CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8890|Reply: 39

[Merged] Muslimah, Aurat, Fesyen Dan Syariat

[Copy link]
guanerrr This user has been deleted
Post time 4-4-2007 09:48 AM | Show all posts |Read mode
Di sini ana ada terjumpa satu website bagus dalam menunjukkan cara yang betul untuk menutup aurat dan kesilapan-kesilapan yang biasa dalam menutup aurat. Sila lawat http://aurat.world-4u.com . Harap dapat membantu. TQ

[ Last edited by  antiQue at 12-4-2008 12:49 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


f@uzi This user has been deleted
Post time 4-4-2007 10:14 AM | Show all posts
Bagus... sesungguhnya wanita soleha itu adalah hiasan dunia yang terindah....
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2007 03:19 AM | Show all posts

Muslimah, Aurat, Fesyen Dan Syariat

Dan hendaklah kamu tetap dirumahmu dan janganlah kamu berhias serta bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah terdahulu厰 (al-Ahzaab: 33)

Berdasarkan ayat 33 dari surah al-Ahzaab, Imam Mujahid berkata, 揝uatu ketika dahulu, golongan wanita berjalan di hadapan lelaki (tanpa segan silu). Inilah yang dimaksudkan dengan tabarruj jahiliyah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2007 03:20 AM | Show all posts
Perubahan sikap serta peranan wanita pada hari ini memberikan kesan negatif kepada masyarakat. Wanita moden didapati lebih cenderung melakukan jenayah dan keganasan berbanding zaman sebelum mi, mengikut satu kajian yang dilakukan oleh pihak Federal Bureau of
Investigation (FBI) di Amerika. Mengikut akhbar Daily Telegraph, London, bertanikh 16 September 1971, ramai pakar berpendapat peningkatan kes jenayah di kalangan kaum wanita mi disebabkan oleh penagihan dadah dan peranan wanita yang semakin berubah pada han ini.

Tabarruj jahiliyah sudah sampai ke tahap yang membimbangkan pada hari ini. Pergaulan dan aktiviti seks bebas menjadi suatu industri besar yang mencengkam masyarakat yang dikatakan maju pada hari ini. Laporan oleh Inter Press Service bertarikh 19 Ogos, 1998 menunjukkan, 2-
4% daripada kemasukan kasar negara-negara di Asia Tenggara adalah dariipada industri seks, mengikut kajian yang dilakukan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO). Berdasarkan kajian ini industri pelacuran di Thailand dianggarkan mendatangkan kemasukan sebanyak $22.5-$27
bilion dan tahun 1993-1995, dan di Indonesia jumlahnya dianggarkan $1.2-$3.3 bilion setahun. Mengikut satu anggaran yang dilaporkan dalam Global Child Health News bertarikh 4 Julai 1995, lebih kurang 10% daripada wanita di Thailand terlibat di dalam industri ini. Di Amerika pula, USA
Today bertarikh 20 Ogos, 1997 melaporkan, rakyat Amerika membelanjakan wang sebanyak $8-$12 bilion untuk membeli dan melanggan bahan-bahan lucah.

Industri seks tidak hanya melibatkan mereka yang sudah dewasa, kanak-kanak juga turut terheret ke dalamnya. Di Asia, Jepun mempunyai rekod yang buruk berhubung isu ini. The Washington Post bertarikh 11 Februari, 2000 melaporkan 80% daripada bahan-bahan lucah yang melibatkan kanak-kanak (child pornography) datang dan
Jepun. Kuasa besar Amerika juga tidak terkecuali daripada masalah in BBC News bertarikh 10 September, 2000 melaporkan, hasil daripada satu kajian yang dilakukan oleh Universiti Pennsylvania menunjukkan, terdapat lebih kurang 400,000 remaja bawah umur di Amerika yang bekerja
sebagai pelacur dan pelayan-pelayan seks pada hari. Teknologi moden digunakan sepenuhnya bagi mengembangkan industri ini. Di Amerika, mengikut Adult Chamber of Commerce, kemasukan daripada industri seks melalui internet sahaja berjumlah $6 bilion. Dalam USA Today
bertarikh 20 Ogos 1997 dilaporkan, CyberErotica, salah satu laman web lucah yang popular di internet, mengandungi lebih daripada 10,000 gambar-gambar lucah dengan 1,000 gambar-gambar baru ditambah setiap minggu dan keahliannya berjumlah 50,000 orang. Setiap hari lebih kurang 250,000 orang menziarahi laman web ini dan pemiliknya memperoleh $800,000 sebulan hasil daripada perniagaan ini.

