|
Assalamualaikum...
Maaf kalau topik ni dah ada, tp dah cari tak jumpa...
Sy nak tahu apa hukum kalau melihat gambar2 org bukan muhrim yg tak tutup aurat?
(atau lg senang gambar2 lucah)
Niat melihat adalah saja2 sbb manusia kan senang tertarik kpd jantina berlawanan?
Harap boleh bg penerangan...
Terima Kasih |
|
|
|
|
|
|
|
x baek wooo |
|
|
|
|
|
|
|
melihat aurat orang lain itu dosa... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 azz_azza's post
tapi ni dalam gambar..bukan realiti |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 nvi's post
tetap aurat kan...
cam tgk video lucah kan...
video bukan realiti, tp nampakkan aurat orang... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 nvi's post
image tu tetap tiada beza ngan realiti....
takkanlah tak nampak kaitannya.....
kalaulah benar gambar ngan realiti tak sama, cuba sedara sedara suruh member2 sedara tayang gambar dia dalam keadaan tanpa seurat benang dan kalau dia tak berani katakan padanya........itu hanya gambar bukan realiti....
tengoklah kalau2 alasan sedara tu membuatkan dia berani tayang gambarnya.....
saya percaya tiada orang yg sebodoh itu.... |
|
|
|
|
|
|
|
mmg b'dosa.. sbb mmg same + serupa.. baik in pics or in reality.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dosa melihat gambar maksiat
Pertama-tamanya, mereka yang melihat gambar seperti ini hendaklah memohon ampun kepada Allah swt dan melakukan taubat. Sesungguhnya setiap anggota manusia tidak kira samada pendengaran atau penglihatan yang melakukan kerja-kerja mungkar, seperti melihat gambar maksiat, lucah dsb, akan ditanya di akhirat nanti. Firman Allah swt :-
إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَكُلُّ أُولَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا
"sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya. " - [surah al-Israa' 17:36].
Mata yang melihat keseronakan kemungkaran disifatkan oleh Nabi saw sebagai melakukan ZINA. Sabda baginda saw :-
والعَيْنُ تَزْنِي وَزِنَاها النَّظر
"Mata melakukan zina, dan zinanya adalah kerana melihat." - [Hadith riwayat oleh al-Bukhaari, al-Isti'dhaan, #5774).
Mata kita juga harus dijaga daripada melihat perkara-perkata maksiat. Kita diseru didalam hadith diatas agar mencegah kemungkaran didalam kapasiti yang ada pada kita sebagai seorang Islam.
selemah-lemah iman iaitu membenci kemungkaran tersebut didalam hati! Bukannya kita disuruh mengambil gambar dan mengedarkan gambar perbuatan tersebut. Janganlah kita memanjang-manjangkan amalan buruk ini kepada orang lain melalui rawi rantaian e-mail yang menempahkan tempat duduk kita di neraka Allah, wa nauzubillah. wallahu'alam.
[ Last edited by kupia at 23-4-2008 03:52 PM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
|