CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1897|Reply: 15

Tolong beri pandangan...plss..

[Copy link]
Post time 25-3-2008 12:41 PM | Show all posts |Read mode
Saya adalah anak bongsu dan amat rapat dengan mak sejak kecil lagi.Susah senang kami bersama.Mak saya merupakan isteri ke2.Saya mempunyai 2 org kakak berlainan ibu dan seorang abang kandung seibu dan sebapa (pening sikit laa..) tapi kami memang rapat seperti adik beradik kandung.Kedua2 kakak saya telah kematian suami dan mempunyai 4-5 orang anak yang semakin membesar.

Abah saya telah meninggal dunia pada 2004.Sejak dari itu, saya lah yang menjaga mak memandangkan saya rapat dengan mak.Saya mendapat keizinan suami untuk menjaga mak walaupun suami saya berada di KL dan saya di negeri lain.Saya dan mak susah senang bersama.Walaupun hidup tak mewah tapi saya harap sangat mak saya happy.

Masalah nyer, berlaku satu insiden dimana suami saya terdengar perbualan mak dan salah seorang kakak saya dan di perbualan tersebut, mak saya seperti memburukkan nama suami saya (utk pengetahuan, suami saya tidak bekerja hampir 2 tahun..hanya buat MLM yg bermacam2 dan tidak suka makan gaji..terus terang..saya dan suami memang bermasalah dengan kewangan hingga krisis tak habis2..).Apabila suami terdengar, dia amat berkecil hati dengan mak saya dan suami telah 'mengarahkan' saya balik ke KL dan tinggal dengan dia semula.Seperti kali ini dia benar2 marah dengan insiden tersebut.

Masalah nyer...saya tak tahu bagaimana nak hadapi situasi ini.Sejak2 ini mak saya amat sensitif dan saya tak sampai hati nak tengok mak saya bersedih bila saya tak boleh jaga dia lagi..saya betul2 tertekan.tolong lah saya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2008 12:58 PM | Show all posts

Reply #1 ct_picollo's post

err.... bukan nak bg solution sebab ku sendiri dlm dilema.
Betapa sukarnya membuat pertimbangan emosi. Umpama ditelan mati emak, diluah mati bapak.

Namun demikian, kewajipan isteri lebih kpd mentaati suami. Berserah pd Allah, mohon jln keluar dr persimpangan. Dilembutkan hati pd kesemua pihak yg terlibat.

Let others contribute some ideas!
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2008 01:10 PM | Show all posts
syurga seorang isteri pada suami... syurga seorang suami pd ibunye (termasuk ibu mertua yg sama tarafnya dgn ibu kandung).... berdoa la agar suami merestui apa yg u buat... minta izin elok2...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2008 01:33 PM | Show all posts
minta restu suami tu yg penting... walau apa yg keputusan yg kita buat suami adalah paling utama.
dapam hal ni pujuklah suami sebaik2 mungkin.. pahamkan dia... tp kalau suami berkeras gak.. ikutlah kehendak suami, disampingtu mohonlah smoga masalah ini ada penyelasaian ... banyakkan bersabar
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2008 01:34 PM | Show all posts
Susah gak.... yg satu mak yg satu lagi suami....
cubalah bawak berbincang ngan suami dulu, kemungkinan mak ct risaukan suami ct yg tak bekerja bukanlah niatnya untuk memburuk-burukkan suami ct maklumlah orang tua....

Kalau tak de juga jalan penyelesaian cubalah minta pandangan kakak-kakak ct atau sesiapa yang boleh dibawa berunding..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2008 01:59 PM | Show all posts
Mas rasa mak ct concern pasal ct. sebab ct paling rapat dengan mak, so bila suami tak ada kerja tetap mesti dia risau kan masa depan ct nanti. mungkin ct bole berbincang dengan suami supaya dapat pekerjaan yang menjamin keluarga.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-3-2008 02:51 PM | Show all posts
thanks utk semua yang sudi beri pandangan.

utk pengetahuan semua,mak saya memang kecewa dengan sikap suami yang tidak mahu makan gaji.saya pun dah banyak kali membantu dalam financial untuk dia bergerak dlm bisness MLM...infact keluarga saya pun ada yang membantu. tapi suami sering kali gagal..atau kalau saya boleh andaikan beliau seperti hangat2 tahi ayam jer...Family saya memang cukup faham dengan masalah saya. Walaupun saya tak beritahu, tapi mereka boleh lihat dan monitor perkembangan hidup adik dia ni.

saya pun tidak lah cakap suami saya ni jahat.no....he's a nice man.cuma silap kat situ jer.akibat terlalu ego..tak mahu dikerah orang buat kerja itu ini...dia lebih suka buat kerja sendiri.Dia juga seorang yang understanding sebenarnya..cuma..sejak peristiwa dia terdengar tu laaa...dia kini dah ubah persepsi tentang keluarga saya.Malah keluarga saya dikatakan hipokrit.

