|
kat CI dah ade dah... malah lebih byk. muehehe... |
|
|
|
|
|
|
|
well..ni masa zaman duda trang..tang..tang..wa guess Pak lah was just being 抯pontaneous |
|
|
|
|
|
|
|
[quote]Originally posted by anakencana at 3-3-2008 07:58 PM
well..ni masa zaman duda trang..tang..tang..wa guess Pak lah was just being 抯pontaneous |
|
|
|
|
|
|
|
aku lagi tak faham apa tu Islam hadhari .......setahu aku islam ni ada satu aje.. just ISLAM ..........hadhari tu lak cam mana?? |
|
|
|
|
|
|
|
islam hadhori..islam yg sederhana kata paklelah gusdur...tapi kan islam tu sendiri galakkan sederhana..kenapa perlu rebrand ISLAM itself???hahahah..paklah al tidori kantoi |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 anakencana's post
Ana sampai la ni wa pon x paham apanya Hadhari Pak Lah tu, kalo tengok dalam famili Pak Lah pon rasanya cara keluarga Islam yang dia warwarkan pon memang cam x true form of Islam.... ntahlah cam korang gak pada wa, Islam tu satu je |
|
|
|
|
|
|
|
27/03/06
Apa? Apa itu Islam Hadhari :.
Islam Hadhari rancangan jangka panjang
Oleh HASHNAN ABDULLAH
SEPANG 25 Mac - Pendekatan Islam Hadhari yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah perancangan jangka panjang bagi melihat masyarakat di negara ini mengamal nilai-nilai ajaran Islam dalam konteks yang lebih luas.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Mustafa Abdul Rahman berkata, tempoh masa itu perlu supaya 10 prinsip dalam Islam Hadhari itu tidak menimbulkan salah faham dan kebimbangan dalam negara yang komposisi rakyatnya berbilang kaum dan agama.
"Pendekatan Islam Hadhari samalah seperti konsep pertanian yang hasilnya tidak boleh dinikmati dalam tempoh jangka pendek kerana perkembangannya berlaku secara berperingkat-peringkat.
"Kami tidak mahu Islam Hadhari dianggap sebagai salah satu retorik politik kerana ia mampu melahirkan masyarakat yang mempunyai jati diri dari segi penguasaan ilmu, kemahiran dan kepakaran selain dapat memperbetulkan sebarang salah anggap bukan Islam,'' katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja `Pengenalan Konsep Islam Hadhari' di Seminar Kebangsaan Islam Hadhari dan Pembangunan Ummah di sini, hari ini.
Dalam pembentangan itu, Mustafa telah menggariskan beberapa ciri penting yang terdapat dalam pendekatan Islam Hadhari yang berupaya menentukan hala tuju kehidupan masyarakat di negara ini.
Beliau berkata, antara ciri penting tersebut adalah ilmu, pembangunan seimbang, harta kekayaan, kesihatan dan menikmati perhiasan hidup.
"Ilmu merupakan asas kepada pendekatan Islam Hadhari kerana ia bukan hanya kunci iman tetapi juga mampu menjana pembangunan ekonomi umat Islam itu sendiri.
"Ciri kedua yang penting adalah pembangunan seimbang yang tidak hanya tertumpu kepada perkara fardu ain tetapi juga merangkumi ilmu yang tergolong dalam fardu kifayah,'' katanya.
Beliau berkata, Islam menganggap harta kekayaan sebagai satu nikmat tetapi ia mesti disuburkan mengikuti lunas-lunas agama manakala ciri kesihatan pula penting dalam usaha melahirkan masyarakat yang sihat dari segi mental dan fizikal.
"Islam tidak pernah mengajar umatnya memandang perhiasan dunia sebagai suatu yang jijik dan mendekatkan diri kepada syaitan,'' katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Kredit to blog Krong Krang
asSalamualaikum. ana tertarik sangat-sangat dengan berita ini. Pendekatan Islam Hadhari dijalankan sedikit-sedikit, katanya. Begitukah wahai pihak JAKIM? Begitukan pendekatan Islam Hadhari?
