CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2819|Reply: 22

ALLAH AKAN BANTU ORG YANG BERUSAHA

[Copy link]
Post time 22-7-2008 11:36 AM | Show all posts |Read mode
Salam semuanya, skang ni mcm2 bisnes yang ade kat malaysia ni. alhamdulillah semua orang nak rebut peluang yang baik utk ubah cara hidup. Tp sesetengah orang bile dah dpt peluang x nak gunakan peluang yg datang. Aku bermula dengan ziro ttg bisnes. tapi alhmdullah berkat doa dan berusaha allah berikan jalan utk aku berjaya. Skang aku berjaya buktikkan kpd kwn2 opis aku yang selalu ketawakan aku, ckp aku buat keje gile. Dan skang ni giler jugak lah pendapatan yang aku dpat. bukan riak tapi berkat usaha.. Allah akan tolong orang yang berusaha dan sentiasa dekat padanya. semua orang ingin mengubah cara hidup anda demi anak2, ibu bapa dan keluarga. Tapi x tahu caranya.. Saya tahu caranya. Tapi yang pasti anda perlu yakin pada diri anda. Jangan biarkan diri kita sentiasa dibelengu masalah duit yang sentiasa tidak mencukupi. Orang yang tak nak berjaya selalu mencari alasan untuk tidak berjaya. beri peluang pada diri anda untuk berubah. 2008 hampir ke penghujung tahun. cuba anda renung-renungkan ape perubahan yng anda buat untuk keluarga/anak2/ibubapa untuk tahun 2008. percaya pada diri sendiri. Jika berminat boleh Taip nama/kawasan anda berada dan hantar ke 019-2498369. Insyaallah saya akan bantu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2008 11:43 AM | Show all posts

Reply #1 saje-saje's post

boleh spesifik sket apa benda ni sebenarnya?
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2008 11:49 AM | Show all posts
yup..nk tau gak apa kebendanya tu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2008 11:51 AM | Show all posts

Balas #2 eastrun\ catat

ini peluang bisnes sampingan. untuk tambah pendapat yang sedia ada skang ni. Jadi kalo awk berminat saya boleh terangkan. tapi x boleh la dalam forum ni nnti x faham. tapi yang pasti bukan jual barang. Income dalam masa 3 bulan dlm RM15K. Insyallah.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2008 11:52 AM | Show all posts
sama ke ngan forum DAH TIBA MASA UNTUK UBAH CARA HIDUP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2008 11:56 AM | Show all posts

Balas #5 amar01\ catat

Same je. saje
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-7-2008 12:43 PM | Show all posts
ni bukan skim cepat kaya, mlm atau jutawan internet????

Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2008 01:52 PM | Show all posts
kalau ikhlas, cite je kat sini serba skit sekurang2 nyer org dpt taw pasal pe...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2008 04:01 PM | Show all posts
Ngeri betul bila baca cerita-cerita macam ni, macam ada agenda sampingan aje.

Bagilah clue sikit, kategori bisnes ke :
1. MLM
2. SLM
3. Kedai
4. Sdn Bhd
5. Perkhidmatan & Pembuatan
6. Trust Agen
7. Insuran Agen
8. Perternakan
9. Goyang kaki dapat duit
10. Peleburan
11. Import Export
12. Lain-lain, sila nyatakan.

At least bolehlah pembaca buat pertimbangan sikit.

Tu jelah pandangan chek.

Wasalam.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2008 04:05 PM | Show all posts
hopefully bukan MLM

Bentuk MLM yang Haram

Ada beberapa bentuk sistem MLM yang jelas keharamannya, iaitu apabila ia menggunakan sistem berikut:

1)      Harga tinggi dari biasa:

Menjual produk yang diperjualbelikan dalam sistem MLM dengan harga yangjauh lebih tinggi dari harga biasa, ia adalah amat tidak digalakkanmenurut Islam malah menurut sebahagian ulama, aqad seperti ini adalahterbatal. Tatkala itu, ia digelar "Gabhnun Fahisyh" menurut istilahulama Fiqh. Hukum jualan secara 楪habnun Fahisy' ini diperbezakan olehulama antara harus, makruh dan haram. (Durar al-Hukkam Fi SyarhMajallah al-Ahkam, klausa no 356, hlm 369).

Bagaimana Nabi SAW pernah mengisyaratkannya sebagai suatu kezalimanjika berlaku kepada orang yang tidak mengetahui selok belok hargabarang. (Al-Qawaid, Ibn Rusyd, hlm 601)

2)      Jualan target sebagai syarat komisyen:

Selain dari yuran yang wajib dibayar oleh ahli, pada kebiasaannyaterdapat syarat yang mewajibkan ahli tersebut mencapai target jualantertentu bagi melayakkannya mendapat apa jua komsiyen dari hasil jualanorang di bawahnya. Apabila ia gagal mencapai 'harga target' tersebutmaka keahliannya akan hilang atau tiada sebarang komisyen untuknyawalaupun orang bawahannya menjual dengan begitu banyak.

