CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7934|Reply: 49

[merge threads] Ada apa dengan Wahabi?

[Copy link]
Post time 8-5-2008 04:16 PM | Show all posts |Read mode
Assalamu'alaikum...

sorry yerk.. tapi nak tanya.. bole tak bagi info lengkap tentang wahabi nih.. daripada sejarah sampailah pegangan dan/atau fahamannye..

kalau banyak sangat, bagi link pon takpe, asalkan link tuh bole dipercayai..

sayer dah dengar cerita tentang wahabi nih, tapi sayer nak pastikan tentang aper yang sayer dah tau tentang wahabi..

thanks!!

[ Last edited by  ibnur at 9-5-2008 12:29 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2008 04:19 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2008 04:20 PM | Show all posts
thanks bro!!!
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2008 04:26 PM | Show all posts

WAHABI BUKAN AJARAN SESAT

KUALA LUMPUR: Fahaman Wahabi tidak pernah diputuskan sebagai ajaransesat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, kata Menteri di Jabatan PerdanaMenteri, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi.

揊ahaman Wahabi tidak pernah diputuskan sebagai ajaran sesat, ianyaadalah khilafiah (pertikaian) di mana timbul persoalan mengenai takwil(tafsiran),
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2008 04:31 PM | Show all posts
lagi orang kata sesat lagilah orang ingin mencari dimana kesesatannya....::re:

macamlah aku dulu....tok guru aku selalu kata wahabi sesat...alih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2008 04:35 PM | Show all posts

Reply #4 wineps's post

mngkin wahabi itu betul..

tapi orang2 yang menjalankan tuh yang tak betul..

maybe.. aku still tengah kaji..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-5-2008 04:40 PM | Show all posts
Originally posted by gunblade712 at 8-5-2008 04:35 PM
mngkin wahabi itu betul..

tapi orang2 yang menjalankan tuh yang tak betul..

maybe.. aku still tengah kaji..


kaji..jangan x kaji.....aku pun dulu macam ko....
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2008 04:41 PM | Show all posts
so wahabi bukanlah mazhab atau fahaman, sekadar membetulkan kembali akidah ummat supaya mengikut ajaran quran dan sunnah yg sebenar

yang dok berbahas tak habis2 kat dalam porem ni sbb tak paham ler, tp berpurak2 faham, tak gitu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2008 04:53 PM | Show all posts
Originally posted by mama_dinie at 8-5-2008 04:41 PM
so wahabi bukanlah mazhab atau fahaman, sekadar membetulkan kembali akidah ummat supaya mengikut ajaran quran dan sunnah yg sebenar

yang dok berbahas tak habis2 kat dalam porem ni sbb tak paha ...


Pandainyaaa hangggggg.....:handshake:

yang dok berbahas
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2008 11:55 PM | Show all posts
***** DEWAN PARLIMEN = WAHABI TIDAK SESAT *****

http://www.youtube.com/watch?v=cAUlm7-q-ho



[ Last edited by  kupia at 9-5-2008 11:57 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2008 09:25 AM | Show all posts
Posting anti wahabi dipindahkan ke thread anti wahabi.  Thread sini untuk penerangan dan perbincangan berhemah sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2008 02:08 PM | Show all posts
Originally posted by gunblade712 at 8-5-2008 15:16
Assalamu'alaikum...

sorry yerk.. tapi nak tanya.. bole tak bagi info lengkap tentang wahabi nih.. daripada sejarah sampailah pegangan dan/atau fahamannye..

kalau banyak sangat, bagi link po ...


