CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4332|Reply: 32

Rogol dan Zina, Sumpah

[Copy link]
Post time 20-8-2008 12:27 PM | Show all posts |Read mode
Salaam Muslimin yang dihormati sekalian,

maaf kalo da ada thread pasal ni dan kalo ak xsepatutnya berposting di M&M ni (dulu ak ckp xnk join da)

dan thread ni bukanlah sebab ak saja2 nak kaitkan dengan isu politik,

tapi ak keliru la, dalam agama Islam, adakah tuduhan merogol itu memerlukan 4 orang saksi yang adil juga?

setakat yg ak paham, kalau nak menuduh seseorang itu berzina, barulah perlukan 4 orang saksi yang adil kan?

dan dalam Islam juga, adakah meliwat itu tergolong dalam perzinaan?atau ia dianggap rogol?

atau meliwat suka-sama-suka dikira perzinaan manakala meliwat-secara-paksa dianggap sebagai rogol? (ak lebih setuju yang ini)

berkenaan sumpah pula, setakat yg ak baca, sumpah dlm islam ialah hanyalah sumpah Li'an antara suami dan isteri akibat perlakuan Qazaf (tuduhan zina) oleh si suami kan?

atau adakah sumpah juga boleh dilakukan oleh yang tertuduh jika Qazaf itu dilakukan oleh orang lain (maksudnya penuduh tu bukan suaminya)

dan dalam kes tuduhan saiful bukhari terhadap anwar ibrahim tu (di mahkamah), dia menuduh anwar meliwat dan ia dilakukan suka-sama-suka kan?

maka, kalau ikutkan definisi yg ak tanya sebelum ni, jadinya dia menuduh anwar berzina dengan dia la?jadinya dalam Islam, dia pun sama bersalah la kan?

dan sumpah yang dilakukan oleh saiful bukhari itu pula, dia telah menjelaskan sumpah itu dilakukan sebab dia diliwat secara paksa (maknanya dirogol),

jadi, sumpah macam ini tiada kaitan dengan sumpah Li'an yang menolak tuduhan Qazaf kan?dan kes rogol tiada kaitan dengan kes zina kan?

kalau dia bersumpah dia diliwat anwar secara suka-sama-suka (berzina), maknanya dia telah melakukan Qazaf terhadap anwar, dan dalam masa yang sama, dia sepatutnya bersalah juga lah sebab terlibat dalam perzinaan?

ak peninglah, arap korang leh tolong bg ak pemahaman pasal syariah korang ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2008 01:00 PM | Show all posts
Awat hangpa tak jwb persoalan migdal?
Migdal, akak ni tak la pandai dlm soal syariah Islam ni. Cuma nak cakap/tulis  jgn fening2 da! Apa yg dibuat sekarang bukan ikut undang2 syariah tp undang2 kepala hotak depa.

Btw, ni sedikit ulasan dr pihak2 tertentu yg akak ambik kat tenet:

Ringkasnya, dlm kes Saiful-Nuar mcm ni:
Saiful menuduh Anwar meliwatnya. Dan Saiful bersumpah mubalah sabagai kesaksian.
Sumpah Mohd Saiful mengandungi dua unsur;
1. Pengakuan yang dia diliwat,
2. Tuduhan bahawa Anwar meliwatnya.

Bagi 憄engakuan
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2008 01:04 PM | Show all posts
Ulasan ke2: Dari Ustaz Zaharudin (Zaharudin.net)

Sesiapa sahaja yang menuduh dirogol atau diliwat oleh orang tertentu, ia wajib membawakan empat saksi. Ramai menyoal,
dimanakah rasionalnya seseorang dirogol atau diliwat kemudiannya dituntut membawa empat saksi lelaki adil jika ingin
mendakwa si penjenayah?. Jika tiada saksi apakah adil untuk di hukum sebatan si pendakwa kerana qazaf

Akibatnya, ramai tersilap faham lalu terbayang 憐alim'nya hukum Islam. Padahal ia tidak sedemikian. Hakikatnya, sistem Islam menjaga kedua-dua belah pihak, penuduh dan yang dituduh.

