View: 11696|Reply: 9
|
Mohd Salleh Perang arkitek pembangunan Johor
[Copy link]
|
|
JIKA menjejakkan kaki ke Batu Pahat, Johor pasti terjumpa Masjid Jamek Datuk Bentara Luar, Jalan Mohd Salleh dan Sekolah Menengah Datuk Bentara Luar.
Siapakah sebenarnya Datuk Bentara Luar atau Mohd Salleh sehinggakan namanya diabadikan di merata tempat di Batu Pahat dan dikenang sehingga sekarang.
Beliau ialah Datuk Mohd Salleh Perang yang diberi gelaran Datuk Bentara Luar iaitu seorang tokoh besar yang banyak berjasa kepada negeri Johor seperti mencipta peta lengkap negeri Johor dan membuka bandar Batu Pahat.
Mohd Salleh adalah birokrat Johor yang bertanggungjawab dalam bidang tanah dan perladangan gambir dan lada hitam. Selaku Ketua Jabatan Tanah dan Ukur Negeri, beliau membuat peta negeri yang lengkap bertulisan jawi.
Tindakan pertamanya adalah melukis sebuah peta pembangunan negeri Johor yang menunjukkan semua jalan dan bandar yang akan dimajukan atau dibina di seluruh negeri Johor. Ia menunjukkan bentuk muka bumi dan semua daerah di Johor.
Peta yang dilukis dianggap yang pertama sekali dan paling lengkap bagi sebuah negeri di Tanah Melayu.
Kemahiran beliau berbahasa Cina dan tahu selok belok adat resam Cina membolehkan beliau mempunyai hubungan yang rapat dengan Sistem Kangchu Cina. Beliau mengiringi Sultan melawat negeri China pada 1880-an.
Pada 4 November 1893, Mohd Salleh yang tinggal di Kampung Senangar, dipanggil ke Johor Bahru mengadap Sultan Abu Bakar dan seminggu kemudian pada 11 November, beliau dititah Sultan Abu Bakar untuk membuka Batu Pahat dan membangunkan kawasan berkenaan.
Ketika itu, Batu Pahat adalah sebuah penempatan kecil yang dibuka oleh orang kenamaan termasuk penghulu dan ketua kampung.
Batu Pahat yang terletak di kawasan Simpang Kanan, kira-kira tujuh batu dari kuala Sungai Batu Pahat dikenali ketika itu sebagai 'Pulau Kundur'.
Namun beliau memulakan usaha bagi membangun bandar itu dan menyediakan kemudahan jalan serta pejabat kerajaan, dengan sistem pentadbiran moden.
Pembukaan rasmi Batu Pahat diadakan pada 1 Januari 1894 oleh Mohd Salleh sendiri dengan dihadiri oleh Orang Kaya, penghulu dan orang kenamaan tempatan. Bandar itu mula berkembang maju di bawah Mohd Salleh yang menjadi wakil Raja memerintah Batu Pahat.
Beliau kemudian menjadi Pesuruhjaya Kerajaan dan menggalakkan orang kampung membuka kebun dan membuat parit tali air.
Pada masa sama, pelabur asing mula datang membuka kebun, ladang serta berniaga di Batu Pahat. Kebolehan Mohd Salleh berbahasa Cina menyebabkan beliau disukai orang Cina serta faktor yang membawa kemajuan ekonomi dan harmoni kepada masyarakat setempat.
Kejayaan beliau dalam pentadbiran Batu Pahat diakui oleh Pesuruhjaya Besar Johor, Ungku Sulaiman Daud ketika dalam rangka lawatan tugas Ungku di Batu Pahat pada 21 Disember 1896.
Apabila Sultan Abu Bakar mangkat, berlaku perubahan pemerintahan apabila Kerajaan British mula memperluaskan pengaruh. Sedikit demi sedikit penasihat di semua daerah Johor mula dipecat terutama orang Melayu yang berkebolehan dalam pentadbiran dan pembangunan.
Setiausaha Kehormat, Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Batu Pahat, Abdullah Datuk Mohd Noor, berkata Jalan Mohd Salleh ialah lokasi paling awal mengabadikan nama tokoh birokrat Melayu Johor itu.
Katanya, pada 1911, Pesuruhjaya Lembaga Bandar Batu Pahat mencadangkan semua jalan di bandar itu diberi nama sempena tokoh Melayu yang banyak berjasa kepada negeri Johor sebagai mengenangkan sumbangan mereka membangunkan kawasan berkenaan.
"Sebenarnya beliau meminta supaya nama sebenarnya dijadikan sebagai nama jalan itu bukannya nama yang lebih dikenali sebagai Datuk Bentara Luar seperti yang dicadangkan sebelum itu," katanya.
Selain Jalan Mohd Salleh, sebuah sekolah di Batu Pahat diberi nama Sekolah Menengah Datuk Bentara Luar serta mercu tanda Batu Pahat iaitu Masjid Jamek Datuk Bentara Luar, yang dikenal pasti antara masjid tertua di bandar itu.
