|
Pelbagai kanser tulang
| PEMBEDAHAN bagi membuang bahagian yang diserang kanser merupakan antara cara rawatan untuk kanser tulang.
|
OlehR. MOHD MAHAMUD MUSMAN Pakar Ortopedik & Traumatologi,
Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah Alam
KANSER (barah)tulang utama (primary) boleh berlaku di mana-mana bahagian tulang,tulang rawan dan dari bahagian tisu fiber. Kanser tulang jenis kedua(secondary) pula adalah sebahagian besar kanser tulang yang berasaldaripada bahagian lain badan selain tulang akibat penyebaran sel kanser(metastatik).
Kanser tulang metastasik boleh berasal daripada bahagian badan lain,kebanyakannya berasal daripada prostat, payudara, paru-paru, buahpinggang, usus besar dan kelenjar tiroid. Selalunya punca kanser tulangterjadi adalah tidak diketahui. Kadangkala, kanser tulang juga mungkinberkaitan dengan radiasi berion (ionizing radiation).
Antara faktor-faktor lain yang boleh menggalakkan kejadian kanser tulang adalah:
* Penyakit Paget
* Fibrous dysplasia
* Retinoblastoma (genetik)
* Sindrom tertentu seperti penyakit Gardner dan penyakit Ollier
Kanser tulang primary
Kira-kira 40 peratus kanser tulang jenis ini adalah berbahaya(malignan) sementara 60 peratus lagi tidak berbahaya (benign). Contohkanser tulang primary yang benign adalah seperti osteochondroma, seltumor gergasi, chondroma dan osteoid osteoma. Contoh kanser tulang yangberasal dari tisu fiber pula adalah sista (cyst) tulang ringkas, sistatulang aneurysmal dan fibrous dysplasia.
Kanser tulang primary yang malignan pula terdiri daripadaosteosarcoma, chondrosarcoma, Ewing憇 tumour dan malignant fibroushistiocytoma. Kanser tulang primary selalunya berlaku pada pesakit yangmuda, terutamanya antara umur 10 hingga 25 tahun dengan lebih kurang 80peratus berlaku di bahagian sendi lutut.
Kanser tulang primary malignan jarang berlaku dan hanya merangkumikurang satu peratus daripada semua kematian yang melibatkan kanser yangmalignan. Punca terjadinya kanser tulang malignan tidak diketahuitetapi kanser tulang benign kadangkala boleh menjadi malignan.
Primary, benign
Osteochondroma
Kanser tulang jenis ini berasal dari bahagian tulang rawan dan bolehtumbuh hanya satu atau banyak secara serentak (juga dikenali sebagaipenyakit Ollier atau exostoses). Selalunya benign, kanser tulang iniboleh berlaku pada sebarang usia, kebanyakannya pada usia muda. Iaboleh tumbuh kecil dan kemudian saiznya semakin besar, selalunya beradapada sisi sendi dan tidak sakit. Sekiranya saiznya semakin besar,kesakitannya juga mungkin bertambah dan bilangannya menjadi banyakserta kemungkinan besar akan menjadi malignan. Gambar X-ray akanmenunjukkan 憇tippled calcification |
|
|
|
|
|
|
|
Rawatan
1. Pembedahan meruapakan cara rawatan paling berkesan untuk sebahagian kanser tulang primary yang benign. Sista tulang pula memerlukan rawatan 慶urretage |
|
|
|
|
|
|
|
Sinonim: Wanita dan kesihatan tulang
Oleh: NURUL ANUAR KARI
TARIKH 8 Mac 2008 bukan sahaja bermakna rakyat Malaysia sekali lagi menjalankan tanggungjawab mengundi malahan merupakan hari sambutan untuk wanita di seluruh dunia.
Disambut pada 8 Mac setiap tahun, Hari Wanita Antarabangsa 2008 jatuh pada hari yang sama dan merupakan satu acara untuk mengingatkan semua betapa pentingnya kehadiran wanita dalam hidup kita.
Ibu, isteri, kakak, adik, mak cik atau nenek, hidup lebih ceria dengan adanya wanita dan sifat-sifat mereka yang di antaranya masih menjadi misteri bagi kaum lelaki.
