CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1754|Reply: 2

Mencari Artikel Hukum Dosa Pakai Gelang Dll

 Close [Copy link]
Post time 23-5-2008 08:12 PM | Show all posts |Read mode
Bissmilahirahmanirahim....assalamualiakum

saya nak mintak tolong forumer disini...

bagini ceritanya...
di tempat saya berniaga ada sekumpulan remaja yang macam2 gaya dan perangainya
ada yang pakai gelang dan rantai(lelaki)..ada yang tak sembahyang..yang perempuan
pakai baju ketat-ketat(pakai tudung)

saya ingin meminta forumer disini tolong carikan bahan2 dalam internet untuk menyedarkan mereka
saya bercadang nak tampal bahan2 tu(artikel) kat tempat diaorang biar diaorang dapat baca
dan tahu hukum hakam...

saya bimbang jikalau saya biarkan sahaja takit nanti allah turunkan bala ke semua
peniaga disitu

sudah ada yang menegur mereka tapi mereka tak endahkan...mungkin yang menegur mereka tu
kurang ilmu dalam agama

saya tak mempunyai banyak masa untuk cari bahan2 tu
diharapkan ada yang sudi membantu...sekian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2008 08:35 PM | Show all posts
Thursday, December 06, 2007
Lelaki Haram Bergelang Tangan - Dari Hadis Sahih






Kejahilan dan kedangkalan utk tidak mendalami ilmu agama boleh
menyebabkan seseorang itu terikiut-ikut dengan tindakan, penerampilan
cara hidup orang kafir.

Musuh Islam merancang termasuk dalam bidang perubatan agar orang Islam
terjebak untuk menerima cara yang diperkenalkan. Sebagai contoh mereka
menciptakan alat bagi mengurangkan tekanan darah dalam bentuk gelang
tangan, bagi orang Islam yang tipis imannya akan menerimanya sebagai
satu kaedah perubatan terkini.

Hakikatnya banyak cara lain yang boelh di gunakan, tetapi kerana memakai
gelang itu adalah dilarang untuk dipakai oleh lelaki Muslim, maka itulah
cara terbaik diperkenalkan oleh musuh agar Muslim dilaknat oleh Allah
s.w.t.,apabila dilaknat mereka tidak akan menjadi umat yang kuat untuk
menghadapi kemaraan musuh mereka.

Larangan memakai gelang tangan wlpun untuk tujuan kesihatan, telah
ditegaskan oleh Rasullulah s.a.w.:
Hadis Imran bin Hussein r.a., bahawasanya Rasullulah s.a.w. telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan. "Apakah bendanya ini"?Lelaki itu berkata,"Ia adalah gelang perubatan". Rasullulalah bersabda,"Sesungguhnya benda itu tidak memberi apa-apa(faedah wlpun utk tujuan perubatan),buangkan benda itu drp. diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya."

Hadis Sahih yg ke-19,885 Riwayat Imam Ahmad.

Pemakaian gelang pada hari ini, melibatkan ustaz2,pegawai2 kerajaan,
menteri2 bahkan perdana menteri sekali pun...sesungguhnya mereka semua
telah tertipu dengan perancangan musuh yang mahu menghancurkan pegangan
akidah umat Islam.

Di Malaysia trend ini bermula di mana gelang hitam diberikan sebagai
hadiah orang yang baru balik dari Mekah.Sekarang ini dibenarkan oleh
Tabung Haji kepada jemaah haji apabila berada di Tanah Suci supaya
faktor mudah di kenali atau sebarang kes hilang , kemalangan dsb.

Jenis-jenis gelang yang di haramkan bagi lelaki:-
1) Gelang Kayu koka
2) Gelang Kristal
3) Gelang Tasbih
4) Gelang Getah plastik
5) Gelang Besi magnet
6) Gelang Besi Tabung Haji (apabila berada di Malaysia)

Jenis2 gelang yang diharuskan:-
1) Gelang pesakit semasa berada di hospital (di tanda nama pesakit dan
wad)
2) Gelang pesalah/penjenayah (dipakai oleh penjenayah yg telah di
tangkap polis)
3) Gelang kaki bagi pesakit gila/jiwa.

Sekiranya ada yang hendak pakai sangat, maka dia hendaklah berusaha
menjadi salah satu daripada 3 golongan ini.

wallhualam.

Ustaz Zainuddin Hashim


Posted by fireflies at 12:44 PM  
Labels: gelang tangan, hadis, haram, lelaki




http://ilhamusafir.blogspot.com/ ... ng-tangan-dari.html
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2008 09:33 PM | Show all posts
sila sambung di thread berkenaan

http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=324972

[ Last edited by  ibnur at 23-5-2008 09:42 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 04:33 AM GMT+8 , Processed in 0.042543 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list