CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 12121|Reply: 50

kesilapan ibu bapa buat dalam didik anak!! update: azam mendidik anak!!

[Copy link]
Post time 21-5-2008 07:03 PM | Show all posts |Read mode
Kesilapan ibu bapa didik anak





PERNAHKAH terfikir bahawa sebagai orang tua, banyak perkara yang anda lakukan salah dalam mendidik anak-anak?


PERNAHKAH terfikir bahawa sebagai orang tua, banyak perkara yang anda lakukan salah dalam mendidik anak-anak?

Pakar motivasi dan psikiatri sering mencari punca mengapa anak-anak menjadi liar, tidak mendengar kata, melawan orang tua dan pelbagai salah laku oleh segelintir anak-anak terhadap kedua ibu bapa mereka.

Dalam mendidik anak, mungkin cara ibu bapa salah. Dalam proses tumbesarannya, anak-anak pasti melalui pelbagai perkara yang mungkin boleh membuat mereka terdorong melakukan sesuatu di luar jangkaan.

Apabila melihat kelakuan anak-anak itu, semestinya ia dikaitkan dengan cara didikan ibu bapa.

Justeru, mari kita selidik kesilapan ibu bapa sehingga menyebabkan kesan negatif anak-anak. Antaranya:

1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.

2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.

3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak.

4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak.

5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak.

6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan.

7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan.

8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak.

9. Kurang melahirkan kasih sayang.

10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak.

11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah.

12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan.

13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak.

14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak.

15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak.

16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca.

17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal.

18. Tidak menunjukkan contoh teladan yang baik di hadapan anak-anak.

19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak.

20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibu bapa dengan anak-anak.

21. Tidak menggunakan bahasa yang betul.

22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak.

23. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak.

24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat.

25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak.

26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak.

27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak.

28. Tidak menunjukkan minat terhadap aktiviti anak-anak.

29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak.

30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak.

31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak.

32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak.

33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak.

34. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.

35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak.

36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan.

37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak.

38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak.

39. Tidak tegas mendidik anak-anak.

40. Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama.





jgn ko ingat mentang2 ko mak bapak budak2 tu.. sumer ko cakap   jalan...  banyak gak mak pak yang memang jenis tak faham kerenah anak... ingat depa ajer yg betul... ha!! belajar sikit pandang kat diri tu wokey...  banyak benda yg ko boley belajar dari anak2 ko jugak...   nak didik anak  bukannya macam ABC ..   aku harap mak pak kat sini .. jgn nak sombong diri ingat diri tu sudah bagus     kalu ada 4 anak pun tak semustinya ko dah terrer...   kena pandai selami hati anak ko tu... didik anak dengan wisdom ko.. jangan dok jadi diktator dan balik2 cakap ko aje yg betul....    aku rase  atikel ni baguih untuk mak pak kat sini.. selami sikit  wokey... (aku pun baca gak.. mana tau satu hari nanti aku jadi bapak gak... ek..   ) ..

[ Last edited by  amazed at 9-1-2009 06:29 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2008 07:20 PM | Show all posts

Reply #1 amazed's post

ko tertekan ke....dgn apa yg pernah ko lalui..?

insyaalah akan ku didik anak2 ku baik2....
byk perkara di atas telah dielakkan....cuma kena mantain and  improvekan
i'm aware of all this kinds...
thanks for sharing the info...so boleh save...
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2008 07:08 PM | Show all posts
Great info.
Insya allah akan tingkatkan ilmu dgn info ni
TQVM
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2008 11:29 PM | Show all posts
artikel bagus...lagi satu...saya cukup pantang lihat bapa2 merokok di hadapan anak2 terutama kat tempat awam atau tempat makan. kesian anak2 yang tak berdosa kena hirup asap rokok...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2008 12:07 AM | Show all posts
bgslah ade info mcmnie....
berguna untuk smue...
blh bljr dri kslpn,untuk mulakan perkara yg betul....
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2008 03:44 AM | Show all posts
very good infos nie.  thanks to pembukak thread nie.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-5-2008 09:11 AM | Show all posts

Reply #1 amazed's post

input yg bagus
cume x berapa nk paham kenape thread owner perlu gunekn bahasa yg agak harsh on the post script tu...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2008 11:15 AM | Show all posts
kekekek info yg bagus.. tapi tu ler awat pembuka thread garang sangat ni?

