View: 13452|Reply: 25
|
Meningkatkan Daya Ingatan dan Otak
[Copy link]
|
|
Meningkatkan Daya Ingatan dan Otak
Otak kita sentiasa perlu diaktifkan untuk meningkatkan dan memanjangkan keupayaannya. Otak yang sentiasa aktif akan menajamkan daya ingatan agar tidak dimakan usia.
Tidak semua aktiviti yang kita lakukan akan mengaktifkan semua bahagian otak. Sebagai contoh menonton TV hanya melibatkan bahagian kecil otak sahaja yang berfikir. Jika kita mahu otak berfikir secara keseluruhan, aktiviti-aktiviti berikut boleh membuat otak berfikir secara keseluruhan menggunakan semua bahagiannya.
Membaca menambah ilmu. Ia juga turut mengaktifkan otot untuk berfikir secara keseluruhan. Membaca dengan kuat dengan mulut menyebut satu-satu perkataan kedengaran di telinga sendiri lagi menambah aktiviti otak. Ianya merupakan aktiviti yang melibatkan banyak organ dan deria. Antaranya mulut yang bercakap, mulut yang mendengar dan otak yang berusaha untuk membaca. Aktiviti otak akan lagi bertambah apabila bacaan mulut dilakukan dengan lebih laju lagi.
Aktiviti menulis turut dikatakan boleh meningkatkan aktiviti otak secara menyeluruh. Adalah dicadang, sambil menulis, baca semula apa yang ditulis secara kuat agar didengar oleh telinga.
Aktiviti-aktiviti kiraan metamatik mudah dapat meningkatkan aktiviti otak.
cara yang paling berkesan menurut dr adalah melalui latihan matematik mudah yang dibuat secara cepat. Sebagai contoh latihan matematik
1 darab 8
6 campur 4
6 bahagi 3
4 tolak 2
ia nampak mudah namun begitu menurut kajian latihan mudah matematik meningkatkan lagi aktiviti otak. Lagi cepat latihan dibuat lagi meningkat aktiviti otak.
Untuk mendapatkan lagi latihan-latihan matematik mudah, dicadangkan penggunaan buku matematik PMR atau buku latihan matemaik darjah 5 dan 6. Ia mungkin latihan mudah bagi kita tapi ia adalah senaman otak agar otak terus terasangan dan berfungsi sehingga hari tua.
latihan mudah matematik adalah umpama senaman jalan perlahan di taman dilakukan selama 1 jam 3 kali seminggu. Walaupun perlahan ia merupa senaman yang terbaik untuk sepanjang hayat. Begitu juga otak ia perlukan senaman otak yang melibatkan semua bahagian otak untuk terus mengekalkan fungsinya.
latihan mematik mudah, membaca dengan mulut adalah baik dilakukan pada waktu pagi. Waktu pagi otak masih segar dan berfungsi paling aktif.
jumlah soalan matematik adalah sebaiknya 100 soalan setiap kali latihan. Dicadangkan kertas latihan dibuat salinan sewaktu masih kosong. Latihan matematik otak ini perlu dijalankan berulang kali dengan soalan yang sama. Setiap latihan perlu diambil masa dan berapa jumlah jawapan yang betul.
Kita boleh lakukan ia dengan berselang hari. Hari lain buatlah latihan secara membaca dengan mulut.
Latihan sebegini mengambil masa. Perubahan sepatutnya dirasa selepas 60 hari. Perubahan dinilai dengan jumlah jawapan betul yang meningkat pada masa yang semakin cepat.
Satu lagi latihan matematik yang boleh dilakukan adalah sewaktu memandu kenderaan. Cuba lihat nombor kenderaan disekeliling dan campur ia untuk mendapatkan jumlahnya. Atau pada satu masa lain cuba tolakkan pula untuk mendapatkan jumlah walaupun negatif. Disamping
menghilangkan kebosanan sewaktu memandu ia merupakan latihan mengaktifkan otak.
Sudoku
http://en.wikipedia.org/wiki/Sudoku
Sudoku adalah permainan penyelesaian susunan nombor yang dikatakan dapat meningkatkan keaktifan otak. Otak adalah lebih aktif apabila penyelesaian melibatkan lebih banyak anggota badan dan deria. Belilah buku Sudoku yang banyak dipasaran. Cara ini adalah lebih baik daripada
menggunakan permainan sama dalam komputer.
Membaca menambah ilmu. Bukan ilmu sahaja malah otak menjadi aktif dan boleh terus kekal ketajaman sehingga hari tua. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
cuba korang main benda nie.....
[ Last edited by my-alja at 23-6-2008 11:44 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 nania's post
Best info tuh.
Betul tak kalau saya cakap latihan soduko & maths tu bantu training otak kiri spy aktif? Rasional: math & sudoku libatkan logik yg mana t/jwb otak kiri.
Any idea camner nak aktifkan otak kanan? Sorang forumner pernah bagi idea iiatu praktis tulih tangan kiri utk aktifkan otak kanan. Any other idea?
Pernah tak dengar orang cakap-jika kita rajin baca Quran bantu elakkan nyanyuk? Tapi tak sure s/ada ada dalil yg sahkan statement nih. Jika ada dalil, maknanya dgn baca al-Quran dah cukup utk kita aktifkan otak. SubhanaAllah.
