CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14525|Reply: 16

pemenggal kepala di sepanjang sg lemanak, sarawak

[Copy link]
Post time 8-6-2008 06:12 AM | Show all posts |Read mode
Simpan tengkorak abang
Jika dahulu mereka pernah digeruni suku-suku dan puak di Borneo, kini kehidupan mereka hanyalah seperti masyarakat kampung lain dan mesra menyambut kedatangan tetamu.


SEPERTI ramai penghuni rumah panjang di sepanjang
Sungai Lemanak, Surin (kanan) mesra menyambut
kedatangan orang luar.


MENYUSURI Sungai Lemanak dengan perahu sudah memberi imbasan yang cukup tentang jantung yang pernah berdegup kencang suatu ketika dahulu di lokasi yang sama. Lebih-lebih lagi semua itu dirasai apabila perasaan tegang, gentar dan waspada didesak menjadi satu.

Berbagai-bagai gambaran kematian bermain di kepala - ditusuk tombak, dipanah, atau diserang dengan belati secara berdepan. Ia diakhiri dengan mangsa disembelih atau ditetak pada tengkuk mereka hingga bercerai kepala dari tubuh.


RUMAH Panjang Nanga Kesit ini menjadi tempat tinggal untuk 24 buah keluarga.

Ya, perkara sedahsyat itu pernah dialami generasi lelaki di banyak petempatan terpencil di sepanjang Sungai Lemanak. Mereka yang suatu ketika dahulu setia pada ritual yang satu ini - memenggal kepala!

Mendengar khabar tentang pahlawan pemenggal kepala sahaja sudah boleh membuatkan sesiapa menggeletar lutut.
Namun, oleh kerana penceritaan kisah itu jugalah perjalanan ke kawasan pedalaman Lubuk Antu, Sarawak ini dibuat. Ia dipacu semangat ingin tahu kumpulan jurufoto Candid Syndrome yang diketuai oleh Saiful Nang.

Diiringi kerjasama pemandu pelancong Borneo Explorations, Roslan Rosli, kunjungan ke Rumah Panjang Nanga Kesit adalah untuk mendekati komuniti yang suatu ketika dahulu mendabik dada dengan kehebatan pahlawan yang dibesarkan di situ.


BIARPUN menyimpan sejarah keturunan pemenggal
kepala yang digeruni, komuniti Iban kini dikenali sebagai
kaum yang mesra dalam memberi layanan terhadap
tetamu rumah panjang.

Biarpun disambut dengan kerancakan tarian Ngajat dan tuak manis, kebanyakan tetamu lebih teruja untuk mengetahui cerita gugus tengkorak yang dilihat bergantungan di ruai rumah panjang itu.

Umpama trofi yang dimenangi dalam sebuah perlawanan, ia seolah-olah mengangkat darjat kaum keluarga yang berteduh di bawah satu bumbung.

Peserta lawatan dipertemukan dengan figura penting di rumah panjang tersebut. Surin yang senang dipanggil apai (pak cik) berketinggian sederhana dengan tubuh yang masih sihat.

Di sebalik kedut wajah dan kompilasi tatu pahlawan yang mencorakkan kulit tubuhnya, ramai menyedari betapa lelaki Iban ini menyimpan banyak kisah hidup.

"Surin mungkin boleh mengingati banyak perkara, tetapi tidak usianya. Dalam congakan kami, Surin mungkin sudah mencapai usia 92 tahun," kata Roslan yang mengulas dakwaan Surin yang mengatakan usianya dalam lingkungan 70-an.


JUALAN hasil kraf hutan, pertanian dan penternakan
adalah antara cabang ekonomi sara diri di rumah panjang.

Surin merupakan antara legenda yang masih hidup untuk bercerita kepada generasi baru tentang kegemilangan pemenggal kepala dahulukala.

Malah beliau mendakwa telah memenggal lima kepala sepanjang hayatnya sebelum ritual itu diharamkan semasa penubuhan Malaya di bawah pemerintahan Brooke.

"Ada pahlawan yang pulang dengan perahu panjang ini dengan membawa kepala musuhnya.

"Ada juga yang pulang dengan tubuh badan yang cedera, lebam, berdarah dan sebagainya - tetapi turut membawa kepala musuh yang sudah dipenggal," ujar Surin dalam campuran bahasa Melayu dan Iban kepada tetamu yang tekun mendengar.


MENYUSURI sungai untuk ke tempat tertentu dengan
perahu panjang merupakan kaedah pengangkutan turun-temurun.

Lelaki yang pernah berkhidmat dengan Sarawak Rangers sekitar tahun 50-an ini menyambung: "Jika perahu ini tidak kembali dalam tempoh tertentu selepas meninggalkan kampung, kami sudah tahu bahawa pahlawan mereka itu tidak akan kembali."

Korban juga tidak kenal darah daging sendiri. Begitulah yang boleh disimpulkan ketika rahsia silam Surin 'dibocorkan' kepada tetamu yang hadir.



Antara beberapa tengkorak yang tergantung dalam rumah panjang itu adalah milik abang Surin sendiri!

