|
Rahsia khasiat badam
Oleh Roslah Othman
MENJAGA kecantikan tubuh dan muka bukan hanya sehari dua tetapi sepanjang hayat. Selain mendapatkan khidmat rawatan pakar kecantikan, seseorang itu digalakkan mengamalkan sendiri rutin penjagaan tubuh dan wajah di rumah.
Lebih-lebih lagi, kini ada banyak produk penjagaan diri dan kecantikan di pasaran.
Dengan pengalaman lebih 30 tahun dalam merumuskan produk penjagaan badan dan wajah, L扥ccitane telah mencipta kaedah tanpa pembedahan sempurna untuk wanita yang mementingkan kecantikan badan.
Tiga produk terkini yang diperkenalkan ialah Delightful Shape, Delicious Tummy dan Slimming Massager.
Istimewanya, rangkaian ini menyerlahkan khasiat dan manfaatkan buah badam dengan memberi tumpuan kepada tiga ramuan utama iaitu protein badam, susu badam dan minyak badam 100 peratus.
Secara umumnya, badam yang dirumus dalam ketiga-tiga rangkaian produk ini bukan sahaja berfungsi untuk menegang dan melicinkan kulit, malah ia juga bertujuan melembap dan melembutkan kulit.
Bagi yang inginkan badan yang lansing, boleh mencuba Delightful Shape yang merupakan gel krim langsing badan yang menyegarkan dan menjadikan kulit anjal serta mengurangkan selulit.
Sementara bagi yang mengalami masalah perut buncit, Delicious Tummy mempunyai tindakan khusus menegang kulit, manakala Slimming Massager berupaya memecah lemak berlebihan sekali gus membantu mengurangkan berat badan. Rangkaian produk ini boleh didapati mulai bulan depan di semua kaunter L扥ccitane seluruh negara.
aku mmg suka buah badam.. tu aku makan masa lunch dgn yogurt ala ala yogi mixed nuts.. best makan badam pisang mixed nuts dgn yogurt.. padan ler kulit aku mcm cantek ajer dan aku hensem aje.. ... part tu nak mengayat mod blekmo
[ Last edited by amazed at 18-4-2008 06:41 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Tiga produk terkini yang diperkenalkan ialah Delightful Shape, Delicious Tummy dan Slimming Massager
mana nak dapat nih? |
|
|
|
|
|
|
| |
|