View: 6992|Reply: 66
|
Poligami kerana CINTA?
[Copy link]
|
|
Saya tak pasti pernah wujud tak thread ni, sy tak reti nak search kat mane.
Soklan sy, salah 1 sebab poligami setau sy lelaki tu kena MAMPU & BOLEH BERLAKU ADIL. Tp betul ke ade psngan kekasih cth, suami org & ppuan bujang boleh jalinkan hubungan atas sbb cinta? Betul ke ade lelaki zaman skrg yg blh jatuh cinta kali ke-2? Kalau zaman dulu, poligami sbb nak selamatkan balu etc.
Tp dlm kes ni, lelaki tu nak bersama2 ngn ppuan tu di dunia & di akhirat, kunun2nye ppuan tu soulmate dia & sgt2 serasi dgn dia. Tp mcmane dgn isterinya skrg? Adakah isterinya tu bkn soulmate? Adakah soulmate ni boleh jadi 2,3 atau 4? Bagaimana plk kalau kekasih lelaki tersebut lebih tua drp lelaki tersebut? Sdgkan dia mampu mendapat yg lebih muda & cantik. Adakah betul kerana cinta yg mendalam atau alasan semata2 untuk berkahwin no. 2? Mcmana plak kalau lelaki tu belum mampu sepenuhnya tapi boleh berlaku adil?
Bagaimana untuk membuat kebanyakan lelaki sedar bahawa mereka TIDAK LAYAK untuk berpoligami dgn menegur secara bberhemah? Terima kasih atas pandangan semua. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Da_ceria at 29-3-2008 03:54 PM
....Betul ke ade lelaki zaman skrg yg blh jatuh cinta kali ke-2? Kalau zaman dulu, poligami sbb nak selamatkan balu etc.
....Tp mcmane dgn isterinya skrg? Adakah isterinya tu bkn soulmate? Adakah soulmate ni boleh jadi 2,3 atau 4? Bagaimana plk kalau kekasih lelaki tersebut lebih tua drp lelaki tersebut? Sdgkan dia mampu mendapat yg lebih muda & cantik. Adakah betul kerana cinta yg mendalam atau alasan semata2 untuk berkahwin no. 2? Mcmana plak kalau lelaki tu belum mampu sepenuhnya tapi boleh berlaku adil?
Bagaimana untuk membuat kebanyakan lelaki sedar bahawa mereka TIDAK LAYAK untuk berpoligami dgn menegur secara berhemah? Terima kasih atas pandangan semua.
kau tanya pandangan, aku jawab ...
lelaki di jadikan allah boleh mencintai 4 wanita sekali gus, allah jadikan hukum2 nya berdasarkan kebolehan & kemampuan makhluk2 nya. siapa kita? pernah tak terdengar allah murka dgn makhluknya, seumpama begini firman dalam alquran tak sila p aku "......carilah bumi yg lain"
aku teringat nabi nuh nabi ulul azmi sgt sabar, satu hari menangis sebab umatnya degil hingga ada yg mau membunuhnya, baginda berdoa dan doanya di makbulkan oleh allah taala (banjir besar) tapi allah telah menempelaknya dgn pd satu hari berfirman supaya baginda membuat pasu2 so baginda pun buat byk pasu2.
satu hari baginda bawa byk pasu turun dari bukit (nabi2 buat sesuatu ikut arahan) then pasu2 tu jatuh dan pecah. baginda menangis kerana kena buat balik , mestilah penat kan? naik bukit turun bukit lagi....
then allah kata, begitulah umpama nya masa allah nak musnahkan dunia kerana doa nabi nuh, lepas tu nabi nuh nangis lagi sebab baginda rasa telah berbuat silap meminta doa musnahkan manusia. pasu2 itu hasil usaha nabi nuh so smthg like kita ni tidak di jadikan sia2 shj, utk tak mo ikut hukum pencipta kita. so sebab tu bila manusia berbondong2 minta syafaat masa akhirat kelak, nabi nuh kata dia tak layak .....
nabi terakhir itulah yg tak pernah meminta doa musnahkan manusia/dunia seumpamanya walaupun baginda pernah di ber peluang. baginda salah satu dari 5 nabi ulul azmi yg sering kali di cuba kan?
