CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5194|Reply: 45

Alkisahnya Begini..... sila komen

[Copy link]
Post time 14-2-2008 03:43 PM | Show all posts |Read mode
Pelajar Perempuan Yang Mencarut ? Rasanya sudah lama isu sebegini dipaparkan dan hangat diperkatakan. Namun siapa yang harus dipersalahkan diatas sikap setengah pelajar kita yang sudah pandai mencarut ? Mereka juga adalah anak-anak warisan bangsa kita dan kemungkinan akan menjadi Pemimpin.Sama- samalah kita memikirkan isu ini dan berusaha menanganinya.

P...mak? B..TU?Pergi Mamp..lah?B. .rit M.K E..kau? dan banyak lagi bahasa yang menyakitkan gegendang telinga setiap kita yang mungkin pernah masuk ke pusat it,taman dan sebagainya.

Apa sudah jadi pada anak-anak bangsa kita? Malah yang teramat menyakitkan ialah sebilangan mereka ini adalah pelajar perempuan dan ada juga yang mungkin bertopengkan tudung hingga mencemarkan imej bangsa kita.JANGAN ROSAKKAN WANITA SOLEHAH YANG LAIN.

Meluat dengan kata-kata carut mereka,penulis semakin sedih apabila anak-anak perempuan ini yang masih belasan tahun sudah pandai menghisap rokok,berpelukan dan bermacam-macam lagi adegan yang sudah membosankan kita.

Pernah seorang pak cik menegur pelajar ini dengan rasa simpati,namun kata-kata kesat dilontarkan. Pak cikni siapa nak ajar kami ? Inikah budaya bahasa kita yang sudah lama menjadi warisan.Alahai anak-anak perempuan kita ?

Peranan Ibubapa adalah penting dalam menangani masalah ini.Bagi penulis sendiri,jika hal ini tidak dibendung kemungkinan besar akan menjadi amalan berterusan hingga terus diwarisi oleh anak-anak yang akan datang.Inikah yang kita mahu ?

Bagi mereka yang sudah bosan dan muak dengan perkara ini,mungkin masuk kanan keluar kiri dan pandang sahaja.Peduli apa dengan mereka.Bukan nak dengar nasihat,malah kita pula ditengking semula.Ini mungkin ada benarnya?

Nampaknya budi bahasa warisan kita sudah semakin dilupakan ? Siapakah yang harus dipersalahkan ? Kita sudah bosan pada perangai dan gaya hidup mereka.Namun mahukah kita MELIHAT mereka ini terus hanyut ? Atau dengar,pandang dan biarkan sahaja.Biarlah. ...lama-lama mereka sedar...
atau negara kita akan kehilangan warisan bangsa yang berbudi bahasa dan bermaruah.Fikir- fikirkanlah bangsaku ?
"
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2008 05:12 PM | Show all posts
salam

dunia sudah hampir menuju kehancuran...janji Allah pasti benar..
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2008 06:32 PM | Show all posts
kroit pon tak mencarut..  selalunya student yang kelas bawah2 ni jadikan mencarut bahasa mereka..
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2008 03:14 AM | Show all posts

Reply #1 casio's post

Sama2 kita berdoa dijauhkan dari anak dan keturunan kita sifat2 camnie ...
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2008 07:34 AM | Show all posts
berkenaan dgn budak pompuan yg kuat mencarut memang sungguh. aku sedang makan kat restaurant fast food, tiba2 terdengar suara kuat budak pompuan umur dlm 16-18 kat meja sebelah yg warning adiknya "kalau hang ambik ayam aku hang anak haram..." rupanya depa berebut ayam. yg lebih sedih mak bapak dia orang mcm tak heran sj. maybe kat rumah pun dah terbiasa carut mencarut sesama sendiri.

thread nih kalau kat CI sure masuk bab politik. katanya orang politik yg ajar masyarakat bhw Allah pun mencarut. dan disebabkan taksub politik ada yg mengajak kita semua berpegang bhw Allah itu mencarut sedangkan kita semua realise penggunaan perkataan 'mencarut' itu tak sesuai utk Allah. and even some become a big supporter of novel 'Kepala Taik' yg sarat dgn carutan. nothing to do with Pas or Umno here......it is just a matter of taksub nak mempertahankan pemimpin masing2 yg sebenarnya tidak maksum.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2008 10:09 AM | Show all posts
Ceramah politik memang banyak yg carut-carut.  Terutama mereka-mereka yang kata orang lain mencarut.  Yang peliknya, kaki-kaki carut ni disambut dengan penuh gemilang sebelum bagi ceramah carutnya.  Silap haribulan siap ada police outrider.

