CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7322|Reply: 26

bila accident di hadapan mata.... bila kita menyaksikan kematian mengejut...

[Copy link]
Post time 28-2-2008 12:45 PM | Show all posts |Read mode
salam

sewaktu aku driving untuk ke tempat kerja pagi tadi, aku telah menyaksikan kemalangan ngeri melibatkan 4wheele drive dan sebuah kereta. pagi ini hujan lebat dan aku lihat 4WD ini memecut laju dan lost control lalu menghentam pembahagi jalan dan terpelanting ke sebelah bertentangan jalan dan menghempap sebuah kereta dari arah bertentangan. kerana hempapkan itu terlalu kuat 4wd terpelanting lagi dan berkecai teruk. aku lihat pemandu kereta yg dihempap 4wd tersebut terjulur keluar dari cermin depan keretanya dan co-pilotnya tidak diketahui keadaanya. pendarahan yg amat banyak dan aku rasa pemandu itu telah meninggal dunia. nasib pemandu 4wd tersebut tidak ku peduli kerana segala punca kejadian oleh sikapnya yg memandu laju! he deserve to die! Ya Allah, Dia shj yg tahu bertapa tergamamnya aku ketika berlaku di hadapan mata..

sekarang aku muhasabah diri kembali...

1. di takdirkan aku melihat kejadian ini kerana selalunya aku banyak leka dgn hanya mengejar dunia.... tanpa mengimbangkan akhirat, dosa pahala... bila kah aku bersedia untuk mati? cukupkah amalanku? Allah telah banyak bagi peluang setiap pagi bagi diriku nafas yg baru untuk aku mempunyai masa kembali mengingatiNya.. tapi aku yg leka lalai.. jika akulah yg menjadi pemandu kereta itu...

2. bila aku fikir tentang ajal.... seperti pemandu kereta itu yang menemui ajal kerana kesalahan orang lain. takutnya.. biar macam mana pun kita drive kereta, perlahan, safely... jika tiba ajal kita akibat kesalahan orang lain... itu yg tertulis dalam qada dan qadar hidup kita....

3. aku hanya berdoa agar jika tibanya ajal aku biarlah aku meninggal di hospital ka dikelilingi cucu2 anak2 yg sentiasa mendoakan aku... aku berharap sangat2 jangan lah Allah mengambil nyawa aku dalam keadaan begitu... jika sewaktu itu aku tengah lalai ke tak sempat utk mengucap... aku berdoa sangat2... tapi kita manusia seperti pemandu itu tak tahu bila kita mati... dalam keadaan bagaimana kita mati.....

4. aku bersembang dengan seorang guru agama di telefon tadi disebabkan aku sangat terkejut dengan kejadian itu aku terus menelefonya... dia cakap sewaktu kita menyaksikan kejadian itu, kita akan tergamam, sewaktu kita tergamam kita lemah, panik kita akan senang terlupa pada Allah dan sewaktu itu lah iblis menang merasuk fikiran kita... sewaktu itulah kita kena kuat dan beristifar banyak.. jangan sesekali lalai. banyangkan kita yang terlibat dalam kemalangan, kita yang jadi pemandu itu... ketika beberapa saat sahaja kemalangan itu berlaku adakah sewaktu itu kita ingat padaNya?

hari ini telah merubah hidup aku supaya lebih banyak mengingatiNya.... tak salah aku berkerja, tak salah aku berbebelanja, tak salah aku pergi holiday...cuma sewaktu kita melakukan sesuatu kita sentiasalah jangan lupa ingat padaNya.. bukan bila susah kita baru berdoa meminta padanya sedangkan DIA tidak pernah melupakan hambanya mengasihi dan sentiasa memberi peluang untuk kita, bukan bila tua baru kita baru nak start beribadah ingat mati jika mati sebelum tua bagaimana? dan kita sekarang mengingatinya bermusim-musim.. bila sakit, bila susah, bila ditimpa bencana... ingatlah padaNya setiap saat, setiap kali nafas kita hembus, setiap kali jantung kita berdenyut... tidak susah.... hanya taati perintahnya, jauhi laranganya...

wasalam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2008 12:52 PM | Show all posts
insafnya aku bace citer ni....
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2008 12:55 PM | Show all posts

Reply #2 dragon_tears's post

INSAF...
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2008 12:57 PM | Show all posts

Reply #2 dragon_tears's post

INSAF...
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2008 01:00 PM | Show all posts
aku dah lama terbayang saat saat mati.... takde satu nyawa pun yg akan terlepas kematian...takut sungguh... bila balik melalui jalan gelap atau depan kubur.... dan teringat bila pula kita akan berada di sana...
kadang2 takut sgt sampai menangis... aku pernah bersalin ... saat tu sakit yang teramat tapi mati adalah lebih sakit... tak terfikir betapa sakit nya saat2 ajal nanti... aku pun terfikir jugak amalan org macam aku diterima ke ....

