CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2578|Reply: 3

7 bom meletup di jaipur; lebih 80 mati

[Copy link]
Post time 14-5-2008 08:44 AM | Show all posts |Read mode
Tujuh bom gegar bandar Jaipur

JODHPUR: Sekurang-kurangnya 35 orang terbunuh dan lebih 100 cedera selepas tujuh butir bom meletup di beberapa pasar di bandar peranginan India, Jaipur, semalam, lapor polis dan agensi berita.

Polis dan sumber lain berkata, letupan tujuh butir bom menggegarkan beberapa pasar di Jaipur, ibu kota negeri padang pasir Rajasthan. Mereka melaporkan enam kematian.

Ketua Polis, Amorjot Singh Gill berkata: 揑a satu serangan pengganas. Laporan awal menunjukkan enam orang maut dan 30 lagi cedera,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2008 08:50 AM | Show all posts
tak der keje puak2 ni...........................:@ :@ :@
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2008 08:32 AM | Show all posts
Mangsa letupan bom kini 80

Polis dakwa militan dalang beberapa siri serangan di bandar raya purba India

JAIPUR: Angka kematian akibat siri letupan di bandar raya purba India meningkat kepada 80 orang dan menjadikan pasar sibuk, bazar barang kemas dan sebuah kuil itu seperti kawasan pembunuhan beramai-ramai.

Ketua Pengarah Polis Negeri, A K Jain, berkata 20 lagi meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami tengah malam kelmarin, menjadikan angka kematian akibat letupan kelmarin kepada 80.

Hampir 200 lagi cedera dalam tujuh letupan di bandar raya di barat India itu, kata Jain. Polis berkata, bom kelapan berjaya ditemui dan dimatikan.

Kumpulan militan dipersalahkan ke atas beberapa siri letupan di India sejak beberapa tahun lalu turut segera disyaki menjadi dalang serangan terbaru itu.

"Memang jelas, ia serangan pengganas. Cara ia dilakukan adalah cubaan untuk memaksimumkan kemusnahan nyawa manusia," kata Ketua Polis Rajasthan, A S Gill.

Polis mengenakan perintah berkurung sepanjang hari semalam di beberapa bahagian bandar raya itu yang digegarkan dengan letupan, kata seorang lagi ketua pengarah polis, Kanhaiya Lal.

Perintah berkurung bertujuan untuk menghalang sebarang pertempuran antara penganut Hindu dan penduduk Islam.

Kebanyakan kedai masih ditutup di beberapa bahagian lain bandar raya itu walaupun semakin ramai peronda polis.

Jain berkata, polis menyoal hampir 12 orang tetapi masih tidak menemui petunjuk siapa yang terbabit.
"Tiada tangkapan dibuat setakat ini," katanya.

Tiada siapa mengaku bertanggungjawab di atas letupan itu, yang bermula kira-kira jam 7.30 petang waktu tempatan kelmarin.

Sebutir bom meletup di pasar berhampiran kuil yang dikhaskan untuk Dewa Hanuman dan sebutir lagi meletup berhampiran pasar barang kemas Bazar Johari, kawasan tarikan pelancong popular.

Kawasan kejadian dipenuhi dengan beg beli-belah yang ditinggalkan pelanggan, kereta yang musnah dan beca yang terbalik, jenis pengangkutan paling popular di lorong sesak di Jaipur. - AP
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2008 07:52 AM | Show all posts
pergi manpus lah  terrorist ini.

asyik buat org lain susah saja.:@ :@ :@ :@
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 07:33 PM GMT+8 , Processed in 0.375639 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list