Tabarruj jahiliah yang melahirkan aktiviti seks bebas ini mempunyai padahnya. Ia menjadi salah satu sebab utama penyakit AIDS berkembang sehingga menjadi wabak yang tidak dapat dikawal lagi pada hari in. Penyakit AIDS menjadi
pembunuh keempat terbesar di dunia dewasa ini dan pada akhir tahun 2002, 42 juta manusia di seluruh dunia diiangkiti penyakit ini dan satu pertiga daripada mereka berumur dalam lingkungan 15-24 tahun. Kesannya ke atas sistem
ekonomi, sosial dan kekeluargaan tidak terkira besarnya. Seks bebas ada mukadimah atau rangsangannya dan antara mukadirnah itu ialah tabarruj (iaitu menghiaskan din dan mendedahkan tubuh secara yang menggiurkan), pergaulan bebas serta sikap ego kaum lelaki. Justeru itu, Islam
menyuruh kaum wanita memelihara dirinya daripada kecantikan yang memperdayakan dan mengarahkan kaum lelaki supaya tidak melihat kaum wanita sebagai simbol seks. Allah SWT berfirman:
揔atakanlah kepada kaum lelaki daripada golongan yang beriman, hendaklah mereka mengawal penglihatan mereka dan menjaga kehormatan kemaluan mereka.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2007 08:08 AM | Show all posts
What do you say to this!!!

Fundamentalists insist that the Quran requires Moslem women to cover their hair and head in public with a head scarf, and cover their arms and bodies with a long dress down to their ankles. Amazingly, very few Islamic scholar have contested the veracity of the fundamentalist using the scarf is a religious duty.


Of the six thousand verses in the Quran, the fundamentalists can only find two verses which discuss women抯 dress. They are verse 31 in chapter 24 (The Light) and verse 59 in chapter 33 (The Confederates). Verse 31 says: 揝ay to believing women that they should lower their gaze and guard their wombs, that they should not display their beauty and ornaments...that they should draw their khemar over their joyub and not display their beauty except to their husband.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2007 11:31 PM | Show all posts
ASM...
ni semua kembali kepada basic agama...

agama Islam lah contohnya,...terasnya adalah akhlak...bukan hukum... kalau akhlak dijaga, baik lah semuanya... insyaAllah.

muslimah dah tau apa peranan masing-masing, kecualilah yang memang tak ambil endah, itu terpulang pada diri dia lah. ruang dan peluang untuk jadi baik, seruan dan jemputan untuk jadi mulia sudah ada sejak wujud manusia lagi ... siapa yang memilih jalan kesusahan, itulah yang dia dapat... Allah taala sudah beri manusia segala-galanya untuk memilih hasil kesudahannya...

aurat sudah jelas, sudah di bincang oleh semua orang... tak kira siapa, ulama agama, pakar sejarah, kanak-kana sekolah, artis, orang mulia, orang jahil, semua sudah berkata dan memberi pendapat... tetapi balik kepada teras, akhlak menjadi teraju pada berkat Allah swt... dan syariat menjadi pemandunya...

