CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2165|Reply: 14

nak tanya pendapat yg lebih arif tentang qadar sembahyang

[Copy link]
Post time 11-7-2008 04:48 PM | Show all posts |Read mode
assalamualaikum..
mek nak tanya pasal boleh ke kita qadar solat zuhur ke asar dgn alasan merasa diri tidak bersih atau suci, ini dijadikan amalan harian...dah dipertemukan 2 orang yang mengamalkannya...
sbb setahu mek tidak boleh...mek nak kan kepastian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2008 05:00 PM | Show all posts
hukum bersih tu kena lihat dari sudut syarak
kadang kala ada yang kata kalau kena lumpurpun dah tak bersih jadi tak boleh nak solat
sebenarnya nak solet ni senang jer
bagi yang merasakan ianya senang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2008 05:08 PM | Show all posts
tulah..dia kata tak bersih sbb masuk tandas kat tempat keja, jadi solat mesti wat kat umah..kalu cara mcm ni boleh, mek rasa ramai yg akan buat skali gus sbb jimat masa..tapi dlm hati mek tetap ckp tak boleh, sbb ader kemudahan ..surau ada, kalu rasa tak suci bawak pakaian lain utk solat..
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2008 02:17 PM | Show all posts
Hmm... mudah sangat kalau sampai nak qada hanya sekadar ragu-ragu dengan tahap kesucian diri... diterima atau tidak itu hak Allah, tanggungjawab kita adalah mengerjakannya...

Cuma sukar untuk kita nak cakap juga dalam hal ni.. I simply refuse to judge... sebabnya, saya rasa ramai yg mungkin tak tahu bahawa ada juga ulama' yg berpendapat bahawa solat boleh dijamakkan (tetapi tidak boleh diqasarkan, i.e tidak boleh dipendekkan, kena perform full rakaat) walaupun bukan dalam musafir, bukan sebab hujan. Benda ni ada saya tulis 5 tahun lepas dalam thread ni :

http://forum3.cari.com.my/viewth ... p;extra=#pid1516843

Lihat post saya no 67 dalam thread tu, where I included the hadith and comments from Imam Nawawi berkenaan menjamakkan solat walaupun bukan dalam keadaan musafir dan bukan dalam keadaan hujan.

So personally, I leave it to God.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2008 09:50 PM | Show all posts
apa salahnya bawak kain & baju bersih pegi keje kalau takut sangat kotor? rasanya tu macam alasan malas nk sembahyang waktu keje. dulu masa praktikal, ada member non-muslim ingatkan soh gi sembahyang dlu, masa tgh busy wat keje dan tak perasan waktu berlalu. dia kalau ada keinginan nk solat, mesti ada caranya.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2008 01:03 AM | Show all posts
Originally posted by mekma at 11-7-2008 05:08 PM
tulah..dia kata tak bersih sbb masuk tandas kat tempat keja, jadi solat mesti wat kat umah..kalu cara mcm ni boleh, mek rasa ramai yg akan buat skali gus sbb jimat masa..tapi dlm hati mek tetap c ...



betul tu bawa ler pakaian bersih berasingan untuk solat

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-7-2008 07:15 AM | Show all posts
qada' tiada pun diriwayat dlm al-quran mahupun hadis, tetapi jumhur ulama' mengeluarkannya atas alasan kemudahan memandangkan ada perkara2 yg menghalang kita dari sembahyang diwaktunya, akan tetapi kita perlulah berusaha sedaya upaya dahulu untuk solat pada waktunya, dlm masalah ini sebaik2nya bawalah kain yg bersih sebagai ganti kalau pakaian kita tu kotor. Betul kata "ianho", solat tu senang, kalau kita merasa ia senang.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2008 07:28 AM | Show all posts

Reply #1 mekma's post

kotor tak pe mek, yg penting tdk najis.....

solat, whatever pun xleh tinggal... betul kata jeppa, tdk ada qada' dlm nas mau hadis, krn solat itu tdk boleh dtinggalkan biar dalam apa jua situasi....

In lg bsetuju dgn antik.... jamak yg telah dipermudahkan buat kita....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2008 10:22 AM | Show all posts
setahu aku,kalo sesorg tuh TERTIDUR DAN TERLUPA.. sesorg tuh bole buat qada' solat..
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2008 03:54 PM | Show all posts
Hmm tidak ada qada' bagi solat ...?

Kalau contohnye ... kita terperangkap dalam traffic jam ... dan terlepas solat .. bagaimana mengqada'nya ?
Mungkin kita boleh sembahyang duduk sahaja dalam kereta tu supaya tak terlepas solat  ... ?

Bolehkah qada' solat subuh antara waktu lepas subuh hinnga zohor ... ? Itu waktu haram bagi sembahyang kan  ?

Minta pandangan ...