Padahal isunya adalah sistem kita yang lemah dalam menjaga perkara yang perlu dirahsiakan. Hasil perbincangan saya
dengan Mufti Besar Mesir (Sheikh Prof. Dr Ali Al-Jumaah) pada tahun 2004 dalam hal ini amat jelas. Malah saya turut
membincangkan hal yang sama dengan professor-professor Shariah di Jordan seperti Prof. Dr Sheikh Mohammad 慤qlah El-Ibrahim dan lain-lain. Ia juga pernah diulas sebahagiannya oleh Sheikh Prof. Dr Ramadhan Al-Buti.

Kesimpulannya, begini :-

1. Seseorang yang mendakwa diri diliwat dan dirogol tetap diTUNTUT membawakan empat saksi lelaki adil yang melihat
dengan jelas akan apa yang didakwa. Ia hukum asal. Tuduhan dari pihak ketiga atau pihak yang mendakwa menjadi mangsa adalah sama sahaja. Sebagaimana ulama bersepakat, seorang bapa menafikan nasab keturunan anak yang dilahirkan oleh
isterinya sebagai menuduh isterinya berzina. Cara penyelesaian khusus diberikan oleh Islam dalam hal ini adalah Li'an.
Inilah cara yang dipersetujui oleh Mufti Perlis mungkin berdasarkan kaedah qiyas.

2. Jika tidak mempunyai saksi lelaki yang cukup, terdapat ulama yang membenarkan saksi wanita yang adil untuk diterima
iaitu jika kejadian berlaku di tempat yang tidak memungkinkan ada lelaki. Tatkala itu saksi wanita diterima dengan kiraan 2 wanita menyamai 1 lelaki.

3. Jika masih tiada saksi maka si 憁angsa' BOLEH membawakan dakwaan kepada pihak berkuasa dan WAJIB dibuat secara TERTUTUP DAN RAHSIA. Kerajaan WAJIB menjaga aduan ini agar tidak tersebar sama sekali. Jika tersebar, kesalahan terletak di atas bahu kerajaan. Inilah yang dikatakan sistem yang lemah. Setiap isu yang diadu kerap tersebar ke media terutamanya apabila membabitkan selebriti dan orang politik.

4- Prof Dr Ali Jumaah selaku Mufti Mesir juga bersetuju bahawa jika aduan tertutup dibuat, dan disertakan 憅arain' atau
bukti-bukti selain saksi seperti air mani, bulu dan lain-lain yang boleh membantu dakwaan. Ia akan dibicarakan di mahkamah
dan hukuman qazaf TIDAK DIKENAKAN kerana Maqasid dari hukuman Qazf adalah untuk membersihkan nama dan maruah tertuduh dari tercemar di mata awam. Namun apabila ia dibuat secara tertutup, TIADA KEMUSNAHAN MARUAH tertuduh berlaku lalu inilah yang ingin dielakkan oleh Islam, iaitu kemusnahan maruah tanpa saksi yang cukup. Dalam keadaan ini, kerosakan maruah mereka yang didakwa 憁erogol atau meliwat
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2008 03:39 PM | Show all posts
sambung balik...

dan dalam Islam juga, adakah meliwat itu tergolong dalam perzinaan?atau ia dianggap rogol?

atau meliwat suka-sama-suka dikira perzinaan manakala meliwat-secara-paksa dianggap sebagai rogol?
(ak lebih setuju yang ini)


Kalau ikut rujukan kitab2 lama rogol sama je hukumnya dgn liwat. Kedua2nya termasuk dlm perzinaan. Yg membezakan hukumannya adalah samada sukarela atau terpaksa

Baca kat sini Hukum Qazaf dlm Kitab Jawi Lama Mood mengepes dah hilang!
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2008 03:45 PM | Show all posts
Originally posted by migdal_bavel at 20-8-2008 12:27 PM
Salaam Muslimin yang dihormati sekalian,

maaf kalo da ada thread pasal ni dan kalo ak xsepatutnya berposting di M&M ni (dulu ak ckp xnk join da)

dan thread ni bukanlah sebab ak saja2 nak ka ...



....dlm peratian aku....
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2008 04:30 PM | Show all posts

Reply #5 hand_back's post

Dirinya, diriku, dirimu dan dirisemua dlm perhatianNYA!

