|
Gedung produk Nokia terbesar
NOKIA (M) Sdn. Bhd., memperluaskan lagi segmen pasarannya dengan melancarkan gedung Nokia pertama di Kuching, Sarawak, selain merupakan yang terbesar miliknya di negara ini.
Gedung yang mempunyai keluasan 1,200 kaki persegi itu terletak di tingkat satu pusat membeli belah, The Spring yang dijangka mampu memenuhi permintaan pelanggan di Sabah dan Sarawak.
Menurut Pengarah Urusan Nokia Malaysia, Andrew Chong, langkah ini merupakan komitmen syarikat terhadap pasaran serta pelanggan di Sabah dan Sarawak bagi memenuhi gaya hidup dan cita rasa terhadap teknologi terkini industri mudah alih di bawah satu bumbung.
憫Kini pelanggan berpeluang untuk berinteraksi serta mencuba sendiri keseluruhan rangkaian produk Nokia yang ditawarkan di pusat ini,拻 katanya ketika merasmikan gedung tersebut baru-baru ini.
Gedung atau pusat Nokia itu menawarkan rangkaian produk secara menyeluruh khusus untuk para pelanggannya.
Pengguna juga turut boleh mendapatkan aplikasi perisian Nokia yang terkini dalam usaha menyelaraskan penggunaan perkakas mudah alih Nokia dengan perkakas komputer seperti pembesar suara muzik, papan kekunci wayarles, pencetak dan banyak lagi.
Dalam pada itu, pusat tersebut juga menawarkan aplikasi perisian aslinya seperti muzik, pencetakan, permainan dan e-mel.
Sebagai tambahan, gedung tersebut turut menyediakan pusat khidmat Nokia CARE menjadikan ia sebagai tempat persinggahan pelanggan untuk mendapatkan aksesori keperluan Nokia mereka.
sesapa yang tinggal kat sabah sarawak leh ler pergi gedung NOKIA ni .... sumer ader!! org semenanjung nak gi sarawak kalu dulu bawak balik terubuk masin... sekarang boley bawa balik NOKIA the latest .. tee hee |
|