CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 13508|Reply: 21

KAYAKING / CANOEING

[Copy link]
Post time 11-1-2007 11:40 PM | Show all posts |Read mode
Antara berkayak dan berkenu ada perbezaannya. Ada sesapa yang berpengalaman dan sudah melakukan ekspedisi kayaking ini? Boleh share?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2007 02:09 PM | Show all posts
Sukan kayak rekreasi dan ekstrim
Oleh Fairuz Zaidan


Cipta rekod dengan berkayak




MENIKMATI suasana petang di tengah tasik sambil berkayak, pasti mendamaikan perasaan. Lebih bermakna lagi jika aktiviti rekreasi sebegitu dilakukan secara berkumpulan yang mampu menjamin kecergasan minda.

Kayak yang berbentuk seakan perahu moden dengan rekaan meruncing tajam di kedua-dua hujungnya sesuai untuk dikendalikan sama ada seorang atau lebih jurumudi.

Dilengkapi dengan dua bilah pendayung, topi keledar dan jaket keselamatan, aktiviti kayak tidak terhad dilakukan di tasik, malah boleh dilakukan juga di tengah lautan dan sesetengah kayak pula direka khusus untuk aktiviti sukan ekstrim di kawasan berarus deras.

Pun begitu, untuk berkayak memerlukan seseorang yang mempunyai kekuatan tangan sebagai jentera utama untuk mendayungkan kayak.

Namun, bagi aktiviti santai dan rekreasi cukup sekadar memahami teknik mendayung kayak, selain bijak mengimbangkan kerangka kayak bagi mengelak kayak daripada terbalik.



Jangan sesekali panik jika kayak yang dikemudikan terbalik kerana kayak dicipta khusus untuk membolehkan kita keluar secara langsung (sendiri) jika kerangka kayak terbalik.

Apatah lagi, jaket keselamatan, yang perlu dipakai seba gai pelindung diri menjamin keselamatan di dasar air.

Sukan kayak atau juga dipanggil kenu di Britain dan Ireland, semakin menjadi pilihan ramai masa kini, terutama buat mereka yang menggemari sukan berkaitan air. Bukan saja untuk beriadah malah ramai yang menyertai pertandingan dan mengunggulinya.

Nama seperti Pavol dan Peter Hochshorner cukup terkenal dan digeruni dalam sukan ini. Dua beradik ini memenangi memenangi emas dalam acara berpasangan kenu slalom Sukan Olimpik dua kali berturut-turut. Malah, kejayaan di Athens pada 2004 menjadikan Pavol dan Peter sebagai jaguh dalam acara slalom (mata dikira mengikut catatan masa dan check point) hingga sukar untuk ditewaskan lawan.

Malaysia juga tidak terkecuali melahirkan jaguh dalam sukan ini. Fajan Satta dan Norain Idrus adalah antara nama yang memeriahkan sukan ini di peringkat tempatan. Sekalipun tidak sehebat atau belum sehebat atlit sukan ini di peringkat antarabangsa, pembabitan serius mereka dalam sukan ini menunjukkan sukan ini semakin mendapat tempat di hati masyarakat.

Bukan sekadar untuk beriadah malah ada yang menjadikan sukan itu untuk mencipta rekod. Kelab kayak Universiti Malaya, UM Kayakers, umpamanya giat memajukan sukan itu dan pada masa yang sama menjalankan aktiviti ekspedisi menawan perairan negara sambil mencipta rekod.

Selepas menawan selat terpanjang dunia, Selat Melaka pada 2003 sehingga mencatatkan nama dalam Malaysia Book of Records (MBR), kelab ini berhasrat menakluk sebelah timur Malaysia pula.

Misi besar yang dijangka berlangsung Mei nanti menjadi pelengkap sasaran kelab itu sebaik kejayaan empat tahun lalu dengan berkayak seramai 10 orang dari Kuala Perlis ke Johor Bahru sejauh 902 kilometer.

Pegawai Sukan, Pusat Sukan UM merangkap Jurulatih dan Pengurus Pasukan UM Kayakers, Samari Mohd Senang berkata misi terbaru 2000 KM Kayak Expedition Sabah, Brunei & Sarawak itu dijangka mengambil masa 45 hari untuk direalisasikan.

Beliau berkata, cabaran kali ini lebih mencabar kerana akan merentasi perairan Sabah, Brunei dan Sarawak membabitkan 25 pendayung di samping 15 krew sokongan.

揈kspedisi ini dijangkakan bermula 11 Mei dan berakhir 26 Jun dan jika berjaya ia kelak akan juga dimasukkan dalam rekod Malaysia.

揃ukan rekod yang menjadi sasaran kita, tetapi semangat waja dan kesungguhan peserta sempena 50 tahun kemerdekaan negara,
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2007 03:52 PM | Show all posts
Potensi sukan kenu kian malap
Oleh Nor Hairulnizam Wahid

TEMPOH 2000 hingga 2007 adalah detik sukar bagi penggiat sukan kenu negara apabila kekurangan landasan sesuai untuk beraksi, sekali gus memalapkan perkembangan sukan air itu berbanding perahu layar yang lebih bernasib baik hingga berpeluang menunjukkan kemampuan mereka ke peringkat antarabangsa.


Ketiadaan acara itu dalam senarai Sukan Malaysia (Sukma) sejak penampilan terakhirnya di Sukma Pulau Pinang 2000, menjadikan potensi sukan itu untuk berkembang semakin sukar. Malah difahamkan beberapa pertandingan secara kecil-kecilan menjadi pengubat duka penggiat sukan terbabit.

