CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8126|Reply: 13

tahniah usahawan puyuh!

[Copy link]
Post time 29-5-2008 06:51 PM | Show all posts |Read mode
Muzik hilangkan stres puyuh

Oleh HAFIZ ABBAS
[email protected]

Sanggup berhenti kerja yang menjanjikan pendapatan tetap bulanan, kejayaan ternakan burung puyuhnya membuatkan Norhan Mohd. Nor tersenyum puas.



SALAH satu cara paling berkesan adalah dengan memasang lagu berirama rock, pop, nasyid dan kontemporari di dalam reban untuk mengurangkan stres burung puyuh.

--------------------------------------------------------------------------------


MENGUBAH haluan pekerjaan bukanlah suatu perkara mudah untuk dilakukan. Apatah lagi, jika pekerjaan sebelum ini menjanjikan pendapatan tetap bagi menampung kehidupan seharian keluarga.

Semestinya, pelbagai aspek harus diberi pertimbangan dan diambil kira dengan teliti sebelum membuat keputusan besar yang bakal menentukan nasib dan masa depan keluarga.

Namun, bagi usahawan bumiputera, Norhan Mohd Nor, 32, beliau tidak pernah menyesal untuk menceburi bidang yang dianggapnya memiliki prospek untuk terus berkembang sekali gus menampung pasaran tempatan yang sentiasa mendapat sambutan hangat.

"Saya berhenti daripada kerjaya bidang perhotelan dan pengangkutan yang telah diceburi selama hampir 14 tahun. Kemudian, saya mengikuti kursus yang dijalankan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan, (JPH) Negeri Pahang.

"Selepas menimba ilmu, saya memulakan ternakan burung puyuh pada tahun 2004 di tanah milik bapa secara kecil-kecilan dengan mengeluarkan kira-kira 6,500 ekor puyuh sebulan.

"Sekali mencuba, saya tidak akan berpatah ke belakang. Kecekalan dan keazaman menjadi tonggak utama buat saya untuk terus berusaha dan syukur, setakat ini segalanya berjalan lancar," katanya ketika ditemui Kosmo!, baru-baru ini.

Ditanya mengenai modal yang dikeluarkan, beliau mengakui terpaksa mengeluarkan belanja besar iaitu hampir RM60,000 bagi menyediakan pelbagai kemudahan buat puyuh peliharaannya.

Antara aset yang perlu disediakan ialah rumah tetasan, dua reban puyuh, peti ais besar dan mesin memproses daging.

Meskipun puyuh diternak di dalam reban yang dipenuhi habuk kayu atau cebisan surat khabar lama, tahap kebersihan di persekitarannya masih diutamakan.

"Setiap kali pusingan, saya akan masukkan sebanyak 15 hingga 16 ribu ekor anak puyuh yang dibeli dengan harga RM0.45 seekor dari Institut Kemajuan Ternakan Ayam (IKTA), Johor.

"Rutin penjagaan bermula seawal pagi di mana saya akan memberi makan dedak kepada burung puyuh ini, seterusnya pada waktu tengahari dan petang.

"Reban juga akan diperiksa bagi memastikan soal kebersihan dijaga rapi dan jika terjumpa bangkai puyuh yang mati, ia harus dibuang dengan segera bagi mengelakkan penyakit," katanya.

Beliau berkata, setelah cukup tempoh penjagaan selama 22 hari hingga 35 hari, burung puyuh yang dibela sudah boleh diproses untuk dijual secara borong mahupun runcit kepada pemilik restoran di sekitar Kuantan, Pahang.

"Harga pasaran bagi sekilogram daging puyuh di pasaran ketika ini agak baik iaitu antara RM14 hingga RM17 sekilogram, bergantung kepada saiz burung puyuh.

"Biasanya, saya menjual daging puyuh dengan harga RM14 bagi lima ekor, RM15 untuk enam ekor dan RM16 bagi lapan ekor," jelasnya yang kini mampu menjual baka dan telur puyuh jika mendapat permintaan daripada orang ramai.

Dengan keupayaan mengeluarkan 22,000 kilogram daging puyuh sebulan, Norhan mampu tersenyum dengan hasil lumayan yang diperoleh daripada penjualan puyuh yang diusahakannya.

Berbeza dengan reban ternakan lain, jangan hairan jika anda terdengar irama muzik rock, hip-hop dan nasyid berkumandang ketika pertama kali melawat reban puyuh milik Norhan di Pusat Ternak Sinar Jaya Puyuh di Kampung Permatang Badak dekat Kuantan, Pahang.

Bagi Norhan, kaedah yang digunakan adalah untuk mengurangkan tekanan atau stres yang dihadapi oleh anak puyuh peliharaannya yang baru dimasukkan ke dalam reban.

"Puyuh ketika masih kecil amat sensitif dengan bunyi bising di sekitarnya di mana pembesarannya boleh terencat atau mati kerana terlalu tertekan.

"Sebab itu, kebanyakan penternak menjalankan perusahaan kira-kira lima kilometer dari kawasan penempatan atau aktiviti manusia bagi mengelakkan tekanan kepada burung puyuh mereka," katanya.



BURUNG puyuh ketika masih kecil amat sensitif dengan bunyi bising di sekitarnya di mana pembesarannya boleh terencat atau mati kerana terlalu tertekan.

--------------------------------------------------------------------------------



Tambah Norhan, beliau tidak mempunyai pilihan kerana kawasan ternakannya agak hampir dengan lapangan terbang Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan.

"Setiap hari, pasti kedengaran bunyi deruman enjin pesawat yang melintasi ruang udara di kawasan ini.

