CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1909|Reply: 19

Najis berat..?

[Copy link]
Post time 23-4-2008 03:03 PM | Show all posts |Read mode
Ada dak pakar agama kat sini tau kenapa..Tuhan mengharamkan anjing & babi dgn najis berat yg perlu disamak jika terkena (basah)...kenapa tidak sprt natang lain yg kita tak makan..kucing, gajah..dll
Masa sekoalh penah dgr ustzah ckp sebb natang tu ada bakteria/kuman berbahaya...tapi org bukan islam makan ok jer...ada dak bukti klinikal..?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2008 03:26 PM | Show all posts
Kalau ada seorang pencipta yg menciptakan kamu dan dia kata kamu kena patuh dia.....dan dia buat undang2 supaya dia dapat uji kamu....

adakah kamu nak tanya lagi kenapakah undang2 itu dibuat sedangkan dia dah kata dia mahu uji kamu....?

kalau dia nak uji kamu perlukah setiap undang2 itu ada kebaikannya?
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2008 03:39 PM | Show all posts
kalau lah peraturan yg Tuhan tetapkan tu ada kebaikannya, maka anggaplah itu bonus....

tapi tujuan utama undang2 adalah utk mendidik dan uji  manusia supaya  patuh........jadi patuh lah....

walaupun hati rasa susah....

sebab yg bersusah-payah untuk patuh tu Tuhan saja yang jadi saksi.....

dan kamu akan dinilai walaupun dgn kebaikan yang hanya sebesar zarah...

jadi patuhlah apa saja suruhan Tuhan....
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2008 03:55 PM | Show all posts
sudah dibincangkan dengan panjang lebar sila semak thread lama...
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2008 03:56 PM | Show all posts
sebenarnya semua suruhan Allah tu ada kebaikannya....cuma hati saja tidak sedap utk patuh sebab biasalah syaitan dan nafsu mereka  satu geng....

hanya ada sesetengah saja peraturan Tuhan yg manusia masih belum tercapai akalnya utk mengetahui kebaikannya secara mutlak.....

dalam ayat kursi pun ada cakap, lebih kurang gini bunyinya...." sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki."


namun apa2 pun sepatutnya....
tak perlu  mengharapkan ada kebaikan terselit di celah2 peraturan itu baru kita nak patuh......
kita patut patuh hanya kerana satu sebab iaitu sebab Dia Tuhan.......kalo ada jugak kebaikan Alhamdulillah lah...
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2008 06:23 PM | Show all posts
dari segi agama dah diterangkan di atas...


dari segi medikalnye...


worms (taenia solium-babi)dalam dua haiwan tu susah mati, klu dorg mkn pon, ade je lekat dalam saluran pencernaan tu, tp idak ler nmpk sbb kt dalam...


nanti,lama2 klu hidup dalamtu cyst atau kista utk worms tu boleh migrAte ke otak... dan kita dapat penyakit lain...

ade la lagi penyakit2 lain...

Allah kate tak bole, tak bole... ade lagi pilihan nak makanyg lain, makan yang lain tu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-4-2008 06:50 PM | Show all posts
Benar tuu, ada semacam cacing pita yang terdapat pada daging babi (I dont know about dog, but Im sure tak beda). Cacing ini tidak mati pada temperatur tinggi, alias tahan panas. Dan cacingini dan koloninyabisa hijrah ke otak dan menimbulkan kematian karenanya.
Segala yang di larang pastiada mudharotnya
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2008 09:58 PM | Show all posts
Ni kalau nak bincang karang masuk bab khilaf pulak ....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2008 10:06 PM | Show all posts

Reply #2 ussopp's post

Saya pulak berpendapat soalan soalan macam nie sememangnya bagus kerana ianya akan merangsang minda seseorang untuk berfikir dan mempelajari sesuatu yang baru.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2008 10:12 PM | Show all posts
kalau ikut imam malik, ada tak najis berat?
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2008 12:17 AM | Show all posts
kalau ikut imam malik, ada tak najis berat?


Panduan yg dijadikan sumber berkenaan najis berat adalah Hadis Nabi SAW dan ayat Al-Quran berikut :

Apabila anjing menjilat bejana salah seorang di antara kamu maka hendaklah ditumpahkan airnya kemudian bejana itu dicuci sebanyak tujuh kali.
( Hadis Riwayat Imam Muslim )

Manakala kenajisan babi dikiaskan berdasarkan ayat Al-Quran :

".....atau daging babi, kerana sesungguhnya semua itu kotor."
( Surah Al-An'am ayat 145 )

Dari ayat di atas babi itu dianggap najis kerana ia lebih buruk keadaannya daripada anjing.