Surin memenggal kepala abangnya itu di depan keluarga mereka. Tindakan itu dilakukan setelah mengetahui bahawa abangnya itu menjadi tali barut yang sering menyampaikan maklumat untuk pihak Jepun dan British.

Banyak analisis menarik tentang amalan memenggal kepala ini. Selain aspek ritual, ia turut didorong ketaksuban mengawal kawasan kediaman daripada diceroboh. Ia juga boleh terjadi kerana perbalahan antara penduduk kampung atau sekadar berebut status pahlawan terhebat suatu ketika dahulu.

Surin dan teman-teman seusia dengannya kini sudah tidak lagi bercita-cita seperti itu sejak ritual itu lenyap bersama gelombang masa dan arus undang-undang.

Namun, dalam melayar sisa hayat di Nanga Kesit, apai-apai ini mungkin sekali-sekala teringat akan tenaga dan 'lesen' istimewa itu sewaktu mereka semuda umur 20-an dulu.

Sebagaimana tradisi yang berubah, begitu juga dengan kehidupan di Rumah Panjang Nanga Kesit. Rumah itu kini sudah dilengkapi bekalan elektrik dan dapur gas. Jangan terkejut jika diberitahu bahawa akses jalur lebar boleh ditemukan di kediaman Tuai Rumah.

Turut difahamkan, bagi tetamu yang hendak menyediakan makanan halal, mereka perlu membawa ayam atau daging untuk dimasak sendiri. Nasi pun tidak lagi ditanak dalam batang buluh.

"Rumah ini terus berjasa kerana memberi perlindungan untuk generasi keempat. Ia menempatkan 24 buah keluarga, tidak termasuk 17 buah keluarga lagi yang tinggal dalam rumah binaan konkrit berdekatan dengan rumah panjang tersebut," terang Roslan.

Lebih menarik, lokasi Nanga Kesit adalah hampir dengan sempadan Kalimantan. Anak-anak di sini lebih fasih berbahasa Indonesia dan juga menyanyikan lagu-lagu popular dari Indonesia. Kemudahan asas komuniti seperti sekolah, klinik dan kedai sudah boleh ditemukan melalui rangkaian jalan perhubungan yang dibangunkan kerajaan dari semasa ke semasa.

"Kehidupan waris pahlawan pemenggal kepala sekarang adalah seperti masyarakat etnik lain.

"Mana yang masih tinggal di rumah panjang, mereka menguruskan ekonomi sara diri dengan bercucuk tanam, menternak haiwan dan menjual hasil hutan," ulas Joni, seorang bapa dalam salah sebuah keluarga di rumah itu.

Menurutnya, ada yang berhijrah ke pekan dan bandar untuk mendapatkan kerja dan memulakan hidup yang baru. Pendedahan dan perkahwinan campur juga telah membuka jalan kepada budaya dan anutan agama baru.

"Ramai anak-anak kami yang sudah berjaya. Mereka bersekolah hingga ke universiti dan kini berkhidmat untuk masyarakat dan negara," tambahnya.

Masa depan generasi etnik istimewa ini kini terletak dalam tangan anak-anak mereka yang sudah didedahkan dengan kemajuan dan pendidikan.

Biarpun ritual memenggal kepala hanya sebahagian daripada sejarah dan sudah lebih 50 tahun lenyap daripada menjadi kelaziman di bumi mereka, jangan sesekali ada yang ingin mencabar kewibawaan dan semangat waris pahlawan unggul ini!


   
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2008 10:27 AM | Show all posts
best ker potong kapra ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2008 05:13 PM | Show all posts
Gerun bila baca part potong kepala abg dia....     mmg berani mati tol...
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2008 05:26 PM | Show all posts
Zaman moden masih ada cerita potong-potong nih, tapi kisah isteri sakit jiwa yang potong k*nek suaminya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2008 05:41 PM | Show all posts
Originally posted by WonBin at 8-6-2008 05:26 PM
Zaman moden masih ada cerita potong-potong nih, tapi kisah isteri sakit jiwa yang potong k*nek suaminya



LMFAO.. lawak lak...  tapi  ye lorrr   kalu ko cakap nak pasang sorang lagi... samada kottey ko kena potong pastu dibuang kat longkang (tu tak apa lagi  boley terai sambung -  tapi kalu bagi kat anjeng makan   - haru ler)  atau  muka kena simbah acid!!  ganazzz pompuan sekarang...


zaman dulu  laki yg penggal kepala..... ... zaman sekarang  pompuan yg penggal 'kepala'...  
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2008 06:03 PM | Show all posts
kat Borneo sahaja kan ada potong kepala nih? Mereka ni tidak sama dengan orang melayu di Nusantara sebab mereka ni asalnya datang daripada Tanah besar China. Mereka pakai pedang panjang, orang Melayu pakai Keris. Sebab pakai pedang inilah timbul perangan suka potong kepala orang.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-6-2008 06:06 PM | Show all posts
Originally posted by WonBin at 8-6-2008 06:03 PM
kat Borneo sahaja kan ada potong kepala nih? Mereka ni tidak sama dengan orang melayu di Nusantara sebab mereka ni asalnya datang daripada Tanah besar China. Mereka pakai pedang panjang, orang Me ...



