View: 3957|Reply: 10
|
legasi pemenggal kepala
[Copy link]
|
|
Legasi pemenggal kepala
Sarakraf mengubah persepsi anda tentang cenderamata.
NAMPAK seperti semula jadi.
KOLEKSI tengkorak manusia yang dikaitkan dengan Pemenggal Kepala Borneo di Sarawak adalah antara cenderahati yang paling menarik di Galeri Sarakraf (Sarakraf), Kuching.
Jika selama ini kumpulan pemburu kepala itu memperturunkan motif lukisan tatu yang melambangkan kemegahan, kuasa dan tradisi puak Iban, kini orang ramai boleh memiliki keunikan itu dengan membeli tengkorak bertatu yang terdapat di Sarakraf.
Pakar pembuat pelbagai saiz tengkorak daripada seramik atau tanah liat, Clement Edwin, 36, memberitahu beliau ingin memperkenalkan produk yang unik itu sebagai oleh-oleh dari Sarawak.
Tengkorak yang kelihatan cukup semula jadi ini mengisahkan pahlawan dayak yang suka menyimpan tengkorak manusia dengan menggantungnya di rumah panjang kira-kira 100 tahun dahulu.
"Saya tidak menyangka ramai pengunjung dari dalam dan luar negara yang berminat membeli tengkorak ini untuk dijadikan koleksi cenderahati. Harganya murah saja, iaitu antara RM25 hingga RM60 bergantung kepada saiznya," ujar Edwin.
Mempromosikan kraf tangan Sarawak yang autentik melalui sesi demonstrasi kraf tangan yang pelbagai, jualan produk Sarawak melalui cawangan runcit, serta anjuran kursus yang berkaitan seni dan kraf yang disasarkan untuk pelancong luar negara dan tempatan, Sarakraf memasang impian untuk membentuk sebuah lokasi ikonik di ibu negeri itu.
Ini sekali gus menjadikannya tempat untuk pelancong menyaksikan pembentukan kraf tangan autentik Sarawak buat kali pertama. Pada masa yang sama, mereka juga dapat belajar tentang keunikan kraf, muzik, makanan serta budaya tempatan.
Galeri ini mengetengahkan produk termasuk pua kumbu, keringkam, kain songket, pasu, manik dan bakul.
Sarakraf bakal menjalankan kempen secara agresif untuk memperkenalkan produk kraf tangan buatan Sarawak ke pasaran luar negara, sejajar dengan sambutan yang menggalakkan terhadap produk kraf tangan etnik di pasaran seluruh dunia.
Selain itu, Sarakraf, menurut pengurusnya, Gerald Goh berminat menjadikan urutan tradisional Sarawak sebagai satu lagi produk pelancongan setelah menyaksikan para pekerjanya yang sering mengurut antara satu sama lain.
"Kebanyakan mereka datang dari kawasan pedalaman. Selain membawa masuk kemahiran menghasilkan kraf tangan, mereka juga pandai menyediakan ubat-ubatan tradisional seperti bedak sejuk dan teknik urutan," jelasnya.
TENGKORAK pernah digantung di rumah panjang pemengal
kepala di Sarawak. Kini warisan itu memberi inspirasi kepada Edwin.
Pemerhatian ini membuatkan Goh teruja untuk menganjurkan kajian dan menemukan lebih banyak penawar yang dapat memberi kebaikan kepada penghuni dunia moden. |
|
|
|
|
|
|
|
xder gambarpu..... |
|
|
|
|
|
|
|
hebat..pakai seramik jer
tak takut ker simpan benda ni sebagai perhiasan, manalah tau dapat limited edition punya ker (tengkorak sebenar) |
|
|
|
|
|
|
|
x kuasa aku nak menyimpan tengkorak ni w/pun hanya replika jer |
|
|
|
|
|
|
|
aiseh menarikla..
boleh jugak aku pacak kat depan gate rumah aku |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 aziz79's post
pasti salesman tak berani masuk |
|
|
|
|
|
|
| |
|