Marilah kita ambil contoh saja, ambil contoh seorang ulama besar yang di percaya dari namanya lah nama "Wahabi" itu di ambil. Yaitu Syaikhul Islam Muhammad bin Abdulwahab. MArilah kita lihat biografi dari ulama besar ini agar kita mengetahui sebenarnya siapakah syaikh yang di tuduh menyebarkan kesesatan itu. Pepatah mengatakan "Tak kenal maka tak sayang", dan dalam Islam pun kita di ajarkan untuk bertabayyun jika mendengarkan satu berita terlebih jika berita itu berasal dari orang-orang yang fasiq agar kita tidak berlaku tidak adil. Silahkan di baca di " http://muwahiid.wordpress.com/2007/10/19/biografi-syaikh-muhammad-bin-abdul-wahhab/

Naam, setelah membacanya maka kita mengetahui bahwa panggilan wahabi ini hanyalah satu lakob/nama saja yang di buatkan para musuh syaikh Muhammad ini untuk menamakan gerakan tauhid syaikh Muhammad. Memang, semua aliran sesat pasti akan memanggil aliran yang haq/benar dengan nama-nama yang tidak baik. Dan ada seorang ulama yang menjelaskan bahwa penisbatan nama "Wahabi" ini karena pada masa itu jigak marak dakwah syirik oleh salah seorang sesat bernama Abdurrahman bin Wahab dan gerakan sesat ini di panggil "wahabi". Maka setelah muncul dakwah Syaikh Muhammad bin Abdulwahab, maka dibawalah gerakan dakwah syaikh ini untuk dinamakan sesuai dengan dakwah si ahli syirik tadi, shingga orang banyak membenci dakwah syaikh. Itulah permusuhan para ahli syirik dan orang-orang yang sesat terhadap dakwah yang haq dari zaman dahulu pun sampai zaman sekarang.

Maka untuk sementara marilah kita lupakan nama itu. MArilah kita menilai syaikh Muhammad dari ajaran-ajarannya....adakah yang sesat seperti yang musuh-musuh beliau tuduhkan? Setelah membaca biografinya justru kita mengetahui bahwa syaikh ini berada di atas jalan yang benar, dan ALlah membuktikan kebenarannya dari suksesnya beliau mencapai kejayaan dalam dakwah beliau, yang hasil dari kejayaan itu bisa kita rasakan sekarang ini, yaitu negara Arab Saudi sekarang ini, yaitu satu-satunya negara Islam yang mengamalkan syariat Islam sebagai hukum negara. Tentu ini suatu hal yang membuktikan kepada kita tentang buah dari kesuksesan dakwah ilallah. Jika dakwah itu benar, maka percayalah...Allah pasti bersama kita, insya Allah.



[ Last edited by  ikhwanindo at 10-6-2008 02:12 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2009 12:25 PM | Show all posts
Misteri Wahhabi di Malaysia

PERKATAAN ‘wahhabi’ dalam penulisan Barat mempunyai berbagai huraian. Kesemuanya menjurus kepada aliran Islam yang dilihat begitu berpegang kepada nas-nas al-Quran dan al-Sunnah secara literal dan enggan melihat tafsiran yang lebih moden atau tafsiran yang agak ‘western influence’.

Clinton Bennet memasukkan ‘wahhabis’ dan deobandis dibawah kelompok ‘traditionalists’ yang bererti sekaligus berada di bawah aliran ‘fundamentalist’ (lihat: Muslim and Modernity 18-20, London: Continuum).

Sebahagian penulisan Barat melihat wahhabi sebagai aliran yang menganggap ‘hanya Islam agama yang benar’, wajib menegakkan ‘Islamic State’, adanya ‘jihad’ menentang kuffar dan lain-lain ciri-ciri yang dianggap unsur ‘padang pasir’ sekaligus cuba dikaitkan dengan terrorism. Di Malaysia pula, perkataan ‘wahhabi’ adalah perkataan misteri. Apa tidaknya, ramai yang menyebutnya atau menfitnah orang lain dengan menggunakan perkataan itu, padahal mereka pun tidak faham. Bagi mereka, itu adalah senjata untuk mempertahankan diri ketika dikritik.