kita pun ada masa bila dengar orang mencarut macam satu lawak jenaka.  kemudian tumpang ketawa.  sepatutnya kita marah.  lawak dalam TV pun tak kurang juga.  cerita labu-labi p ramlee tu siap sebut kepala bapak lagi.  dan sebutan kepala bapak dalam cerita labu-labi tu jadi bahan lucu untuk penonton ketawa.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-2-2008 10:26 AM | Show all posts
tak terkecuali kes Adnan Carut masa di Sanggang. cuma tak masuk TV aksi itu.......itulah orang politik yg aku semak kepala dgn penyokong2 taksub mrk.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2008 02:00 PM | Show all posts
betul tu..mek tgk zaman sekarang anak2 remaja suka mencarut..melatah pun mencarut...ader yg bermula dari rumah sebb terbiasa dgr mak ayah mencarut bila melatah atau bila berckp dgn kawan2
ader juga bermula dgn kawan2 bila dah terbiasa lelama jadi ikutan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2008 03:36 PM | Show all posts
ada orang bertanya . . . .  
budi bahasa tu boleh dimakan ke
mencarut tu boleh mati ker
bukan ke agama itu candu
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2008 03:54 PM | Show all posts
Faktor mencarut ni bermula daripada MEDIA, cara ibu bapa bercakap dirumah dan politik. Tapi masalah yg teratas ialah politik yg mempengaruhi kadar jenayah dan sukatan media semasa. Media pulak sarat dengan lawak kurang ajar, cerita dengki-mendengkis dan tema cinta yg melebih2.... jiwang sampai budak bawah umur pun mengikut nak bercinta.

Hasilnya melayu Islam JUARA segala masalah sosiol di sini. Pemimpin atas sana BUAT tak tau, tidak serius utk kepentingan orang Islam terutamanya melayou.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2008 04:32 PM | Show all posts
semua org ada perception masing2 dalam hal menyebut perkataan2 yang diluar dugaan didalm linkungan manusia normal.samada dalam keadaan sedar atau tidak bergantung kepada rasa emosi seseorang manusia itu.tetapi bak orang tua2 berpesan... terlajak perahu boleh diundur..tapi terlajak kata maka biansalah dia...

kalau boleh kurang2kanlah nak marah org or kawal emosi tu.manusia ni bile dalam keadaan baik maka baiklah perangainya tapi kalau datang setan merasuk diri exp time marah maka keluarlah ayat2 penuh syahdu yg tak sedap didengar.. harap2 sesiapa yg salu mencarut time marah or nak mengamuk tu .. simbah jer ngan air..sebab masa marah..syaitan yg mengawal diri...
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2008 06:57 PM | Show all posts
Originally posted by casio at 14-2-2008 03:43 PM
Nampaknya budi bahasa warisan kita sudah semakin dilupakan ? Siapakah yang harus dipersalahkan ?


Tentulah kerajaan yang harus dipersalahkan. Ini masalah sosiol yang perlu dipertanggungjawabkan kepada pemimpin2 yang diamanahkan untuk memikulnya. Jika kerajaan yang ada sebelum ini tidak berjaya mengatasinya maka peluang untuk kerajaan lain pula perlu diberikan lebih-lebih lagi yang ada agenda Islam dan kesedaran sosiol di dalamnya.

Undilah PAS!



[ Last edited by  Gravedigger at 15-2-2008 06:59 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2008 12:21 PM | Show all posts
salam

by ianho
ada orang bertanya . . . .  
budi bahasa tu boleh dimakan ke
mencarut tu boleh mati ker
bukan ke agama itu candu

he he he
memang candu pun.....
utk org yg memahaminya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2008 12:59 PM | Show all posts

Reply #12 Gravedigger's post

kalau ikut majoriti,yg menang akan memerintah so terpulanglah pada mereka untuk memilih mana yang sesuai...

Undi adalah Rahsia
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2008 03:14 PM | Show all posts
http://www.bharian.com.my/Gambar ... r_235?display=small

mungkinkah begini  boleh menghentikannya
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2008 08:01 PM | Show all posts
Assalamualaikum

Menghukum bebnudak mencarut cukup senang kalau ibu bapa ambil petua ni, usah dilempang atau dipukul budak tuh ...

Caranya, bila budak tu mencarut, lumur jer cili padi tumbuk ke dalam mulut budak tuh, biar mencecer kepedihan & kepedasan. Lg kuat dia mencarut, buat berulangkali, konpom menyesal budak tuh.

Ini adalah petua drp insan yg dulunya pernah dilumur mulutnya ngan cili padi tumbuk sbb kuat mencarut masa kecik2 dulu ....

Allah shj Maha Mengetahui seksanya kena penangan cili padi lumat dlm mulut buat pengajaran ....

