|
KAJIAN TENTANG GINGKO BILOBA
Para penyelidik telah melakukan kajian ke atas 202 orang pesakit selama setahun. Dari kumpulan itu
seramai 97 peratus mengalami penyakit Alzheimer (AD) manakala 3 peratus mengalami dementia iaitu
sejenis penyakit di mana pesakit mengalami kecacatan fungsi intelektual yang menyebabkan pesakit
mengalami kehilangan daya ingatan, kebolehan bercakap, kebolehan dari segi kemahiran visuospatial dan
cognitif yang disebabkan oleh pengecilan salur darah. Separuh dari pesakit diberi gingko sebanyak 40mg
tiga kali sehari bersama sajian manakala separuh lagi tanpa gingko (plasebo).
Dua bidang kajian diberi tumpuan. Pertama, ialah ujian kognitif yang terdiri daripada memori, percakapan,
pembacaan dan aktiviti. Kedua, adalah aktiviti harian dan aktiviti social yang terdiri daripada cara perbualan,
mengenalpasti wajah-wajah yang dikenali dan pengurusan kewangan.
Kesimpulannya amat menakjubkan. Dalam ujian kognitif kumpulan yang diberikan gingko menunjukkan
peningkatan yang ketara; manakala kumpulan sebaliknya (plasebo) tiada sebarang perubahan. Dalam
kehidupan seharian dan aktiviti sosiol, kumpulan gingko menunjukkan peningkatan yang cemerlang manakala
kumpulan plasebo menjadi lebih lebih teruk.
Para penyelidik mendapati gingko menstabilkan pesakit Alzheimer dan dalam banyak kes gingko telah
meningkatkan kebolehan kognitif dan sosiol pesakit. |
|
|
|
|
|
|
| |
|