Saya masih ingat, di satu tempat di sebelah Utara, apabila ada imam yang mengenakan bayaran untuk solat dan zikirnya, lalu dia dikritik atas sikap salahguna agama untuk kepentingan diri, dengan mudah dia menjawab: “siapa tak setuju dengan saya dia wahhabi”.

Pemberi nasihat yang barangkali tidak terdedah kepada banyak maklumat dan kali pertama mendengar perkataan itu, terpinga-pinga bertanya: “apa itu wahhabi?”. Jawab tok imam: “Siapa yang mengkritik ustaz dia wahhabi”. Maka tidaklah berani lagi ‘penasihat’ itu berbeza pandangan dengan ‘tok imam’ dan mempertikaikan ‘infallibility’ ustaz, takut jadi wahhabi.

Di sesetengah tempat seseorang dituduh wahhabi kerana menentang amalan-amalan khurafat. Umpamanya, menggantung gambar orang tertentu seperti sultan atau tok guru dengan kepercayaan boleh menambah untung atau rezeki, atau mengikat benang hitam di tangan bayi yang baru lahir atas kepercayaan menolak sial atau bala dan berbagai kekarutan yang menghantui sebahagian masyarakat.

Malangnya amalan-amalan ini bukan sahaja mendapat restu sesetengah yang bergelar ‘ustaz’, bahkan merekalah punca. Jika ada yang mengkritik, untuk mempertahankan diri maka ‘sang ustaz’ itu dengan mudahnya akan menyebut: ‘awak wahhabi’.

Sama juga, mereka yang tidak bersetuju dengan kenduri arwah dituduh wahhabi.

Padahal kitab melayu lama Bughyah al-Talab karangan Syeikh Daud al-Fatani sendiri menyebut: “(dan makruh) lagi bid'ah bagi orang yang kematian membuat makanan menserukan segala manusia atas memakan dia sama ada dahulu daripada menanam dia dan kemudian daripadanya seperti yang diadatkan kebanyakan manusia (dan demikian lagi) makruh lagi bid'ah bagi segala yang diserukan dia memperkenankan seruannya”.

Jika pun mereka tidak dapat menerima bahan mereka sendir, mengapa mereka merasa diri infallible, dan mengharamkan orang lain berbeza dengan mereka dengan menggunakan senjata ‘awak wahhabi’.

Sesetengah kelompok agama pula, mereka membaca dan menyebarkan riwayat-riwayat yang tertolak; seperti Israliyyat yang bercanggah dengan nas-nas Islam, hadis-hadis palsu atau kisah-kisah wali atau sufi yang menjadikan manusia keliru tentang keanggunan Islam. Mereka menyebarkannya dalam ceramah dan sesetengahnya menjadikannya modal untuk ‘bisnes’ mereka.

Islam menjadi kabur dengan cerita-cerita itu dan menyebabkan agama agung ini kelihatan bagaikan ‘kartun’ dan ‘lucu’. Jika ada yang menegur para penceramah ini; jawapannya ‘awak wahhabi’. Walaupun yang menegur itu tidak pernah pun membaca buku Muhammad bin ‘Abdul Wahhab.

Lebih buruk lagi apabila isu wahhabi digunakan oleh pihak berkuasa agama. Jika ramai pegawai agama itu atau yang sealiran dengan mereka bertarekat, atau pembaca hadis-hadis palsu dan lucu, maka mana-mana sahaja guru yang mengajar al-Quran dan hadis sahih serta tidak bersetuju dengan kekeliruan itu akan disenaraikan sebagai wahhabi dan diharamkan mengajar di masjid dan surau. Nama sultan akan digunakan.

Dalam masa yang sama mereka membiarkan kemungkaran yang jelas di sana sini, lalu sibukkan diri dengan kelompok revivalist yang tidak mengancam masyarakat sama sekali.

Jika ada pun, ancaman itu kepada pemikiran kejumudan dan kekolotan, bukan kepada masyarakat. Untuk menjustifikasikan kesibukan mereka dengan kelompok ini sehingga meninggalkan kemungkaran hakiki, mereka kata: “ini lebih bahaya kerana wahhabi”.

