CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4243|Reply: 4

Penceraian antara pasangan Muslim

[Copy link]
Post time 3-5-2008 10:05 AM | Show all posts |Read mode
Penceraian mengikut Islam di Malaysia.... dari manakah i boleh dapat info??

Prosidur macam mana? Ambik masa berapa lama?  Custody anak macam mana ditentukan??

Siapa boleh tolong???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2008 10:08 AM | Show all posts
kena pi pejabat agama yg berdekatan ler...
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2008 10:35 AM | Show all posts
Perceraian boleh berlaku di luar mahkamah atau di dalam mahkamah.

Untuk yang hendak dilafazkan di mahkamah, isteri atau suami dikehendaki memfailkan kes di mahkamah syariah.  Atau minta Biro Bantuan Guaman untuk memfailkan kes.  Kemungkinan kaunseling akan dijadualkan.  Tarikh perbicaraan kemudian akan ditetapkan.  Semua tuntutan perceraian termasuk penjagaan anak hendaklah dibuat semasa perbicaraan.  Cara paling baik ialah minta bantuan Biro Bantuan Guaman dan mereka akan menguruskan untuk memfailkan kes dan membuat tuntutan yang sepatutnya.  

Kalau tanpa BBG dan kes difailkan sendiri, boleh minta bantuan petition writer untuk membuat surat resmi dan tuntutan.  Tetapi kelemahan petition writer ni adalah dia orang berpengalaman dari surat-surat yang mereka buat.  Sementara BBG pula adalah peguam bertauliah.

Bagi kes yang berlaku di luar mahkamah, prosedur berikut telah dikeluarkan JAKIM:

E. PROSEDUR PENDAFTARAN PERCERAIAN

1. Pendaftar hendaklah menerima salinan keputusan pengesahan perceraian yang dikeluarkan oleh Mahkamah

2. Pendaftar hendaklah menyemak salinan keputusan pengesahan perceraian tersebut. Jika terdapat kesilapan dikembalikan kepada pemohon untuk pembetulan di Mahkamah.

3. Setelah berpuashati Ketua Pendaftar hendaklah menanda tangani Surat Perakuan Cerai.

4. Pendaftar hanya boleh mengeluarkan Surat Perakuan Cerai setelah pemohon membuat pembayaran pendaftaran cerai

5. Pendaftar hendaklah mengeluarkan Surat Perakuan Cerai dalam tempoh tiga puluh ( 30 ) hari dari tarikh pendaftaran perceraian.



Sebagai tambahan, berikut mengenai perceraian:
Talak boleh berlaku dalam 5 keadaan iaitu:

1. Dengan lafaz yang jelas cth: Aku ceraikan engkau dengan talak satu.

2. Cerai Taklik , cth: Jika engkau keluar dari rumah ini, maka tertalaklah engkau dengan talak satu. Jika isterinya keluar dari rumah itu, maka jatuhlah talak satu.

3. Cerai dengan cara zihar. Cth: Suami berkata kepada isterinya : " Punggung engkau seperti punggung ibuku " disertai dengan niat suami tidak lagi berminat dengan isterinya.Apabila lafaz ini telah diucapkan, mahkamah hendaklah memberi pilihan kepada suami samada mahu meneruskan perkahwinan atau sebaliknya.Jika si suami ingin merujuk kembali kepada isterinya, hendaklah dia membayar kaffarah dua bulan berturut-turut, kalau tidak mampu, dia hendaklah membuktikan dengan pengakuan doktor-doktor yang diiktiraf. Jika dia benar-benar tidak mampu untuk berpuasa, maka dia bolehlah memberi makan 60 orang miskin dengan makanan asasi. Sebaliknya jiak dia engggan kembali kepada isterinya, dia hendaklah menceraikan isterinya dan tidak boleh rujuk semasa iddah.

