Ok, aku ni tak pernah pakai prepaid. so aku tak tau macamane prepaid ni berfungsi. aku nak cari satu nombor prepaid untuk banyak terima call jek.. bukan utk buat call.. jadi mane kah prepaid yg paling sesuai dgn aku dr segi:
- harga start-up pack
- bayaran untuk maintain supaya line tu aktif walaupun aku tak buat call
pertama prepaid HAPPY.. kedua aku suggest MAXIS.. maxis tamat tempoh kredit terus ke tarikh pembatalan serbis.. boleh laa lepak tak topap dulu dlm tempoh idle tu..
Aku pon baru beli simkad happy nie...beli online kat website dia. RM50 (preload rm50 jugak)...dapat free 1 bag.
So far o good la. Memang best guna happy nie, especially yang suka bergayut. Memang puas hati..45 minit hanya rm0.99 jek
Tapi yang tak bestnya:
1) Kalo kol kejap pon (lebih 1minit), dia tetap cas rm0.99...walaupun kita hanya bercakap 3 minit.
2)kena topup dlm tempoh 7hari lepas tamat tempoh, kalo tak no akan diterminate. Kena beli simkad baru.
Tapi kalo jenis yang selalu alert & ambik berat tentang xpired date dia, memang berbaloi guna happy nie.