Ana ingin mengulas sedikit. Ya, tidak dinafikan, memang pada permulaan da'wah Rasulullah s.a.w yang tercinta, da'wah itu dijalankan secara sedikit-sedikit, secara senyap-senyap. Kemudian, barulah da'wah terbuka dan akhirnya kepada peperangan, atau Qital, peperangan yang dinamai Jihad Fi SabiliLlah, ataupun berjuang bersungguh-sungguh di jalan Allah s.w.t. Memang ada peringkat-peringkatnya, namun hakikat itu perlu diterima. Kita lihat kembali antara sebab da'wah dilakukan pertama kalinya dengan senyap-senyap. Ketahuilah, Sa'id Ramadhan Al-Buti menulis di dalam Fiqh Sirah I, hal ini disebabkan agar pihak kafir Quraisy tidak terperanjat dengan seruannya kerana mereka semua terlalu fanatik dengan penyembahan berhala. Namun, da'wah tetap da'wah, kerana Allah s.w.t berfirman :
"Wahai orang yang berselimut! Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia)."[Al-Muddathir:1-2]
Kemudian, turun ayat Allah yang lain :
"Oleh itu, sampaikanlah secara berterus-terang apa yang diperintahkan kepadamu (wahai Muhammad), dan janganlah engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum kafir musyrik itu. Sesungguhnya Kami tetap memelihara dan mengawalmu dari kejahatan orang-orang yang mengejek-ejek dan mempersendakanmu, (Iaitu) mereka yang mengadakan tuhan yang lain bersama-sama Allah, maka mereka akan mengetahui kelak (akibatnya).[Al-Hijr:94-96]
Setelah turunnya ayat ini kepada Rasulullah s.a.w yang tercinta, nak taknak, Rasulullah s.a.w sudah tahu, perlu ada seruan secara terang-terangan. Lantas Rasulullah s.a.w. mengumpulkan puak Quraisy (Bani Fihr & Bani 'Adi) di bukit Safa. Dipendekkan cerita, apabila Rasulullah s.a.w. menyeru umatnya kepada Islam, bangkitlah Abu Lahab yang berkata "Binasalah engkau hai Muhammad, apakah untuk ini sahaja yang engkau kumpulkan kami?" Dan sebagai janji Allah s.w.t, maka Allah s.w.t turunkan ayat ini :
"Binasalah kedua-dua tangan Abu lahab, dan binasalah ia bersama!"[Al-Lahab : 1]
Kemudian berlakulah siksaan terhadap umat Islam sehingga hijrah ke Yathrib, dan ditukar kepada Madinah. Digubal Piagam Madinah, agar Islam itu diletakkan pada tempat yang sepatutnya, bersepadan dengan firman Allah s.w.t :
"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata"[Al-Baqarah:208]
Itulah perlembagaan yang dibuat oleh Rasulullah s.a.w yang tercinta melalui kuasa politik. Rasulullah s.a.w pertama-tama kalinya di Madinah menurunkan masjid, kemudian pada tahun kedua Hijrah barulah dibina pasar. Dan setelah itu, dipendekkan cerita, akhirnya Allah s.w.t menurunkan ayat yang mengizinkan perang :
"Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya; dan sesungguhnya Allah Amat Berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan). Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: "Tuhan kami ialah Allah". Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamaNya (ugama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa; Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan"[Al-Hajj:39-41]
Setelah itu, berlakulah beberapa ghasiyyah dan sariyyah sehinggalah pembukaan Kota Mekah. Kemudian Islam tersebar di negara-negara lain, seperti Rom,Konstatinople dan Parsi.
Okay, cukup sekadar itu untuk bab sirah. La, ana nak tanya sahabat sekalian. Di manakah umat Islam Malaysia sekarang? Adakah umat Islam berada di keadaan da'wah senyap-senyap, atau terbuka ? Terbuka. Ya, terbuka. Umat Islam Malaysia sudahpun memegang tampuk kekuasaan negara. Akan tetapi, Islam itu masih tidak diletakkan di tempat yang sepatutnya. Hukum Islam masih lagi dipermain-mainkan. INGAT! EKONOMI DILETAKKAN DI TEMPAT KEDUA SELEPAS BAB AKIDAH. NAMUN, AKIDAH UMAT ISLAM MALAYSIA MASIH LAGI ROSAK DENGAN BERLAKUNYA KES-KES RASUAH, BLACK-METAL, KES UMAT ISLAM MURTAD, SEDANGKAN BAB EKONOMI DIPERJAJA DI SINI DI SANA. EKONOMI BERASASKAN ISLAM, AKAUN MUHIBBAH, SAHAM-SAHAM ISLAMIK, INI DAN ITU. RETORIK SEGALA-GALANYA. TAK GUNA SEMUA ITU JIKA BAB ZAKAT MASIH TERUMBANG-AMBING.