Fesyen apa pun terasnya satu saja... kalau dipakai, diguna, adakah hujungnya manafaat dan berkat? kalau tak, tak usah guna...

syariat adalah umpama batas dan sempadan yang membimbing manusia ke arah kebaikan... dalam syariat wujudnya hukum, yang kerjanya mengimbang bagi yang lupa, mengingat bagi yang lalai... siapa yang menjaga syariat tanpa akhlak, dia umpama orang buta mengaku nampak zahir yang fana...siapa yang hanya menumpu pada akhlak tanpa syariat, umpama berbaju tidak berseluar... jadi dalam beragama, kena sempurna dan imbang... kena tahu apa yang patut dibuat, apa yang patut ditinggal... bahagia dalam beragama itu tanda rahmat sudah ada...

wallahua'lam.... moga adalah kaitan dan manafaat dengan tread ni...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-4-2008 12:35 AM | Show all posts

AURAT?? renungan sejenak..



Mari sama-sama kita fikirkan adakah jika para wanita yakin bahawa jika anda berada di hadapan Baginda SAW hari ini, adakah Rasulullah akan tersenyum atau sebaliknya? . Jika sebaliknya, bagaimana pula peluang wanita seperti ini untuk mendapat Syafaat Nabi SAW di akhirat kelak?. Benar, mungkin seseorang wanita itu berjaya meraih pandangan istimewa dari kaum lelaki hasil pendedahan kecantikannya yang memukau. Tapi keseronokan itu hanyalah palsu dan sementara sahaja, serta tidak menambah sebarang nilai buat kehidupan kekal di Barzakh dan Akhirat selain menambahkan tahap azab sahaja.
Apa yang jelas, pakaian yang ditunjukkan oleh wanita Arab yang solehah dengan penutupan aurat yang sempurna di zaman ini sudah tentu boleh memberi sedikit info kepada kita bahawa inilah mungkin pakaian yang dipakai oleh wanita Islam di zaman Nabi serta mendapat redha dari mata dan hati baginda SAW. Tidakkah para wanita hari ini juga berminat meraih redha dari mata dan hati baginda SAW?.

BENARKAH MENUTUP AURAT DAPAT MENGELAK DARI WANITA DISAKITI?

Ramai wanita professional dan yang kurang didikan agama hari ini mencebik bibirnya apabila tajuk ini disebutkan, mereka tidak percaya langsung fakta yang disebutkan diatas. Malah ada yang berpendapat lelaki sengaja melakukan perkara buruk kepada wanita kerana ingin menunjukkan kekuasaannya terhadap wanita. Kerap benar kita dengar hujah ini di media massa.
Hakikatnya, sebagai hamba Allah SWT dan umat Rasulullah SAW kita diajar untuk merujuk Al-Quran dan Al-Hadith bagi mendapat kepastian tentang baik buruk dan benar salahnya sesuatu perkara itu. Dalam hal ini, Allah SWT berfirman :-
揌ai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu抦in semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2008 12:36 AM | Show all posts
Tapi itulah cabaran terbesar lelaki wahai kaum wanita, iaitu ANDA, wanita dan seluruh kecantikan yang dikurniakan Allah SWT kepadanya sebagai ujian, ia disebutkan oleh Allah SWT :
زين للناس حب الشهوات من النساء والبنين
揇ihiaskan (diuji) bagi manusia itu, nafsu syahwat dan keinginan serta kecintaan kepada wanita, anak-anak, harta厰
Ayat ini dengan jelas menyebut syahwat utama lelaki adalah pada wanita. Nabi SAW juga pernah bersabda :
ما تركت بعدي فتنة أضر على الرجال من النساء
Ertinya : 揫i]Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2008 12:37 AM | Show all posts
KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber慣-Shirt
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2008 12:37 AM | Show all posts
TUJUAN TUNTUTAN MENUTUP AURAT

