CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10948|Reply: 1

tulang bahu terkehel

[Copy link]
Post time 2-3-2008 08:11 AM | Show all posts |Read mode
Derita tulang bahu terkehel

Kemalangan ketika bergiat dalam sukan atau permainan lasakdikenal pasti antara sebab utama kecederaan seperti ini dirujuk kepadapihak doktor.


SEBARANG kecederaan akibat tulang bahu yang teralih atau terkehel boleh dikenal pasti secara fizikal.

PERNAHKAH anda cuba menahan impak jatuh dengan menggunakan tanganatau cuba berpaut kepada sesuatu secara mengejut? Mungkin iamenyelamatkan sesetengah daripada anda, namun bagi situasi tertentu,perbuatan tersebut mungkin membawa kepada satu masalah lain pula.

Kecederaan boleh terjadi apabila tulang tangan teralih kedudukannyadari soket bahu. Apa yang berlaku ketika itu adalah tulang humerustelah teranjak dari skapula di sendi glenohumeral. Dalam penerangankasar, tulang tangan telah 'terkeluar' dari engsel bahu.

Bahu juga akan terasa sakit sekiranya skapula terpisah denganklavikel kerana kecederaan berlaku pada ligamen yang menghubungkankedua-dua tulang tersebut.

Keadaan tersebut disebabkan kes-kes tertentu seperti dipukul dengankuat di bahagian bahu atau ketika membengkokkan anggota tangan padasudut sukar untuk mencapai sesuatu. Paling kerap dilaporkan adalahkecederaan ketika menjalani aktiviti sukan seperti bermain ragbi, bolatampar ataupun berenang.

Mungkin kedengarannya lucu, tetapi ada pesakit yang menderitamasalah ini ketika membersihkan sawang labah-labah di siling! Kesseperti itu dan yang berulang sememangnya dianggap malang yangmenyakitkan.

"Antara simptom kecederaan tulang bahu terkehel adalah seperti rasasakit sejurus kecederaan berlaku. Selain bahagian bahu dan tulangselangka menjadi kurang pejal dan berlainan bentuk akibat aturansokongan tulang yang tidak normal, pesakit juga mudah mengenal pastikeadaan bengkak dan lebam," kata Pakar Bedah Ortopedik, HospitalPusrawi Kuala Lumpur, Dr. Ismail Maulut.

Menurutnya, seseorang yang pernah mengalami kecederaan sebegini padausia muda, misalnya pada awal 20-an, berkemungkinan untuk mendapatkecederaan berulang. Sehingga dia mencapai usia melebihi 30 tahun,kemungkinan itu akan berkurangan.

"Tulang bahu yang terkehel atau teralih kedudukannya perlu dirawatsepantas mungkin. Apabila dirujuk kepada doktor, pesakit akan ditanyatentang sejarah kecederaan selain menilai keadaan fizikal pada bahagianbahunya. Tulang bahu yang teralih sangat mudah disahkan kerana iakelihatan dengan jelas," terang Ismail.

Doktor biasanya menyuntik anestetik pada pesakit sebelum melarassemula tulang tangan ke dalam tulang soket bahu melalui gerakan khusus.Kaedah maneuver itu hanya boleh dilakukan oleh mereka yang arif dengananatomi di bahagian tersebut.
Namun, bagi kes-kes yang lebih kompleks, pesakit perlu dibawamenjalani beberapa prosedur terlebih dahulu. Ini untuk memastikan samaada terdapat komplikasi lain seperti keretakan tulang, kecederaan tisulembut seperti ligamen yang terkoyak, mahupun kemungkinan urat sarafyang tertekan.

Untuk itu, imbasan sinar-X atau teknik imbasan resonans magnetik(MRI) boleh digunakan untuk mengesan kecederaan pada labrum (tulangrawan) atau mana-mana struktur yang menyambung antara sendi tulang.

"Memandangkan bahagian sendi tersebut akan membengkak dan bertambahsakit, maka lebih baik rawatan tersebut dipercepatkan. Sejurus tulangtangan dimasukkan semula ke dalam soket bahu, sebahagian daripada rasasakit itu akan hilang," jelas beliau.

Lazimnya pesakit akan dapat merasa atau mendengar bunyi sepertitulang yang berlaga apabila tulang kembali ke tempat asalnya. Selepasitu, pesakit diberikan ubat tahan sakit atau ubat antiradang untukmengurangkan kesan bengkak. Penggunaan pek ais juga disarankan sebagaikaedah rawatan di rumah.

Bagi kes yang berulang, klinik atau hospital boleh menawarkanbeberapa jenis rawatan. Antaranya adalah pemulihan Bankart iaitupembedahan membaik pulih kecacatan dalam kaviti glenoid.

Pembedahan baik pulih itu boleh disertakan dengan proseduratroskopik. Ia mengenal pasti, memantau, dan mendiagnosis kecederaansendi menggunakan instrumen optik serat untuk melihat terus ke dalambahagian yang cedera. Kaedah yang turut membersihkan serpihan tulangatau rawan ini dijalankan oleh pakar tulang untuk memulih tendon danligamen yang putus atau koyak.

Selepas menjalani rawatan mengikut keperluan, pesakit disarankanberehat daripada melakukan kerja-kerja berat, lebih-lebih lagi jika iamelibatkan penggunaan tangan di bahagian bahu yang cedera.

Penggunaan pek ais sepanjang proses pemulihan adalah digalakkansebagai terapi mengurangkan rasa sakit setiap kali membuat pergerakan.

Paling penting, pesakit yang sedang pulih perlu rajin membuatlatihan fisioterapi berjadual supaya tangan dan bahu mereka dapatkembali berfungsi ke tahap optimum.


Kawan sekolah aku kena ni  masa kitorang form 5 main rugby!!  Aku ingat lagi bahu dia terkehel.. Tau-tau ajelah ganas tak ganasnya main rugby.. Dia resigned main rugby doctor tak bagi.. Tapi for few months mmg pain..  Aku kdg2 rasa bahu aku sore especially lepas aku swim vigourously kat pool  or kalau aku balik dari swim kat laut!! Tapi tak ler terkehel.. just lenguh dan sore sikit. Usually aku ice it aje!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2008 09:19 AM | Show all posts
My husband has that pain.  Dah 5 years now.  He was carrying our son (2 yrs old masa tu) on his shoulders.  Suddenly my son macam nak terjatuh so my husband tried to put him back right and that was when his right shoulder terkehel.  

Dah jumpa dr and x-ray bla bla bla.  Last resort is surgery.  Now limited movement in his right hand.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 07:45 AM GMT+8 , Processed in 0.552985 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list