Semua MLM yang terlibat dengan syarat seperti ini, menyebabkan sistemMLM mereka menjadi bermasalah dari sudut Shariah kerana wujudnya unsurkezaliman terhadap ahli selain wujudnya kewajiban jualan bersyaratdengan syarat yang tidak menyebelahi ahli serta berbentuk penindasan.Seolah-olah pihak syarikat memaksanya dengan mengatakan "Anda mestimembeli atau mengekalkan penjualan peribadi sebanyak RM 500 sebulanbagi membolehkan anda mendapat hak komisyen orang bawahan anda".

Pada asasnya, komisyen yang diambil atas usaha menjual (seperti榖rokerage fee') sesuatu barangan adalah adalah harus menurut Shariah,ia adalah pandangan ulama besar Tabi'en seperti Muhammad Ibn Sirin,鈥楢to' Bin Abi Rabah, Ibrahim an-Nakha'ie dan ramai lagi (SohihAl-Bukhari ; Al-Musannaf, 5/242 ; Mawahibul Jalil, 4/452 ).Bagaimanapun, komisyen dalam hal MLM dan system piramdi ini bolehbertukar menjadi haram apabila:

* Diikat komisyen jualan rangkaiannya dengan sesuatu jualan olehnya, iamenimbulkan masalah dari sudut Shariah seperti unsur pemaksaan, syaratyang tidak sah dalam perwakilan dan perjudian

* Komisyen datang dari orang bawahan yang langsung tidak dikenalinyakerana sudah terlampau jauh ke bawah. Ini menjadikan orang atasanseolah-olah mendapat untung di atas angina tanpa sebarang kerja danusaha lagi. Ia juga boleh dikelaskan sebagai broker di atas broker diatas briker di atas broker dan seterusnya.

Dalam hal berbilangnya rantaian komsiyen broker ini, menurutperbincangan saya bersama Syeikh Prof. Dr Abd Sattar Abu Ghuddah (PakarShariah utama dalam bidang kewangan Islam dunia di Kesatuan Ulama FiqhSedunia, AAOIFI, Dow Jones Islamic Index dan lain-lain) ia termasukdalam konteks memakan harta orang lain dengan bathil selain terdapatunsur judi.

Ini adalah kerana ia seolah-olah meletakkan syarat kepada semua orangbawahan samada dengan pengetahuan mereka atau tidak, semua hasil jualanmereka akan diambil sebahagian keuntungannya untuk orang atasnya.

Sesetengahnya pula mensyaratkan 'broker' atau 'agen' untuk menjualsendiri sebanyak sekian jumlah bagi memperolehi komisyen jualan broker(ahli) di bawahnya. Dengan sebab-sebab ini, hal 'broker' atau 'agen'menjadi syubhah dan tidak lagi benar ianya disifatkan sebagai komisyenwakil atau broker yang diterima Islam.

3) Jika ahli berdaftar menyertai MLM dengan yuran tertentu, tetapitiada sebarang produk untuk diniagakan, perniagaannya hanyalah denganmencari orang bawahanya (downline), setiap kali ia mendapat ahli baru,maka diberikan beberapa peratus dari yuran ahi tersebut kepadanya.

Semakin banyak anggota baru bermakna semakin banyak jualah bonusnya.Ini adalah bentuk riba kerana memperdagangkan sejumlah wang untukmendapat sejumlah lebih banyak yang lain di masa hadapan. Ia merupakansatu bentu Riba Nasiah dan Riba Al-Fadl.

Hal yang sama juga hukumnya bagi perusahaan MLM yang tidak mempunyaiproduk bersungguh dan berkualiti, sebaliknya produk miliknya hanyalahberupa ruangan laman web yang tidak berfaedah buat kebanyakkan orang,atau apa jua produk yang hanya dijadikan sebagai alasan pembelian.

Malah harga sebenar produknya juga adakalanya jauh dari harga yangdijual kepada ahli (sebagai contoh dijual produk web komputer,sedangkan haragnya jauh lebih tinggi dan si ahli pula tidak mempunyaikomputer pun).

Pada hakikatnya, si ahli bukannya ingin membeli produk itu, tetapiuntuk menyertai rangkaian serta memperolehi wang darinya. Ia jugatermasuk dalam yang diharamkan. Hal membeli produk tidak benar denganniat utama memasuki rangkaian dan mendapat untung dari rangkaian initelah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah Arab Saudino 15/192-193.

4) Terdapat juga syarikat MLM yang melakukan manipulasi dalam menjualproduknya, atau memaksa pembeli untuk menggunakan produknya atau yangdijual adalah barang haram. Maka MLM tersebut jelas keharamannya. Namuntidak semua MLM begini, cuma sebahagianya sahaja.