ke2) pompuan tua tak pe, dulu2 pun zaman nabi muhammad pun ok ape? aisyah yg lebih muda pun jealous dgn ct khadijah so muda atau tua, cantik atau buruk, perasaan cinta adalah anugerah. cuba tgk PI & sultan brunei, lawa sgt ke dia. tak kan? padahal sultan boleh dapat yg lebih lawa, umur lagi muda. indon or pilipino gal lagi lawa2.
ke3) tak layak berpoligami? itu di tentukan oleh mahkamah yg tidak patut beremosi. gaji 800 je dah cukup. adalah basis nya. lagi pun utk memyelamatkan & menjaga byk andartu. kasi chance lah mereka peluang bersuami. ada sebab allah jadikan pmpuan umo panjang dan byk kan bayi pmpuan yg lahir ke dunia. manusia di jadikan utk apa?
aku tak rasa utk buat undang2 sendiri berdasarkan isi hati masing2 or bersikap selfish, tapi kita manusia kena redha. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dia mampu berlaku adil dibolehkan saja
kalau rasa tak mampu jangan cuba2
kalau tak berlaku adil
di akhirat kelak
anda tidak akan seimbang kerana gagal berlaku adil
apa lagi kalau ditambah dengan perbuatan berbohong dan bersumpah palsu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 Da_ceria's post
Berpoligami ni boleh jadi banyak sebab. Permulaannya mungkin bukan cinta atau sayang tapi memenag majoritinya sebab cinta. Ada beberapa lagi sebab yang orang berpoligami tu saja yang tahu. Samada layak atau tidak layak nak berpoligami bukan kita yang menentukannya. Kita hanya mampu menasihati, itu sahaja.
Berkenaan soulmate, housemate atau jannahmate, itu pun Allah saja yang boleh menentukannya. Nak dapat syurga pun kita masih belum ada jaminan ini kan pulak nak confirm jannahmate. |
|
|
|
|
|
|
|
Setiap manusia melakukan sesuatu kerana alasan , tak kiralah yan dicipta atau yang diaturkan
Yang jadi masalah ialah bila kita menilai tindakan orang lain tu dan mendakwa kalau kita di tempat mereka kita akan melakukan sebaliknya
Kita tidak faham kerana kita tidak berada dalam situasi orang itu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 ibnur's post
begitu sukar utk membicarakan bab2 takdir nih.......masaalah pokoknya adalah.....bagi mereka yg tidak begitu yakin dgn ketentuan dan perlaksanaan syariat Allah........ |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 ibnur's post
ketentuan akan dipermudahkan untuk mendapatkannya
ke arah yang kita mau atau sebaliknya |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 kekbelacan's post
Tima kasih kekbelacan. W/pun ppuan, sy setuju lelaki mmg ditakdirkan utk boleh jatuh cinta lg (kebanyakannya) & sy boleh terima fitrah ini. Berbeza ngan kebanyakan ppuan,bila dah kawin terus tutup hati pd lelaki lain. Mebi zaman skrg ramai gak isteri yg curang..wallahualam.
Walaupun poligami tu pahit, tp xboleh tolak mentah2 sbb Allah halalkan utk lelaki Islam.
Tp dr zaman dulu hingga skrg, masyarakat melihat pd yg mampu & berada shj layak berpoligami. Sbb dh banyak kes lelaki yg nafsunya byk, tp xmampu beri nafkah pd anak2 & isteri2. Dan ramai juga yg kaya, tp hanya beri wang ringgit shj pd anak isteri, tanpa perhatian & kasih syg. Oleh ssb tu sy rasa ramai wanita xsuka pd poligami.
Jd sebenarnya yg penting, perlu ade kasih syg yg suci & kerana Allah pd wanita yg nak dikahwini, barulah rmhtangga aman w/pun beristeri 1,2,3 atau 4. Bila ade kasih syg, barulah rmhtgga xterabai & bahagia. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 botolbesi's post
Ya, betul tu botolbesi, nanti di akhirat jln senget kan?
Mmg berat tggjwb berpoligami, baik pd ppuan ataupn lelaki. Ppuan kena byk bersabar & kurangkan cemburu.
Lelaki kena cari rezki utk anak2 isteri2 , sekurang2nya cukupkan keperluan asas, byk bersabar dgn karenah mrk, beri kasih syg sama adil & bijak mengendalikan rmhtgga.