Wahai pihak yang berkepentingan. Ingatlah, jangan main cakap-cakap sahaja. Ana bukannya seorang ulama' dan sebagainya, ntum mungkin lebih tahu daripada ana di dalam bab-bab ini. Namun, mengapa ntum senyap dan ikut sahaja. Ingatlah golongan ashabul kahfi, apabila disuruh mengatakan apa yang tidak sepatutnya diperkatakan, mereka tetap dengan Allah s.w.t. Firman Allah :
"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk. Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."[Al-Kahf:13-14]
Ingat, ntum orang yang boleh mengubah segala-galanya. Perkukuhkanlah iman ntum, perkuatkanlah hidayah,teguhkanlah hati sesama ntum, dan bangunlah melawan arus sekularisma ini. Tidak perlu jangka panjang lagi. Ntum ada suara. Suarakanlah apa yang benar.
waLlahua'lam. |
|
|
|
|
|
|
|
asmk.boleh tanya soalan sedikit, apa kah yang dimaksudkan dengan islam hadhari yang telah negara kita telah amalkan konsep nya.- Ariep
Jawapan
Terima kasih kerana sudi bertanya.. Soalan ini sgt bagus..
Saya cari2 dlm internet berkenaan Islam Hadhari dan ini adalah dari website JAKIM sendiri mengenai profil apa itu Islam Hadhari, prinsip2, pendekatannya, soalan2 lazim mengenainya dan lain2.
Klik di sini untuk ke penjelasan JAKIM mengenainya
Untuk ketahui lebih mendalam/soalan lanjut boleh rujuk link di atas atau hubungi:
Sekretariat Islam Hadhari
Cawangan Islam Hadhari,Bahagian Dakwah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Aras 7, Blok D7
Parcel D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya
62519 W.P Putrajaya
E-mail : [email protected]
WALLAHU'ALAM. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 Yang_Jelita's post
islam hadhori..islam yg sederhana kata paklelah gusdur...tapi kan islam tu sendiri galakkan sederhana..kenapa perlu rebrand ISLAM itself???hahahah..paklah al tidori kantoi
Jawapannya, pimpinan Umno sendiri pertamanya tidak mengamalkan Islam Hadhari dalam kehidupan seharian, dan keduanya, jika ditanya mengenai Islam Hadhari, yang pastinya mereka pun tidak faham. Jadi seelok-eloknya, biarlah Pak Lah dan yang faham sahaja yang bercakap.
Yang pastinya, konsep Islam Hadhari masih mengelirukan. Yang banyak diterangkan ialah Islam Hadhari adalah Islam yang progresif. Adakah Islam tidak progresif? Islam Hadhari |
|
|
|
|
|
|
|
islam hadhari..hadhari yg hampeh...
igt bagus sgt ke nk rebrand2 nih..:@ |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #14 haliem's post
Menurut cerita lah, memula kuar gambar nie Pak Lah cukup sensitif dengan sebarang usaha untuk menggugat projek Islam Hadharinya...naik hangin satu badan jap.
Tapi kan soal tangan nakal manja2 nie boley jadi "Isu besar".. pembangkang nak kondem imej islamik BN/UMNO secara amnya.. tup2 konsep Islam Hadhari yang dipeloporinya dah jadi bahan lawak dan gurauan? Saper nak jawab kannn...:victory: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #16 anakencana's post
for some, the devils they know is much preferable, wa understand mende tu... dulu wa pro BN gak, bila wa saja je switch nak tengok camne BA beroperasi wa surrise gak ngan certain komen mereka ni pasal konon pemimpin BN kasi $$$ laaa, kasi barang ler, kasi trip sana sinun ler... frankly speaking masa wa hardcore jadi member, wa x de lak di'offer' mende tu sumer.... and it makes me wonder betul ke segala allegiation yang BA buat kat BN?
At this moment wa cuba open my mind untuk memahami camne BA ni beroperasi n camne nak tengok BN luar dari konteks sebagai bekas ahli
Kuasa ditangan kita semua dalam menentukan siapa yang menjadi wakil kita dalam 4 tahun akan datang... like my mom, dia kata dia x mo memperjudikan undi dia untuk vote parti yang maki hamun orang lain, parti yang sekular (cam parti wa sokong skang ni) dan dia x mo vote parti yang segala tumpuan parti itu pada seorang individu saja.... well thats her choice |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #19 yipun78's post
yeap agreed.... dulu wa pun hardcore.. la ni slow motion plak hahahhahahaha
& never sekali pun wa di offer hatta Rm10 hengget pun... tu yg wa muyskil
as for PKR... abg wa ada involved dlm pembikinan pilem.. so one day derang (baru2 ni) gi rumah this fellow.. somewhere in bangi & that fellow inform wa punye abg dia skrg gantung bendele PKR, PAS coz pkr upah RM30k utk turunkan bendela Dacing huhuhuhuhuhuhu
so pendek kata semua politik itu kotor apabila dikotori oleh tangan2 yg tamak haloba |
|
|
|
|
|
|
| |
|