CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 29390|Reply: 55

Kesan Sejarah Puteri Saadong terbiar -

[Copy link]
Post time 13-5-2008 04:25 AM | Show all posts |Read mode
Kesan sejarah Puteri Saadong terbiar
Oleh TOREK SULONG

PASIR PUTEH 12 Mei - Kerajaan Pas Kelantan ditegur kerana mengabai dan tidak memulihara kesan peninggalan sejarah Puteri Saadong yang terdapat di Bukit Marak, Kota Bharu dekat sini.


Pengarah Bahagian Warisan Budaya, Jabatan Warisan Negara, Sirri Neng Buah berkata, sepatutnya kerajaan negeri perlu menghargai peninggalan sejarah sebagai produk warisan bangsa yang tinggi nilainya dan tidak membiarkannya luput ditelan arus pembangunan.

Menurut beliau, kesan sejarah itu amat penting kerana ia merakamkan asal usul pemerintahan raja di negeri ini yang boleh dibangunkan sebagai produk pelancongan.

"Jabatan Warisan Negara akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri dan pemilik tanah yang terletaknya peninggalan itu sebagai usaha menyelamatkannya bagi kepentingan penduduk negeri ini terutamanya golongan muda," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah Budi Bahasa Budaya Kita di Sekolah Menengah Kebangsaan Gaal dekat sini semalam.

Sirri berkata, warisan itu sangat penting untuk dipulihara dan dikekalkan sebagai bahan bukti dan rujukan kewujudan puteri legenda kepada generasi akan datang.

Utusan Malaysia difahamkan tapak kesan sejarah itu kini ditumbuhi belukar dan semak sementara tapak lokasinya dilaporkan sudah menjadi tanah milik persendirian.

Pada sekitar tahun 1980-an dulu, kesan sejarah itu sering dikunjungi ribuan pelawat termasuk pelajar sekolah pada setiap hujung minggu untuk menyaksikan pelbagai kesan peninggalan seperti tapak Awang Selamat, batu menyerupai gajah, gendang batu dan bilik persolekan peninggalan puteri legenda itu yang terletak di puncak Bukit Marak.


Sirri berkata, usaha menyelamatkannya menghadapi kesukaran jika pihaknya tidak mendapat kerjasama penuh daripada kerajaan negeri dan pemilik tanah di bukit berkenaan.

"Apa yang boleh dilakukan oleh kita hanya setakat membina monumen yang menceritakan kisah hidup puteri itu tetapi tidak berkuasa membangunkannya kerana kawasan itu sudah diwartakan sebagai milik persendirian," katanya.

Beliau berkata, jabatannya sedia mengambil alih tanah berkenaan mengikut Akta Warisan Kebangsaan 2005 dan mewartakan sebagai kawasan sejarah dengan membayar pampasan mengikut kadar yang berpatutan sekiranya pemilik tanah di kawasan itu bersetuju mengenainya.

---------------------------------------------------------------------------------

nanti kita cuba cari sejarah tu sikit2... saya ada belajar dulu -
saya dah pergi pun bukit marak tempat sejarah puteri saadong ni dulu -
lama dah tak lawat.. - sayang kalau terbiar -

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2008 07:08 AM | Show all posts
byk yang khurafat dr bersejarah..
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2008 07:17 AM | Show all posts
WEIII KG AKU TU.........
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2008 07:53 AM | Show all posts
ms kecik2 arwah nenek aku ske citer kisah puteri saadong nihhh...
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2008 08:28 AM | Show all posts
puteri saadong ni citer dia camne wehh... citer ler sini.. aku tatau
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2008 10:21 AM | Show all posts

Reply #5 bawanghitam's post

cuba baca cerita ni..

