CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6704|Reply: 65

sedih.

[Copy link]
Post time 12-5-2008 09:06 AM | Show all posts |Read mode
aku tak tau lar nak buat macamana dengan perasaan aku sekarang. korang tolong lar aku ni, sikit hari lagik boleh weng dah aku ni.
kisahnya macam ni, agak panjang, tak reti aku nak ringkaskan. korang baca jek lar.

aku ni bekerja kat satu negeri, bukan negeri asal aku lar. cop, aku pompuan yer. lebih kurang setahun aku kerja, pegi balik kg sorang2, adalar org baru kat tempat aku, dia pun dekat negeri aku gak, daerah yang berlainan, bermula dari situ, aku pun baik lar dengan dia. dia pun pompuan gak. kira masuk tahun ni, dah 6 tahun kitaorg rapat. rapat yg memang rapat lar, macam adik beradik, kadang aku rasa lebih dari adik beradik sendiri sbb dengan adik beradik pun ada perkara yg aku rahsiakan, tapi dengan dia, semua pasal aku dia tau.
kemanapun kitaorg pegi, mesti berdua. segala galanya buat berdua, sampaikan kalau kemana2, kalau aku pegi sorang, mesti org akan tanya, mana sorang lagik. gitulah tahap kekamcengan kitaorg ni.
utk pengetahuan korang jugak, duit minyak kereta pegi balik keje dengan makan pun kitaorg share, contoh macam, dapat gaji jek, kitaorg terus kumpulkan rm300 sorang utk minyak kete. macam tu lar.
balik kg naik kete pun kongsi, kalau minggu ni kete aku, next week kete dia pulak. aku dah kenal semua family dia, macam tu jugak lar dia. aku dah biasa tidur kat umah kaat kg dia..dia pun dah biasa tidur umah aku. macam tu lar. aku harap korang paham lar betapa rapatnya kami ni.
sampaikan aku pernah terpikir, kalaulah satu hari nanti kitaorg berpisah, sama ada kawin atau mati, memang aku rasa aku tak boleh hidup dah kat dunia ni. sbb aku macam dah terlalu bergantung pada dia.
aku penah dapat offer keje kat negeri aku, tapi aku tolak sbb aku tak sampai hati nak tinggalkan dia sorang2 kat sini.a ku tau dia takder sesapa kat sini, kira kitaorg ni saling bergantung lar. macam tu lar tahapnya.
walaupun kitaorg ni selalu bergadoh, tapi takder lah sampai pernah  terputus hubungan, gadoh2 tu dah jadik macam mender wajib dalam kehidupan kitaorg ni.

masalahnya sekarang, 3 4 bulan ni, dia berkwan dengan sorang lelaki. dan dia ambik keputusan nak kawin. mulanya aku biasa jer, bila dia bagitau aku tu, aku ok jek. tapi bila lama2, bila aku dok fikir2, aku jadik macam tak boleh terima pulak. aku jadik macam takut, takut hidup sorang, nanti nak makan kat luar, nak kemana2, aku takut. aku rasa aku tak boleh hidup sorang2 macam tu. lepas tu, aku rasa macam terlalu sunyi bila dia keluar dengan budak laki tu, biasanya dia tak pernah tinggalkan aku sorang2 macam tu, aku rasa terlalu kosong. jadiknya sekarang hidup aku sentiasa dalam kerisauan, aku rasa aku tak boleh hidup sendiri.
kitaorg ada beli rumah kat sini, sebelah menyebelah, sebulan 2 lagik boleh duduk lar, dia kata kat aku, walaupun dia dah kawin, tapi kitaorg tetap dekat, sbb umah sebelah, keje satu ofis. tapi aku takut lar. aku tak boleh terima. aku dok pikir, sebelum ni kitaorg selalu berjalan sama2, bercuti, shopping, lepas ni aku nak pegi dengan sapa?
lepas tu aku rasa macam dia dah kurang peduli kat aku kan, yelah..dia dah ada org yg dia sayang kan. kalau kat umah pun asyik bersms jek, mana nak tengok tv macam dulu2 dah. dulu2 kitaorg ni suka tengok tv sampai tengah malam, tengok cd. memang seronok lar aku rasa. tapi sekarang tu, semua dah takder.
aku rasa hidup aku ni dok berendam air mata jek..hidup dalam kerisauan jek. dalam 6 tahun aku dok hidup dengan dia, kemana2 saja berdua. aleh2 nak kena tinggal sorang? aduhhhhhhhhhhhhhhhhhh..aku memang tak boleh lar.
aku cadang nak berhenti keje jek.. tapi hutang rumah, kete macamana? tapi kalau tak tahan, aku rasa aku nak berhenti jek. sbb aku boleh gila dok sini sorang2.
sekarang ni aku tengah buat sesuatu yg aku rasa sgt selfish, aku rasa jahat, tapi aku terpaksa. aku dok cakap kat dia..tak payah lar kawin. sampai dia pun dah malas nak ambik peduli kata2 aku lagik. aku tau aku jahat, tapi aku tak boleh terima lar.
korang tolonglar aku.
aku betul2 perlukan orang utk bercakap sekarang nih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2008 09:13 AM | Show all posts
...laen kali dik...jgn kawan smpi rapat mcm tu sgt...huhuuh..lebey2 gal & gal... kang nnti jd mcm ni........
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2008 09:35 AM | Show all posts