Wassalam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2008 01:17 AM | Show all posts

Reply #16 Robotech's post

uisk... takleh bayang In cmne hangatnya tuh penangan cili padi...

mak pak sekarang berani ke buat anak cmtu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2008 05:53 PM | Show all posts

Reply #17 indah1285's post

bdk2 zaman skarang bukan mcm dulu..mencarut or memaki org kira biase bagi mereka.tak kira yg skolah menengah or budak U pun sama je. alhamdulillah dah lama aku tak dengar pmpuan mencarut depan aku. tapi aku percaya kdg2 mak bapak tak bleh nak disalahkan..kdg2 budak2 ni terikut dengan dengan budaya kawan2 rapat.mentaliti budak2 U mmg tak bleh nak predict.mostlynya jadi lalang jugak.tapi tak Semua mcmtu.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2008 06:57 PM | Show all posts

salam,

soal mencarut ni saya rasa barangkali lebih relevan jika kita katakan ada faktor dalaman dan persekitaran.
Faktor dalaman ni pula bergantung pada cara seseorang itu dididik dan juga bergantung pada jenis ibu bapa yg mendidik. Ini penting. Kalau dididik oleh ibu bapa yg sememangnya mulut lepas, dan yg you know apa yg disifatkan oleh org Kedah sebagai "3 1/4 =  3 suku ni" mmg lah , perkara ni sudah menjadi "habit" atau tabiat, bila dikatakan tabiat atau perlakuan jadi sudah semestinyalah ia telah dan akan dipelajari sama ada secara langsung mahupun tidak oleh the young minds, fikiran fikiran muda yg mmg cantik, bersih pada mulanya. Faktor kedua ialah faktor persekitaran, well ini mmg tidak adapt dielakkan bila mana seseorang  kanak - kanak  itu telah terdedah dalam interaksi sosiol mereka seawal pra sekolah  hinggalah sekarang.


Jadi, apakah kita akan menyalahkan faktor - faktor ini dan berkata "alamak tulah nasib aku maka...." well the answer is NO. Kita yg semestinyalah yg sudah cukup syarat atau matang, tentulah sudah boleh memilih sama ada suka benar nak panggil orang itu dan ini, dan juga mengakui bahawa adalah elok melemparkan kata kata yg baik sebab itu yg sepatutnya / siviknya walaupun emosi ingin benar nak hentam. Itu bergantung pada sabarnya seseorang itu.Ini saya akui mmg susah bila nak marah dan terlampau marah ....i have that weakness.

Tapi, kan kalau bolehlah, tak perlu kata - kata makian, kata kata kesat dilemparkan kalau kita seorang yg mahir berkomunikasi, ada isi yg bernas yg nak disampaikan dan mesej komunikasi itu diolah sedemikian rupa sampai ianya dapat difahami oleh  target group.JADI tak perlulah ditulis atau dicacikan dgn makian atau kata kesat sebagai alat utama untuk menarik perhatian, walaupun sememangnya ia menarik perhatian tapi akan juga menggambarkan pemikiran, peribadi yg gelojoh, implusive dan gopoh. dan bila kerbanyakan kelompok dari sesuatu organisasi atau perkumpulan tertentu yg berkencederungan untuk melakukan hal ini, maka akan dpat dilihat percanggahan yg jelas antara perbuatan, pembelajran dan nilai yg dibawa oleh organisasi itu walaupun secara teoretikalnya tidak.Saya tertarik pada signature seorg forumner yg berbunyi  seakan seakan  " those simple minds will resort to the simplest route to  achieve something but  those ........" ..jadi .kata - kata ini ada benarnya.

lagi satu, kan ...pragmatik bahasa ni penting. Ini saya akui. Cara tulisan, lenggok kata  dan bahasa mempunyai  maksud  yang berbeza bergantung pada bahasa yg ditulis itu. Sebab berhati - hati jugaklah semasa menulis dari satu bahasa ke bahasa yg lain sebab maksud fungsi / makna sebenar yg dibawa oleh sesautu bhs yg lain jika kita membuat translasi/ terjemah secara direct amatlah tidak gramatis maknanya dan kekadang boleh ditafsir sebagai yg amat kasar dan biadab oleh pembaca sasaran. Saya pun ada kelemahan ini. maaf. bila mmg saya  marah sangat kat postings bukan org tu hehhhhheh...nikat board pharmacy and dr online...hehehe..tapi ada tujuan nya bukannya nak marah......  tapi kalau kita tak pasti cara penggunaan sesuatu bhs itu untuk mengekspresikan sesuatu emosi dan ingin tulis sesuatu yg berbaur emosi, jgnlah tulis dalam bhs yg kitatak pasti itu, sebab org akan interpret dari segi intonasi, maksudnya lain. it hurts so much. ini baru berlaku semalam actually. Sebab kan kita akan membaca postings seseorang  dalam hati tapi ada "introno monolog ' tu, so bila macm tu ..tercuit jugak hati ni.

wallahuallam.

[ Last edited by  mbhcsf at 28-2-2008 07:11 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2008 07:31 PM | Show all posts

Reply #19 mbhcsf's post

kalau kita sedang bercakap secara life mungkin kita faham lengok2 bahasa atau body language org tu..tapi kalau takat berporum mcm ni..kita hanya membace saje dan kita xnampak apakah the real emotions org tu so tak payahla official sgt nak list down all the terms mcm org study literature plak... sempoi2 dahle...we are reading here for fun n info only.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 09:57 PM GMT+8 , Processed in 0.076553 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list