"Jadi, salah satu cara paling berkesan adalah dengan memasang lagu berirama rock, pop, nasyid dan kontemporari," katanya.

Berdasarkan pengalamannya sebelum ini, Norhan berkata, ternakan puyuh miliknya pernah mati mencecah ratusan ekor akibat tidak tahan dengan tekanan yang dihadapi berikutan pencemaran bunyi dari landasan terbang itu.

"Saya pada mulanya hairan kenapa burung puyuh saya mati dengan mengejut dalam jumlah yang banyak.

"Setelah mengkaji dan merujuk kepada Jabatan Haiwan, saya mendapat penyelesaian ini dan sehingga kini, ia terbukti mampu mengurangkan kadar kematian kepada satu peratus," katanya.

Untuk memastikan puyuh kekal ceria dan sihat, Norhan turut mengamalkan beberapa kaedah termasuk bermain-main dengan ternakannya apabila terdapat waktu senggang ketika memberi makan.

"Mereka (puyuh) seperti anak kecil yang memerlukan belaian dan kasih sayang setiap masa.

"Apabila haiwan ini terkena penyakit seperti lelah, saya akan menyediakan ramuan ubatan dan sup, pendek kata, saya menjaga mereka tak ubah macam anak sendiri," ujarnya.

sape2 minat nak jd tauke puyuh......jadikan kejayaan usahawan Melayu ini sebagai panduan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2008 11:38 AM | Show all posts
Bos...

Saya sangat berminat untuk cuba menceburi bidang penternakan burung puyuh ni.

Disini saya ingin mendapatkan beberapa info ttg perkara berkenaan.

1: Pertama sekali, berapa modal perlu saya adakan untuk persediaan keseluruhan 2,000 ekor puyuh?

Tu je buat kali ni.

Tq.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2008 09:51 AM | Show all posts

PEMBEKAL BURUNG PUYUH DAGING & PENELUR

PEMBEKAL BURUNG PUYUH DAGING & PENELUR
893
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2008 07:01 AM | Show all posts
Terengganu?

Jauh sangat le Bos... khikhikhik

Ada x pembekal dr kawasan damansara/kl?

Untuk sangkar brukuran 2 x 4, brapa ekor puyuh (berumur 2mggu kebawah) boleh letak?

Sila beri tunjuk ajau, tqtqtq
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2008 05:11 PM | Show all posts

INFO TERBARU.

Perkhidmatan membuat SANGKAR BURUNG PUYUH.

Anda mencari penjual SANGKAR BURUNG PUYUH?

Ingin membeli SANGKAR BURUNG PUYUH?

Sukar mendapatkan SANGKAR BURUNG PUYUH?

Di KL ada tukang membuat SANGKAR BURUNG PUYUH.

Sila PM saya utk mendapatkan pembekal SANGKAR BURUNG PUYUH tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2008 08:07 PM | Show all posts
aku nak makan puyuh goreng nih... kat mana ye...?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-6-2008 12:50 PM | Show all posts
Originally posted by sinar_inspirasi at 27-6-2008 08:07 PM
aku nak makan puyuh goreng nih... kat mana ye...?


Cuba cari kat kedai mamak, ada le kot...

Bos ternak PUYUH ke?
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2008 01:09 PM | Show all posts
tak ternak.... tak pandai...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2008 02:56 PM | Show all posts
masa budak dulu pernah bela puyuh
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2008 12:17 AM | Show all posts
Salam,

Bela x pernah..tapi pernah pukang puyuh dgn selipar..ni puyuh ori bang (liar lagi )..pas tu sembelih dgn pisau lipat rega seposen ..panggang on the sport..fulamak sedap woi..
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2008 06:01 AM | Show all posts
Originally posted by akuletwo at 29-6-2008 12:17 AM
Salam,

Bela x pernah..tapi pernah pukang puyuh dgn selipar..ni puyuh ori bang (liar lagi )..pas tu sembelih dgn pisau lipat rega seposen ..panggang on the sport..fulamak sedap woi..


Khikhikihk...

TRAGEDI OKTOBER!!! TRAGEDI OKTOBER!!!

Dulu masa aku zaman bebudak pun suka tangkap puyuh liar, memalam kluar gi padang bola terbiar depan umah berbekalkan dayung (cebok), jalan2 palan2, terintip2, jumpa je... terus serkup ngan dayung... khikhikhik

Best tu...

Tp... Yang peliknya... Puyuh ni mcm biol sikit memalam, dia buat slamber je dok lepak walaupun kita dah hampir 2kaki dr dia... tp malam je le, klau siang... jgn arap le...
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2008 06:14 AM | Show all posts
puyuh liar mcmana plak..s etahu aku org ternak jee.. tak penah jumpa pun yg liar nih... huhuhu...

tapi kalau ayam hutan tu penah lah tangkap.. sembelih.. putus kepala.. pastu bakar pakat makan ramai2...huhuhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2008 06:02 PM | Show all posts
Originally posted by sinar_inspirasi at 29-6-2008 06:14 AM
puyuh liar mcmana plak..s etahu aku org ternak jee.. tak penah jumpa pun yg liar nih... huhuhu...

tapi kalau ayam hutan tu penah lah tangkap.. sembelih.. putus kepala.. pastu bakar pakat maka ...


Klau nak tengok puyuh liar kene le slalu masuk ladang sawit ke, ladang getah ke atau nak best lagi masuk utan.

Puyuh ni mmg susah kita nak jumpa, sbb dia x suka berkeliaran, dia idup berkelompok.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2013 02:58 AM | Show all posts
Salam ...
mencari pembekal anak puyuh penelur sekitar selangor sebanyak 1000 ekor
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 01:20 PM GMT+8 , Processed in 0.432106 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list