad ke11 dan ke-17, wilayah yang didiami bangsa Cham makin sempit kerana dirampas daripada sebelah utara, Oleh yang demikian jumlah penduduk Cham semakin berkurangan dan tempat tingalnya berpindah ke arah selatan, terutama setelah perebutan kota Vijaya pada tahun 1471, yang akibatnya antara lain mendesak Orang Cham ke selatan ke puncak Cu Mong.
Meskipun kekalahan kota Vijaya merupakan pukulan yang sangat hebat kepada Orang Cham, namun begitu mereka bertahan sedapatanya dan mendirikan kembali negeri-negeri di daerah-daerah yang masih dapat dikuasai. Ketahanan Orang Cham semakin pulih dan pada 1594, seorang raja Champa berjaya mengirimkan tentera bantuan kepada Sultan Johor untuk memerangi orang Portugis. Ramai Orang Cham, yang tidak bersedia hidup dalam negeri yang tertekan dan kian hari kian tunduk kepada kekuasaan Orang Vietnam, telah melarikan diri; kadang-kadang dengan pemimpinya ke Kemboja dengan melintasi hutan-hutan dan tanah tidak bertuan yang terletak disebelah barat Panduranga.
Namun begitu orang Cham yang masih tinggal di negerinya tetap dalam keadaan tidak berubah sehingga tahun 1834. Dalam tahun itu Kaisar Minh Menh telah menghapuskan segala gambaran tentang wujudnya sebuah negara Champa yang merdeka dan menjadikan Panduranga sebagai Wilayah Vietnam. Tetapi mulai tahun 1834 - 1835 orang Cham di '' Vietnam '' kan secara paksa. Mereka diperintah berpakaian Vietnam, bertutur bahasa Vietnam, menggunakan nama Vietnam dan merayakan upacara-upacara Vietnam biar apapun agama mereka. Seterusnya mereka dipaksa mematuhi peraturan-peraturan ketat yang ditetapkan oleh Minh Menh yang ingin melihatmereka lenyap sebagai bangsa asing.
Meskipun demikian, oleh sebab begitu sisa-sisa golongan Champa itu, mereka berusaha dengan sedaya-upaya untuk mempertahankan sekurang-kuragnya lembaga Kerajaannya, Lambang Kebangsaanya yang terakhir. Pada tahun 1822, kerana tertekan oleh situasi yang benar-benar mengecewakan, Raja Champa sendiri, Po Cong Chan, turut keluar mengasingkan diri ke Kemboja, mengikut kebanyakan rakyatnya yang sudah menetap di sana.
Sources : Digest '' MUTIARA MALAYSIA '' 1 PP7609/9/93 Dis. (1993)
KERAJAAN MELAYU CHAMPA YANG DILUPAKAN
http://forum4.cari.com.my/viewth ... hampa&sercari=2
|
|
|
|
|
|
|
|
Indrapura nama lama Singapura? |
|
|
|
|
|
|
|
Inderapura = Champa
Inderapura = Pahang
Singapura ??? |
|
|
|
|
|
|
|
aku macam penah baca tajuk nih..hmmm.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by *Orseas_Urusha at 31-1-2008 11:56 AM
Indrapura nama lama Singapura?
Nama asal Singapura ialah Pulau Ujong, bermaksud 'pulau di hujung semenanjung'. Nama tersebut diberikan oleh kaum Orang Laut yang merupakan penduduk pribumi pulau tersebut...
Setelah Singapura dijajah Majapahit, namanya ditukar kepada Temasik (Bandar Laut). Kemudian dikenali sebagai Singapura (Kota Singa) setelah Sang Nila Utama dan para pengikutnya mendarat di pulau tersebut...
[ Last edited by ijad_adiputera at 1-2-2008 03:58 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by *Orseas_Urusha at 30-1-2008 07:11 PM
Discuss.
Kisah Singapura dilanggar todak bukan dongeng tapi memang pernah berlaku....
Kejadian tersebut berlaku di Tanjong Pagar, sebuah tempat yang asalnya perkampungan nelayan di Singapura...
Istilah 'Pagar' pada nama Tanjong Pagar bukanlah bererti "gate" seperti yang disangkakan....