Apa itu wahhabi? Jawab mereka wahhabi itu wahhabi! Sikap ini menjadi lebih panas apabila munculnya di Malaysia ‘aliran pengkafir umat’ yang bernama Ahbash yang bersekongkol dengan sesetengah pihak agama.

Di peringkat yang lebih tinggi, istilah wahhabi dikenakan kepada mereka yang tidak terikat dengan mazhab al-Syafi’i. Kononnya, mereka yang tidak ikut mazhab itu wahhabi.

Saya telah sebut nas-nas ulama tentang hal ini dalam artikel-artikel yang lepas. Persis seperti yang disebut oleh Dr al-Qaradawi: “Golongan yang taksub ini tidak membolehkan sesiapa yang mengikut sesuatu mazhab keluar daripadanya, sekalipun dalam beberapa masalah yang jelas kepada pengikut mazhab bahawa dalil mazhabnya lemah. Sehingga mereka menyifatkan sesiapa yang keluar mazhab sebagai tidak berpendirian.

Perbuatan ini sebenarnya mewajibkan apa yang tidak diwajibkan oleh Allah swt” (Dr. Yusuf al-Qaradawi, Al-Sahwah al-Islamiyyah bain al-Ikhtilaf al-Masyru’ wa al-Tafarruq al-Mazmum , m.s 202, Kaherah: Dar al-Sahwah).

Apa yang menariknya di Malaysia, sesetengah ‘mereka ini’ apabila menjadi ‘penasihat-penasihat’ bank, bagi memenuhi keperluan bank-bank yang beroperasi atas nama Islam itu, mereka bersetuju pula dengan pandangan-pandangan hukum yang diambil tanpa mengikut mazhab.

Bahkan pandangan Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah r.h begitu banyak diambil dalam masalah muamalat ini. Ini kerana, di seluruh dunia pandangan-pandangan beliau memang dikutip dalam memajukan masyarakat Islam.

Padahal ‘sesetengah mereka ini’ di luar mesyuarat bank yang ber‘elaun’ itu, mereka menuduh Ibn Taimiyyah wahhabi, dan sesiapa yang bersetuju dengan Ibn Taimiyyah sebagai ‘wahhabi’. Bahkan di luar bank mereka bersekongkol dengan golongan yang mengkafirkan atau menyesatkan Ibn Taimiyyah.

Demikian ketika saya menjadi mufti dahulu, apabila saya memberikan padangan larangan mengintip (tajassus), boleh menjawab salam bukan muslim, wajib membinkan kepada bapa asal sekalipun bapanya bukan muslim, masjid untuk kaum cina, keluasan menerima pandangan dan lain-lain lagi, maka pandangan-pandangan ini dituduh oleh sesetengah pihak agama sebagai wahhabi.

Padahal pandangan tersebut jika dibincangkan di Barat dianggap dalam aliran modernism atau rationalism dan penentangnya mungkin akan dimasukkan kepada kelompok wahhabism.

Di Malaysia, sebaliknya, yang terbuka itu wahhabi dan sesat, yang tertutup itulah yang ‘membolot segala kebenaran’. Cara fikir beginilah yang menguasai sektor-sektor agama kerajaan dan mencepatkan ‘pereputan’ kekuatan kerajaan yang ada.

Cara fikir begini jugalah yang menguasai sesetengah aliran agama dalam pembangkang. Sebab itu barangkali, lima puluh tahun kemerdekaan, bukan muslim bukan sahaja tidak bertambah faham, sebaliknya bertambah keliru dan tegang mengenai Islam.

Tindakan mereka ini mengingatkan saya kepada artikel David Brubaker bertajuk Fundamentalisn vs Modernism: A Consideration of Causal Conditions bahawa penentangan terhadap pembaharuan lebih merujuk kepada masalah survival kelompok.