Reply #1 yotoki's post

as kawan rapat..kita x boleh nak kontrol 100% hidup kawan kita..biar dia ada ruang tuk diri dia sendiri..kita happy apa klau kawan rapat kita happy..

hang lak..try2 laa jengok dunia lain lak..n bz kan diri..
kena terima hakikat..kawan tu bukan milik kita..blaja untuk redha...
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2008 09:37 AM | Show all posts
cian adik. adik kena redha kalau sayang kat dier. dier happy, adik mulakan idup baru. hidup sendiri memang mengerikan mula2 tapi lama2 seronok. keluar la  jumpa teman2 baru. luaskan pergaulan. Insyaallah, adik akan rasa banyak lagi pekara yang adik tak tau adik boleh buat sebelum ini, adik dah boleh buat. jangan lupa solat, Tuhan saja tempat kita mengadu yang boleh membantu kita.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2008 09:39 AM | Show all posts
ko nih lesbo ker?
sampai tak kasi member tu kawen?
ko ader ati kat dier ek?
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2008 09:41 AM | Show all posts
tuan umah..

ko kene carik sorg boipren lepas nieh...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-5-2008 09:42 AM | Show all posts
xkan kawan sorang tu je kot..cer kuo jejln sorang2 cari kwn..kawan biar seribu...xsusah cari kawan..yg susah nak cari sahabat susah sng je.. jodoh pertemuan di tangan tuhan..chaiyok...
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2008 09:42 AM | Show all posts


sabarlah..benda nie semua normal per....


ko pon cuba瞝ah berkawan dengan lelaki lain,mungkin dah tiba masanya utk ko pon ada teman hidup..ala, dok umah sebelah menyebelah jer..masih gak leh berhubung walaupon dah kawen...


mula
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2008 09:46 AM | Show all posts

Reply #1 yotoki's post

kena pandang dari sudut positif... jodoh dia dah sampai... awk jangan lupe plak nanti akan tibe jodoh awk..

mira ada gak kawan rapat macam awk nih... lebih kurang sama lar... tapi jodoh mira awal sikit jer dr dier... tapi kawin tahun yang sama...
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2008 09:51 AM | Show all posts
aku cadangkan benda paling simple dan murah

ko lepak SELALU like ALL THE TIME dekat forum cari ni

kalau ada orang pm, rajin rajin balas. ada gathering, rajin rajin join.

kalau nak senang cari kawan, gi kat board borak atau board love connection

dan pengajaran dari citer ko, lain kali dalam hidup ni kena ada sikap selfish. ko sanggup tak terima offer tempat lain, yang mungkin lebih baik dari yang sekarang, semata-mata kerana kawan ko. ko expect kawan ko akan putus dengan boyfriend dia semata-mata sebab ko? you can forget that theory
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2008 09:53 AM | Show all posts
Originally posted by tejanurain at 12-5-2008 09:39 AM
ko nih lesbo ker?
sampai tak kasi member tu kawen?
ko ader ati kat dier ek?


yg ni aku tak setuju.
aku takder perasaan apa apa kat dia selain dari kawan.
cuma kitaorg terlalu rapat, aku tau..memang payah org nak paham, kecuali org tu ada pengalaman sendiri.
susah org nak rasa, kalau dia tak merasa sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2008 09:56 AM | Show all posts

Reply #3 miss_kitab's post

erm...betol tu dik..... kadang2 kiter bg seluruh tenaga dan jiwa kiter kat kawan baik kiter...kiter korbankan segala-galanya untuk dia..bukan tak ikhlas...tapi sebab benar2 ikhlas la kiter sayangkan kawan sampai kadang2 lupa pasal diri sendiri....

Aku penah rasa ape yg ko tengah rasa sekarang.... bak kata miss_kitab...kuar dr kepompong n try cari terapi lain untuk hilangkan gusar dihati ko.....situasi aku lagi teruk sebab kawan baik aku tipu n ketepikan aku untuk kebahagiaan dia.....