4. Cerai secara fasakh iaitu Salah satu pasangan memohon membatalkan perkahwinan kepada mahkamah dengan sebab terdapat kecacatan di pihak yang satu lagi yang tidak diketahuinya sebelum bernikah seperti gila, AIDS, sopak, mati pucuk dan seumpamanya. Jika mahkamah berpuashati, maka mahkamah akan memfasakhkan perkahwinannya.

5. Cerai secara khulu' (tebus talak) di mana seorang isteri yang sudah tidak berminat dengan suaminya lagi walaupun suaminya itu seorang yang baik, maka dia boleh dengan izin mahkamah dan persetujuan suami membayar sejumlah harta kepada suaminya untuk mendapatkan cerai. Kadar jumlah ditentukan oleh pihak mahkamah.

6. Cerai secara li'an iaitu mana-mana pihak samada suami atau isteri menuduh pasangannya telah melakukan zina dengan cara bersumpah di hadapan orang ramai. Kemudian di ahendaklah mengesahkan di mahkamah untuk mendapatkan pengesahan.

7. Cerai secara Ila' iaitu seorang suami bersumpah tidak akan bersetubuh dengan isterinya selama 4 bulan. Setelah berlakunya sumpah itu, mahkamah hendaklah memerintahkan suaminya menyetubuhi isterinya dalam tempoh empat bulan. Selepas empat bulan, jika mahkamah mendapati suaminya tidak mematuhi arahan tersebut, mahkamah akan menasihati si suami agar menceraikan isterinya. Selepas itu, jika dia masih enggan, maka mahkamah berhak menjatuhkan talak kepada isterinya.

[ Last edited by  ibnur at 3-5-2008 10:37 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2008 10:42 AM | Show all posts

sambungan mengenai tuntutan selepas cerai sekiranya berlaku macam ni

Seseorang wanita yang diceraikan oleh suaminya boleh membuat tuntutan ke atas bekas suaminya di Mahkamah Syariah. Tuntutan-tuntutan tersebut ialah :

1. Tuntutan Mut'ah - Sejumlah harta di mana suami wajib memberi kepada bekas isterinya yang pernah disetubuhi jika perceraian itu bukan berpunca dari isteri dan bukan kematian suami.

2. Tuntutan Nafkah Eddah - Seorang isteri yang diceraikan oleh suami selepas disetubuhi wajib bereddah. walaubagaimanapun, bagi seorang isteri yang diceraikan dalam talaq raj'ie berhak mendapat nafkah dengan syarat :

a) Isteri itu diceraikan secara talaq raj'ie (talaq yang boleh dirujuk)
b) Isteri yang hamil yang ditalaq dengan talaq ba'in (tidak boleh dirujuk) berhak juga mendapat nafkah sehingga anak itu lahir.
c) Perempuan tidak hamil yang dicerai secara talaq ba'in, tidak berhak mendapat nafkah, pakaian dan tempat kediaman.
d) Isteri yang dalam eddah kerana kematian suami tidak berhak mendapat nafkah eddah meskipun dia dalam keadaan hamil.
e) Isteri hendaklah taat dan patuh kepada suami, iaitu isteri tidak nusyuz

3) Tuntutan Hadhanah (Hak Jagaan Anak)

4) Tuntutan Nafkah Anak

5) Tuntutan Harta Sepencarian

6) Tunggakan Hutang

Untuk mendapat penjelasan lanjut berkenaan Hak-hak wanita selepas perceraian, saudara boleh merujuk Risalah bertajuk : Apakah hak-hak wanita yang Perlu dituntut Selepas Perceraian, oleh Us. Ghafani Awanag Teh, Terbitan JAKIM.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2008 12:46 PM | Show all posts

Reply #3 ibnur's post

boleh ceta lebih detail x ttg cerai secara fasakh..apa dan bagaimana prosedurnnya utk membuat tuntutan cerai spt cara ini...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 04:48 AM GMT+8 , Processed in 0.277044 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list