CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3611|Reply: 5

letih dan mengantuk setiap kali bangun tidor

[Copy link]
Post time 21-3-2008 07:34 AM | Show all posts |Read mode
assalamualaikum....
hai semua!!!

btw...saya mempunyai masalah setiap pagi....
saya akan berasa letih,malas dan mengantuk lagi selepas bangun pagi
walaupun setelah saya mandi....
saya tido biasanya pukul 12 tgh malam....
dan bangun pukul 5.30 @6.00 pagi...
saya dah cuba pelbagai jenis kopi,ubatan...untuk menambah tenaga...
tapi masih tidak sesuai....malah kadang2 sampai waktu bekerja pun saya masih letih dan mengantuk....

so....saya harap dapat apa2 cadangan dari kawan2 semua untuk membantu saya...
adakah kegemukkan salah satu sbb?????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2008 08:19 AM | Show all posts

Reply #1 ladycheersweet's post

Penawar Kepenatan, amalkan...

Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di
rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar
oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah
sebagai penawarnya.

Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin
Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling
gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata :

"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia
dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."

Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk
mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah.
Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak
kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta
menantu itu. Baginda s.a.w. berkata:

"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa
yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur,
bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali
dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu
berdua daripada seorang khadam."

Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan
menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.

Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w.
ini.

Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia
diajarkan kepadaku."

Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja
yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya
mengamalkan membaca ' Subhanallah ' (33 kali), ' Alhamdulillah ' (33 kali)
dan ' Allahuakbar ' (33 kali) pada setiap malam isitu sebelum melelapkan
mata.

Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , Insya-
Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup
seharian
kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan
senyuman.


saya dapat ni melalui email dari seorang teman selepas saya mengadu sering penat dan tak bermaya... cubalah (kalau ladycheersweet seorang muslim)
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2008 09:42 AM | Show all posts

Reply #1 ladycheersweet's post

Lady selalu makan daging keh?? Kalau boleh ,kuruskan berat badan dan kena ubah tabiat makanan ....kurangkan makan daging,seafood,goreng -goreng.....kalau boleh,tidur awai sikit lah
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2008 01:23 PM | Show all posts
aku slalu kene cm ko kene..tapi since bakal mak mertua aku kenalkan aku ngan chrorella by cosway..Alhamdulillah..bangun pagi xde masalah even aku tdo kol 2 pagi n kene bangun kol 7pg..kalo malam tu aku terasa penat sangat..aku telan 5 biji chrorella..so bangun pagi kurang sket lemah badan..lepas siap2 sume aku makan lagi 5 biji..Alhamdulillah..ngantuk pon kurang..badan cergas je masa kerja..ni pic dia..

Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2008 02:43 PM | Show all posts

Reply #1 ladycheersweet's post

hai lady cheer, skang ni semua orang jual ubat, kopi dan lain2 untuk membantu dalam rawatan penyakit tapi tahukah anda ubat yang famous2 kat dunia pun ada side effect inikan ubat2 kat malaysia yang baru dibuat kajian 3-5 tahun. saya syorkan anda makan USANA ubat terbaik pernah sy jumpa..
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2008 03:13 PM | Show all posts
kena rajin berjoging nih.. sekurang2 nya 30 minit berjoging.. hirup udara segar.. biar kepala berdenyut2 sket..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 12:19 AM GMT+8 , Processed in 0.062017 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list