Pertabalan Raja Sakti

Pada tahun 1638 M Raja Besar telah menabalkan Raja Sakti sebagai raja di Jembal dan memerintah di bahagian utara dan timur Kelantan. Jembal dijadikan pusat pemerintahannya. Tidak lama selepas pertabalan Raja Sakti, Raja Besar pun mangkat. Setengah cerita mengatakan Raja Besar ghaib menghilangkan diri, kerana itulah tidak terdapat makam baginda di kawasan Jembal itu. Raja Sakti dikurniakan tujuh orang putera-puteri, iaitu Raja Adiluddin (yang lebih dikenali dengan nama Raja Loyar), Raja Bahar (Raja Udang), Raja Omar (Raja Ekok), Raja Sungai, Puteri Sayu Bari, Puteri Unang Melor (nama timang-timangannya Nang Rogayah) dan Puteri Cempaka Bongsu. Mengikut buku Abdullah Nakula, Raja Sakti terkenal dengan panggilan Raja Vijaya Indera atau Long Betong. Puteri baginda iaitu Puteri Unang Melor telah berkahwin dengan Raja Terengganu iaitu Sultan Zainal Abidin 1. Dari keturunan inilah asalnya Raja-raja yang memerintah Terengganu hari ini.


Penyatuan Kelantan di bawah Raja Loyar

Setelah Raja Sakti merasa dirinya sudah tua dan putera-puteri baginda meningkat dewasa Raja Sakti telah menyerahkan pentadbiran negeri kepada mereka semua. Pada tahun 1649 M, Raja Loyar ditabalkan sebagai raja yang memerintah kerajaan Jembal. Raja Bahar dilantik sebagai Bendahara, Raja Omar sebagai Raja Muda dan Raja Sungai sebagai Raja Temenggung. Setelah menyerah semua pemerintahan Kerajaan Jembal, maka baginda Raja Sakti pun mengadakan "Istiadat Bersiram" di pinggir Sungai Babong (sekarang hanya kelihatan sebagai lembah sahaja yang dijadikan sawah padi, terletak di belakang Sekolah Menengah Raja Sakti), selama 7 hari 7 malam, setelah sampai malam ke-7 maka baginda Raja Sakti dan Puteri Mani Kemeyan pun "ghaib" dan tidak diketahui riwayatnya sehingga hari ini.Raja Loyar sangat dikasihi oleh semua lapisan rakyat jelata dan para pembesar negeri. Sikap baginda sangat luar biasa, lemah lembut, halus tutur kata dan bersopan santun. Mengikut kepercayaan, pada diri baginda terdapat sifat-sifat ganjil yang kononnya baginda berdarah putih, tulang tunggal, bulu roma songsang, lelangit hitam, lidah fasih dan air liur masin. Pendek kata apa yang dihajati semuanya dapat kerana baginda adalah seorang yang "keramat".


Hubungan kerajaan Jembal Dengan Paduka Cik Siti Wan Kembang

Kerajaan Jembal terus maju dan makmur di bawah pemerintahan Raja Loyar. Baginda membuat perhubungan dengan kerajaan-kerajaan sekitar termasuklah dengan kerajaan di Gunung Cinta Wangsa di bawah pemerintahan Cik Siti Wang Kembang. Baginda berdua selalu bertukar-tukar utusan dan persembahan. Raja Loyar dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu seorang putera yang diberi nama Raja Sakti (mengambil nama sempena ayahanda baginda), tetapi telah mangkat dalam usia setahun sahaja. Seorang lagi puteri dan diberi nama Puteri Mariam tetapi lebih dikenali sebagai Puteri Saadong. Puteri Saadong ini amat terkenal dalam sejarah Kelantan. Apabila Paduka Cik Siti Wan Kembang mendapat berita bahawa Raja Loyar mendapat seorang puteri, maka baginda berangkat ke Jembal menemui Raja Loyar. Apabila Cik Siti Wan Kembang melihat wajah Puteri Saadong, maka timbul perasaan kasih sayang dan berhasrat mengambil Puteri Saadong sebagai anak angkat baginda. Baginda bercadang melantik Puteri Saadong sebagai mewarisi takhta kerajaannya kerana baginda tidak mempunyai anak dan tidak bersuami. Hasratnya itu disampaikan kepada Raja Loyar dan baginda memperkenankan permintaan tersebut. Puteri Saadong telah dibawa ke Gunung Cinta Wangsa oleh Paduka Cik Siti Wan Kembang. Di sinilah Puteri Saadong dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan penjagaan yang sempurna oleh seorang pemerintah negeri. Cik Siti Wan Kembang telah memerintahkan kepada pembesar negeri dan hulubalang supaya mencari dua ekor anak kijang untuk dijadikan binatang mainan Puteri Saadong supaya tidak kesunyian. Dari situlah gambar dua ekor anak kijang telah dijadikan lambang kebesaran kerajaan Negeri Kelantan sehingga ke hari ini.

