View: 4397|Reply: 30
|
10 amalan terbaik tapi terbalik....selalu kita buat...Renung2kanlah!!
[Copy link]
|
|
Marilah kita bermuhasabah ataumenilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita.Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik ataubertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam.Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut denganbudaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagaicontoh amalan yang terbalik:-
1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluargasimati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuhdan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan olehRasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasakmakanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihanmereka.
Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyediamakanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkahmereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau merekatermakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau hartapeninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurutIslam?
2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerapAssalamu'alaikum berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam).Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergimakan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pulaAssalamu'alaikum tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga simatilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagipun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk iamenambah pendapatan.
3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantikkemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun dimasjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkahini suatu perbuatan yang terbalik.
4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasasegan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan danmalu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yangdihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.
5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah,sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan dirumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasariak.
6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yangberlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam cartaperbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan dibulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnyaperbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalankita?
7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kendurisebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduripun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat daribermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, makadibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyaitujuan lain.
8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalamperiksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya.Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pulabahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajariIslam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satupelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan.
Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jikaanak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.
9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagipetang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi keranahendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) takhujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid.. Sungguhtak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNyasegan dan malas.
10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atautidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah.
Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya,bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik inimembuatkan rumahtangga kurang bahagia.
Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dadamenerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agarhidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yangdigubah mengikut selera kita.
Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.
Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat." Riwayat Bukhari |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 eastrun's post
??????????? dijadikan kearah kejahatan??????????? Atau dijadikan untuk mengabdikan diri kepada Allah? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 jeppa's post
Maksud saya ialah manusia memang dijadikan untuk suka melakukan sesuatu yang bertentangan dengan agama...dalam Surah Yunus tak silap saya, dikatakan bahawa manusia itu tidak bebas melakukan kesilapan kerana memang sikap manusia sukakan sesuatu yang bertentangan..dan kemudiannya Allah menyatakan dalam surah Ad-Dzariyaat bahawa kita dicipta untuk menyembah Dia..so, walaupun kita ni makhluk yang tak sempurna dan lebih ke arah melakukan kesilapan / kejahatan, TETAPI menyembah Allah adalah wajib...Faham?
[ Last edited by eastrun at 1-8-2008 12:40 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Saya dah delete post bodoh saya yang sebelum,..Mudah-mudahan Allah mengampuni saya yang memang dah banyak dosa dah ni...Amin |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by eastrun at 1-8-2008 09:43 AM
Saya dah delete post bodoh saya yang sebelum,..Mudah-mudahan Allah mengampuni saya yang memang dah banyak dosa dah ni...Amin
Alhamdulillah.
Semulia-mulia perbuatan, menyesal di atas segala kesalahan.
Patut dicontohi... |
|
|
|
|
|
|
|
benda2 cenggini yang patut dicetak kat akhbar..diedar pada orang ramai...
best2... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 pink_lavender's post
betul...saya pun pelik dengan yang ini...ada orang merungut kalau keluarga si mati tak sediakan makanan atau air bagi mereka yang hadir..siap kena buat kenduri..apa tu?. Nak jadi macam orang cina ke..yang meratap dan dikenakan bayaran untuk setiap ratapan yang dibuat...macam dalam cerita Waris Jari Hantu tue??? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 burujtimur's post
saya juga sakit hati kalau orang yang saya sokong bagai...dah lepas semua masalah, dia lupakan saya..doa selamat buat tak ajak..benda baik semua nak rahsia... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #10 pink_lavender\ catat
yup... In pun dgr cmtu gak... bg duit kt org solat jenazah... malah ada tempat tu bg gula lagik... kesian lak, dh jd adat.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 indah1285's post
kat kampung2 mmg ada..solat jenazah dpt 5-10 hengget..nak bg ramai kot org dtg solat jenazah tu..
budak2 slalu ramai jek dtg.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 cak!'s post
Boleh ke buat macam tu....??? |
|
|
|
|
|
|
|
dah mcm tak ikhlas plak... kalau la yg meninggal tu org miskin... mcmana???
takde yg nak solatkan...
erm... tp hikmahnyer, kalaulah semasa hidup yg meninggal tu org alim, yg selalu berbakti, ahli masjid, sure mesti ramai org berduyun duyun tuk solatkan jenazah tu dan sggp kuar belanja supaya mayat dapat di sempurnakan. Allah kan Maha Bijaksana.
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #15 indah1285's post
sian kan..kena blanja byk lak..
patutnya pakat2 tolon kluarga tu bg sedekah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #15 indah1285's post
jahat punya manusia...sanggup buat macam tu kat keluarga si mati..bergembira lak, waktu orang tu kematian ahli keluarga.. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #16 cak!\ catat
kwn In ckp depa habis 5k untuk uruskan jenazah tuh... bhutang lak... lps tu gaduh lak sbb ada sedara depa yg lain larikan duit yg org bg sedekah hr tu... sedihkan.. xde nmpk keberkatan atas smua yg blaku....
di zaman kebangkitan Islam ni, masih ada yg buat perkara2 kufarat neh... bukan xde ustaz2 atau tok2 mengajarnya, tp depa malu kalo tak lakukannya sbb dh jd adab... malu pd jiran2 lbh besar dr malu kpd Tuhan gamaknya.... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #17 eastrun\ catat
jangan salahkan ibu mengandung... depa sekeluarga itulah yg telah menyusahkan diri depa sendiri... kalolah depa tahu tentang hukum n berpegang dgnnya xdelah jd kesusahan smua ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1 burujtimur\ catat
Kenapa pulak keluarga orang meninggal kene keluarkan duit selain urusan jenazah ... diorg sepatutnya menerima duit ... |
|
|
|
|
|
|
| |
|