Orang Melayu Memang ada Pedang Panjang lah......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2008 06:11 PM | Show all posts
Originally posted by WonBin at 8-6-2008 06:03 PM
kat Borneo sahaja kan ada potong kepala nih? Mereka ni tidak sama dengan orang melayu di Nusantara sebab mereka ni asalnya datang daripada Tanah besar China. Mereka pakai pedang panjang, orang Me ...


ek... yg kat kuala selangor tu pun potong kepala gak, kan???  kat bukit melawati tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2008 10:01 PM | Show all posts

Reply #1 amazed's post

Masa kecik-kecik dulu, biasa sangat dengan tengkorak-tengkorak ini..selamba siot je diletak di tiang.. ..Paling bes sebilah parang ilang dimana ulunya dihias ngan rambut manusia..wei..panjang eh.....

Tapi sekarang ini, jarang dah tengok....
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2008 02:50 PM | Show all posts
org2 native sarawak ni memang banyak cerita yg menarik.. kalau pergi kampung budaya sarawak kat santubong tu , byk info yg boleh kita dapat.. lagi satu org iban kat swk ni mmg berani sampai skang ni...
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2008 03:14 PM | Show all posts
Originally posted by amazed at 8-6-2008 06:11 PM


ek... yg kat kuala selangor tu pun potong kepala gak, kan???  kat bukit melawati tu?



Itu Pancung.........
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2008 04:01 PM | Show all posts
Originally posted by WonBin at 8-6-2008 06:03 PM
kat Borneo sahaja kan ada potong kepala nih? Mereka ni tidak sama dengan orang melayu di Nusantara sebab mereka ni asalnya datang daripada Tanah besar China. Mereka pakai pedang panjang, orang Me ...


huhuhu.. kat Borneo pun, bukannya org melayu yg memenggal kepala..(merujuk pada ayat "mereka ni tidak sama dengan orang melayu di Nusantara"
yg terkenal sangat dgn penggal kepala ni Puak Iban dan Dayak jer..

mcm kat Brunei ni, sama la juga mcm kat Swak sana.. selain 2 puak tersebut, Puak Belait (salah 1 suku kat brunei ni) jua dikenali sbgi pemenggal kepala.. tp tu duluuuuuuu.. lama sebelum mereka memeluk Islam.. skarang ni rasanya 100% puak Belait sudah beragama Islam dan budaya memenggal kepala bagi Puak Belait hanya tinggal ristaan sejarah mereka.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-6-2008 07:37 PM | Show all posts
Originally posted by HangPC2 at 9-6-2008 03:14 PM



Itu Pancung.........


pancung ngan penggal tu tarak sama ke?? kerat kepala  gak kan?    ngeri lak aku... pancung pun putuih kepala... penggal pun putuih kepala... hang!!    ko leh eksplen kat aku  bezanye .. aku tak pasti ler pulok!!   
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2008 11:50 AM | Show all posts
pancung tu kiranya hukuman berat dari soltan dulu2...

tp penggal kepala ni they juz buat pada musuh2 jer. utk membuktikan depa tu lebih hebat dari puak musuh..
mangsa tak kisah la sapa, budak kecik ker.. pompuan ker laki ker.. janji depa tu kaum keluarga musuh..
err betol ke ni..
sbb kat brunei ni, pemenggal kepala ni dikenali dgn Pengait.. ie Pengait kepala..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2008 01:10 PM | Show all posts
Originally posted by reddots at 11-6-2008 11:50 AM
pancung tu kiranya hukuman berat dari soltan dulu2...

tp penggal kepala ni they juz buat pada musuh2 jer. utk membuktikan depa tu lebih hebat dari puak musuh..
mangsa tak kisah la sapa, budak ...



ohhh baru aku paham sikit... tapi  still kepala pisah dari badan ler  ek..     dua2 aku seram     
Pengait kepala?? silap baca jadi pengait kelapa...  mmg ada org kerja  pengait kelapa  ek..
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2008 02:35 PM | Show all posts
mmg la , dulu pengait kepala tu pun kerja gak..

kiranya sama la gak teknik depa tu, kait kepala mcm kait kelapa kot

tp dulu2..tahun 80an dulu.. msa red kecik2 lagi.. klu main2 waktu tengahari, kluar la perkataan pengait kepala ni.. tah betul tah tak, mayb my mom saja nak takutkan kitaorg, tp mmg takut ooo.. sure kita adik badik tak brani nak kuar rumah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2008 01:22 PM | Show all posts
yg aku tao.. kaum iban.. nih
sapa2 yg dah pernah bunuh /penggal kepala musuh.. baru boleh bertatoo kat bawah dagu.. dekat keher.. mcm gambo pakcik surin tuh..

tattoo kat bwh dagu tuh khusus utk org yg dah membunuh musuh ..
kira cam hero depa la tuh...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 07:34 PM GMT+8 , Processed in 0.138211 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list