JOM SOLAT!
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-8-2008 07:25 PM | Show all posts

Reply #1 migdal_bavel's post

oh kak hotlips, tima kasih byk2, rupa2nya ilmu ak tentang syariah islamiyah terlalu kurang sgt...

dan bila smp kpd aplikasi atau realiti sebenar yg ak lihat skrg, ak jadi keliru la sbb diorg tak ikut bebetul mcm yg Islam suruh (tambahan pula ilmu pun x cukup)

sumpah mubahalah tu macam mana sebenarnya?

adakah maksudnya sumpah untuk menuduh seseorang dalam apa jenayah sekalipun atau hanya terhad kepada perzinaan/rogol?

atau

adakah sumpah tu untuk menolak tuduhan apa jenayah sekalipun atau hanya terhad kepada perzinaan/rogol?

atau

kedua-dua sekali ?(menuduh dan menolak tuduhan)

Apa yg dibuat sekarang bukan ikut undang2 syariah tp undang2 kepala hotak depa.

hukum syariah islamiyah di malaysia skarang ni kiranya tak begitu sempurna lagi la erk, mungkin sbb bahagian jenayah tu tak diaplikasikan sepenuhnya menurut syariat

ak suka bahagian ulasan kedua akak, memang ak hanya tahu tentang no. 1 dan no 2 saja sebelum ni....

x sangka, nampak lebih adil dan saksama rupanya sebab syariat islam mengambil kira kedua-dua pihak sama ad yg tertuduh atau yg menuduh

memang tak patut si penuduh buat tuduhan secara terbuka kpd tertuduh..
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2008 07:28 PM | Show all posts
Good discussion and on the right track.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2008 05:13 AM | Show all posts
...thread ni menunjukkan kekurangan ilmu di kalangan forumers..
(termasuklah diri sendiri ini.. )

rasa segan dengan pulak ngn migdal..huuhu

anyways..pedulikan post ini...keep on discussing.

Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2008 10:06 AM | Show all posts
bukan senang-senang nak tuduh orang woi.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2008 11:55 AM | Show all posts

Reply #9 thessailly's post

Diriku memang kekurangan ilmu!   Disebabkan dah x de nak menjawab, cuba2lah juga. Penat tau buat research. Tanya pakcik google jeklah!

Btw Migdal, tentang mubahalah, rasanya dah ada yg beritahu kat thread soalan berat. Mod, me cadangkan merge je thread ni. Lebih kurang jek. Tak pe kan Migdal. Kat situ ada yg menjawab.

Btw, dr apa yg akak faham, mubahalah hanya diamalkan dalam membuktikan kes-kes bukan jenayah (kes mal) sahaja.
Utk kes2 jenayah Islam seperti pembunuhan,  zina, liwat, qazaf, pemberontakan dan sebagainya   Islam menentukan prinsip undang-undang tertentu dalam menegakkan keadilan. Tidak ada jalan mudah dan singkat untuk menuduh dan membabitkan seseorang bersalah. Keadilan boleh ditegakkan melalui proses undang-undang.

Mcm mana pun dlm kes yg berlaku ni, nampak seolah2 syariah diputar-belitkan sebab ada agenda politik. Situasi menjadi amat mengelirukan. Pakar2 agama spt mufti2 mempunyai pelbagai pandangan. Ada yg setuju dan ada yg x setuju.

Check kat sini pandangan2 mereka:
Pandangan Mufti

ps: Akak pun fening da!
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2008 12:04 PM | Show all posts
adakah sumpah tu untuk menolak tuduhan apa jenayah sekalipun atau hanya terhad kepada perzinaan/rogol?

atau

kedua-dua sekali ?(menuduh dan menolak tuduhan)


Kalau diikutkan sejarah di zaman Nabi, kedua2 pihak bersumpah. Dlm kes Saiful-Anuar ni, sukar nak diperkatakan sebab si pendakwa pun x ikut kaedah syariah  yg betul.

Pandangan peribadi akak:
Yg menuduh x semestinya menipu dan yg tertuduh pun x semestinya bersalah.
Sungguh benar sabdaan Baginda, di akhir zaman, akan berlaku fitnah yg amat dahsyat. Agama seolah2 tiada nilainya. Namun KEYAKINAN ku masih pdNYA.
Setiap hari kupanjatkan doa kpdNya agar yg batil itu musnah dan yg haq itu memancarkan cahayanya! Amin. Selamatkanlah bumiku tercinta, Malaysia! MERDEKA!!!

errrr.... patriot di sebalik 4 penjuru batu!
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2008 04:46 PM | Show all posts

Balas #12 HOTlips\ catat

fuhh... mmg benar.. tp paling sedih skali yg menabur fitnah tu kononnya org alim n beragama.. rupe2nye hanya topengan semata2..
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2008 09:55 PM | Show all posts
Nampak macam panas jer topik sesumpah sumpah menyumpah.  Kat mana-mana pun  orang cerita sumpah menyumpah.  Se dua menjak kes liwat ni kan.

