TINDAKAN personaliti media sosial Vadel Badjideh membuka aib teman wanitanya yang juga merupakan anak kepada selebriti Nikita Mirzani mengundang kecaman netizen.
Ini selepas Vadel Badjideh, 19, mendedahkan bahawa teman wanitanya iaitu Laura atau lebih mesra disapa Lolly tidak lagi dara sebelum bersamanya.
"Ada beberapa perkara Lolly beritahu saya. Pertama, Lolly beritahu dia sudah tiada dara.
"Sebenarnya ia adalah peribadi, sayang sekali Lolly membuka privasinya," katanya.
Badjideh berkongsi perkara itu ketika ditemui di Polres Metro, Jakarta pada Jumaat lalu.
Dalam pada itu, perkara yang didedahkan Badjideh mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.
ARTIKEL BERKAITAN: Vadel Badjideh seronok datang Malaysia, tenang berdepan kontroversi keluarga Nikita Mirzani https://forum.strapi.io/t/viral-sex-juliana-duque-filtrado-donde-video-original-enlace-de-video-completo/49672 ARTIKEL BERKAITAN: Kekasih anak Nikita Mirzani ungkit pengorbanan jaga Lolly... “Saya selalu lihat keadaan dia, awak di mana?”
Rata-ratanya meluahkan rasa berang terhadap tindakan Badjideh serta meminta Laura untuk menjauhinya.
"Lolly perlu lihat ini. Lelaki seperti ini suka mendedahkan privasi dan tidak layak menjadi pasangan.
"Inilah ciri-ciri lelaki yang tidak bermaruah.
"Ibu mana yang sanggup kahwinkan anaknya dengan lelaki seperti ini?" komen netizen.
|