CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2379|Reply: 17

Meditasi & Kyusuk Dlm Sembahyang

[Copy link]
Post time 8-5-2008 02:00 AM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum semua,

Saya byk belajar pasal meditasi & mengamalkannya, alhamdulillah byk membantu mencapai ketenangan minda. Apa yg berlaku semasa proses meditasi ialah fungsi otak akan berhenti, otak seolah2 direhatkan dr berfikir perkara2 dunia, ini menyeragamkan fungsi otak dan membantu otak untuk bertugas dgn lebih efektif semasa menjalani hidup seharian.. Science membuktikan meditasi membantu membina bahagian depan otak (frontal cortex) yg boleh dianggap sebagai CEO untuk otak kita, mengawal tingkah laku, creativiti, moral reasoning, future planning dan byk lagi yg sepatutnya ada pada manusia, tidak seperti haiwan yg hanya menggunakan bahagian belakang otak yg digelar "primitif brain". Either "fight" or "flight" tanpa perlu memikirkan terlebih dahulu akibatnya...  Stress adalah penyebab utama front cortex kita menjadi lemah dan jika tidak diubati akan lebih kronik... Didlm quran surah 96 ayat 15-16 juga memberitahu yg bahagian depan otak juga bertanggung jawab untuk membuat helah..

http://www.ohionlp.org/main_files/Hagelin3,24,07refined.html
http://www.harunyahya.com/books/ ... _of_the_quran1d.php

Saya gabungkaitkan meditasi dgn sembahyang, bila kita khusyuk didlm sembahyang, seolah2 berada didlm keadaan meditasi juga tetapi fikiran ditumpukan kepada Allah, bukan sekadar mengosongkan fikiran, ini juga membantu mengembalikan fungsi otak untuk membentuk insan yg lebih soleh & solehah.. sebab itu sembahyang yg sempurna sepatutnya menghalang seseorang dr berbuat dosa, kalau kita relatekan dgn meditasi yg memulihkan frontal cortex, efek sembahyang pada manusia sepatutnya begitu juga. Ditambah lagi dgn sujud yg menyebabkan darah turun kebahagian depan otak lantas membantu proses "baik pulih" otak ketika proses sembahyang itu sendiri.

Disini saya mengajak saudara/i agar menggabungkan sembahyang dgn meditasi, terutamanya pada waktu suboh yg mana jika dr awal pagi sebelum kita memulakan hidup kita dgn membaik pulih otak, maka bukankah kita akan lebih bersedia dr segi minda untuk membuat keputusan2 yg lebih bijak, mengawal emosi dan lain2 lagi agar menjadi manusia yg lebih cemerlang setiap hari...

Caranya.. cuba khusuk semasa sembahyang dgn memahamkan maksud bacaan sembahyang itu sendiri, cuba dgn memahami alfatihah itu sendiri, amat mudah, lagu diradio lepas didgr beberapa kali boleh ingat inikan pulak alfatihah yg 6 baris je... cuba sedikit demi sedikit dan kemudian diikuti dgn bacaan2 lain dlm sembahyang..

Selepas sembahyang dan berdoa, duduk/bersila dgn yg posisi selesa dan cuba kosongkan fikiran, fokus pada pernafasan.. bila kita berjaya menyenyapkan otak kita maka kita akan berada didlm meditating state.. 5 minit sudah cukup untuk permulaan.. cuba untuk beberapa hari dan insyaallah anda akan menyedari perbezaannya...