Sebelum ini, Masjid Jamek Datuk Bentara Luar dikenali sebagai Masjid Jamek Bandar Penggaram, bagaimanapun atas titah Sultan Johor, Sultan Iskandar, pada 3 Oktober 1996, nama masjid berkenaan ditukar secara rasmi.
"Sultan bertitah mahukan nama tokoh yang banyak berjasa kepada negeri Johor khususnya Batu Pahat diabadikan pada masjid berkenaan.
"Sumbangan Mohd Salleh membuka bandar Batu Pahat lebih 100 tahun lalu menjadi kebanggaan masyarakat di sini dan sewajarnya lebih banyak tempat mengabadikan nama beliau," katanya.
FAKTA: Datuk Mohd Salleh Perang
Dilahirkan pada 1841 dan meninggal dunia pada Jumaat, 21 Julai 1915 (jam 6.15 petang). Beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Mahmoodiah, Johor Bahru.
Memegang jawatan penting pada 1856 hingga 1912 dalam pentadbiran kerajaan Johor. Tugas utama beliau adalah merancang pembangunan negeri Johor.
Bertanggungjawab membangunkan pusat bandar seperti Bandar Maharani (1888) dan Bandar Penggaram (1893),
Menjadi Pesuruhjaya Kerajaan bagi dua wilayah Johor itu sebelum dipanggil semula bertugas di Johor Bahru.
Dianggap sebagai arkitek dan perancang pembangunan negeri Johor.
Kerjaya beliau bermula dengan jawatan Pesuruhjaya Polis Negeri, dan berakhir sebagai ahli Dewan Negeri dan juga ahli Jemaah Menteri.
Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Batu Pahat pernah mengemukakan cadangan supaya sebatang jalan utama di Batu Pahat diberi nama Jalan Bentara Luar kerana jarak Jalan Mohd Salleh yang ada terlalu pendek.
Mohd Salleh Perang sendiri pernah meminta Lembaga Bandar Batu Pahat supaya nama jalan yang dicadangkan diambil sempena nama beliau hanya diletakkan nama sebenarnya bukan jawatannya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
pernah baca kisah beliau...mmg seorg drpd menteri2 kerajaan johor lampau yg cekap....
respek skali..beliau mampu buat peta lengkap negeri johor ni...
perang saudara kat jementah dulu pun beliau pernah terlibat...tp dah lupa citernya mcam mana...
[ Last edited by pisang69 at 12-2-2008 12:05 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
peta johor yang dilakar oleh datuk bentara luar
|
|
|
|
|
|
|
|
Dan aku rasa amat berbesar hati tinggal di kampung yang dibina oleh beliau! Dan ya, aku setuju nama Jalan Mohd Salleh ditukar kepada Jalan Dato' Bentara Luar pasal orang lebih perasan 'Dato Bentara Luar' berbanding 'Mohd Salleh' |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 Vvenus's post
huih..tak sangka lak tahun 1907 bahasa melayu dah berjaya ditulis dalam huruf rumi..ingatkan around 1930an baru berjaya..hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
antara tokoh2 pemimpin yg byk berjasa... |
|
|
|
|
|
|
|
aku ada baca kat Berita Minggu ahad Lepas '' Abdul Rahman Andak '' ... |
|
|
|
|
|
|
|
Pejuang kemajuan Bahasa Melayu diusir ke England
Oleh Mohd Azis Ngah
[email protected]
DATUK Seri Amar Diraja Abdul Rahman Andak.
Inggeris singkirkan Abdul Rahman Andak yang berjaya lahirkan ramai bijak pandai Melayu kerana bimbang pengaruhnya berkembang
JOHOR memang terkenal sebagai negeri yang melahirkan ramai golongan bijak pandai dan pejuang bangsa. Bahkan hasil titik peluh mereka diguna pakai masyarakat seluruh negara hingga ke hari ini.
Seorang daripada tokoh besar kelahiran Johor ialah Datuk Seri Amar Diraja Abdul Rahman Andak, seorang berpendidikan Inggeris dan dianggap sebagai antara pembesar negeri yang sangat pintar hinggakan wujud usaha menyingkirkannya dari bumi sendiri.
Abdul Rahman Andak adalah anak kepada Haji Andak Jamak manakala adiknya pula Tan Sri Taib Andak.
Beliau adalah anak Johor yang pertama melanjutkan pelajaran di England pada 1870 sebelum memulakan kerjayanya dalam Jabatan Perkhidmatan Awam Johor (JCS) dan berakhir dengan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.
Disebabkan mempunyai pendidikan Inggeris, beliau mempunyai hubungan yang rapat dengan pegawai Inggeris dan pedagang asing di Johor.
PAPAN tanda Jalan Abdul Rahman Andak di Johor Bahru.
Tugas utama yang dilakukan oleh Abdul Rahman ialah mengawal hubungan yang dijalankan di antara kerajaan Johor dengan pihak Inggeris. Tugas yang dilakukan sememangnya berat dan beliau harus menentukan agar hubungan berjalan dengan seimbang.
Disebabkan keadaan itu, Inggeris tidak dapat mengambil kesempatan untuk menguasai dan menjajah negeri Johor. Beliau menjalankan tugasnya dengan baik sehingga ada di kalangan pegawai Inggeris yang tidak menyukainya kerana sikapnya yang tegas terhadap mereka.
