CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17531|Reply: 6

Lafaz Taklik

[Copy link]
Post time 21-7-2008 05:56 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum....

straight to the point jer la..sebenarnya aku xnak lafaz taklik lepas akad nikah...reason aku xnak tulis dulu...
so ape pendapat korang...Ada lagi soalan...

1. Kenapa lafaz taklik ni perlu.
2. siapa yang perkenalkan lafaz taklik ni.
3. akan dikemukan kemudian bergantung kepada jawapan yang korang bagi...

aku harap ada yang sudi membantu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2008 06:31 PM | Show all posts
waalaikumusalam,
pandangan saya - lafaz ni di perkenalkan utk elakkan teraniaya pihak perempuan mcm suami yg tinggal lama dan kes pukul dera isteri. siapa yg perkenalkan memang termaktub dalam kitab islam, cuma rasanya sesuatu negara tu tak wajib di lafazkan

TAKLIK DALAM PERKAHWINAN
Taklik merupakan satu ucapan yang mengaitkan perbuatan atau kejadian tertentu dengan perceraian. Dalam pengamalan di Malaysia, taklik terbahagi kepada dua iaitu:

1. taklik yang dilafazkan oleh suami dengan pilihannya sendiri
2.taklik yang telah ditetapkan oleh undang-undang tanpa kehendak suami.

Lafaz taklik yang kedua ini biasanya dibuat selepas akad nikah.Taklik akan dibaca selepas selesai sahaja ijab kabul. Pengakuan ini akan dibacakan oleh pengantin lelaki. Ia merupakan satu undang-undang yang dapat melindungi pihak wanita.

Adalah satu kesalahan jika lafaz taklik tidak dibacakan kerana pihak isteri tidak dapat mengambil sebarang tindakan jika berlaku penganiyaan ke atasnya. Sebagai contoh suami memukul atau mendera isteri.Biasanya setiap negeri mempunyai lafaz taklik masing-masing dan paling terbaru taklik disesuaikan mengikut keadaan semasa (Wilayah Persekutuan).Isteri dikehendaki mendengar dengan teliti ketika lafaz taklik ini dibacakan sebelum menurunkan tandatangan.

Ada tiga perkara penting dalam lafaz taklik:

1. Suami tidak boleh meninggalkan isteri dengan sengaja dalam tempoh empat bulan berturut-turut.
2. Tidak memberi nafkah serta memudaratkan fizikal dan mental.
3.Dharar syarie. Perkara bahaya kepada isteri yang dapat menyentuh soal agama, nyawa, tubuh badan atau akal fikiran.


Di sini dapat diperhatikan bahawa sedari awal lagi Islam telah memberi perlindungan kepada pihak wanita. Oleh itu, sekiranya isteri dipukul atau dicederakan oleh suami, isteri tersebut boleh membuat aduan ke mahkamah atau bertemu kadi untuk menuntut perceraian.Bagaimanapun, proses perceraian bukanlah sesuatu mudah. Isteri perlu mengemukakan bukti-bukti tuduhan seperti surat akuan doktor yang mengatakan anda dipukul dan membawa saksi di mahkamah supaya aduan yang dibuat tersebut bertambah kuat.Di samping itu, buat juga laporan polis, di bawah kanun keseksaan akta keganasan rumah tangga.

KETAHUI HAK ISTERI MELALUI FASAKH
Fasakh ialah pembubaran suatu kontrak perkahwinan melalui dikri kehakiman melalui kuasa kadi atau hakim untuk berpisah dengan suami.Mengikut pendapat Imam Syafi'e, ada enam sebab seseorang berhak menuntut fasakh iaitu:

aib salah seorang suami atau isteri
suami papa atau tidak mampu memberi nafkah
murtad
akad yang batal atau fasid
tidak sekufu
li'an


Sekiranya pihak isteri sewenang-wenangnya mengabaikan tanggungjawab. Di sinilah terletaknya kuasa suami untuk menjatuhkan fasakh. Namun begitu isteri juga boleh menuntut fasakh atau cerai dari suaminya.Menurut hukum syarak seorang perempuan yang telah mendirikan rumah tangga boleh membubarkan perkahwinannya atau fasakh atau salah satu atau lebih alasan-alasan sebagaimana yang terkandung dalam Perkara 52. Perkara (i):

Bahawa tempat di mana beradanya suami telah tidak diketahui selama tempoh lebih dari satu tahun;

Bahawa suami telah cuai atau telah tidak mengadakan peruntukan bagi nafkahnya selama tempoh tiga bulan;

Bahawa suami telah dihukum penjara selama tiga tahun atau lebih:

Tidakan dan perintah boleh dibuat atas alasan di atas sehingga hukuman itu telah dikemukakan dan suami telahpun menjalani satu tahun dari hukuman itu.