Perkahwinan Puteri Saadong dengan Raja Abdullah

Apabila meningkat remaja, Puteri Saadong menjadi seorang Puteri yang sangat cantik paras rupa dan tingkahlakunya. Mengikut Abdullah Nakula, Puteri Saadong juga dikenali sebagai "Puteri Vijaya Mala". Kecantikan Puteri Saadong ini termasyhur ke seluruh negeri sehingga sampai ke pengetahuan Maharaja Siam iaitu Raja Prasat Thong yang memerintah di Ayudhia. Baginda telah menghantar utusan ke Jembal untuk meminang Puteri Saadong. Setelah Raja Loyar berbincang dengan Cik Siti Wang Kembang, maka pinangan Raja Siam itu telah ditolak. Setelah rombongan Siam itu kembali, baginda Raja Loyar dan Cik Siti Wan Kembang berserta pembesar-pembesar telah bermesyuarat untuk mengahwinkan Puteri Saadong dengan sepupunya Raja Abdullah iaitu anakanda Raja Bahar. Setelah istiadat perkahwinan itu selesai, Raja Abdullah telah membina sebuah kota di hilir Negeri Kelantan dan dinamakan "Kota Jelasin" (sekarang ini dinamakan Kampung Kota, dalam daerah Kota Bharu). Setelah beberapa lama bersemayam di Kota Jelasin, Paduka Cik Siti Wan Kembang bersama Raja Abdullah dan Puteri Saadong berangkat mudik ke hulu dan singgah membuka penempatan baru di Chetok, Pasir Mas. Penempatan ini diberi nama "Tanah Serendah Sekebun Bunga". Di sinilah dikatakan bahawa baginda Cik Siti Wan Kembang telah jatuh gering kerana mengidap deman panas. Baginda telah dibawa balik ke Gunung Cinta Wangsa dan mangkat di sana. Setelah kemangkatan Cik Siti Wan Kembang maka seluruh negeri Kelantan diperintah oleh Raja Loyar.


Peperangan dengan Angkatan Siam

Berita perkahwinan Raja Abdullah dengan Puteri Saadong sampai juga ke pengetahuan Raja Siam. Baginda terus menghantar satu angkatan tentera ke Kelantan untuk merampas Puteri Saadong. Apabila sampai ke Kota Jelasin, maka berlakulah peperangan yang dahsyat. Rakyat Raja Abdullah ramai yang mati. Dalam senyap-senyap Raja Abdullah berundur ke Melor. Di sinilah baginda telah membina sebuah kota yang dinamakan Kota Mahligai. Kedudukan Raja Abdullah di Kota Mahligai dapat juga dikesan oleh angkatan Raja Siam. Mereka mula bergerak menuju ke Kota Mahligai. Kerana sayangkan nyawa rakyat Puteri Saadong sanggup berkorban. Baginda sanggup menyerah diri dengan persetujuan Raja Abdullah dan mengikut angkatan Siam ke Ayudhiya. Sepeninggalan Puteri Saadong ke Ayudhiya, Paduka ayahanda Raja Loyar telah mangkat. Jenazah baginda dimakamkan di Jembal (makam tersebut terletak di hilir Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Sakti sekarang). Dengan persetujuan kerabat dan pembesar-pembesar negeri, Paduka baginda kepada Almarhum Raja Loyar iaitu Raja Omar yang dahulunya memegang jawatan sebagai Raja Muda telah ditabalkan menjadi raja di Jembal bergelar Sultan Omar. Sekembalinya Puteri Saadong dari Ayudhiya dan setelah mendapat tahu ayahandanya telah mangkat, baginda terus ke Kota Mahligai untuk menemui suaminya Raja Abdullah. Apabila sampai ke Kota Mahligai alangkah terkejutnya baginda kerana mendapati Raja Abdullah telah berkahwin lain, sedangkan baginda telah berjanji akan menanti sehingga Puteri Saadong pulang dari Ayudhiya, Raja Abdullah telah berkahwin dengan anak salah seorang pembesar negeri masa itu. Satu perbalahan telah terjadi antara Puteri Saadong dengan Raja Abdullah. Raja Abdullah telah mangkat kerana ditikam oleh Puteri Saadong dengan pemancak sanggulnya di dada sebelah kiri, jenazah Raja Abdullah pada mulanya hendak dimakamkan di Jembal tetapi setelah disebabkan kesukaran perjalanan jenazah baginda dimakamkan di Kampung Padang Halban berhampiran Melor.