Dalam menyelamatkan Johor dari terperangkap dengan muslihat penjajah, Abdul Rahman selaku Penasihat Sultan bertanggungjawab menasihat Sultan Abu Bakar menandatangani teriti persahabatan dengan Inggeris pada 1885, Perlembagaan Negeri Johor 1895 dan menyekat percubaan Inggeris melantik Penasihat Am Inggeris.
Pada 1888, Abdul Rahman Andak bersama putera Abdullah Munsyi, Datuk Muhammad Ibrahim Munsyi membuka lembaran baru memperjuangkan kedaulatan Bahasa Melayu dengan mengasaskan Pakatan Belajar-Mengajar Pengetahuan Bahasa (PBMPB) di Johor Bahru.
Walaupun berpendidikan Inggeris, beliau mewujudkan kesedaran untuk memperjuangkan kemajuan bahasa Melayu secara berkumpulan melalui PBMPB.
Tujuannya untuk mengkaji dan mempelajari bahasa Melayu agar pengetahuan bahasa Melayu itu lebih mudah disebarkan kepada orang Melayu.
Usaha yang utama organisasi ini (PBMPB) ialah menterjemahkan istilah atau perkataan daripada bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu. Beberapa perkataan yang dicipta ketika itu dan kekal hingga sekarang adalah seperti setiausaha, pejabat dan kerja raya.
Pendekatan yang diamalkan Abdul Rahman termasuk usaha melahirkan ramai bijak pandai Melayu melalui pendidikan menyebabkan wujud 'taktik kotor' untuk menyingkirkannya bagi mengelakkan pengaruhnya berkembang.
Inggeris mendapati selagi ada Abdul Rahman Andak mereka sukar menguasai Johor. Oleh itu, Sultan Ibrahim dipengaruhi untuk menamatkan perkhidmatan beliau dan 'disemadikan' di England pada 1909.
Gabenor Anderson bertindak menyingkir Abdul Rahman dengan persetujuan Sultan Ibrahim dan mencadangkan Abdul Rahman dibayar pencen 1000 pounds sterling setahun. Keadaan ini membolehkan Inggeris bertapak di Johor pada 1909 dan menguasai Johor mulai 1914.
Situasi itu menyebabkan Abdul Rahman membawa diri ke London dan meninggal dunia di sana, namun jasanya tetap dikenang sebagai seorang daripada tokoh yang membawa pembaharuan dalam pendidikan khususnya perjuangan bahasa Melayu.
Walaupun tidak membabitkan sebarang penentangan atau tumpah darah dalam memperjuangkan bangsa, Abdul Rahman tetap dikenang dalam usahanya mengasaskan PBMPB.
Antara 1935 hingga 1947, PBMPB menghasilkan 34 buku, 16 daripadanya mengenai bahasa yang meliputi perkamusan, tatabahasa, ejaan dan daftar kata, manakala 18 lagi mengenai sejarah, kebudayaan dan laporan.
Dalam bidang peristilahan pula, PBMPB memainkan fungsi besar mencipta beberapa istilah baru seperti pesuruhjaya, warta, jurucakap, jadual waktu dan timbalan.
Abdul Rahman dianggap sebagai pemimpin pertubuhan terkenal dalam memberi nafas kepada organisasi itu. Namun begitu pertubuhan itu tidak kekal dan pada 1904 usaha dibuat untuk menghidupkannya kembali.
Organisasi itu semakin tidak bermaya sehinggalah pada 1934, baginda Sultan Johor bersetuju memberi bantuan RM2,000. Nama Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa ditukar kepada Pakatan Bahasa Melayu dan Persuratan Buku-buku Diraja (PBMPB). Gelaran 'Diraja' dianugerah oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar pada 14 April 1935.
Sumbangan awal Abdul Rahman itu diakui banyak memberi kesan dalam perkembangan bahasa Melayu sehingga membawa kepada penubuhan Balai Pustaka pada Jun 1956 sebelum ditukar nama kepada Dewan Bahawa Pustaka (DBP) pada September 1956.
BIODATA: Datuk Seri Amar Diraja Abdul Rahman Andak
# Lahir 1850
# Menetap di London dan berkahwin dengan Gustel Reis.
# Mendapat tiga anak lelaki iaitu Henry, Mansour dan Walter.
# Meninggal dunia pada 10 September 1930 di London dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Woking, London.
FAKTA: Matlamat PBMPB
# Memelihara, melengkap dan memodenkan Bahasa Melayu.
# Memelihara tulisan Jawi.
# Membaku ejaan dan perkataan.
# Ceramah dan penyelidikan.
# Menerbitkan Jurnal Peredar.
# Mengadakan perpustakaan.
# Mencipta perkataan baru.
- Berita Harian -
|
|
|
|
|
|
|
|
macam mana sultan ibrahim boleh termakan hasutan british masa neh ? |
|
|
|
|
|
|
|
sori mod aku up threads lama, saja cari cari info. |
|
|
|
|
|
|
| |
|