Berdasarkan dalil Al-Quran dan al-Hadith, amat jelas bahawa isu aurat bukanlah isu remeh . Ia adalah termasuk dalam katergori hukum qati抏 dan usul. Malah ia juga merupakan salah satu dosa utama yang amat diperjuangkan oleh Syaitan. Ini adalah kerana, dengan terbukanya aurat, maka ia boleh mencambahkan dosa-dosa lain seperti zina, mengandung anak luar nikah, bercerai suami isteri akibat curang, membunuh anak luar nikah, putusnya hubungan keluarga dan pelbagai lagi. Perihal Syaitan mensasarkan dosa 慴uka aurat
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2008 12:40 AM | Show all posts
Bila kita cakap pasal aurat, fokus kita 100% pergi kat wanita, kenapa? 6 tahun saya moderate board ni, agaknya dah lebih 8 dozen thread aurat dibuka, tapi semuanya fokus 100% pada wanita. Itu itu lah jugak.

Apa kata kalau thread yang ni, fokus dua-dua sekali? Sebelum Allah turunkan An-Nur 31, Dia turunkan dulu An-Nur 30.. jadi apa kata kita ikut turutan tu, fokus dua-dua.

Kalau fokus kat pompuan 100%, saya merge je lah dengan thread lama-lama yg ada, sebab tak ada beza pun
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2008 12:45 AM | Show all posts
Originally posted by antiQue at 12-4-2008 12:40 AM
Bila kita cakap pasal aurat, fokus kita 100% pergi kat wanita, kenapa? 6 tahun saya moderate board ni, agaknya dah lebih 8 dozen thread aurat dibuka, tapi semuanya fokus 100% pada wanita. Itu itu ...


ramainya wanita di azab berbanding lelaki kat akhirat disebabkan fail tentang aurat...
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2008 01:17 AM | Show all posts
Maka tak adakah lelaki yg akan diazab kerana gagal menepati An-Nur 30? As much as God is fair in warning both sides, we got to remind both sides that they do have their duties and responsibilities, the do's and the don'ts.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2008 01:21 AM | Show all posts
Originally posted by antiQue at 12-4-2008 01:17 AM
Maka tak adakah lelaki yg akan diazab kerana gagal menepati An-Nur 30? As much as God is fair in warning both sides, we got to remind both sides that they do have their duties and responsibilitie ...

saye tak cakap takde... tapi saya kata...
ramainya wanita di azab berbanding lelaki kat akhirat disebabkan fail tentang aurat...
itu pon diambil dari kata-kata nabi...

[ Last edited by  anak_pejuang at 12-4-2008 01:22 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2008 01:22 AM | Show all posts
rilek, bukak je utk kedua2 no hal....

tapi mmg tipikal bila kita cakap apsal aurat ni banyak melibatkan wanita berbanding lelaki....

sebab mereka lebih menarik perhatian....normal la tu....
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2008 01:26 AM | Show all posts
lagipun yang banyak mengeksploitasi aurat biasanya wanitalah.....sebab tu biasanya perempuan jadi mangsa perbincangan mengenai aurat...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2008 01:26 AM | Show all posts
kata-kata hikmah bagi perempuan...
wanita yang sangat baik adalah bernilai dari dunia dan isinya...
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2008 01:28 AM | Show all posts
Originally posted by ussopp at 12-4-2008 01:26 AM
lagipun yang banyak mengeksploitasi aurat biasanya wanitalah.....sebab tu biasanya perempuan jadi mangsa perbincangan mengenai aurat...

ada lagik kata ulamak pasal perempuan...
jatuhnya sesebuah negara itu disebabkan wanita... betul kan???
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2008 01:36 AM | Show all posts
betui2.......ada benarnya....

namun lelakli juga ada salahnya....

kesalahan mengikut peranan masing2.....itu lebih adil.....

kalau cakap perempuan saja atau laki saja nanti bertelagah tak sudah
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2008 01:37 AM | Show all posts
saye tak cakap takde... tapi saya kata...
ramainya wanita di azab berbanding lelaki kat akhirat disebabkan fail tentang aurat...
itu pon diambil dari kata-kata nabi...


mana kau tau ni?  kau jadi hakim ke?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 04:42 AM GMT+8 , Processed in 0.068364 second(s), 40 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list