Insya_allah akan dipraktik kan.. maklum laa mak bapak ni pun tidak la sempurna mana.. ada kekurangan jugak, saoa2 dah jadi mak/bapak ni tau ler betapa susah nak membentuk anak2 . lembut sangat pn tak boleh keras sgt pun tak boleh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2008 11:29 AM | Show all posts
good info ni..terutamanya no 33 tu..bila dah penat balik kerja, anak sepahkan barang2 lagi bertambah2 la leternya..hihi
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2008 09:04 PM | Show all posts
Yes! Thanks alot.
Jadi parents ni mmg byk dugaan.
semoga anak2 jadi insan yg terbaik...
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2008 12:19 AM | Show all posts
Originally posted by amazed at 21-5-2008 07:03 PM
jgn ko ingat mentang2 ko mak bapak budak2 tu.. sumer ko cakap   jalan...  banyak gak mak pak yang memang jenis tak faham kerenah anak... ingat depa ajer yg betul... ha!! belajar sikit pandang kat diri tu wokey...  banyak benda yg ko boley belajar dari anak2 ko jugak...   nak didik anak  bukannya macam ABC ..   aku harap mak pak kat sini .. jgn nak sombong diri ingat diri tu sudah bagus     kalu ada 4 anak pun tak semustinya ko dah terrer...   kena pandai selami hati anak ko tu... didik anak dengan wisdom ko.. jangan dok jadi diktator dan balik2 cakap ko aje yg betul....    aku rase  atikel ni baguih untuk mak pak kat sini.. selami sikit  wokey... (aku pun baca gak.. mana tau satu hari nanti aku jadi bapak gak... ek..   ) ..


Haku bukanlah mak yang 'perfect', utk tidak membuat kesalahan.
Insyaallah, akan didik, akan asuh, akan bimbing yg terbaik buat anak2.
Segala kesilapan yang dinyatakan di atas akan diambil ikhtibar.
Tq, peringatkan....
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2008 09:16 AM | Show all posts
bagus utk peringatan aku ......
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2008 10:03 AM | Show all posts
bagus utk diriku jugak..
sweet pun bukan ibu yg sempurna
dng ada info sebegini dpt membantu diri ini utk jadi lebih
baik....
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2008 10:22 AM | Show all posts
BAGUS GAK APER YNG KO BAGI TU
AKU HARI TU ADER JUMPA SATU BUKU TAJUK DIA
CARA MENDIDIK ANAK2 CARA RASULLULAH. AKU BELI DAN BANYAK INFO YNG AKU DAPAT DARI BUKU TU
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2008 11:27 AM | Show all posts

Reply #14 cempro81's post

beli kt mane ye?
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2008 12:10 PM | Show all posts

Reply #1 amazed's post

good info & guides...

teguran ko tu pun ada betulnya..

so as parents kita berusaha la ye perbaiki diri kita, ilmu tak akan habis kita belajar.. buat lah yg terbaik demi anak2 kita
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2008 05:37 PM | Show all posts
I'm 18 years old and my dad is a quiet person...
I wish he'd talk more and stop keeping his feelings to himself...
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2008 02:35 PM | Show all posts
Ummi rasa ada satu perkara yang penting sekali tertinggal iaitu

Lupa memperkenalkan Tuhan Yg Esa (ALLAH) pada anak. (Memberi didikan agama satu bab lain) Barulah anak tahu kita semua ada pencipta yang Maha Agung yang beri kita udara utk bernafas, yang beri mata utk melihat, telinga utk mendengar, yang mana jika Allah tarik satu nikmatNya cth mata maka jadilah kita OKU, kalau Allah tarik Oksigen(udara) dlm 1 minit kita boleh mati.

pernah dengar "AWAL-AWAL AGAMA IALAH MENGENAL ALLAH" selalunya kita lihat slogan ni di Tadika2 Islam. Yes penting sekali sebenarnya. Sebab bila kita kenalkan dgn Allah dan berbuat sesuatu kerana Allah, cth tolong jaga adik2 dpt pahala, tolong ibu didapur dapat pahala, kalau menipu berdosa, bergaduh berdosa, lawan cakap ibubapa berdosa and so on maka anak-anak berbuat sesuatu kerana Allah bukan kerana takutkan ibubapa ke, guru ke, jiran ke.

[ Last edited by  ummiesya at 29-5-2008 02:38 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2008 03:49 PM | Show all posts
Kesilapan ibu bapa

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR
[email protected]

Tidak menjawab persoalan anak-anak, meninggi suara dan menengking tidak membantu mengembangkan minda anak-anak.

IBU BAPA tidak seharusnya membezakan anak mereka dengan orang lain.

APABILA anak mencecah usia setahun dan ke atas, waktu itu merupakan fasa tumbesaran yang amat penting dan perlu diawasi dengan baik.

Pada usia beginilah, mereka mula mempunyai keinginan untuk meneroka perkara-perkara baru dalam kehidupan. Malah, tempoh ini juga dianggap sebagai cabaran untuk ibu bapa menjalankan tanggungjawab mendidik anak-anak.