Pemerintahan Raja Abdul Rahim

Setelah kemangkatan Raja Abdullah, adinda baginda bernama Raja Abdul Rahim telah ditabal menjadi pemerintah di Kota Mahligai pada tahun 1671 M bergelar Sultan Abdul Rahim. Baginda telah dikahwinkan dengan balu Almarhum Raja Abdullah. Setelah selesai pertabalan, Puteri Saadong pun berpindah ke Bukit Marak untuk bersemayam di sana. Pemerintahan Sultan Abdul Rahim dikatakan zalim dan ramailah rakyat jelata datang mengadu kepada Puteri Saadong di Bukit Marak sehingga baginda selalu berdukacita. Pada tahun 1673 M, Puteri Saadong berangkat ke Gunung Ayam iaitu berhampiran dengan Sungai Nenggiri (kawasan Gua Musang sekarang) untuk mengasingkan diri. Di sinilah berakhirnya riwayat baginda. Kezaliman Sultan Abdul Rahim telah dipandang berat oleh Sultan Omar di Jembal. Baginda telah memerintah anakandanya Raja Kecil Sulong menyelesaikan masalah pentadbiran di Kota Mahligai. Salah seorang orang suruhan Raja Kecil Sulong telah berjaya menikam Sultan Abdul Rahim di tepi Tasik Lalayang Mandi dekat Bukit Kecil, Melor. Kemudian baginda mangkat di situ juga.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-5-2008 10:24 AM | Show all posts

Reply #5 bawanghitam's post

versi pendek.. dalam buku cerita bebudak :

LAGENDA PUTERI SAADONG

Di negeri Kelantan pada suatu zaman dahulu ada seorang puteri raja bernama Puteri Saadong. Puteri Saadong bukan sahaja terkenal kerana berbudi pekerti mulia, malah masyhur kerana wajahnya sungguh jelita.

Oleh sebab itu, nama Puteri Saadong menjadi sebutan ramai di segenap ceruk rantau. Ramailah golongan raja dan rakyat jelata ingin mengenali Puteri Saadong. Malah sesetengah putera raja bercita-cita ingin meminang Puteri Saadong.

Salah seorang yang turut bercita-cita demikian ialah Raja Siam. Baginda pernah menghantar rombongannya untuk meminang Puteri Saadong. Tetapi peminangan itu ditolak oleh Puteri Saadong. Puteri Saadong tidak ingin menjadi permaisuri Raja Siam.

Raja Siam berasa sangat kecewa. Namun, Raja Siam tidak berputus asa. Baginda sentiasa berfikir cara untuk mengambil Puteri Saadong menjadi permaisurinya.

Pada suatu hari, Raja Siam mendapat khabar bahawa Puteri Saadong sudah berkahwin. Suaminya ialah seorang putera raja bernama Raja Abdullah. Marahlah Raja Siam bukan kepalang!

Akhirnya Raja Siam mengambil keputusan untuk menyerang negeri Kelantan. Berlakulah peperangan dan ramailah rakyat yang terkorban. Puteri Saadong berasa sangat sedih.

Puteri Saadong lalu memberitahu suaminya, "Biarlah adinda pergi menghadap Raja Siam itu. Adinda akan cuba memujuk Raja Siam supaya berhenti berperang." Tetapi suaminya tidak bersetuju. "Jika adinda pergi, adinda mungkin akan ditangkap oleh Raja Siam," ujar suaminya.

Puteri Saadong cuba memujuk lagi, "Kita tidak mempunyai cara lain lagi. Jika kita kalah berperang, negeri kita akan ditawan oleh Raja Siam." Akhirnya, Raja Abdullah terpaksa bersetuju dengan cadangan isterinya itu.

Puteri Saadong lalu pergi ke negeri Siam. Hari demi hari, Raja Abdullah menunggu kepulangan isterinya. Tetapi Puteri Saadong tidak pulang-pulang. Puteri Saadong menjadi tawanan Raja Siam.

Namun demikian, Puteri Saadong tetap berada dalam selamat. Setiap kali Raja Siam cuba menghampiri Puteri Saadong, badan Raja Siam itu dipenuhi penyakit kudis. Puaslah baginda cuba mengubati penyakitnya itu. Tetapi tiada sembuh.

