CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24871|Reply: 167

Kewujudan Allah....

 Close [Copy link]
Post time 30-4-2008 08:50 PM | Show all posts |Read mode
Arwah datuk aku pernah berkata..."Kewujudan Allah tu tiada permulaan dan tiada pengakhiran(kekal)"....

Kalau dari segi "tiada pengakhiran" tu tercapai jugakla olh pikiran aku ni, tapi dari segi "tiada permulaan" tu plk pikiran aku ni tak blh capai...
Ada sesiapa kat sini blh tolong jelaskan tak.....??

Kalau kita lihat dari sifat2 Allah itu sendiri " Tidak Menyamai Sengan Sesuatu yang Baharu"....pernyataan kat atas tu betul...cuma aku tak dpt nak huraikan....

Memandang kan benda ni melibatkan Aqidah/ Ilmu Tauhid....mintak la kalau nak bg komen tu bkn berdasarkan pendapat, tp tlglah sertakan nas2 yang sahih...

Dan kalau Moderator rasa thread ni terlampau berat dan blh menyebabkan pemesongan Aqidah...aku mintak thread ni ditutup seberapa segera.....

Sekian...Terima Kasih...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2008 09:42 PM | Show all posts
sesungguhnya, ada beberapa perkara didalam dunia ini tidak tercapai akal fikiran manusia..
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2008 09:45 PM | Show all posts

Reply #1 matamata's post

Cuba masuk ke site ni
http://www.islamonline.net/english/index.shtml

Mungkin ada yg boleh tolong jawabkan. Bila dah dapat jawapan sharelah dgn kitorang ya.
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2008 09:51 PM | Show all posts
senang je maksud ayat tu

"He's always there"

even "masa" pun cant beat Him

sorrylah, bagi aku benda macam ni, ko tak boleh bergantung 100% kat nas, ko kena fikir relate fikir relate fikir relate
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2008 09:54 PM | Show all posts
setengah2 scientist terkenal seperti einstein, dan pakar2 fizik dan yang sudah mencapai tahap sains metafizik

akan mendapati perkara2 berkenaan masa ni adalah perkara biasa.............

mereka selalu bermain2 ngan teory ni taulah bahawa benda2 ni adalah biasa...ereka sudah sampai tahap perkara2 camni adalah logik....

tapi nak faham macam mana mereka faham, tu yg problem tu....

mungkin Tuhan kata dalam ayat kursi, tidak sesiapa dapat memiliki ilmu Allah kecuali dengan izin-Nya......jadi mungkin ada yang faham ada yang masih belum faham....

[ Last edited by  ussopp at 30-4-2008 09:57 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2008 10:20 PM | Show all posts

Reply #5 ussopp's post

Allah itu wujud adakah ianya fakta atau theori???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-4-2008 10:49 PM | Show all posts

Reply #1 matamata's post

awal dan akhir tu adalah masa.  tiada awal dan tiada akhir tu kerana Allah tidak memerlukan masa.  masa dan ruang (orang putih kata time and space) adalah ciptaan Allah.  manusia memerlukan masa dan ruang.  Allah tidak.  hanya makhluk Allah saja memerlukan masa.
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2008 10:56 PM | Show all posts
kenapa kaji yang akal tak leh capai? itu kerja gila, kerja bunuh diri... kan ke banyak tanda tanda lain yang akal boleh capai dan akal boleh setuju...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2008 11:00 PM | Show all posts

Reply #8 kupia's post

tapi bagi aku lain

kalau ko nak jadi devout muslim, ko kena faham segala-galanya. dengan nak faham tu, dia bukan boleh pop! terus faham.

dia kena guna akal fikiran. jadi bila kena guna akal fikiran, kita harus fikir, tanya, fikir tanya.

Allah pun nak kita jadi orang Muslim yang faham, bukan cuma solat (contoh) membuta tuli.

But then again, tu pendapat aku la
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2008 11:16 PM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 30-4-2008 10:49 PM
awal dan akhir tu adalah masa.  tiada awal dan tiada akhir tu kerana Allah tidak memerlukan masa.  masa dan ruang (orang putih kata time and space) adalah ciptaan Allah.  manusia memerlukan masa  ...


well u know...yg analogy 1000 tahun di dunia is equivalent to 1 day in herefater tu meaning ....implying ther emust be a physical entity jugak kan ..

oh Tapi ALLAH itu Wujud....