Sebaliknya ia merujuk kepada barisan batang pisang yang telah dicacak di sepanjang pantai di kawasan Tanjong Pagar sehingga ia kelihatan seakan-akan sebuah pagar yang panjang...
Nama tempat Tanjong Pagar masih wujud di Singapura. Selain Tanjong Pagar, ada beberapa tempat lain di Singapura yang dinamakan bersempena dengan peristiwa tersebut:-
- Jalan Khatib dan Kampung Khatib - sempena mengambil nama Tun Jana Khatib dari Pasai.
- Hujung Pasar sekarang digelar Kampung Gelam - tempat hukuman bunuh ke atas Tun Jana Khatib dijalankan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ijad_adiputera at 1-2-2008 01:59 AM
Nama asal Singapura ialah Pulau Ujong, bermaksud 'pulau di hujung semenanjung'. Nama tersebut diberikan oleh kaum Orang Laut yang merupakan penduduk pribumi pulau tersebut...
Setelah Singa ...
Pelik betul, bukannya ada singa pun kat Nusantara, tapi bleh dapat nama Singapura? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ijad_adiputera at 1-2-2008 02:21 AM
Kisah Singapura dilanggar todak bukan dongeng tapi memang pernah berlaku....
Kejadian tersebut berlaku di Tanjong Pagar, sebuah tempat yang asalnya perkampungan nelayan di Singapura...
Is ...
Sebenarnya dlm KOMSAS Tingkatan 5, kitorang ada blaja pasal Tun Jana Khatib dan peristiwa todak - bahagian prosa tradisional, dan tajuk prosa tu "Kezaliman Membawa Padah". Heheh, baru teringat! Menarik sgt sebab ini crite 3 dlm 1.
Kisah 1
Tun Jana Khatib, bersama dua sahabatnya menuntut ilmu agama di Pasai. Setelah habis menuntut, mereka merantau utk berdakwah. Sorang pegi Samarlingga, sorang lagi pegi Bungoran dan Tun Jana Khatib memilih Singapura. Pada suatu hari, ketika dia berjalan2 dkt dgn istana, dia nak menguji ilmu khayal lillah lagi tauhid dua belas alam yg dimilikinya dgn menenung sebatang pokok pinang. Pokok pinang tu terbelah dua dan kejadian tersebut disaksikan oleh permaisuri.
Paduka Seri Maharaja beranggapan yg Tun Jana Khatib sengaja buat macam tu utk tarik perhatian permaisuri. Dek kerana cemburu dan iri hati, baginda hukum bunuh Tun Jana Khatib tak jauh dari tempat org berniaga kuah bikang. Bila Tun Jana Khatib ditikam, darahnya menitik ke bumi tapi jasad dia ghaib - dipercayai ke Langkawi. Ada pantun yg menerangkan kejadian ini:
Telur itik di Singgora,
Pandan terletak dilangkahi;
Darahnya titik di Singapura,
Badannya terhantar di Langkawi.
Orang yg buat kuah bikang tu tutup darah Tun Jana Khatib dgn tutup bikang - tapi kemudian bertukar menjadi batu. Dikatakan batu tu masih ada sampai skrg kat Singapura.
Kisah 2
Peristiwa Singapura dilanggar todak ialah bala yg Tuhan berikan utk membalas kekejaman Paduka Seri Maharaja yg senang2 jerr hukum org mati sebab perasaan cemburu yg tidak bertempat. Bukan sebab Dewa Laut marah ek.
Hang Nadim beri cadangan supaya berkubukan batang pokok pisang utk melindungi negeri mereka drpd serangan todak, bukannya betis ( :eek: ) seperti yg dicadangkan golongan pencacai. Mereka dengki dgn Hang Nadim, lalu dipujuknya Paduka Seri Maharaja supaya bunuh budak tu kerana kononnya bila dia besar nanti, dia akan menjadi ancaman kepada baginda. Ye la, muda2 lagi dah pandai kalo dewasa apatah lagi.
Kisah 3
Setelah mangkat, Paduka Seri Maharaja digantikan oleh puteranya Raja Iskandar Syah. Baginda ada seorang bendahari bernama Sang Rajuna Tapa. Anak perempuan dia gundik kesayangan raja, jadi selalu dicemburui oleh gundik2 yg lain. Dia difitnah yg dia curang - lalu dihukum sula kat pasar.