Namun ulama Mazhab Maliki berpendapat setiap binatang hidup adalah suci zatnya meski pun anjing atau pun babi. Sedangkan Ulamak Hanafiah bersependapat dgn Ulamak Mazhab Maliki di dalam kesucian anjing selama mana binatang itu masih itu, cumanya air liurnya sahaja dianggap najis.


Wallahu A'lam.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2008 01:15 AM | Show all posts
Originally posted by st.yeepi at 23-4-2008 10:06 PM
Saya pulak berpendapat soalan soalan macam nie sememangnya bagus kerana ianya akan merangsang minda seseorang untuk berfikir dan mempelajari sesuatu yang baru.


hehehe....boleh saja......

cuma jgn apabila sains tidak menyokong kita maka kita kurang yakin dgn hukum Allah sudah....

sy pun asalnya jenis mcmnie la....suka sangat bila nak pikir apa kebaikan yg ada pada hukum sains terutama bila disokong fenomena sains...

namun sy sedar kalau terus menjadi seorang yg mengharap ada kebaikan dlm hukum Tuhan, maka masalah nya adalah ketika sy  tak jumpa kebaikan tu....
mungkin sy akan mula persoalkan hukum tu....

jadi baik sy buat mindset, Tuhan beri hukum utk TEST manusia...kalau ada kebaikan tu bonuslah....kalau tak dak takpa lah....
apa erti diuji kalau kita mahu setiap ujian itu menyenangkan kita....
tp sy takleh buat apa2, mmg semua hukum Tuhan tu ada kebaikannya....cuma ada setengahnya kita belum jumpa jawapan mutlak, contohnya dalam bab babi dan anjing nie....
sebab ada yg kata ada cacing dan ada plak yg kata org puteh dok telan cacing nie sihat walafiat saja....

lagipun mcm mod ibnur kata, bab ni banyak khilaf.....tak caya pi cek balik bab perbincangan najis berat....
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2008 09:48 AM | Show all posts
air liur anjing ni ditakuti mengandungi virus rabies (penyakit anjing gila) yg boleh membawa maut.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2008 10:10 AM | Show all posts

Reply #13 zerozone's post

air liur kelawar pun boleh bawa virus rabies.

adakah hukum yang dibuat berdasarkan tafsiran hadith dan al-quran?  atau tafsiran ada kuman tak ada kuman?
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2008 10:56 AM | Show all posts

Reply #14 ibnur's post

memang hukum tu telah ditetapkan saperti dalam hadith dan Quran dan kita kena patuh. Cuma kita manusia ni tertanya2 kenapa sesetengah haiwan ni diklasifikasikan sebagai najis berat. Mungkin kita tak akan terjumpa pun apa sebab sebenarnya. Apa yg ada cuma andaian saja. Kita jarang berjumpa hadith yg menceritakan tentang harimau dan singa, sebab haiwan2 ni tidak hidup dikalangan manusia; tidak saperti anjing dan babi yg mana menjadi haiwan peliharaan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2008 07:27 PM | Show all posts
kenapa Tuhan mencipta alam ini? kenapa Tuhan mencipta manusia?

Akal manusia tak mampu dekat dengan kehendak tuhan, paling lebih cari jawapannya dalam Quran dan hadis hadis...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2008 09:09 PM | Show all posts

Reply #12 ussopp's post

Sebab kita kurang pendedahan kepada benda benda macam tu. Kalau pendedahan bagaimana sumber sumber ilmu atau hukum tu diterangkan secara bijaksana pada usia yang muda, saya tak nampak apa apa permasalahan untuk masyarakat hidup lebih terbuka dan seterusnya hormat menghormati antara satu mazhab dengan satumazhab yang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2008 09:09 PM | Show all posts

Reply #16 kupia's post

Macam nak berfalsafah jer kupia nie
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2008 09:33 PM | Show all posts

Reply #17 st.yeepi's post

ye ke? bukan ke zaman sekarang sudah  banyak pendedahan....tak cukup lagi dgn email berantai....?

antara side effect nya, kalau hukum tu takde kebaikan, maka mereka mempersoalnya pula....
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2008 10:57 PM | Show all posts

Reply #15 zerozone's post

bertanya sebab-sebab saya tak nak komen.  tetapi bila sebab-sebab yang kita sangka-sangka tu dijadikan sebab kepada hukum, tu yang saya tak berapa setuju.  hukum tu adalah tafsiran dari quran dan hadith.  terpulang kepada ketinggian ilmu seseorang tu untuk kita ikutkan pendapat dia.  mungkin mereka khilaf tapi mereka merujuk kepada alquran dan hadith.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 09:57 PM GMT+8 , Processed in 0.077014 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list