u have to know something yg sifat 20 tu ahli ulamak kita yg perkenalkan konsep sifat sifat allah , kan? at least dari usrah yg saya attend tu the naqibah yg bagi tau hal ni ...org Arab tak belajaq sifat 20 ni ...sapa tolong betulkan jika salah
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2008 11:51 PM | Show all posts
satu perkara yg x elok di kaji tentang Allah iaitu tentang kewujudannya, dan ada pendapat mengatakan ia makruh.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2008 12:01 AM | Show all posts
Originally posted by st.yeepi at 30-4-2008 10:20 PM
Allah itu wujud adakah ianya fakta atau theori???


huhu......

ainul yaqin.........bukan semua orang dapat.......
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2008 12:03 AM | Show all posts
lagipun sifat wajib bagi Tuhan yang pertama ialah wujud.............

menunjukkan betapa Tuhan itu mustahil tidak wujud....
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2008 12:05 AM | Show all posts

Reply #10 mbhcsf's post

benda-benda ni kalau kita masih berfikir guna law of physic einstein atau newton memang pening kepala.  

scientifically, time and space ni hanya valid utk universe yang kita duduk ni.  kalau kita keluar dari universe kita ni, alamat berkecai sebab law of physic dah lain.  saya lupa ayat surah berapa sebut, langit tu akan berkecai hanya sebab Allah wujud (lebih kurang macam tu).  kalau langit boleh berkecai, manusia entah apa jadi agaknya kalau keluar dari langit terdekat ni.  macam masuk black hole agaknya?
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2008 12:43 AM | Show all posts
yep in a way
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2008 12:44 AM | Show all posts

Reply #1 matamata's post

akal manusia terbatas nak fikir sesuatu yg melebihi jangkauan pancaindera.
jika hanya bergantung kpd logik akal semata2 tanpa dipandu dalil naqli boleh tersasar.
ini disertakan dalil tentang keEsaan Allah Taala :

surah al-Ikhlas 1-4 :
1) "katakanlah, "Dialah Allah, Yang Maha Esa".

2) Allah tempat meminta segala sesuatu.

3) (Allah) tidak beranak dan tidak diperanakkan.

4) dan tidak ada sesuatu yang setara dengan Dia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2008 01:05 AM | Show all posts
Originally posted by artgeex at 30-4-2008 11:00 PM
tapi bagi aku lain

kalau ko nak jadi devout muslim, ko kena faham segala-galanya. dengan nak faham tu, dia bukan boleh pop! terus faham.

dia kena guna akal fikiran. jadi bila kena guna akal ...


Tidak ada permulaannya dan tidak ada kesudahannya.

Kita faham maksudnya akal tak boleh terima, apa yang dikaji dengan kenyataan ni?

Tengok sepohon pokok rimbun yang hidup pun sudah cukup untuk kita tunduk sujud, maha besar Engkau Ya Allah Ya Tuhanku.
Apa lagi kitab yang diturunkan, apa lagi seluruh alam yang boleh dilihat saujana mata memandang.

"We hear and we affirm" (kami dengar kami lihat dan kami patuh)
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2008 08:20 AM | Show all posts
Nasihat daripada Nabi saw ..........

Maksudnya : "Berfikirlah kamu pada makhluk (kejadian) Allah, dan janganlah kamu berfikir tentang (zat) Allah, kerana ia akan membinasakan kamu." Riwayat Abu Zar

Dan adalah gesaan Allah agar kita mengkaji akan ciptaan2/ kejadian Allah......

Firman Allah Taala dalam surah Az-Zaariyat ayat 21 yang bermaksud : "Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?".

FirmanNya lagi dalam surah Al-Ghaasyiah ayat 17 - 20: Maksudnya : "Tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan? Dan keadaan langit bagaimana ia ditinggikan binaannya? Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan? Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan?
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2008 08:31 AM | Show all posts

Reply #14 ibnur's post

cuba lihat surah Maryam ayat 88-91..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

88. Mereka berkata, "Yang Maha Pengasih mempunyai anak!"
89. Kamu telah melafazkan satu kekufuran yang amat besar.
90. Sekelian cekrawala hampir akan berkecai, bumi hampir juga berpecah belah, dan gunung gunung hampir hancur.
91. Kerana mereka mendakwa yang Maha Pengasih telah mempunyai anak


Betapa Allah murka terhadap golongan yg mengatakan Isa itu anak Tuhan..digambarkan kemurkaan Allah itu seolah2 langit akan runtuh, gunung ganang akan pecah bila 'mereka' tetap mengatakan Isa tu anak Tuhan.........
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2008 09:34 AM | Show all posts

Reply #19 Kerengge's post

ada satu ayat bukan yang tu.  ayat tu menyebut langit hampir hancur kerana kesalahan manusia.  yang saya maksudkan langit hampir hancur sebab Allah ....  nanti saya cuba pakai search kat software alquran.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 04:24 AM GMT+8 , Processed in 0.061547 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list