Banyak citer jad dengar budak tahfiz, yg amik exam macam SPM ker UPSR ker PMR ker senang nak berjaya walaupun hanyya belajar akademik 1 tahun jer. Munkin sbb dia selalu baca Quran, maka aktifkan otak dia spy mudah faham.
[ Last edited by jadree00 at 23-6-2008 01:51 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by jadree00 at 23-6-2008 01:44 PM
Pernah tak dengar orang cakap-jika kita rajin baca Quran bantu elakkannyanyuk? Tapi tak sure s/ada ada dalil yg sahkan statement nih. Jikaada dalil, maknanya dgn baca al-Quran dah cukup utk kita aktifkan otak.SubhanaAllah.
pernah dengar pasal nih... orang kata, kalau rajin mengaji atau berzikir akan membantu melancarkan sistem pernafasan sbb lafaz2 zikir tu & ayat2/kalimah yg ada hukum tajwid (cth macam qalqalah) memang leh beri kesan terhadap pernafasan, kerongkong, tekak & paru2... (ada saintis2 dari barat yg pernah buat kajian pasal nih, katanya lafaz nama ALLAH sendiri akan beri kesan positif terhadap sistem pernafasan & organ2 yg berkaitan dengannya) so kalau sistem pernafasan lancar, of cos akan affect kat jantung... apa lagi kalau kita mengaji atau berzikir dalam keadaan yg tenang & aman, of cos gak lagi degupan jantung akan jadi tenang & stabil, kan? dan bila sistem pernafasan lancar & jantung pun okey, of cos akan affect pulak sistem peredaran darah... dan sistem peredaran darah bagus, camne lak kesannya pada otak? cuba tanya doktor2 atau ahli2 fikir kat sini perkaitan antara sistem peredaran darah yg superb dgn otak... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by jadree00 at 23-6-2008 02:21 PM
Boleh beli kat mana erk?
i rasa kat sunway pyramid ada satu...
penang kat queensbay mall
yg warna biru utk left-side brain
yg warma kuning utk right side...
ada bykkkk pilihan...
satu dlm rm80 |
|
|
|
|
|
|
|
Mens sana in corpore sano..healthy mind in healthy body...otak yang sihat datang dari badan yang cergas.. so :
1. bersenam supaya blood c"lation lancar dan bawa banyak oksigen ke otak
2.Make urself happy... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
i tot they say kalau nak ingatkan something always think about it or read about it banyak2 kali before tido, and best time to re-read stuffs to tingkatkan daya ingatan would be pagi2 buto before subuh praying time tu? Well i know it worked on me always... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 my-alja's post
mnarik la....kat sunway ader ekh...
aper ek nma kdai nyer..tau ke.. |
|
|
|
|
|
|
|
read a lot lah..read anything u like so u tak bosan, once u pick habit membaca then u akan baca apa saja
then u kene blaja analyse, kaji apa tersirat, mesej2 mahu di beritahu misal u tenguk wayang tu aaa u kaji mesej director tu, u dengor lagu, u kaji mesej lirik penulis lagu tu etc. blajo to love all these activities..
have the interest of a child but mind of a pendita |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
one of the ways to improve your brain qualities is to memorise Quranic verses. It helps to increase the number of neurons in the brain. |
|
|
|
|
|
|
|
Bg muslim sudah ada cara disediakan untuk mejaga otak.
Solat yg khusyuk dan fokus itu caranya. Khusyuk melatih otak (frontal lobe) untuk lebih fokus pada sesuatu dalam kehidupan seharian, jadi bila belajar lebih mudah ingat, bila ada masaalah lebih mudah mencari penyelesaian ikut logik, mengambil kira semua kebarangkalian, ambil kira kesan pada orang lain dan kesan pada jangka panjang, penyelesaian bukan ikut rasa dan ikut nafsu.
Penjelasan lebih mendalam disini.
http://syurgadidunia.blogspot.com/search/label/Solat |
|
|
|
|
|
|
|
the reality of knowledge
Imam Syafie pernah pada satu ketika menemui gurunya Waqi' (not sure of da spelling) mengadu bahawa ingatan beliau lemah. Kata gurunya:
"Ilmu adalah cahaya. Dan cahaya Allah tidak akan turun ke atas pelaku maksiat".
So tipsnya, tinggalkan maksiat |
|
|
|
|
|
|
|
Betul tu. Aku rase maksiat ni lah punce otak kite lembab. Hati gelap, cahaya susah nak penetrate, kene suci... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #15 mfharun's post
huhu....meh la kite berzikir, sucikan hati dan memohon keampunan-Nya senantiasa..... |
|
|
|
|
|
|
|
Kerana manusia pelupa, maka manusia perlu sentiasa diingatkan dan kerana manusia lalai maka manusia kena sentiasa disedarkan. Namun berapa ramaikah manusia yang mahu memberi peringatan dan kesedaran juga berapa ramaikah yang mahu diingatkan dan disedarkan? |
|
|
|
|
|
|
|
macamana nak training otak kanan?? |
|
|
|
|
|
|
|
tq for the info...berguna spy otak haku tak lembam... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|