Sekadar untuk berkongsi...Semoga berjaya...

http://syurgadidunia.blogspot.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2008 02:11 AM | Show all posts
terima kasih kerana memberi sesuatu yg praktikal.

mesti cuba.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2008 09:40 AM | Show all posts
Islam melalui Rasulullah saw ada mengajar umat macamana nak khusyuk dalam solat, ulamak ulamak besar pun dah banyak mengkaji, menyelidik dan mengajar, mengapa kaedah meditasi yang kita pilih?

meditasi ni diketahui ada kaitan dengan ugama lain yang bukan Islam, umpama yoga dan sebagainya jadi dikhuatiri kita dengan tidak sengaja mengadaptasi kaedah yang menyerupai amalan lain ugama yang dilarang dalam Islam.

mengapa tidak merujuk kepada sunnah untuk mendapat khusyu' dalam solat?
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2008 10:48 AM | Show all posts
sangat praktikal..
terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2008 03:24 PM | Show all posts

Reply #3 kupia's post

selagi tak langgar hukum syarak dan tak jatuh hukum haram , jangan diharamkan....

kaedah2 menenangkan diri seperti ini adalah biasa saja.....

kalau ada yang bertentangan buat pa nak praktik......
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2008 08:23 PM | Show all posts
Apa yg berlaku semasa proses meditasi ialah fungsi otak akan berhenti, otak seolah2 direhatkan dr berfikir perkara2 dunia

kalau tak silap kita disuruh mengingati allah dalam setiap masa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-5-2008 08:31 PM | Show all posts

Reply #6 ianho's post

kalo nak berehat sekejab salah ke...?

lagi pun nak refresh balik nak bagi segar supaya boleh berfikir dengan waras dan supaya dapat mengingati Allah dengan lebih baik SELEPAS ITU....

kalaulah tak berhenti dan rehatkan otak dari fikirkan perkara dunia, macam boleh jer ingat Allah...

ingatlah, kalau ade pun tuyjuan buat perkara ni asalnya adalah untuk menambah kekusyukkan kepada Allah...bukan melupakanNya....

itulah tujuan penggabungan teknik2 nie....

[ Last edited by  ussopp at 8-5-2008 08:32 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2008 03:50 PM | Show all posts
Originally posted by kupia at 8-5-2008 04:40
Islam melalui Rasulullah saw ada mengajar umat macamana nak khusyuk dalam solat, ulamak ulamak besar pun dah banyak mengkaji, menyelidik dan mengajar, mengapa kaedah meditasi yang kita pilih?

...


Apa yg saya cadangkan bukan untuk menggantikan solat, tetapi supplement kepada solat, bagi mereka yg sudah boleh mencapai kekusyukan didlm sembahyang tidak perlu lah meditasi lagi kerana mereka telah dapat cara untuk kyusuk..

Meditasi bukan maksudnya menukar agama, malah tiada kena mengena dgn agama, ianya adalah salah satu cara untuk membawa fikiran kita ke titik kosong.. emptiness of thought.. berbeza didlm sembahyang yg membawa kita ke positive fullness of thought toward Allah the creator (itupun jika kyusyuk la) ...  lebih senang untuk membawa nilai -ve (fikiran duniawi) ke  thoughtless dr terus jump ke nilai +ve iaitu ingatan hanya kepada Allah.. sebab itu saya cadangkan kedua2 nya...

Alhamdulillah saya merasa kesannya kerana dr praktis meditasi yg mengosongkan fikiran, sedikit demi sedikit saya membawanya kepada solat, jadi saya kemukakan disini sekadar untuk berkongsi, fikirkan, jika boleh diterima tidak salah mencuba, tidak jatuh murtad bermeditasi....

Semuanya bergantung pada niat, jika niat untuk dekat kepada Allah, insyaallah akan makin hampirlah kita kepadanya berganda sepuluh...

Bagi saudara yg sudah boleh khusyuk dalam sembahyang, mungkin boleh berkongsi rahsianya disini, plse provide the solution to the problem.. not to condemn the suggestion for the solution itself..

Yg baik itu dr Allah, yg di beri kepada saya atas kerana saya mencarinya.. alhamdulillah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2008 04:24 PM | Show all posts
Originally posted by flighteng at 10-5-2008 03:50 PM
Apa yg saya cadangkan bukanuntuk menggantikan solat, tetapi supplement kepada solat, bagi merekayg sudah boleh mencapai kekusyukan didlm sembahyang tidak perlu lahmeditasi lagi kerana mereka telah dapat cara untuk kyusuk..