5) Terdapat juga unsur mirip "shafqatayn fi shafqah", atau bay'atayn fibay'ah, (iaitu dua aqad jenis jual beli dalam satu) yang dilarang olehBaginda SAW dengan pelbagai lafaz antaranya: "Rasulullah SAW melarangdari membuat dua belian (aqad) dalam satu aqad" (Riwayat Ahmad,Al-Bazzar ; Al-Haithami : perawi Ahmad adalah thiqah ; 4/84 )

Ini berlaku apabila ada sebahagian syarikat MLM yang membukapendaftaran ahlinya, setiap ahli perlu membayar sejumlah wang disebutyuran, tidak dapat dipastikan samada yuran tersebut untuk membelikedudukan di dalam rangkaian ataupun membeli produk.

Pada waktu yang sama, dengan termeterainya keahliannya itu, ia akanmenjadi wakil pula bagi syarikat untuk merekrut ahli baru, makatindakan MLM seperti ini, boleh dikatakan termasuk dalam kategorihadis: shafqatayn fi shafqah, atau bay'atayn fi bay'ah.

Ini kerana, dalam hal ini, orang tersebut telah dikira melakukantransaksi aqad Mu'awadat (kontrak pertukaran hak kewangan) bila membeliproduk atau menjadi ahli dan dalam masa yang sama masuk dalam satujenis aqad lagi iaitu perwakilan (untuk menjualkan produk itu kelak disamping mencari ahli baru) dengan komisyen tertentu. Maka, praktisseperti ini jelas tergolong sebagaimana hadith di atas.

Kesatuan Fiqh Sedunia (Majma' Fiqh Islami) pernah mengeluarkan fatwa keatas satu bentuk perniagaan MLM jenama PT Biznas yang disifatkansebagai haram kerana ia adalah salah satu bentuk perjudian. Selain itu,keputusan itu juga menafikan bahawa komisyen yang digunakan adalahkomisyen atau upah 'brokerage' sebagaimana didakwa. (Rujuk keputusannombor 3/24, 17 Julai 2003).

Selain itu, Syeikh Salim Al-Hilali pernah mengeluarkan fatwapengharaman dengan katanya : "Banyak pertanyaan berkenaan perniagaanyang diminati ramai. Yang secara umum gambarannya adalah mengikutikaedah piramid dalam sistem pemasarannya, dengan cara setiap anggotaharus mencari ahli-ahli baru dan demikian selanjutnya. Setiap anggotamembayar yuran pada syarikat dengan jumlah tertentu dengan angan-anganmendapat bonus, semakin banyak anggota dan memasarkan produknya makaakan semakin banyak bonus yang dijanjikan.

Sebenarnya kebanyakan anggota MLM yang menyertai cara ini adalah hasilmotivasi bonus yang dijanjikan tersebut dengan harapan agar cepat kayadalam waktu yang sesingkat mungkin, padahal ia langsung tidakmenginginkan produknya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2008 05:10 PM | Show all posts
Dengan panjang lebarnya penerangan ko matgentle...

mamat tu belum bagitau lagi bisnes apa yang hebat sangat tu...dah kena pancong.....entah-entah jual goreng pisang aje kot...bagilah chance dia cerita latarbelakang bisnes dia dulu, manalah tau kot-kot baik ke...ramailah orang kaya raya nanti.
Nak harap subsidi minyak apalah sangat..

saje-saje kasilah story sikit apakebendenye bisnes tu..
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2008 05:19 PM | Show all posts
ye la....tujuan baik jgn sorok2...bagitaula apa dia...
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2008 06:30 PM | Show all posts
Originally posted by saje-saje at 22-7-2008 11:36 AM
Salam semuanya, skang ni mcm2 bisnes yang ade kat malaysia ni. alhamdulillah semua orang nak rebut peluang yang baik utk ubah cara hidup. Tp sesetengah orang bile dah dpt peluang x nak gunakan pe ...


buat le blog ke bgtau dgn terang bin jelas apa bisnes ko nih....
nak tepon,mahal skrg nih..petrol dah mahal,semua kena bajet bangg....
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2008 08:57 PM | Show all posts
dulu Ain kena tipu ngan agen MLM

camni la bahasa dia
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2008 09:02 PM | Show all posts
bagusla ayat tuan umah ni..
ade udang disebalik mee tu..
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2008 09:10 PM | Show all posts
Originally posted by AinFarisya at 22-7-2008 08:57 PM
dulu Ain kena tipu ngan agen MLM

camni la bahasa dia


siaaaannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2008 02:01 AM | Show all posts
citer je kat sini, kalau nak main2 pm elok pm je yea, saya akan lock topik ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2008 09:38 AM | Show all posts
Salam,

Ha'ah..citer lah ckit..Tak kan saje-saje dpt 5k sebulan (base on 15x3bulan )
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2008 11:48 AM | Show all posts
When its too good to be true, then it probably is not.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2008 07:54 AM | Show all posts
seram betul...bila nak citer ni
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 04:27 AM GMT+8 , Processed in 0.086003 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list