Sbb tu susah utk lelaki menjadi LAYAK SEPENUHNYA utk berpoligami. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 ibnur's post
Majoriti sbb cinta? Yg utamanya cinta yer?
Pd pndapat ibnur, sbgai lelaki, adakah keputusan utk berpoligami tu 1 keputusan yg susah utk dibuat? Maksud sy, bkn mudah utk lelaki tu buat keputusan mcm tu. Bkn sperti yg sstgh ppuan fikir, lelaki poligami hanya utk seronok2 |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by AniSani at 30/3/08 03:03 PM
Setiap manusia melakukan sesuatu kerana alasan , tak kiralah yan dicipta atau yang diaturkan
Yang jadi masalah ialah bila kita menilai tindakan orang lain tu dan mendakwa kalau kita di tempat ...
Maksud AniSani, lelaki & ppuan perlu ade alasan yg kukuh utk berpoligami?
Kalau lelaki, mestilah alsan tu cthnya isteri dia sakit, xder zuriat, xbahagia etc.?
Ppuan plak sbb dh jd andartu, balu, janda etc. ?
Tp mmg betul, sblum menuding jari, kita kena letak diri kita ditempat org lain. Sbb kita xtau, mungkin satu hari nanti kita @ keluarga kita akn berada dtempat org yg kita tuduh salah tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Kerengge at 30/3/08 04:02 PM
begitu sukar utk membicarakan bab2 takdir nih.......masaalah pokoknya adalah.....bagi mereka yg tidak begitu yakin dgn ketentuan dan perlaksanaan syariat Allah........
Memang ramai yg x arif soal hukum agama. Kebanyakan ppuan mmg menolak poligami sbb mungkin mrk tahu suami blum mampu sepenuhnya, xdpt berlaku adil & paling penting sbb xsanggup berkongsi suami. Usahkan ppuan biasa, seorang ustazah pn blum tentu faham @ dpt terima poligami.
Kdg2 kita x tahu adakah itu TAKDIR @pun mmg BALASAN atas KEDEGILAN kita melawan kuarge.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 ikhwanindo's post
Pd sy, penting utk kawin ngn pasangan yg serasi ngan kita..a.k.a soulmate
[ Last edited by Da_ceria at 2-4-2008 02:35 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 ikhwanindo's post
Beh jerrr jd lelaki neh..kat syurga nti rmai bidadari yg nk melayan...
Nk wat caner, kt syurga dh xder rase jeles2 neh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Da_ceria at 2-4-2008 01:58 PM
Maksud AniSani, lelaki & ppuan perlu ade alasan yg kukuh utk berpoligami?
Kalau lelaki, mestilah alsan tu cthnya isteri dia sakit, xder zuriat, xbahagia etc.?
Ppuan plak sbb dh jd andartu, balu, janda etc. ?
Tp mmg betul, sblum menuding jari, kita kena letak diri kita ditempatorg lain. Sbb kita xtau, mungkin satu hari nanti kita @ keluarga kitaakn berada dtempat org yg kita tuduh salah tu...
Bukan macam tu , kau salah faham
Maksud aku bila manusia ingin berbuat sesuatu , pasti akan terpacul atau timbul ilham tiba-tiba tentang alasan yang akan diberikan
Tolong jangan fokus pasal isu poligami je , ia lebih luas dari itu
Kesimpulannya , pasti manusia secara umumnya akan ada alasan tersendiri bila dia ingin melakukan sesuatu |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan macam tu , kau salah faham
Maksud aku bila manusia ingin berbuat sesuatu , pasti akan terpacul atau timbul ilham tiba-tiba tentang alasan yang akan diberikan
Tolong jangan fokus pasal isu poligami je , ia lebih luas dari itu
Kesimpulannya , pasti manusia secara umumnya akan ada alasan tersendiri bila dia ingin melakukan sesuatu
kesimpulannya... dah takdir.
yang salah faham tu pun... dah takdir. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ibnur at 3-4-2008 11:59 PM
kesimpulannya... dah takdir.
yang salah faham tu pun... dah takdir.
alamak apsal semua takdir ni???
tp nak ubah pun takleh gak, dah takdir..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #19 ussopp's post
entah... aku reply ni pun takdir agaknya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|