CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1873|Reply: 1

psychotherapy

[Copy link]
Post time 20-3-2008 05:52 AM | Show all posts |Read mode
Kelemahan psikot鑋/color]rapi


Individu yang mendapatkan khidmat kaunseling atau terapi seharusnya meninggalkan sesi dengan perasaan positif dan lapang dada. Pada masa sama, ia juga boleh meninggalkan kesan trauma.


SOAL jawab sebenarnya boleh menjadi lebih teruk bagi
individu mendapat post-traumatic stress disorder (PTSD)
iaitu gangguan tekanan selepas trauma.



SEPERTI mereka yang menjalani rawatan terapi, Karen Masters berharap untuk menjadi insan yang lebih berkeyakinan dan tabah.

Tetapi setahun kemudian, dia meninggalkan sesi soal jawab terakhirnya tentang apa yang sering difikirkan adalah kekuatan hubungan dengan ibu dan imbasan mengenai penderaan seksual yang tidak pernah diketahui akan berlaku. Kariernya terjejas dan rumah tangganya hancur.

"Saya benar-benar terkejut. Pada mulanya saya melalui sesi kaunseling untuk membincangkan tentang peristiwa hitam yang pernah saya alami ketika kanak-kanak.

"Tetapi apabila ia perlu diungkap secara terperinci, saya terpaksa mengenang dan mengingati kembali peristiwa yang telah saya buang jauh daripada ingatan.

"Dengan situasi tersebut, ia benar-benar mengganggu fikiran saya. Kini, saya berharap bahawa saya tidak pernah menjalani sesi kaunseling walaupun hakikatnya ia berlaku," kata Masters, 31.

Charlene Lunnon turut berkongsi kebimbangan. Bersama seorang lagi rakannya, Lisa Hoodless, dia mengalami peristiwa dirogol sembilan tahun lalu sebelum melarikan diri empat hari kemudian. Ketika itu dia berusia 10 tahun.

Kanak-kanak itu muncul dalam program dokumentari Saluran 4, British TV baru-baru ini, yang mana Lunnon kelihatan terganggu dengan pengalaman menjalani terapi selepas dilarikan.

"Ia satu perkara paling teruk yang pernah saya alami. Tiada sesiapa pun yang memahami bagaimana dahsyatnya apa yang saya rasa," kata Lunnon.

Hoodless turut merasakan perkara yang sama dan ayahnya kemudian membenarkan dia meninggalkan sesi kaunseling selepas empat bulan mengikutinya. Lunnon pula meneruskan sesi tersebut sehingga 18 bulan.

Kajian terbaru mendapati, beberapa jenis ubat mencegah tekanan berguna untuk kebanyakan pesakit yang mencari rawatan menerusi pelbagai bentuk psikot鑋/color]rapi atau disebut sebagai the talking cure.

Bagaimanapun, artikel bertajuk When Therapy Causes Harm yang disiarkan dalam Journal Psychologist baru-baru ini mendedahkan, bahawa hampir 10 peratus individu menjadi lebih teruk selepas memulakan sesi kaunseling atau terapi.
Menurut kajian King's London College, terapi sebegini dipanggil psikot鑋/color]rapi segera atau soal jawab selepas mengalami peristiwa trauma seperti kes Lunnon.

"Soal jawab sebenarnya boleh menjadi lebih teruk bagi individu mendapat post-traumatic stress disorder (PTSD) iaitu gangguan tekanan selepas trauma," kata profesor psikologi klinikal di University College London, Peter Fonagy.

Kesan daripada perkara ini, individu di Britain yang mengalami trauma akibat peristiwa hitam diberi masa sekurang-kurangnya sebulan untuk berbincang dengan keluarga, rakan atau teman sebelum bantuan profesional dicadangkan.

Fonagy tidak terkejut dengan perasaan Lunnon yang kurang gembira sewaktu tempoh kaunseling. Ujarnya, kecuali seseorang berasa semangat untuk menjalani terapi dengan isu spesifik yang ingin mereka bincangkan, terapi boleh menjadi pengulangan trauma.

"Itu tidak bermakna bahawa berbincang mengenai trauma, apabila anda mengalami PTSD, ia tidak membantu," tambahnya.
Selain itu Fonagy juga mempunyai pandangan skeptikal terhadap teknik memulihkan ingatan.

"Saya perlu katakan bahawa terapi boleh membantu menguruskan sesuatu hubungan yang terjejas dengan apa yang diingati.

"Tetapi tiada sebarang penunjuk bahawa memulihkan ingatan terhadap trauma boleh membantu individu yang terlibat. Sebaliknya, ia boleh menjadi tidak menyenangkan. Kita melupakan perkara-perkara itu kerana ada alasan tertentu."

Malah terapi berkumpulan yang dianggap berjaya dalam situasi tertentu, boleh mendatangkan hasil negatif untuk individu dalam kumpulan tertentu terutamanya golongan remaja yang mempunyai masalah tingkah laku.


TERAPI berkumpulan yang dianggap berjaya boleh
mendatangkan kesan negatif kepada individu tertentu.

Satu laporan yang disiarkan di dalam Journal for Studies on Alcohol & Drugs pada tahun 2002 mendapati, satu kumpulan yang mengikuti program terapi mempunyai peningkatan terhadap pengambilan alkohol di kalangan peserta kerana mereka menganggap merokok dan minum arak adalah satu perkara normal.

Sementara itu, David Purves selaku konsultan psikologi kaunseling dan ketua pensyarah di Jabatan Psikologi London Metropolitan University, bersetuju dengan pendapat bahawa terapi tradisional mempunyai risiko.

"Anda bercakap mengenai bagaimana teruknya anda rasa dan kaunselor tidak selalunya memberi jalan untuk keluar dari situasi tersebut.

"Malah ada di kalangan kaunselor atau pakar terapi tidak fokus langsung terhadap pesakitnya. Itu yang menyebabkan sesi terapi atau kaunseling tidak berjalan lancar," jelas Purves.

Purves percaya, individu yang mendapatkan khidmat kaunseling seharusnya meninggalkan sesi dengan perasaan positif dan lapang dada.

"Jika mereka berasa lebih teruk selepas menjalani sesi terapi, ia adalah satu perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Jika saya sendiri mengalaminya, sudah pasti saya juga tidak mahu mengikuti sebarang sesi kaunseling." - Agensi




aku memang sikit particular tentang psychotherapy ni..  tak berapa confident lak.. lagi baca artikel tu  lagi aku seram lak...  kalau PTSD ni memang susah nak cure dah.. trauma sampai kena counselling...  bukan kat europe aje.. kat tempat kerja aku pun.. ramai yang psycho  ni...   kat forum ni pun... cuma kengkadang nak trace tu tak mudah sangat...   so harap jgn la depend sangat dgn therapy tu..  pada org islam mungkin bawak2 baca quran dan sembahyang bang..  

[ Last edited by  amazed at 20-3-2008 06:49 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2008 10:35 PM | Show all posts

wei wei pak cik....

okay careful ek... cam ni ni cerita tak abih ni

ada texbook about abnormal psychology yg cakap pasal PTSD - quote study in Miami ker Flourida pasal hurricane  = and kesan trauma .

they said that u just brief the victims OR ask them to let it out of just being supportive. study tu found out yg being suppoertive is good and forcing the traumatised victims to let the trauma out before they were ready is bad.


tapi NOT all counselling is bad..take  note viewers. Clinical psychologists will know their stuffs, do not believe what you just read 100%.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 07:25 AM GMT+8 , Processed in 0.363267 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list