Aku rasa kita lebih baik tunggu dan lihat dari buat kesimpulan apa-apa.  Nanti takut laknat sumpah tu kena kongsi pulak.  Kot kena laknat la, kalau tak kena laknat okay ler kan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2008 12:03 AM | Show all posts
tak reti nk ckp cmne... bila hukum Islam sebenar hanya tinggal kenangan, hanya dibuat kajian, hanya sekadar pembelajaran...
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2008 11:44 PM | Show all posts

apa nak heran...syaitan pun pandai bersumpah

Syaitan juga bersumpah dengan nama Allah untuk menipu Nabi Adam dan Siti Hawa supaya terbuka aurat mereka.

    Al-A抮af [20] Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) dia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil dia berkata: Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana Dia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga).

    [21] Dan dia bersumpah kepada keduanya (dengan berkata): Sesungguhnya aku adalah dari mereka yang memberi nasihat kepada kamu berdua.

    [22] Dengan sebab itu dapatlah dia menjatuhkan mereka berdua (ke dalam larangan) dengan tipu dayanya. Setelah mereka memakan (buah) pohon itu, terdedahlah kepada mereka berdua aurat masing-masing dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun (dari) Syurga. Serta Tuhan mereka menyeru mereka: Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu dan Aku katakan kepada kamu, bahawa Syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata?

Allah juga melarang bersumpah untuk perkara yang tidak baik:

Baqarah [224] Dan janganlah kamu jadikan (nama) Allah dalam sumpah kamu sebagai benteng yang menghalangi kamu daripada berbuat baik dan bertakwa, serta mendamaikan perbalahan antara sesama manusia. Dan (ingatlah), Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa mengetahui.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2008 09:33 AM | Show all posts
Ikuti Pandangan Dr. Danial tentang sumpah laknat saipol


http://uk.youtube.com/watch?v=IWb7ORIxCTQ
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2008 10:03 AM | Show all posts
Semua agama mempunyai sumpah mereka sendiri. Seperti agama yahudi, upacara Bar Mizvah semasa kanak2, terkandung iktikad dan sumpah org yahudi untuk kekal bersama menghancurkan Islam, agama dan bangsa lain didunia. Sebab itu dilihat org yahudi akan melilitkan tali di lengan (tafelin)semasa upacara sembahyang yahudi. Mengikut sejarah spt org yahudi di israel bgtu aku, ikatan atau lilitan tefelin semasa upacara smyg ini dilakukan sejak dahulu kala lagi kerana menunjukan geram dan kesungguhannya yahudi utk hancurkan Islam dan menundukan bangsa lain di dunia ini.
Jika dilihat semyg yahudi lebih kpd meronta2 dan merintih rintih dgn jiwa yg penuh kegeraman smbil menggengam tangan di lengan yang dililit tali.

-rabbi insaf-
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2008 04:29 PM | Show all posts

Reply #18 hand_back's post

apa kata migdal....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2008 05:20 PM | Show all posts

Reply #11 HOTlips's post

Mcm mana pun dlm kes yg berlaku ni, nampak seolah2 syariah diputar-belitkan sebab ada agenda politik. Situasi menjadi amat mengelirukan. Pakar2 agama spt mufti2 mempunyai pelbagai pandangan. Ada yg setuju dan ada yg x setuju.


betul, sumpah saiful memang dari asal lagi dah tak ikut prosedur sebenar, dia sebenarnya nk melakukan mubahalah tapi atas tuduhan jenayah seseorg ke atas dirinya sendiri.

bila anwar tak nak balas, seolah olah anwar mcm takut nak bermubahalah.ada artikel yg ak baca, disamakan anwar dgn pendeta nasrani masa zmn muhammad pula.

[ Last edited by  migdal_bavel at 26-8-2008 05:28 PM ]
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 04:24 PM GMT+8 , Processed in 0.057925 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list