|
oleh Zamihan Md Zin Al Gharial-ghari.blogspot.com
HARI MENGUNDI :
Sayafaqir yang hina berkesempatan membuang undi di DUN Galas, Gua Musang.Harapan saya dan semua pengundi agar calon muslim dan parti yangdisokong mendapat kuasa dalam pilihanraya. Sekaligus mandat mulia inidipergunakan untuk membela ummat dan mendaulatkan agama tercinta. Sayatiba di pusat mengundi kira-kira jam 10.00 pagi.
Pengundiandi awal pagi sememangnya dirancang kerana saya perlu bergegas ke DUNChempaka, Kota Bharu untuk memberi ruang kepada zaujah tercintamembuang undi bagi DUN Tok Guru. Namun, terpaksa beratur panjang di DUNGalas kerana pengundi saluran 3 begitu ramai. Maklumlah dibarisi orangmuda yang pertama kali mengundi. Kelihatan mereka begitu teruja.Sungguh mereka teruja dengan hari mengundi! Apakah mereka juga teruja dengan hari Kiamat. Rukun Iman yang ke-5. Allahu Allah.
GELAGAT MANUSIA :
Sayamemerhati pelbagai gelagat manusia yang berbaris. Ada yang menutupaurat. Dan ada juga yang tidak. Seseorang dua pula hampir telanjangwalau berpakaian. Orang kampung yang berhijrah ke bandar katakan!. Adajuga golongan warga emas yang datang dengan bantuan petugas haripegundian. Tahniah kepada warga emas yang bersusah payah datangmengundi. Apakah mereka juga sanggup bersusah payah untuk ke masjidmenunaikan solat.
Adapula si anak kecil yang merengek-rengek minta belas kasihan. Ibu-bapapula terpaksa melayan karenah anak-anak mereka. Begitulah lumrahnyamanusia, bila kecil menagih kasih sayang. Bila besar tiada belaskasihan.
BARISAN :
Melihatbarisan beratur yang panjang. Teringat pula barisan manusia, binatangdan jin di padang Mahsyar. Pelbagai gelagat dan keadaan dipertontonkan.Diriwayatkan dari Sayyidatina Aisyah r.a : 揔amu akan dihasyar dipadang mahsyar dalam keadaan berkaki ayam, bertelanjang dan tidakberkhatan. Aisyah bertanya : "Apakah manusia tidak berasa maluberpandangan sesama sendiri antara lelaki dan wanita pada hari itu?Rasulullah menjawab : "Wahai Aisyah, sesungguhnya (kesibukan) urusanAllah menyebabkan hilang perasaan malu manusia sesama manusia |
|
|
|
|
|
|
|
sambung
PENGIRAAN UNDI:
Sayajuga sempat mengikuti penjumlahan undi. Kita asyik mengira undi tetapilupa pula untuk mengakauntabiliti diri sendiri. Muhasabalah dirisendiri sebelum kita dihisab Rabb al-Jalil. Calon pemenang diisytiharSPR. Jika pembangkang menang..keputusannya agak lewat. Bagi yangmenang, wajah ceria terang bersinar. Calon yang kalah wajahnya pudar.Hatinya turut berpinar. Penyokongnya pula terkejut besar. Begitu jugaperistiharan di akhirat. Wajah pemenang beriman penuh bercahaya. Wajahsi kafir berdebu dan kehitaman pula. Itulah hakikat pembalasan dariNya.
KESIMPULAN :
Bersamalahkita muhasabah diri dengan memperkasakan rukun iman kita. Semogapilihanraya ke-12 mendewasakan pemikiran dan kehidupan kini. Sekaligusmematangkan perjalanan kita menuju akhirat.
Al-Hamdulillah,kita selesai memilih. Dan Allah telah memberi kemenangan kepadasebahagian pejuang agamanya. Laksanakanlah amanah dengansebaik-baiknya. Demi Agama, Bangsa dan Negara.
Saudaraku,sedarlah..bahawa kita masih ditahap buta akhirat. Hidup selesa tidakdigunakan untuk mencapai hakikat. Sebaliknya digunakan untuk melanggarsyariat. Bagaimana pula untuk mengecapi makrifat. Sekarang, tibamasanya pula untuk kita bersiap. Semoga Allah memilih kita dalamkeadaan selamat dan terhormat. Dijauhkan dari kematian yang jahat.Aamiin. |
|
|
|
|
|
|
|
amin
telah tertunai jualah hajat terpendam |
|
|
|
|
|
|
|
amin..
Alhamdulillah..
Allah s.w.t bukakan jua hati pengundi2 yg bijak memilih akhirat sebagai keutamaan dan meletakkan duniawi sebagai sampingan..
Alhamdulillah..
Allah s.w.t tunjukkan jua sinar kebenaranNya dengan memberi kemenangan pada yang berjuang ke jalanNya..
semoga dengan perlantikan kerajaan yang benar dan telus dapat membawa sinar keamanan dengan penuh barakah pada negeri tercinta..
AMIN~~ |
|
|
|
|
|
|
| |
|