DR. GOH CHEE LEONG,

Menurut Perunding Psikologi Kanak-Kanak, Dr. Goh Chee Leong, kebanyakan ibu bapa pasti berasa bimbang jika perkembangan mental anak mereka tidak seperti yang diharapkan atau tidak sama seperti anak orang lain. Tetapi, sebenarnya mereka tidak perlu risau kerana setiap anak mempunyai kelebihan masing-masing.

"Biasanya setiap kanak-kanak akan melalui proses perkembangan minda dan fizikal secara semula jadi. Ada di antara mereka yang cepat tumbuh gigi tetapi lambat bercakap, ada pula yang cepat bercakap tapi lambat berjalan dan begitulah sebaliknya.

"Kebimbangan ibu bapa tentang kepantasan anak-anak belajar ada benarnya. Namun, jangan sampai ia menjadi sebab anda memaksa sehingga memberi tekanan kepada mereka mempelajari sesuatu contohnya bercakap, membaca dan mengajar anak ke tandas.

"Harus diingat setiap kanak-kanak akan melalui proses pembelajaran sendiri dan mereka memerlukan waktu untuk memahaminya. Justeru sebagai ibu bapa, jangan sesekali cuba menyekat kreativiti atau kelakuan anak-anak selagi ia tidak membahayakan mereka," kata Dr. Goh ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

KANAK-KANAK ingin meneroka perkara-perkara baru dalam kehidupan.

Apa yang penting kata Goh, ibu bapa tidak seharusnya membezakan anak mereka dengan orang lain yang mungkin lebih terdahulu dalam segala hal berkaitan perkembangan minda mereka.

Jika hal ini berlaku, ia secara tidak langsung menjejaskan emosi anak-anak dan membuatkan mereka rasa rendah diri. "Ibu bapa harus belajar memahami bagaimana pembesaran anak-anak secara berperingkat.

"Dalam hal ini, setiap ibu bapa perlu banyak bersabar dalam mendidik anak mereka. Pendekatan secara lembut dan berhemah penting dalam proses mendidik anak-anak yang berusia satu hingga lima tahun. Ini kerana pada peringkat inilah mereka belajar daripada pemerhatian terutama apa yang dilakukan oleh ibubapa sendiri."

SEDIAKAN bahan permainan yang boleh dan mampu membantu mereka membina kecerdasan otak.



Apakah langkah paling ideal dalam mendidik anak-anak pada peringkat awal usia? Goh berkata, ibu bapa perlu menyediakan suasana pembelajaran yang sihat untuk anak-anak mereka.

"Sebagai contoh, di rumah ibu bapa boleh mencipta satu ruang untuk anak-anak bermain sambil meneroka sesuatu yang baru dalam kehidupan mereka. Dedahkan mereka untuk menerima pengetahuan dengan menyediakan bahan permainan yang boleh dan mampu membantu mereka membina kecerdasan otak.

Di samping itu, pensyarah dari Kolej Universiti HELP ini menegaskan, antara kesilapan yang sering dilakukan ibu bapa ialah tidak menjawab setiap persoalan yang dilontarkan oleh anak-anak yang masih kecil.

Perkara ini sekali gus akan menyekat perkembangan minda mereka kerana jawapan yang diminta tidak diberikan.

"Pada usia sebegini, anak-anak perlu diberi jawapan pada setiap pertanyaan. Untuk itu, ibu bapa harus menyediakan diri dengan ilmu-ilmu berkaitan dan jangan sesekali mengelak dan menukar topik jika tidak mampu menjawabnya."

Goh menekankan bahawa jika anak-anak melakukan sesuatu kesalahan, ibu bapa mempunyai hak untuk memarahi mereka tetapi dengan cara tersendiri dan bukan menengking atau meninggikan suara.

"Memarahi anak-anak bukan satu kesalahan, sebaliknya salah satu cara untuk mendidik mereka mengenai perkara yang tidak seharusnya dilakukan. Bagaimanapun, menengking bukan jalan penyelesaiannya tetapi kemarahan itu hendaklah disalurkan dengan cara yang betul dan mampu memberi kesan pada si anak," tutur Goh



Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2008 11:51 AM | Show all posts
Originally posted by Aizadora at 26-5-2008 11:29 PM
artikel bagus...lagi satu...saya cukup pantang lihat bapa2 merokok di hadapan anak2 terutama kat tempat awam atau tempat makan. kesian anak2 yang tak berdosa kena hirup asap rokok...



Pernah tengok kat kedai makan, mak bapak hisap rokok depan anak-anak diorang... tak tau la pandangan anak diorang kat mak bapak mcm tu.. agaknya confuse, elok ke tak perbuatan tu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 04:59 PM GMT+8 , Processed in 0.556662 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list