Saya amat faham tempat saya dan syurga adalah si bawah suami.Tapi pada masa yang sama, saya tak dapat bayangkan dan saya amat pasti bahawa mak saya mesti sedih dan kecil hati dengan saya dan suami.dan mak mesti menitiskan airmata kerana saya.Sungguh bersalah rasanya saya ni.Sekarang ni, walaupun ada cucu2 yang kian membesar..ada yang dah bekerja dsbg...tapi belum seorang pun willing nak temankan nenek dia. Itu lagilah menyedihkan hati saya..kerana mereka ni semua di tatang bagai minyak yang penuh oleh nenek mereka ni.Sayang memang sayang, tapi bukan sampai tahap mereka HENDAK menjaga nenek mereka. Bayangkanlah mak saya yang dah berumur 66, badan agak besar, kaki dan lutut selalu sakit-sakit, tinggal di Flat (hidup bagai sangkar burung..kata mak saya..)...tak tergamak rasanya nak tinggalkan dia seorang diri.

Bagi pihak suami pula, dia pun merayu saya memikirkan tentang dia di KL.Hidup seperti tidak ada anak bini..makan pakai tak terjaga..aduuhhh...berdosanya saya.Dah puas saya pujuk suami agar tinggal dengan saya di sini, tapi beliau tidak serasi.Dah pernah cuba..paling lama pun 2 minggu. Abang dan kakak pun pernah pujuk mak tinggal bersama tetapi sebab mak tahu mereka semua ada masalah masing2, mak tak mahu susahkan mereka.Mak lebih pilih saya.Dan saya pun memang berniat utk menjaga mak hingga akhir hayat dia, dah mintak izin suami pun..tapi pendirian suami kini telah berubah pulak. Serba salah dibuatnyaa....

anyway...thanks kerana sudi membaca,memahami dan memberi pandangan terhadap masalah saya ini.sekiranya ada solution dia, akan saya share dengan u all.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2008 04:29 PM | Show all posts
Originally posted by ct_picollo at 25-3-2008 02:51 PM
thanks utk semua yang sudi beri pandangan.

utk pengetahuan semua,mak saya memang kecewa dengan sikap suami yang tidak mahu makan gaji.saya pun dah banyak kali membantu dalam financial untuk di ...


Assalamualaikum CT,

Dari posting miker.................teman dapati miker memahami dan tahu akan tanggungjawab sebagai seorg isteri dan juga had nya sebagai seorg anak perempuan terhadap ibu nya.
Perubahan sikap suami adalah kerana dier kecil hati.

Dan sekarang miker meminta pendapat cara/kaedah utk mengatasi masaalah tersebut.

Ketahui lah........................wahai CT.
Sesungguhnya kita sebagai penganut Islam ada beberapa kaedah/cara yg bley di gunapakai mengatasi masaalah yg di hadapi.
Ia telah di tunjuki olih Rasulullah saw.

1. berbincang secara sopan santun
2. solat hajat
3. berdoa

Jangan lah miker berhenti SOLAT HAJAT sehingga lah Allah swt memberi KEPUTUSAN NYA!!
Bertawakal lah 100% tanpa ragu ragu ataupun was was.
Terima lah KEPUTUSAN Allah swt dgn hati yg rela (tanda REDHA ke atas ketentuan NYA) walaupun berat.

Ini adalah dugaan buat miker dan keluarga.
Menandakan Allah swt 'MENYAYANGI' miker.................

Waallahua'lam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2008 05:09 PM | Show all posts
Wajib mengikut suami tak boleh dipersoalkan.  Mintak izin untuk selalu balik tengok mak di rumah.  Itu sahaja...

Doakan suami awak berjaya dalam usaha dia, kalau berniaga tu jauh lebih baik dari makan gaji, jatuh bangun tu biasalah, kena belajar dan ada ilmu...
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2008 08:07 AM | Show all posts
isteri wajib ikut suami...

si suami wajib sayang/hormat kat mak
macam mak sendiri..
tak kisah la mertua ke tidak..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2008 10:19 PM | Show all posts
isteri wajib taat suami.
suami wajib melindungi, cari nafkah untuk isteri.  bukan ini 2 jer.  ada banyak lagi tanggungjawab suami ke atas isteri.  MLM tu boleh ke tak boleh?  kalau hangat-hangat tahi ayam, rasanya suami tu mesti kena tarbiah banyak-banyak.