Mujur, 2008 membawa sinar baru untuk sukan terbabit apabila ia ditawarkan sebagai satu acara di Sukma Terengganu, tahun depan.

Penasihat Sukan Kenu Kuala Lumpur, Najib Tahir yang mengakui senario itu berkata, ketiadaan kejohanan besar seperti Sukma menjadikan atlit kenu tidak mempunyai peluang beraksi, meskipun ada di antara mereka boleh disandarkan harapan untuk meraih pingat.

Jelasnya, jika sebelum ini wujud sirkit kenu setiap tiga bulan sekali bagi membolehkan atlit kenu mengasah bakat tetapi kini semua itu hanya menjadi sejarah. Katanya, sejak beberapa tahun lalu, Karnival Kenu Putrajaya dan Kejohanan Kenu Putrajaya menjadi landasan terbaik bagi mengetengahkan kemahiran mereka beraksi di air.

Malah ketiadaan kejohanan kenu membuatkan ada di antara negeri yang melupakan terus sukan itu daripada diari mereka. Selain Kuala Lumpur, negeri lain yang masih aktif ialah Johor, Perlis dan Terengganu.

揝ecara tidak langsung, ruang untuk mewujudkan atlit pelapis semakin tertutup. Ini kerana mereka tidak mempunyai kejohanan besar untuk disertai, menjadikan mereka tidak nampak sebarang sebab untuk bergiat dalam sukan ini.

揕ebih malang lagi, bagi mengubati kekecewaan, penggiat kenu terpaksa beralih kepada aktiviti ekspedisi sebagai pemanas badan, sedangkan matlamat asal tidak kesampaian.

揔ini, apabila Sukma kembali menawarkan acara kenu, kami kekurangan atlit pelapis yang mempunyai pengalaman lima hingga enam tahun dan apa yang ada sekarang, hanya atlit yang mempunyai kurang dari dua tahun pengalaman untuk menyahut cabaran itu,
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2010 12:50 AM | Show all posts
kepada penggiat dan yang berminat dengan sukan kayak, akan ada satu pertandingan kayak di jerlun,kedah pada bulan 7 nanti.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2010 12:56 AM | Show all posts
sukan kayak mampu berkembang sekiranya semua pihak bekerjasama dalam mempromosi sukan ini di mata rakyat malaysia.pihak yang berwajib perlulah menyumbang bantuan kepada kelab2 kayak dan canoe ni untuk terus berkembang. harga sebijik racing kayak,canoe bukannya murah.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2010 05:57 AM | Show all posts
so jadi ler forummer yg menyebarkan maklumat tentang sukan kayak ni.. mungkin ramai yg xtau kot
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-6-2010 12:39 PM | Show all posts
Reply 6# karambunai
sukan ni tak dipopularkan oleh media seperti bola sepak,hoki dan badminton. kadang2 ada jugak rakyat malaysia yang tak menyedari
kewujudan sukan ni di malaysia. diperingkat universiti ramai lah yang tau. tapi bagi orang2 luar bandar bagaimana?
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2010 12:46 PM | Show all posts
apa2 pun alhamdulillah sebab sukma di melaka tahun ni acara kayak masih dipertandingkan. harap2 sukan ni tidak diabaikan. walaupun malaysia masih ketinggalan di pentas antarabangsa, tapi saya yakin dengan kesungguhan setiap kayakers dan bantuan penyelidikan dari pihak tertentu, kayakers malaysia akan digeruni kayakers negara lain.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2010 08:46 PM | Show all posts
Post Last Edit by karambunai at 13-6-2010 00:46

Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2010 08:50 PM | Show all posts
mod, kenapa video xdak pun??
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2010 10:16 PM | Show all posts
Reply 6# karambunai
mod karambunai, bgaimana nak upload video dari youtube??
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2010 12:48 AM | Show all posts
just click kat advanced mode then ko click kat youtube dekat atas antara icon2 tu.. then ko copy paste dari youtube nyer link. contoh:-

http://www.youtube.com/watch?v=ng5iW2EopTE&feature=popular

ko copy yang aku bold kan tu aje then pastekan dekat icon youtube yg ko click tu. ok.. cuba ler..
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2010 03:02 AM | Show all posts
Reply 12# karambunai
thank u for this info..
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2010 03:10 AM | Show all posts
video kayak k1,k2&k4

Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2010 03:18 AM | Show all posts
ni plak video team selangor masa sukma t'ganu 2008 yang lepas.
ada jugak kayakers um yang join masa tu.

Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2010 01:14 AM | Show all posts
dominasi terengganu dalam acara kayak semakin dihakis perlis.. kalau tak silap, k2 dan k4 lelaki dikuasai perlis.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2010 08:26 PM | Show all posts
acara kayak dah habis pada sukma kali ni. walaupun perlis dah bagi saingan yang sengit, terengganu masih lagi johan keseluruhan acara ni.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2010 02:26 AM | Show all posts
Reply 15# uboat


salam
uboat ni atlet kayak ke?
team mane?
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2010 02:30 AM | Show all posts
Antara berkayak dan berkenu ada perbezaannya. Ada sesapa yang berpengalaman dan sudah melakukan eksp ...
Gravedigger Post at 11-1-2007 23:40


differentiate btweeen kayak n canoe
kayak with closed deck
but canoe open deck
kayak paddles with two blade
canoe paddles juz one blade/single blade
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2011 01:13 AM | Show all posts
Reply 18# troy_kitaro

wasalamm..sori lmbat reply busy sikit 2,3 bulan ni. saya setakat wakil universiti jer..achievement pn tak banyak.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 11:57 PM GMT+8 , Processed in 0.086571 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list