Dengan ketahanan yang menakjubkan, golongan wanita di seluruh dunia bukan sahaja berjaya merentasi pelbagai pahit maung malahan dapat menahan kesakitan tidak terperi dalam membawa nyawa baru ke dunia.
Namun, dari segi kesihatan, wanita juga terpaksa mengharungi pelbagai rintangan dan kesakitan akibat penyakit seperti kanser, masalah hormon dan masalah tulang.
Selain risiko kanser khusus seperti kanser payudara, kanser pangkal rahim dan kanser ovari yang dihadapi wanita, masalah kesihatan tulang wanita kini makin membimbangkan.
Wanita bukan sahaja mempunyai ketumpatan tulang lebih rendah berbanding lelaki, malahan menghadapi risiko tulang rapuh lebih tinggi selepas menopaus.
Badan manusia mempunyai 206 tulang yang membentuk sistem kerangka dalaman untuk melindungi, menyokong dan mengekalkan bentuk serta pergerakan badan.
Sistem kerangka ini juga menyimpan 99 peratus bekalan kalsium badan, menjadikannya jauh lebih keras berbanding struktur badan lain.
Komposisi tulang terdiri daripada:
* 10 peratus matriks protein fleksibel
* 65 peratus mineral tidak larut seperti kalsium dan fosforus
* 25 peratus air
* sebilangan kecil garam mineral sampingan seperti magnesium, sodium dan bikarbonat.
Tulang adalah struktur hidup dan memerlukan tenaga (makanan) berterusan untuk mengekalkan bentuk dan fungsinya.
Tulang juga mempunyai dua lapisan iaitu lapisan luar yang keras dan kuat (corticol) dan bahagian dalam yang lembut (trabecular).
Tulang tidak dibina dengan hanya satu bentuk kerana tulang yang keras dan padat sepenuhnya akan menjadikannya terlalu berat seterusnya menghalang pergerakan badan yang lancar.
Dua struktur (lembut dan keras) ini menjadikan kerangka badan yang cukup keras untuk melindung dan menyokong tetapi cukup ringan untuk memudahkan pergerakan.
Patah tumbuh
Osteoporosis adalah antara penyakit tulang yang paling banyak berlaku kini, terutamanya kepada wanita.
Secara terus, osteoporosis bermakna 憈ulang banyak liang |
|
|
|
|
|
|
|
Program kesihatan tulang
Anlene keluaran Fonterra Brands (Malaysia) yang merupakan antara jenama utama susu dengan kandungan tinggi nutrien tulang, telah mengadakan Program Pemeriksaan Kesihatan Tulang secara percuma yang bermula pada Ogos 2006.
Lebih 14,000 warga Malaysia telah mengambil bahagian dalam program tersebut dan membekalkan Anlene dengan data mengenai keadaan kesihatan tulang rakyat negara ini.
Daripada jumlah tersebut, 61 peratus merupakan wanita dan 39 peratus lagi lelaki di antara umur 30 hingga 90 tahun.
Program berkenaan turut berjalan di seluruh negara, bandar atau luar bandar, dengan penyertaan bangsa Melayu, Cina, India dan bangsa-bangsa lain, termasuk golongan imigran.
Data dari setiap peserta juga disimpan rapi dengan persetujuan setiap individu, tanpa sebarang petanda khas yang boleh mengenal pasti pemilik maklumat yang direkodkan itu.
Pakar Diet dan Pengurus Penyelidikan Nutrisi, Fonterra Brands Ltd., Aaron Lambert menjelaskan program dengan kerjasama GE healthcare itu berjaya membantu peserta menilai dan merancang penjagaan kesihatan tulang mereka.
揇engan menggunakan alat GE Achilles Ultrasanometer, penganjur program berkenaan dapat menilai tahap kesihatan tulang berdasarkan ketumpatan tulang tumit kaki.
揝elain imbasan tulang percuma, peserta juga diberikan maklumat mengenai kesihatan tulang, penilaian risiko masalah tulang dan perundingan percuma dengan pakar, |
|
|
|
|
|
|
| |
|