Sedih beb....tapi kena pikir balik...sekarang ni dah cool sikit...dan aku amik keputusan --> sayang n manjakan diri sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2008 09:58 AM | Show all posts

Reply #1 yotoki's post

nama pn dh roda kehidupan...
dlm hidup kita ni mcm2 org yg dtg & pergi...
apa yg kita nk x semestinyer kita bleh dpt...
c'mon gurl... life must go on...:pompom: :pompom:
so, redha jer ler....

klu rasa sunyi, boring, cuba isikan masa dgn aktiviti2 BERfaedah..
cth mcm join kelas fardhu ain ker, sports club..
atau klu minat bisnes bleh try wat direct selling business ker...
ataupn susah2 ekau moyan yo kek CARI nih...
anything u like as long as masa u TERisi...;)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2008 10:00 AM | Show all posts
Originally posted by artgeex at 12-5-2008 09:51 AM
aku cadangkan benda paling simple dan murah

ko lepak SELALU like ALL THE TIME dekat forum cari ni

kalau ada orang pm, rajin rajin balas. ada gathering, rajin rajin join.

kalau nak senang ...


yg ni aku setuju.
sebelum ni, 2 3 tahun sebelum ni, kawan aku tu ada aku rasa curi2 baca msg kat hp aku.
masa tu aku ada berkawan dengan seseorang, lelaki lar.
dia punya marah kat aku, terus nak balik kg.
walaupun esoknya keje.
tapi aku tetap ikutkan dia jugak, aku pun bawak dia balik kg. sbb aku tau dia marah kat aku.
lepas tu, terus aku berazam dan berjanji ddengan diri aku sendiri, aku takmo buat dia sakit hati lagik dah.
sbb aku tau, dia takut keseorangan dan dia takut melalui apa yg aku rasa sekarang ni.
aku pun terus putuskan hubungan aku dengan kawan lelaki aku tu.
dan bila aku cakap dengan dia pasal mender, dia kata..itu dulu.
dia takkan jadi macam tu lagik dah.
dia kata, dia takkan halang aku berkawan dengan sesapa lagik dah. masalahnya, aku nak berkawan dengan sapa?
aku kan dah putuskan hubungan aku dengan kawan lelaki aku sbb di dia.
aku frust sgt bila ingat balik pasal ni.
mungkin aku yg bodoh kot, tapi aku betul2 sayang dia.
tapi aku takder la sayang di luar batasan sebagai kawan.
tapi aku rasa dia tak boleh buat aku macam ni.
dia selalu kata kat aku, terutama bila malam nak tido.
jangan tinggalkan dia.
dan itulah yg aku selalu janji dengan dia..aku takkan tinggalkan dia.
tapi dia pulak yg tinggalkan aku akhirnya.
sedih. memang menangis jek lar teman hidup aku sekarang ni.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2008 10:06 AM | Show all posts
aku paham sangat2.. dulu aku pun ada member yg rapat gila2 mcm ni jugak..
mcm kembar ke mana2 pegi sesama..
bila berpisah sekolah, aku jd mcm org gila kejap..
susah giler nak sesuaikan dgn keadaan..
tapi alhamdulillah, lama2 boleh terima kenyataan..
bergaul dgn org lain, cari kawan2 baru..
sedikit sebyk terubat sikit perasaan tuh..

bila lama2 tu, aku dgn member aku tu pun dah agak renggang..
masing2 dgn hal masing2..
kalau dulu aku x leh imagine hidup tanpa best friend aku ni..
tp sekarang aku ada ramaaaaiiii kawan tak kira suka dan duka..

so, aku rasa setiap yg terjadi pasti ada hikmahnya..
jgn risau yotoki, insyaAllah awak pasti dpt terima kenyataan..
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2008 10:07 AM | Show all posts
Seorang kawan akan gembira melihat kawannya bahagia. Harap kau juga begitu. Jangan pentingkan diri sendiri sahaja... sampai bila nak berkepit dengan kawan juga. Lambat laun, salah seorang pasti akan jumpa pasangannya dan berkahwin. Kau pun sama... akan jumpa pasangan kau dan akan berkahwin.

Tapi persahabataa masih boleh diteruskan juga walaupun dengan berlainan keadaan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2008 10:15 AM | Show all posts
yotoki,

orang datang dan pergi dalam kehidupan kita.
sampai umur tertentu, ramai yang kan mendirkan rumahtangga dan berkahwin.
Mungkin mula2 sedih tapi u terpaksa terima semua ni.

Kososng tu sudah tentu, terutamanya pada mula2 macam ni. Apapun jangan buat keputusan terburu-buru. Cari la kawan baru, suami ke...
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2008 10:17 AM | Show all posts
Originally posted by tejanurain at 12-5-2008 09:39 AM
ko nih lesbo ker?
sampai tak kasi member tu kawen?
ko ader ati kat dier ek?

blh ke tanya mcm ni pada user lain?
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2008 10:20 AM | Show all posts
apa yg kamu lalui kini
sedang saya lalui juga sekarang ini
seorang teman
erti persahabatan
yang tertinggal hanya cerita indah dan kenangan
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2008 10:56 AM | Show all posts
eh same ler kite.....ungu dh berkwn ngn bestfriend ungu ni setaun lbh...slalu msk same, tgk tv same, gi kedai same, gi keje same...last2 die ckp nk bnti keje, ungu pun nk ikut same....ye la...kalo bleh nk carik tmpt keje pun dkt2...

tp akhirnye ungu yg xjd bnti...sbb ikut nasihat kwn2 yg lain...tu keburukannye kalo berkwn stick pd satu je....takut ngn kwn2 yg lain kite tak rapat....susah woo...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 04:36 AM GMT+8 , Processed in 0.068729 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list