Setelah setahun berlalu, akhirnya sembuhlah penyakit yang dihidapi oleh Raja Siam itu. Baginda berasa insaf. Baginda lalu membebaskan Puteri Saadong.

Puteri Saadong segera pulang ke Kelantan untuk menemui suaminya. Tetapi alangkah terkejutnya Puteri Saadong kerana suaminya sudah mempunyai isteri baru.

" Pergilah engkau menjadi permaisuri Raja Siam itu!" Raja Abdullah menghina Puteri Saadong.

Sedihlah hati Puteri Saadong mendengar kata-kata itu. Lebih menyedihkan lagi, suaminya menghalau supaya dia pergi dari situ.

" Di sinilah tempat tinggal adinda. Adinda tidak mahu pergi. Kasihanilah adinda!" ujar Puteri Saadong sambil menangis. Raja Abdullah tersangat marah. Baginda mencabut keris hendak membunuh Puteri Saadong. Terpaksalah Puteri Saadong mempertahankan diri untuk menyelamatkan nyawanya. Dalam pergelutan itu, Puteri Saadong secara tidak sengaja telah tertikam suaminya. Mangkatlah Raja Abdullah.

Peristiwa itu sangat menyayat hati! Sejak itu, Puteri Saadong tidak mahu tinggal di istana itu lagi. Dengan linangan air mata, Puteri Saadong berangkat meninggalkan istana tersebut.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2008 12:06 PM | Show all posts
sebenarnya ada 2 pihak yang terlibat. pertama pihak kerajaan negeri dan kedua pihak pelawat atau orangramai.

kjaan negeri mahu menjaga sesuatu perkara itu dilaku menepati kehendak Islam. Mencegah dan mendidik rakyat dari melaku perkara syirik atau khurafat adalah menjadi t/jwb pemerintah. Namun menjaga dan menyeliakan tempat bersejarah adalah bagi menunjukkan kesan sejarah serta mendidik manusia kemudian hari akan peristiwa yang telah berlaku. Malah dari peristiwa itu manusia boleh belajar dan mengambil iktibar. Dalam al-Quran sendiri banyak kisah-kisah diberitahu oleh Allah swt bagi umat akhir zaman untuk mengambil iktibar. Dalam Islam melawat tempat sejarah adalah harus tetapi tidak harus atau dielakkan dari melawat ke tempat2 yang Allah turunkan bala keatas umat terdahulu seperti tempat umat Nabi Lut yg diterbalikkan bumi keatas mereka (laut mati), tempat umat kaum 'ad dll.

Pelancongan itu adalah perkara sampingan saja. Perlu juga diingatkan menghargai atau melawati tempat-tempat bersejarah bukan bermakna kita telah mensyirikkan Allah swt.

Iktikad kita orangramai mestilah bahawa dengan menengok tempat2 macam itu adalah sebagai untuk ambil iktibar serta mengingatkan kita kepada Tuhan, setiap sesuatu perbuatan ada balasannya dan rasa takjub itu hanyalah kepada Allah semata-mata.   

Kerajaan negeri seharusnya memelihara tempat2 bersejarah. Mungkin buat masa ini peruntuk belum ada maka perbelanjaan kepada perkara tersebut ditinggalkan dulu. Jangan jadi macam kerajaan wahabi saudi...semua tempat bersejarah dihilangkan. Ini satu tindakan yg tak betul. sepatutnya mereka mendidik pelawat dengan memberi peringatn agar tidak berlaku perkara2 mungkar atau syirik.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2008 01:31 PM | Show all posts
mekaseh banyak2 jimann... dah paham dahhh...
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2008 04:05 PM | Show all posts
bukan kerajaan negeri pimpinan pas saja yg patut ambik berat tapi juga pihak pertubuhan kerabat d'raja jembal itu sendiri. bukan kah puteri saadong itu lambang kemegahan keturunan d'raja jembal?
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2008 09:11 PM | Show all posts

