|
Masalah penglihatan warna
WARNA memainkan peranan penting dalam penglihatan manusia. Pengenalan sesuatu objek boleh dibuat berdasarkan warna objek tersebut. Kod-kod jalan raya misalnya banyak menggunakan warna-warna tertentu bagi memudahkan dan menjaga keselamatan pengguna jalan raya.
Kecantikan alam akan lebih bermakna sekiranya kita dapat melihat dengan persepsi penuh bagi menghayati warna-warni dunia.
Spektrum cahaya boleh dilihat (visible light spectrum) adalah berjarak gelombang antara 380 nanometer hingga 780 nanometer iaitu dari cahaya ultraunggu hingga ke inframerah.
Sebenarnya penglihatan warna bagi manusia berkembang dengan baik sebaik sahaja manusia dilahirkan. Ini bermakna bayi berkebolehan membezakan warna sama seperti orang dewasa. Penglihatan warna bagi manusia bermula dengan penyerapan cahaya dalam spectrum penglihatan oleh reseptor sel-
sel kon yang berlainan pada retina setiap satu reseptor berkeupayaan menyerap cahaya dalam batasan spektrum tertentu.
Kecacatan penglihatan warna selalunya berkait rapat dengan masalah pada sel-sel reseptor retina. Kebanyakan penghidap masalah penglihatan warna tidak sedar masalah ini kerana beranggapan orang lain juga melihat warna sama sepertinya. Oleh itu, ujian penglihatan warna perlu dijalankan bagi mengenal pasti setiap individu yang mempunyai masalah rabun atau buta warna.
Masalah penglihatan warna selalunya adalah penyakit keturunan yang tidak boleh diubati, tetapi ada penyakit-penyakit tertentu yang menyebabkan berlakunya rabun warna seperti diabetes.
Bagi memastikan sama ada seseorang itu benar-benar menghadapi masalah penglihatan warna, ujian-ujian tertentu boleh dijalankan.
I. Ujian Ishihara |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 amazed's post
lelaki: pompuan buta warna 27:1 |
|
|
|
|
|
|
|
yer....genetic diseases nih ....... |
|
|
|
|
|
|
| |
|