[ Last edited by  thedude at 13-7-2008 03:56 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2008 04:01 PM | Show all posts

Reply #9 lolina's post

yup, boleh dan segera memohon keampunan dariNya.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2008 04:18 PM | Show all posts

Reply #11 jeppa's post

sebab itulah nabi S.A.W tiada mengajar umatnya mengqada' solat, supaya umatnya memandang serius terhadap waktu solat.

1. maksud tidak ada qada' dlm solat ialah tiada dinyatakan dlm al-quran mahupun al-hadis. tetapi dikeluarkan oleh jumhur ulama' atas dasar terpaksa kerana byk perkara baru berlaku di akhir zaman ini.

2.dlm situasi ini kita perlulah usaha dahulu cthnya, sembahyang terlebih dahulu sebelum bertolak, dan kalau traffic untuk jangka masa yg lama boleh diqada', xkan lah nak stop tgh jalan sehingga membebankan org lain plak. Qada' nya macam biasa.

3. tak boleh selagi kita berupaya untuk berdiri. kemudahan tu dibagi bg mereka yg uzur/sakit.

4. maaflah ni saya kurang pasti, kalau diharamkan kenapa solat sunat dhuha ada time tu? yg saya tahu makruh selepas solat Asar sebab menyamai golongan majusi yg menyembah api selepas waktu Asar- kalau salah tlg perbetulkan.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2008 08:21 AM | Show all posts
tulah..selama ni apa yg mak ayah mek ajar memang betul cuma mek tak berani utk menerangkan kepada mereka yang mengamalkann qadar solat zohor ni... mek dah jumpa 2 org kawan perempuan yg bersikap mcm ni, mcm mana mek nak terangkan dekat dia,
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2008 11:53 AM | Show all posts
Originally posted by thedude at 13-7-2008 03:54 PM
Hmm tidak ada qada' bagi solat ...?

Kalau contohnye ... kita terperangkap dalam traffic jam ... dan terlepas solat .. bagaimana mengqada'nya ?
Mungkin kita boleh sembahyang duduk sahaja dala ...


caranya ialah jamak... jika, waktu asar yg lupus, solat hormat waktu dlm kete kmudian qada smula dlm maghrib...

waktu2 yg diharamkan solat :


1) Dari terbit matahari sehingga tegak dengan kadar tombak dengan pandangan mata iaitu bersamaan 16 minit.(dalam tempoh 16 minit setelah matahari terbit)
Kadar tombak adalah 4 darjah. Satu darjah bersamaan 4 minit.

2) Dari istiwa (pembahagi dua) matahari sehingga zawal (gelincir).Tempohnya terlalu singkat,diharamkan solat ketika ini.
Istiwa adalah : matahari berada di tengah-tengah langit. Zawal adalah : Condongan matahari di tengah-tengah langit

3) Dari langit kelihatan kekuning-kuningan sehingga maghrib.
Waktu-waktu yang diharamkan utuk solat yang berhubung dengan perbuatan.

Selepas melaksanakan solat subuh sehingga terbit matahari

2) Selepas melaksanakan solat asar sehingga terbenam matahari. Solat-solat yang diharamkan pada waktu yang diharamkan untuk solat,( waktu yang lima) terbahagi kepada dua:

1) Solat-solat sunat kerana sabab muta'akkhir sebab terkemudian. Ia terbahagi kepada enam:

a) Solat sunat ihram  

b) Solat sunat istikharah

c) Solat sunat keluar dari rumah

d) Solat sunat musafir

e) Solat sunat Qatl

f) Solat sunat hajat

2) Solat sunat mutlak, iaitu solat yang tanpa sebab dan tiada waktunya, seperti solat tasbih dan sebagainya yang tiada waktu yang khusus untuk melaksanakannya.

Waktu-waktu yang terkecuali daripada waktu yang haram iaitu berhubung dengan tempat dan waktu.

1) Tempat : : iaitu di dalam masjid haram dan kawasan-kawasan tanah haram dimekah,maka dibolehkan solat di kawasan ini pada bila bila waktu tanpaada waktu yang diharamkan.

2) Waktu : Dari waktu istiwa sehingga zawal pada hari jumaat. Tidak diharamkan untuk melaksanakan qada solat pada waktu-waktu yang diharamkan untuk solat. (boleh melaksanakan qada solat pada bila bila waktu tanpa ada waktu tahrim) Begitu juga dengan solat-solat sunat kerana sabab mutaqaddim (sebab terdahulu) seperti sola sunat wudhu dan solat sunat tahiyatmasjid, ataupun kerana sabab muqaran (sebab bergandingan) seperti solat gerhana matahari dan bulan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2008 05:12 PM | Show all posts

Reply #14 indah1285's post

OIc .. terima kaseh ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 04:26 PM GMT+8 , Processed in 0.045945 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list