hari2 lepas sembahyang aku berdoa tuhan makbulkan doa ku untuk berbahgia di dunia dan akhirat... alhamdulillah doa dan impian aku didunia ini banyak yg dimakbulkan semoga doa aku untuk akhirat juga dimakbulkan jua olehNya
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2008 01:05 PM | Show all posts

Reply #1 ashy's post

Alhamdulillah saudara merasa insaf di atas apa yg saudara tngk sendirik tadi...

hom pong slalu terjumpa kemalangan2 semasa perjalanan menuju tmpt keje... disebabkan tmpt keje hom jauh dari rumah... paleng fobia bila musim hujan... memang slalu berlaku bnyk kemalangan... kebanykkan silap sendirik gak sama seperti kemalangan yg saudara tngk tadi...

memang kita kena slalu muhasabah diri.. hidup dan mati di tangan ALLAH SWT... tak kira usia.. dan sihat atau sakit.. kengkadang melihat kemalangan depan mata camtu bleh menjadikan kita insaf... dan semoga kita sentiasa beringat... insyaAllah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-2-2008 01:08 PM | Show all posts

Reply #1 ashy's post

In turut sama menginsafi....

kita tak pernah menyangka bila ajal tiba namun yg pasti ia tetap tiba dan kian hampir...

merasakan tidak kisah sangat dengan mati kalo ia tidak menyakitkan.  kalo ia semudah ayam disembelih dan lenyapnya ditelan bumi tanpa perhitungan dosa dan pahala....

tapi mati kita, mati yang penuh tanggungjawab... penuh gelora.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2008 01:17 PM | Show all posts
ingat 5 perkara sebelum 5 perkara..


sat lagi lupa lah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2008 01:22 PM | Show all posts
Di dalam hidup kita seharian
Ada persamaan inginan
Mencari harta sebanyak mana masa terdaya
Bila mentari menyuluh bumi
Kita pun bangkit dari mimpi
Menyambung semula pencarian
Yang terhenti semalam
Kepuasan terpancar jelas
Bila yang dimimpi terbukti
Dengan kekayaan yang dimiliki
Masih tidak lagi mencukupi
Memang begitu sikap manusia
Tidak puas dengan yang ada
Seolah harta di dunia
Bisa bawa ke sana
Kita terlupa harta yang nak di bawa
Amalan seharian itu yang mesti harus di hati
Sudah terlewat bila tubuh terbujur kaku
Tidak berfungsi... di saat itulah
Terlihat semua di mana tempat kita...
Harus diingat... kita hanya musafir
Yang didatangkan... hanya sementara
Menghunikan alam
Dan pasti akan dijemput... untuk pulang
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2008 01:27 PM | Show all posts
huhuhuhu.. insaf

aku penah tgk accident masa balik kg time raya.. melibatkan motor ngan kereta... elok2 je motor tu potong Q, skali nampak helmet dah tergolek atas jalan.. rupa2nya motor dah kena langgar ngan kereta.. penunggang motor ngan motornya tu terpelanting ke tepi jalan pas tu kepala dia terhantuk kat tiang lampu.. kepala berdarah teruk sambil meraung2 kesakitan.. kesian plak aku tgk.. tak sure hidup ke mati..

ade gak la few times aku terserempak org accident yg tgh mengerang kesakitan.. mmg ngeri gak la.. sebab aku asyik terpikir, agaknye itu raungan org yg nazak nak mati aku ni lemah semangat sket.. pas tgk tu, mula la pikir mcm2.. mcm aku plak yg nak mati..

ade sekali tu, aku pegi tgk jenazah member aku.. muda lagi, dalam 20-an, lelaki.. mati masa main bola with colleague, bila post-mortem confirm sebab sakit jantung.. aku tunggu sampai mayat dikebumikan masuk liang lahad.. kira first time la.. org2 tua cakap lepas tgk mayat kena mandi, aku tak tau.. balik umah aku tukar baju, then pegi jalan2 kat jusco.. since that day, aku asyik terpikir pasal mati jek.. cam jalan dah tak berpijak di bumi yg nyata, cam aku di alam lain.. telinga aku cam dengar satu macam bunyi.. bunyi cengkerik kat kubur tu... duk kat ofis pun dgr, kat toilet pun dgr, masa tidur pun dgr, dlm tren LRT pun dgr.. aku ingat aku dah nak mati.. pas tu citer la kat mak aku.. sekali kena marah.. aku kena badi mayat ghupernyer..
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2008 01:27 PM | Show all posts
Originally posted by ashy at 28-2-2008 12:45 PM
salam

sewaktu aku driving untuk ke tempat kerja pagi tadi, aku telah menyaksikan kemalangan ngeri melibatkan 4wheele drive dan sebuah kereta. pagi ini hujan lebat dan aku lihat 4WD ini memecut ...