Dalam usaha untuk hidup dan terus mendapat tempat dalam masyarakat dan kerajaan maka golongan pembaharuan akan ditentang. Bagi saya, bukan isu wahhabi sebenarnya, tetapi bimbang terpinggirnya tempat dan kedudukan.

Namun, apabila mereka merasa ada ruangan untuk mendapat ‘kedudukan’ seperti isu perbankan tadi, mereka dapat pula menerima pandangan yang berbeza tanpa menuduh bank yang memberi elaun bulanan dan elaun mensyuarat itu sebagai ‘bank mazhab wahhabi’. David Brubaker menyebut untuk survival mereka terpaksa memilih antara dua ‘occomodation or resistance’.

Maka, di Malaysia ramai yang dituduh wahhabi, namun ia adalah tuduhan misteri. Saya juga tidak menafikan ada yang dianggap wahhabi itu sendiri perlu bertolak ansur dalam sebahagian pendapat.

Namun, untuk menuduh orang lain wahhabi hanya kerana perbezaan pendapat, itu adalah sikap jakun yang cuba hidup di zaman globalisasi.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2009 12:26 PM | Show all posts
Isnin Julai 6, 2009
Artikel 'Misteri Wahhabi di Malaysia' pembuka minda umat Islam

MERUJUK kepada artikel 'Misteri Wahhabi di Malaysia', saya rasa ianya satu artikel yang agak baik sebagai pembuka minda umat Islam.

Saya kurang pasti siapa penulis artikel ini, walaupun setelah merujuk kepada link yang di berikan. Namun, meneliti bentuk penulisannya terasa seperti ianya ditulis oleh Al-Fadhil Sahibus Samahah Mantan Mufti Mufti Perlis.

Kalau benar andaian saya, memang patutlah beliau menulis sedemikian kerana beliau adalah di antara tokoh yang begitu teruk di serang dengan dengan gelaran itu, terutamanya diperingkat awal beliau menjawat Jawatan penting itu.

Hampir setahun yang lalu, pernah juga ada rakan netters yang cuba membawa isu serupa diruangan ini. Namun setelah mendapat respons dari beberapa sahabat termasuk saya sendiri, akhirnya beliau menghentikan postingnya, mungkin kerana tidak sanggup menjelaskan beberapa soalan yang diajukan kepada beliau bagi mengupas isu yang dibawanya sendiri.

Akhirnya isu itu mati begitu sahaja, bila beliau hanya sanggup melontarkan tuduhan rambang tanpa sanggup berhujjah secara jelas.

Di sini saya menyeru kepada para sahabat sekalian agar tidak terlalu dipengaruhi emosi terutamanya dalam menilai maklumat dan isu yang cuba dibawa oleh orang lain.

Mungkin kita sudah banya belajar dari guru-guru yang sangat alim lagi warak. Namun kita tidak patut mengikat diri kita dengannya.

Sebagai seorang manusia biasa yang jauh jaraknya dari Nabi, mungkin sahaja pandangan guru kita tidak sentiasa betul dan tepat dalam urusan agama, apalagi kita yang berguru-dengannya.

Jadi sentiasalah membuka telinga, Aqal dan hati kita untuk mendengar dan menerima ilmu dan maklumat baru dari orang lain.

Ilmu Allah itu terlalu luas, sehinggakan kalau ranting-ranting kayu dijadikan alat tulis dan seluruh air laut dijadikan tintanya, masih tidak cukup untuk menulis ilmu Allah, biarpun ditambah berkali ganda lagi.

Bersatulah dalam ikatan Aqidah Islam, dan bersedialah berbeza pandangan.

