CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2402|Reply: 11

Boleh Gini Baca Quran?...

[Copy link]
Post time 22-8-2008 09:13 AM | Show all posts |Read mode
Boleh tak kita baca quran dengan memegang mashaf tanpa berwuduk?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2008 09:24 AM | Show all posts
saya baru membaca adab membaca quran dalam tafsir saya pagi tadi. Adalah sunat membaca quran dalam keadaan berwuduk..hukumnya adalah sunat..tapi tak dinyatakan jenis sunatnya itu
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2008 11:39 AM | Show all posts

dalil yang megatakan haram

dipetik dari http://soaljawab.wordpress.com/2 ... -quran-tanpa-wudhu/

1. Dalil golongan yang mengatakan haram:

a. Firman Allah Ta抋la dalam Surah al-Waqiah ayat 79:
لا يمسه إلا المطهرون(Tidak menyentuhnya kecuali mereka yang suci)

Mereka mengatakan ganti nama nya dalam ayat itu balik kepada al-Qur抋n, bukannya Luh Mahfuz.
Akan tetapi mereka khilaf pula, apakah yang dimaksudkan dgn al-Mutahharun? Ada yang kata: Orang yang suci dari hadas dan najis. Yang lain pula kata: Suci dari syirik dan kekufuran, iaitu orang-orang mukmin. [sila rujuk Tafsir al-Qurtubi 17/226]

Sebahagian ulama
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2008 11:41 AM | Show all posts

dalil yang megatakan boleh

dipetik dari http://soaljawab.wordpress.com/2 ... -quran-tanpa-wudhu/

a. Ibnu Hazmi berkata: Membaca al-Qur抋n, memegangnya, dan berzikir kepada Allah adalah perbuatan baik yang disunatkan dan diberi pahala kepada pelakunya. Sesiapa yang mengatakan ia kekadang (yakni dalam sesetengah keadaan) terlarang perlulah membawakan bukti! [al-Muhalla 1/78]

b. Hadis dalam Sahih Bukhari: dari Ibnu Abbas bahawa Abu Sufyan ketika beliau berada di Syam sebelum keislamannya telah dipanggil oleh Raja Rom. Kemudian dibawakan surat Nabi yang dihantar kepadanya yang menyeru beliau kepada Islam. Di dalam surat itu terdapat ayat 63 Surah Aali Imran.

Hujah mereka ialah Nabi telah menulis kepada Raja Rom yang kafir dan beliau telah memegangnya. Sekiranya orang kafir boleh pegang, maka lebih-lebih lagilah orang yang berhadas.

Pihak yang mengatakan haram menjawab: Surat tersebut mengandungi bukan saya ayat ini tetapi ada juga perkara lain. Ia sebenarnya sama dgn kitab Fekah atau Tafsir, dan Jumhur ulama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2008 04:41 PM | Show all posts
tuan tulis panjang lebar... tapi tuan tak buat satu kesimpulan... tuan tinggalkan huraian tuan dgn dua keadaan satu kata boleh, satu kata tak boleh. mana satu nak ikut ni? minta tulung tuan buat satu kesimpulan, atau tidak pun tuan nyatakan pegangan tuan, boleh atau tidak, kita mengaji dengan pegang quran tanpa wuduk.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2008 05:04 PM | Show all posts

Reply #5 lebaimandraguna's post

saya bagi panjang-panjang supaya
yang hendak membaca dan berfikir....
akan membaca dan berfikir...
pegangan saya x penting sebenarnya....
adakah tuan lebai akan ikut pegangan saya...........

tuan baca...
tapi x analisa....
kalau tuan baca....
dan analisa dengan baik....
tuan tak akan tanya soalan ini....
sebab tuan akan dapat jawapannya sendiri....

maka fikirkan dan analisa....
JANGAN MALAS!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-8-2008 05:22 PM | Show all posts
salam..

ni saya petik dari Laman Interaksi Mufti Melaka di http://alhuda.mmu.edu.my/jawapan/baca.php?id=122

Soalan:

1.Apa hukumnya memegang Al-Quran dengan tanpa wudu'?
2.Bagaimana pula dengan Tafsir Al-Quran, adakah perlu berwudu'?

Sekian Wassalam.

Jawapan        

Alhamdulillah. Salawat dan salam ke atas RAsulullah S.A.W.

1. Hukum memegang atau menyentuh al-Qur'an tanpa wudhu' adalah haram kecuali dalam keadaan dharurat seperti menyelamatkannya daripada kebakaran dsb.

2. Yang dimaksudkan dengan al-Qur'an ialah mashaf al-Qur'an itu sendiri. oleh itu, tafsir al-Qur'an boleh dipegang tanpa wudhu' jika kandungan tafsirnya lebih banyak daripada ayat-ayat al-Qur'an di dalamnya.

Sekian, wassalam


Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2008 09:51 PM | Show all posts

Balas #5 lebaimandraguna\ catat

Boleh disimpulkan pada keadaan.  Kalau orang kafir pegang tentu dah tak boleh pakai hukum apa-apa pun atas dia.

Kalau orang Islam pegang, yang lebih selamat atau kalau nak berhati-hati, berwudhu' lebih baik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2008 12:17 AM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 22-8-2008 21:51
Boleh disimpulkan pada keadaan.  Kalau orang kafir pegang tentu dah tak boleh pakai hukum apa-apa pun atas dia.

Kalau orang Islam pegang, yang lebih selamat atau kalau nak berhati-hati, berwud ...
kalu gitu......... aku pung boley pegang arr? takat nie dok tgk gitu je..... tafsir ada arr........ dlm laptop......




liat benar nak baca.........
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2008 01:34 AM | Show all posts

Reply #9 Acong's post

ambik wuduk dulu... sblm ambik wuduk masuk islam dulu...


liat neh, babap karang....
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2008 10:47 AM | Show all posts

Balas #9 Acong\ catat

tengok jer la apa yang nak ditengok.  tak jejas apa-apa pun kat kau.  mungkin boleh dapat hidayah lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2008 05:28 PM | Show all posts
salam

iye saya setuju dgn ANTI ISRAEL
membiarkan tiap individu berfikir sendiri
apa yg TERBAIK utk diri sendiri
sebagaimana tiap diri
akan menjaga KEBERSIHAN DIRI SENDIRI
sampai hembusan nafas yg terakhir.......

setahu saya yg kita dok belek, baca dan teliti
adalah mushaf
iaitu yg dicipta oleh manusia
tetapi AL QURAN atau KALAM ALLAH?????
kat mana pulak.................
jommmmmmmm ramai ramai kita cari
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 04:58 PM GMT+8 , Processed in 0.245989 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list