dimana kejadian ni berlaku????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2008 02:01 PM | Show all posts

Reply #11 awejeha's post

di jalan gambang, kuantan pahang. mungkin ada keluar news lepas ini
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2008 02:32 PM | Show all posts
insaf gak..

aku pun pnah mnglami situasi mcm ni, melibatkn sebuah kereta ngn
pejalan kaki...sblum tu, keta tu potong kitaorg, pas tu kitaorg
follow keta tu n potong lori..masa tu nk turun flyover...tetiba pas
tu aku tgk sesuatu melambong dpn keta td...mulanya aku fikir
kan buku2 terkeluar dr keta tu..aku istighfar byk2, rupanya
seorang pkcik nk lintas jln...   aku x tau apa nasib pkcik tu...
ntah hidup @ sbliknya...
sedikit sbyk peristiwa itu bg kesan kt aku.. moga2 aku x pnah lupa
pdNYa.. amiiin....
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2008 05:24 PM | Show all posts
sama2 lah kita menginsafkan diri bukan hanya sebab accident tp sy insaf sbb kematian org tersayang didepan mata........

mmg saat itu baru kita sedar bhw kita hanya insan kerdil yg menumpang dibawahNYA!!! ajal, maut akan dtg bila waktu yg ditetapkan NYA tanpa sesaat pun kurang atau terlebih.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2008 09:54 PM | Show all posts
Bila kau mati , , kerana apa kau mati , camana kau mati , dengan sape kau mati , semuanya dah ditetapkan
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2008 11:33 PM | Show all posts
Originally posted by holmes at 28-2-2008 01:05 PM
Alhamdulillah saudara merasa insaf di atas apa yg saudara tngk sendirik tadi...

hom pong slalu terjumpa kemalangan2 semasa perjalanan menuju tmpt keje... disebabkan tmpt keje hom jauh dari rum ...


Baguslah bila kita sentiasa ingat mati!Bagi aku (pernah dengar ustaz ceramah), bila kita ingat saat kematian bererti kita telah diberi sedikit cahaya keinsafan dariNYA!

Itulah iman....IMAN TERLETAK PERASAAN TAKUT DAN HARAP! TAKUT SEGALA AMAL IBADAT KITA TIDAK DITERIMA ALLAH DAN HARAP AGAR AMALAN KITA DTERIMA!TAKUT DIMASUKKAN KEDALAM NERAKA...HARAP DAPAT MASUK SYURGA!TAKUT MATI DALAM KEADAAN BERSEDIA DAN HARAP MATI DALAM KEADAAN ALLAH REDHA.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-2-2008 01:47 AM | Show all posts
tergamam.....  

insaf dngar cerita ni...
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2008 09:58 AM | Show all posts
masyallah tersentap sekejap jiwa hitamku ,

alllah'hum'ma' aj'jirna minan'nar, < doa mohon jauh dari neraka
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2008 11:33 PM | Show all posts
FIRMAN Allah Subhanahu Wataala dalam Al-Quran Surah Al-Mulk, ayat 2 yang bermaksud:

"Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya, dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun (bagi orang-orang yang bertaubat)."

Allah Subhanahu Wataala memulakan ayat ini dengan menyebut perkataan 'mati' dahulu sebelum menyebut perkataan 'hidup'. Di sinilah apabila kita mengingati mati, kita akan lebih tenang menghadapi ujian Allah dan ujian tersebut hanyalah sebagai proses untuk mendapat kejayaan (Al-Falah) daripada Allah Subhanahu Wataala.
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2008 11:35 PM | Show all posts
Sesiapa yang banyak mengenang perihal kematian, ia akan diberi sebanyak tiga sifat kemuliaan iaitu:

1) Ia akan bersegera melakukan taubat.
2) Ia akan memiliki sifat qanaah dan tidak tamak terhadap keduniaan.
3) Ia akan memiliki kesungguhan dan motivasi untuk beribadat.

Sebaliknya sesiapa mengabaikan perihal kematian ia akan menerima tiga seksaan pedih atau tiga sifat kehinaan iaitu:

1) Ia akan menunda-nunda taubat.
2) Tidak memiliki sifat reda atau qanaah.
3) Malas melakukan amal ibadat.

Sebelum tiba ajal maut, kadangkala kita ditimpa sakit atau kemalangan sebagai sebab-musababnya. Perkara ini se- ngaja Allah Subhanahu Wataala datangkan sebagai peringatan, demikian juga Allah Subhanahu Wataala mahu menguji hamba-Nya sama ada mereka menyiapkan diri dengan bekalan takwa dan iman atau masih leka dan lalai.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 07:17 AM GMT+8 , Processed in 0.286220 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list