Bahawa suami telah tidak menunaikan tanpa sebab yang munasabah, kewajipan perkahwinannya (nafkah batin) selama tempoh satu tahun;

Bahawa suami telah mati pucuk pada masa perkahwinan dan masih lagi sedemikian dan isteri tidak tahu pada masa perkahwinan bahawa suami telah mati pucuk;


Sebelum membuat satu perintah atas alasan tersebut, mahkamah hendaklah atas permohonan suami membuat suatu perintah menghendaki suami memuaskan hati mahkamah dalam tempoh enam bulan daripada tarikh perintah itu bahawa dia tidak lagi mati pucuk, dan jika suami memuaskan hati mahkamah sedemikian dalam tempoh itu, tiada satu perintah boleh dibuat atas alasan itu.

Bahawa suami telah gila selama tempoh dua tahun atau sedang mengidap kusta atau vitiligo atau sedang mengidap penyakit kelamin dalam keadaan boleh berjangkit;

Bahawa isteri, setelah dikahwinkan oleh bapa atau datuknya sebelum ia mencapai umur 16 tahun, menolak perkahwinan itu sebelum mencapai umur18 tahun, dan ia belum disetubuhi oleh suaminya itu;

Bahawa suami menganiayainya, iaitu antara lain:

Lazim menyakiti dan menjadikan kehidupannya menderita disebabkan oleh kelakuan aniaya, atau

Berkawan dengan perempuan-perempuan jahat atau hidup berperangai keji mengikut pandangan hukum syarak, atau

Cuba memaksa isteri hidup secara lucah atau

Melupuskan harta isteri atau melarang isteri itu daripada menggunakan hak-haknya di sisi undang-undang terhadap harta itu, atau

Menghalang isteri daripada menunaikan atau menjalankan kewajipan atau amalan agamanya, atau

Jika ia mempunyai lebih daripada seorang isteri, dia tidak melayani isteri yang berkenaan secara adil mengikut kehendak-kehendak hukum

Bahawa walaupun empat bulan berlalu tetapi isteri masih belum disetubuhi oleh kerana suami bersengaja enggan menyetubuhinya;

Bahawa isteri tidak izin akan perkahwinan itu atau izinnya tidak sah, sama ada oleh sebab paksaan, kesilapan, ketidaksempurnaan akal, atau lain-lain hal keadaan yang diakui oleh hukum syarak;

Bahawa pada masa perkahwinan itu isteri, sungguhpun berkebolehan memberi izin yang sah, adalah seorang yang sakit otak, sama ada berselangan atau berterusan dalam erti Ordinan Sakit Otak 1952 dan sakit otaknya adalah dari suatu jenis atau setakat yang menjadikannya tidak layak untuk berkahwin;

Apa-apa alasan lain yang diiktiraf sebagai sah bagi membubarkan perkahwinan atau bagi fasakh di bawah hukum syarak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2008 06:39 PM | Show all posts
macam ni ker...nak tanya lagi satu...wajib ker lafaz taklik ni...apa hukumnya kalau aku xlafaz taklik.....

tambahan..
kiranya ni jaminan supaya suami menjlnkan kan tanggung jawab la ni...ok...tapi ni ada lagi satu soalan..
apa pulak jaminan pihak permpuan agar dia setia pada pihak suami pulak...ada kah si isteri perlu buat satu surat sumpah bahawa kalau dia langgar perintah suami dia akan menerima
something yang.....boleh tak macam tu............

[ Last edited by  jemi870 at 21-7-2008 06:57 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2008 10:45 PM | Show all posts

Balas #3 jemi870\ catat

lafaz taklik tiada dalam rukun dan syarat nikah.  tetapi di majoriti negeri-negeri Malaysia ia adalah diwajibkan mengikut perundangan.  tanpa lafaz taklik, nikah tetap sah cuma salah disisi undang-undang pemerintah.

oleh kerana lafaz cerai adalah milik suami, akuan jaminan pihak isteri agar setia tidak diperlukan.

[ Last edited by  ibnur at 21-7-2008 10:47 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2008 09:24 AM | Show all posts
so aku rasa xperlu lafaz taklik ni...pihak isteri perlu yakin jer la pada pihak suami....bagi aku benda ni macam memberi tekanan kepada pihak lelaki....aku tgk sekarang ni nak kawin macam susah jer....kalau dulu2 senang jer....Islam ni mudah...kita jer yang menyusahkan....Kenapa perlu ada Lafaz Taklik ni...?aku masih tak jumpa jawapan yang tepat bagi aku....
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2008 09:41 AM | Show all posts

Balas #5 jemi870\ catat

itu kalau ikut lojik akal menyebelahi pihak lelaki.

kalau lojik akal menyebelahi pihak wanita, ia dapat membela wanita-wanita yang ditinggalkan atau diabaikan suami.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-7-2008 02:05 AM | Show all posts
apa susahnya  lafaz taklik, mesti jemi ni kaki panas baran ek.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 04:10 PM GMT+8 , Processed in 0.336030 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list