Meditasi bukan maksudnya menukar agama, malah tiada kena mengena dgnagama, ianya adalah salah satu cara untuk membawa fikiran kita ke titikkosong.. emptiness of thought.. berbeza didlm sembahyang yg membawakita ke positive fullness of thought toward Allah the creator (itupunjika kyusyuk la) ...  lebih senang untuk membawa nilai -ve (fikiranduniawi) ke  thoughtless dr terus jump ke nilai +ve iaitu ingatan hanyakepada Allah.. sebab itu saya cadangkan kedua2 nya...

Alhamdulillah saya merasa kesannya kerana dr praktis meditasi ygmengosongkan fikiran, sedikit demi sedikit saya membawanya kepadasolat, jadi saya kemukakan disini sekadar untuk berkongsi, fikirkan,jika boleh diterima tidak salah mencuba, tidak jatuh murtadbermeditasi....

Semuanya bergantung pada niat, jika niat untuk dekat kepada Allah,insyaallah akan makin hampirlah kita kepadanya berganda sepuluh...

Bagi saudara yg sudah boleh khusyuk dalam sembahyang, mungkin bolehberkongsi rahsianya disini, plse provide the solution to the problem..not to condemn the suggestion for the solution itself..

Yg baik itu dr Allah, yg di beri kepada saya atas kerana saya mencarinya.. alhamdulillah..  


Jangan salah sangka, saya tidak menuduh mutad atau menukar ugama denga konsep khusyuk cara meditasi ni.  
Kamu kata praktis meditasi tidak ada kena mengenai dengan ugama.  Apa yang saya faham tentang praktis meditasi (emptiness of thought) ini asal usulnya adalah dari ajaran hasil falsafah ugama hindu/budha purba, dan sekarang banyak sekali dikembangkan di barat. Sama macam yoga, reiki, tenaga dalam, Qigong dan sebagainya.

Apa yang dibimbang di sini adalah larangan dari Rasululullah saw supaya kita tidak menyamai atau mengadaptasi satu apa dari ugama lain dalam urusan ugama kita.  Larang ini jelas terdapat dalam hadis sohih Rasulullah saw.  Soalnya sekarang praktis ini menyerupai amalan ugama asing.

Apa pendapat anda....
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2008 05:54 PM | Show all posts
Originally posted by kupia at 10-5-2008 04:24 PM


Jangan salah sangka, saya tidak menuduh mutad atau menukar ugama denga konsep khusyuk cara meditasi ni.  
Kamu kata praktis meditasi tidak ada kena mengenai dengan ugama.  Apa yang saya fah ...


saya tak bersetuju...........

menenangkan diri adalah fitrah..............

kaedah2 melalui pernafasan, memfokuskan otak, dan semuanya adalah hak milik semua manusia...bukannya hak milik agama2 tertentu......

kalau sudah kebetulan sama ilmunya, takkan kita nak tukar fitrah manusia yg cuba untuk khusyuk...

hendak belajar khusyuk atau tenang kaedah2 pernafasan yang serupa dan yg ada dalam yoga, qigong dan lain2 adalah tidak dapat dielakkan....

sebab ia adalah sesuatu yang memang kita akan lakukan tiap2 hari....samada sedar atau tidak...
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2008 06:58 PM | Show all posts
Originally posted by ussopp at 10-5-2008 05:54 PM


saya tak bersetuju...........

menenangkan diri adalah fitrah..............

kaedah2 melalui pernafasan, memfokuskan otak, dan semuanya adalah hak milik semua manusia...bukannya hak milik ...


Mengapa tidak mau merujuk kepada Islam untuk memperolehai khusyuk di dalam solat, mengapa lebih mengutamakan kaedah pernafasan, kaedah mengosongkan fikiran/otak yang asal usul dipertikaikan? mengapa perlu mengambil ajaran meditasi?

Mengapa tidak memilih ajaran Rasululullah saw mengnai ikhlas, takut dan hadir hati untuk untuk mewujudkan jiwa solat?