Sang Rajuna Tapa menyimpan dendam, lalu dia tulis surat ke Majapahit. Kalo Betara Majapahit nak serang Singapura, dia akan belot. Betara Majapahit dgn bala tenteranya iaitu beribu2 rakyat Jawa datang dgn ratusan jong menyerang Singapura.
Raja Iskandar Syah perintahkan Sang Rajuna Tapa supaya bekalkan beras kepada rakyat tapi dia kata takde beras sebab nak membelot kaedahnya. Pastu dia bukak pintu kota Singapura nak bagi org2 Jawa masuk - berlakulah pertumpahan darah yg dahsyat.
Raja Iskandar Syah dan isterinya Tun Perpatih Tulus melarikan diri ke Seletar, dan kemudian ke Muar. Rumah Sang Rajuna Tapa roboh, bekas simpan padi tumbang dan beras bertukar jadi tanah. Sang Rajuna Tapa dan isterinya bertukar menjadi batu sebab derhaka pada raja.
Anyway, dlm teks yg kitorang blaja tu, nama Hang Nadim takde disebut. Cuma dinyatakan "seorang budak". |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by *Orseas_Urushaat 1-2-2008 02:52 AM
Pelik betul, bukannya ada singa pun kat Nusantara, tapi bleh dapat nama Singapura?
Hasil kajian menunjukkan bahawa binatang yang dilihat oleh Sang Nila Utama dan para pengikutnya di pulau tersebut bukanlah singa tetapi harimau. Singa memang tak pernah wujud di Nusantara.
Suatu ketika dahulu, Singapura pernah menjadi habitat harimau iaitu di sekitar Bukit Timah, Choa Chu Kang dan Pulau Ubin. Harimau liar yang terakhir telah dibunuh di Choa Chu Kang pada 1930an.
[ Last edited by ijad_adiputera at 1-2-2008 03:57 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #13 *Orseas_Urusha's post
Sebenarnya cerita dari KOMSAS Tingkatan 5 tu ada kat wikipedia bahasa Melayu...
"Ketika hendak membawa jenazah Tun Jana Khatib ke tanah perkuburan, Ada yang tidak kena pada mayat Tun Jana Khatib. dia tiba-tiba ghaib tapi darahnya masih ada dan ke mana dia pergi? Berberapa minit kemudian ribut petir menggemparkan Singapura dan disusuli dengan dentuman kuat! Rakyat terus lari menyelamatkan diri dan pergi ke tempat kejadian semula.
Orang ramai mula gempar darah Tun Jana Khatib tadi telah bertukar menjadi batu. Sementara itu penduduk di Langkawi mula gempar kerana mayatnya telah terbaring di tepi pantai, tidak lain tak bukan itu Tun Jana Khatib. Jenazahnya kemudian dikebumikan di sebuah tanah perkuburan yang dipanggil Makam Purba."
Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Singapura_Dilanggar_Todak |
|
|
|
|
|
|
|
fail tol bab sejarah ni..so tumpang baca je lah ea |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ijad_adiputera at 1-2-2008 03:55 AM
Hasil kajian menunjukkan bahawa binatang yang dilihat oleh Sang Nila Utama dan para pengikutnya di pulau tersebut bukanlah singa tetapi harimau. Singa memang tak pernah wujud di Nusantara.
...
Buruk benar bunyinya kalo diberi nama Harimaupura |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ijad_adiputera at 1-2-2008 03:55 AM
Hasil kajian menunjukkan bahawa binatang yang dilihat oleh Sang NilaUtama dan para pengikutnya di pulau tersebut bukanlah singa tetapiharimau. Singa memang tak pernah wujud di Nusantara.
Suatu ketika dahulu, Singapura pernah menjadi habitat harimau iaitu disekitar Bukit Timah, Choa Chu Kang dan Pulau Ubin. Harimau liar yangterakhir telah dibunuh di Choa Chu Kang pada 1930an.
...
mcm nama phua chu kang lak... |
|
|
|
|
|
|
| |
|