[ Last edited by  ibnur at 27-3-2008 10:23 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2008 10:35 PM | Show all posts
Kalau tang hukum tu mungkin saya boleh tolong, tapi kalau nak kaunselling tu susah sikit, kena refer kat pakar kaunselling rumah tangga untuk selesai kan masalah nie
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2008 10:53 PM | Show all posts
salam

mungkin suamimu dlm ujian yg getir
dia telah berusaha dan masih belum dikurniakan rezeki
jadi bersabarlah wahai saudari
dgn izin tuhan dan doa sekalian alam
moga moga keluargamu dalam kebahagiaan nanti

berhemahlah sikit dgn ibu dan kakak
dan mintalah mereka peluang utk suamimu dan dirimu
beralahlah sikit kepada mereka
tetapi ikutlah suamimu
dan nasihatilah baik baik dirinya
babtu menbantulah kamu dlm perkara kebaikan
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2008 12:22 AM | Show all posts
Apa yang terlintas d hati kau , buat je.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2008 07:49 AM | Show all posts
Originally posted by white_orkid at 25-3-2008 01:10 PM
syurga seorang isteri pada suami... syurga seorang suami pd ibunye (termasuk ibu mertua yg sama tarafnya dgn ibu kandung).... berdoa la agar suami merestui apa yg u buat... minta izin elok2...


Setuju

Keutamaan isteri adalah pada suaminya
Keutamaan suami adalah pada ibunya (termasuk ibu mertua)

Kalau suami dapat jaga hati ibu mertua macam jaga hati ibunya, maka Insha Allah kuranglah masalah ni.

Masalah kewangan keluarga, cuba elakkan dari campur-tangan orang lain. Bila ada campur-tangan orang lain (bergantung dengan orang lain, dari ibu atau saudara mara) maka orang lain pun mungkin komen pasal kehidupan keluarga. Kalau memang terpaksa demikian, terima lah nasihat orang lain walaupun hati terguris. Kalau taknak terguris, kena usahakan tanpa bergantung dengan orang lain

Hidup bersederhana, elakkan berhutang, Insha Allah, walau pendapatan kecil tapi banyak keberkatan

Cuba ikhtiar dari sesiapa yang suami hormati supaya dapat menasihatinya.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2008 10:38 AM | Show all posts
(utk pengetahuan, suami saya tidak bekerja hampir 2 tahun..hanya buat MLM yg bermacam2 dan tidak suka makan gaji..terus terang..saya dan suami memang bermasalah dengan kewangan hingga krisis tak habis2..).Apabila suami terdengar, dia amat berkecil hati dengan mak saya dan suami telah 'mengarahkan' saya balik ke KL dan tinggal dengan dia semula.Seperti kali ini dia benar2 marah dengan insiden tersebut.


salam ..

berat juga masalh ni...tapi yang memikulnya lagi beratkan
sy terpanggil utk mengomen sikit...maaf kalau ader terasa hati
pasal hukum sy tak mahu sentuh...sbb dari tulisan anda..anda sendiri tahu tentang tanggungjawab seorang isteri
tapi yg nak sy sentuh dari segi kaunseling je
suami puan sgt bagus sbb izinkan puan bersama dengan ibu puan
dlm rumahtangga..kewangan tu adalah penting..
sebagai suami ...mahu tak mahu mesti berusaha untuk mencari rezeki demi menanggung anak isteri..itu adalah kewajipan suami..kiranya buat MLM tak cukup untuk tampung perbelanjaan...suami mesti cari sumber lain..pujuklah suami untuk mencari sumber pendapatan tambahan utk mengukuhkan ekonomi keluarga..terdapat 1001 macam cara...janji berfikir sejenak, muhasabah diri,  usaha & bertawakallah selalu...
sebagai suami...tepuk dada tanya hati......Allah Maha Pengasih lagi maha Penyayang ..

setiap suami ada ego masing2...sy rasa puan faham macamana ego suami puan...dan hanya puan saja dapat melunturkan ego itu..macamana caranya...itu terpulang pada kebijaksanaan puan...cubalah pujuk suami puan dan terangkan dgn berhemah padanya situasi puan skrg..apa yg puan mahu..apa yg puan inginkan untk keluarga puan...kadang2 airmata isteri boleh menjadi senjata yg akan meruntuhkan ego lelaki..Banyakkan perbualan antara suami isteri setiap hari.selain dari  membincangkan masalah ...sedikit sebanyak ia dapat membantu... mungkin dia lebih memahami apabila kita bagitau berulang-kali.. eratkan kembali perhubungan yg sedikit renggang tu..

sebagai anak pula..berterus teranglah pada ibu puan...setiap ibu inginkan yang terbaik untuk anaknya..luahkan pada ibu situasi puan tu...minta doakan selalu utnk kesejahteraan puan..disamping tu berdoalah selalu pada Allah. Insya-Allah..adanya jalan keluar..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 08:48 AM GMT+8 , Processed in 0.064419 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list