Reply #7 Jiman's post

part cerita puteri saadog diganggu raja siam tu ada persamaan dgn kisah siti sarah isteri Nabi Ibrahim..macam ulangan certa pulak..cuma bezaya dia dapat selamat kembali pada suaminya dan dihadiahkan pula siti hajar kepada Nabi Ibrahim as,subhanallah..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2008 02:14 AM | Show all posts
Tak payahllah susah-susah nak dipelihara nanti orang pi sembah dan jadi tempat minta nombor ekor. Tempat seperti ini seharusnya dimusnahkan supaya tidak menjadi tempat yang boleh mendatangkan syirik kepada orang Islam. Apa2 yang tinggal itu haruslah dimusnahkan supaya tidak boleh disalah gunakan lagi oleh generasi akan datang.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2008 12:49 PM | Show all posts
Originally posted by WonBin at 19-5-2008 02:14 AM
Tak payahllah susah-susah nak dipelihara nanti orang pi sembah dan jadi tempat minta nombor ekor. Tempat seperti ini seharusnya dimusnahkan supaya tidak menjadi tempat yang boleh mendatangkan syi ...


pendapat ini tak berapa betul....sepatutnya kerajaan dan masyarakat mendidik rakyat tentang ilmu tauhid yang sebenar, kefahaman yang sebenar dan kukuh dapat mengelak manusia dari terjerumus dengan syirik. Syirk tidak semestinya hanya memuja kubur saja. jika kita bertiktikad sesuatu selain dari Allah swt yang berkuasa maka kita syirik.

Yang melakukan syirik itu manusia bukan tempat atau kubur sendiri. Jika dimusnahkan tempat2 bersejarah ...tidak dapat menghapuskan kesyirikan sebaliknya hati-hati manusia itulah yang yang perlu ditarbiahkan.  

p/s: Usah diikut kerajaan saudi...semua perkuburan baki' di ratakan dan Bukit Jabal Qubais itu didirikan Istana mereka...melampau.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2008 03:57 PM | Show all posts
Tul tu...........kefahaman dan penekanan tentang akidah itu yg penting............bukan memusnahkan tempat-2 yg mempunyai nilai sejarah. Tempat-2 sebegitu patut di jaga dan dipelihara..............utk generasi kita yg akan dtg. supaya mereka tidak lupa asal usul keturunan nenek moyang mereka...............kalau kita nak persoalkan ttg syirik............perbagai kesyirikan juga boleh berlaku walaupon tak ada tempat-2 tersebut..................

[ Last edited by  paktam at 21-5-2008 04:02 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2008 03:46 PM | Show all posts
Originally posted by WonBin at 19-5-2008 02:14 AM
Tak payahllah susah-susah nak dipelihara nanti orang pi sembah dan jadi tempat minta nombor ekor. Tempat seperti ini seharusnya dimusnahkan supaya tidak menjadi tempat yang boleh mendatangkan syi ...


eh tempat sejrh kena la pelihara..kalo org gi mitok no. ekor tu khijo org mjlis ugama pulok..
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2008 03:49 PM | Show all posts
tapi akak Lloni,putri saadong ni beto ke wujud
ada tak lakaran muka dia..kalo kt board kenamaan tu ada gambaran muka che siti hok sdra Farlin tepek.Ada kt buku biografi tok guru nik aziz di sebut putri saadong sbg putri mariam..bakpo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2009 06:53 PM | Show all posts
um,tumpang tanya..kalau benar Puteri Saadong ni wujud,ada anakanda nya ke? ada sesiapa boleh tolong jawabkan?TQ
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2009 09:15 AM | Show all posts
Originally posted by paktam at 21-5-2008 15:57
Tul tu...........kefahaman dan penekanan tentang akidah itu yg penting............bukan memusnahkan tempat-2 yg mempunyai nilai sejarah. Tempat-2 sebegitu patut di jaga dan dipelihara............ ...


Ni Pak Tam Manjung ker? Selamat datang ke forum cari Pak Tam
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2009 09:18 AM | Show all posts
Originally posted by zahirbatin at 4-6-2008 15:49
tapi akak Lloni,putri saadong ni beto ke wujud
ada tak lakaran muka dia..kalo kt board kenamaan tu ada gambaran muka che siti hok sdra Farlin tepek.Ada kt buku biografi tok guru nik aziz di s ...


Bukan senang nak lakar.Tambah lagi orang yg pernah bermimpi tengok muka dia tak pandai melukis.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2009 09:34 AM | Show all posts

Balas #18 zahirbatin\ catat

....akak Lloni....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 06:45 AM GMT+8 , Processed in 0.082253 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list