[ Last edited by  kupia at 10-5-2008 07:00 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2008 07:03 PM | Show all posts

Reply #10 ussopp's post

setuju..lagipun Islam datang untuk menyempurnakan hidup kita..perkara yang baik serta tidak bertentangan dalam Islam dalam budaya sebelum Islam tidak dihapuskan kesemuanya..
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2008 07:05 PM | Show all posts

Reply #11 kupia's post

kaedah ini lebih baik..tetapi tak bermakna semua yang bukan sunnah tidak boleh digunakan
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2008 07:05 PM | Show all posts

Reply #11 kupia's post

bukan tidak memilih, tetapi cukuplah sekadar tidak mengharamkan apa yang tidak haram......

kita manusia ni macam2 kita buat.....yang Rasulullah suruh kita buat, dan kadang2 kita buat jugak yang lain sebagai penyokong atau penguat......padahal benda itu secara tidak sedar memang selalu kita buat....

saya bagi contoh disini, anger management(uruskan marah)......kalau ikut Rasulullah punya cara ambil air sembahyang, tapi bukankah biasa kalau kita semaSA cuba bersabar itu cuba untuk menenangkan diri kadang2 kita tarik nafas....kadang2 kita urut dada.....bukankah biasa begitu?tidak pernahkan saudara buat begitu...salahkah buat begitu.....?

contoh lain , kalau ikut dari psikology, kalau org tu marah, antara cara2 alternatif yg boleh kita guna, menjerit di kawasan lapang...atau kalau takut atau phobia , kerapkali kita dengar kaedah2 psikology supaya menjerit contohnya kata "aku tak takuuut!"

adakah kaedah2 seperti itu salah? semata2 kerana ia berlainan dari ajaran Rasulullah padahal langsung tidak menjadi dosa?
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2008 07:14 PM | Show all posts

Reply #14 ussopp's post

namun kalu ikut sunah tu 100% kan lebih baik
kalau tak cukup baru ditambah
boleh jer kan  kan  kan
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2008 07:18 PM | Show all posts
satu lagi solat itu secara tidak langsung adalah meditasi.....

macam saudara kupia pesan jugak, cara yang Rasulullah ajar ialah suruh hadirkan ikhlas, takut dalam hati, dan antra cara2 lain yang biasa kita dengar ialah memahami maksud bacaan kita.....

kita mbil kaedah memahami dan menghayati bacaan dalam solat......bukankah kita perlu fokus disini agar kita boleh menghayati bacaan dalam solat...jadi untuk fokus itu sendiri macam 2 cara boleh kita guna asalakn kita fokus....

jadi semasa mahu fokus tu , secara tidak sedar kaedah2 meditasi ini akan kita guna.....

begitu juga dalam mengahdirkan perasaan ikhlas, rasa takut, kesemuanya perlu fokus dan secara tidak langsung memang kita akan guna kaedah2 ini...

takkanlah tak biasa....?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2008 07:21 PM | Show all posts

Reply #15 OrangKertas's post

yaa...memang ikut sunnah tu terbaik....

ikutlah...saya percaya menenangkan diri atau menjadikan diri tenang supaya boleh berfikir dengan waras adalah sesuatu yang dituntut....

saya menjadikan kaedah2 seperti ini sebagai medium supaya saya boleh mengikuti sunnah...

sebenarnya saya sendiri pun bukan amal selalu cuma kadang2 bila teringat kita buatlah....dengan harapan boleh tambah fokus bukan saja ketika solat malahan ketika buat apa2 saja...

ia bukanlah penting sangat...tapi kadang2 memang kita buat...

[ Last edited by  ussopp at 10-5-2008 07:28 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2008 09:43 PM | Show all posts

Reply #11 kupia's post

haku agak kaedah meditasi ini telah pon ada dlm amalan Islam....sbbnya solat itu sendiri merupakan satu proses meditasi utk menacapai kekusyukan dlm solat......ttp agama lain spt Hindu, Budha....mengadaptasi kosep ini dan mencipta satu kaedah yg mirip kepada amalan Islam...

p/s~ just my 2 cents...............
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 11:00 PM GMT+8 , Processed in 0.160218 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list