Wassalam

AHMAD WAN
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2009 02:13 AM | Show all posts
Post Last Edit by ussopp at 7-7-2009 02:14

wahabi tak sedaplah.....

ameklah gelaran salafus soleh....baru nampak positif sket.

gunblade,
punca ramai menolak wahabi adalah kerana kebanyakkan tidak faham tentang bahayanya bidaah.....mcm sy dulu2.....pantang betul bila org kata itu takleh ini takleh....

sy dahulu amat meluat ngan geng2 wahabi nie.....depa begitu kalut mengatakan itu takleh, ini takleh.....sy selalu berdepan ngan org negeri luar dari perlis yang mengatakan apalah perlis tak meriah.....

kalo kat negri aku meriah.....tp perlis suram....kata mereka.

in the end, sehinggalah sy gelabah dgn kepelbagaian dlm beragama yg wujud.....tanpa ada had limit, akan wujud kepelbagaian dan akhirnya membawa kepada persoalan akidah pula.....

dari perbuatan2 variety yg dibuat utk agama akhirnya membawa kepada penyelewengan.....

sy tak tau nak wat camna......akhirnya, baru sy tau kenapa geng2 wahabi kalut sgt menghadkan agama kepada apa yg rasulullah buat sahaja, dan menolak innovation.....

bro gunblade, ko tau kan dulu aku ada post kat ko tentang masalah aku tue.....
tentang apabila semua kepelbagaian boleh diterima, maka aku tak tahu nak kata sapa betul......jadi apa guna berdakwah kalo semua pun betul dgn cara masing2.....semua boleh jadi betul.......

maka nak tak nak kena kembali kepada ajaran yg dibuat rasul dan mengelakkan innovation(bidaah).....

buat lah seribu satu hal bidaah dlm hal2 dunia....lagi banyak lagi bagus.....
tp hal agama biar zero bidaah....

dan Alhamdulillah buat masa nie, masalah aku selesai.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2009 09:31 AM | Show all posts
Post Last Edit by ussopp at 7-7-2009 02:14

buat lah seribu satu hal bidaah dlm hal2 dunia....lagi banyak lagi bagus.....
tp hal agama biar zero bidaah....

dan Alhamdulillah buat masa nie, masalah aku selesai...


Hal2 dunia dan hal2 agama perlu diasingkan ker?
Hal2 dunia ni buat tak dapat pahala ker???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2009 01:40 AM | Show all posts
bro batu api,

ada banyak thread sy reply dalam nie sajalah no......

sy tak maulah nak jelaskan lagi tentang mana boleh mana tidak....
kerana sy ikut hadis soheh....
tp nak tau hadis soheh tak soheh tu, sy bukan ahli....biar yg ahli jelah check....

ahli2 hadis samada wahabi ka bukan wahabi ka tentu saja boleh kenal mana hadis soheh mana tidak....maka tak da masalah nak tau.....

janganlah suruh sy tentukan plak....sy tak sampai lg ilmu....

sy tertarik dgn persoalan cakar harimau yg ditulis oleh saudara dlm thread di mana salahnya fahaman wahabi....

apa yg kita sedari dlm fahaman wahabi ialah bidaah dalam hal dunia seperti naik kereta naik komuter maka tak mengapa.....

tp dlm hal keagamaan maka takleh wat bidaah langsung.....


jadi bagaimana pula cakar harimau? bagaimana mahu mengkelaskannya? ibadat atau dunia?
sy bertanya kepada ahli salaf....
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2009 07:20 PM | Show all posts
pedulikan aje le soalan batu pasal cakar-cakar tu.
dia pun tengah pikir-pikir pasal abuya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2009 03:53 PM | Show all posts
18# ibnur

Ada sesapa ker yg sebut pasal Abuya?
Kenapa suker ganggu tajuk ni pakcik mod? Nak bantu sesama wahabi ker?
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2009 12:29 AM | Show all posts
19# BatuApi

sy cuba jawap soalan anda sebelum ini....

cakar harimau termasuk dlm bukan ibadat ritual khusus......

ia mungkin ibadat, tetapi bukan ibadat khusus(yg dilarang wat bidaah).....maka takda masalahlah....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 08:46 PM GMT+8 , Processed in 0.070180 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list