View: 1593|Reply: 0
|
Membina Peribadi Solehah
[Copy link]
|
|
Fenomena Ayat-Ayat Cinta tulisan
Habiburrahman el-Shirazy memberi impak
yang dahsyat pada peminat novel.
Tautan Hati, Seindah Mawar Berduri,
Hatiku Milikmu tulisan Fatimah Syarha
juga tak kurang hebatnya. Cerita
seorang gadis yang sangat memelihara
maruah hingga membiarkan dirinya
menjadi seindah mawar berduri, hanya
dapat dilihat dan dirasakan keharuman
juga kecantikan akhlaqnya tapi tidak
didekati oleh lelaki. Terlalu banyak
akhawat yang menggunakan nama pena
Mawar Berduri, Khazinatul Asrar, Asiah
Yusra dan sebagainya di laman maya.
(Ana pun kena tempiasnya).
Iya, anjakan paradigma memang perlu
dilakukan. Terlalu banyak novel di
pasaran lebih kepada cinta dunia tanpa
penghayatan rohani. Hanya cinta
manusia yang asyik dengan dunianya
saja, tiada sentuhan rohani mahupun
sedikit ilmu melainkan hampir semuanya
melalaikan. Entah kenapa haritu ana
memerhatikan pokok pisang. Iya, pokok
pisang yang tidak seindah dan seharum
mawar tapi sebenarnya ada cerita di
sebalik daun pisang. Ana sekadar nak
berkongsi pandangan ana, kalau ada
salah tegurlah. Insya Allah, akan di
baiki untuk hari kemudian.
Indahnya mawar kerana warnanya,
ditambah pula dengan harumannya
subhanallah memang menjadi kegilaan
pada sesetengah pencinta bunga. Tapi
indahnya mawar, hikmahnya adalah duri-
duri yang menghiasinya. Begitulah
perumpamaan yang dilakukan; Seindah
Mawar Berduri. Indahnya wanita solehah
kerana akhlaq dan ilmunya memang
diintai Sang Kumbang tapi bezanya
dipagari dengan duri-duri yang menjadi
hijab untuk tidak didekati kecuali
dimiliki Sang Kumbang yang dipilih
Allah untuk memiliki Si Mawar Berduri.
MasyaAllah, indah perumpamaan ini.
Hatta Allah sendiri selalu membuat
perumpamaan dalam Al-Quran dan hanya
difahami bagi mereka yang berakal (di
suluh cahaya iman). Berakal saja tak
cukup.
Tapi, ramai yang tidak lihat bahkan
tidak nampak apatah lagi berfikir
tentang keistimewaan daun pisang. Bila
menyebut perkataan daun pisang, orang
hanya berfikir akan daunnya untuk di
buat bungkus lepat, nasi lemak dsb
tapi tak nampak kelebihannya yang
lain. Istimewanya daun pisang walaupun
daunnya dah kering namun masih tak
jatuh ke bumi selagi belum direntap!
Subhanallah. Hebat kan setiap aturan
Allah, setiap yang di cipta ada
hikmahnya.
Kata akhi: Kenapa perlu menjadi
seindah mawar berduri. Sedangkan mawar
itu sifatnya lemah, cepat layu dan
senang gugur kelopaknya. Kenapa tidak
menjadi seperti teguhnya daun pisang,
perlu direntap untuk menjatuhkannya ke
bumi walaupun dah kering daunnya.
Tapi, jangan pisang berbuah hanya dua
kali tapi biarlah berkali-kali..!
http://syabab-uridu-khilafah.blogspot.com/
[ Last edited by cak! at 29-7-2008 10:11 AM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
|