CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 11985|Reply: 33

Nabi diturunkan di kalangan bangsa Arab, ada dua pendapat.....

[Copy link]
Post time 22-8-2008 07:12 PM | Show all posts |Read mode
kerapkali kita baca dlm buku2 agama, disebut dlm ceramah2 agama, bhw Nabi diturunkan kpd bangsa Arab sebab bangsa mrk ganas, degil, keras kepala, suka berperang & berbunuhan sesama sendiri. Tetapi sebaliknya bangsa Arab percaya Nabi diturunkan di kalangan mrk kerana mrk adalah bangsa yg mulia berbanding bangsa lain.

so mana satu yg benar?  Nabi turun di kalangan bangsa Arab kerana bangsa ini keras kepala ker or bangsa ini bangsa yg sangat mulia?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2008 09:24 PM | Show all posts

Reply #1 tobby's post

----
------
--------
-----
----
-

[ Last edited by  ussopp at 22-8-2008 11:54 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2008 09:33 PM | Show all posts

Reply #1 tobby's post

ermmm ..... pemikiran bangsa arab nieh .... sama ngan pemikiran org yahudi ..... even org yahudi pon anggap bangsa mereka .... bangsa terpilih sbb tu ramai nabi di turunkan di kalangan mereka .... tp kebenarannya mereka lan bangsa yg dilaknat .....

klau dipikirkan .... secara logik .... fikir sendiri la ek ... ni conclusion aku lah ..... agama islam aderlah agama yg membawa manusia kejln yg benar dan kearah ketamadunan..... dan lengkap dr sume segi sosiol, ekonomi dan politik ....

in order to prove that point .... islam dihantar ke tamadun yg paling teruk sekali dimuka bumi, supaya sejarah dpt melihat ..... satu bangsa yg tk bertamadun dan tak bermoral ..... boleh berubah menjadi bangsa yg bertamadun .... yg berakhlak tinggi .... yg maju ...  dgn agama islam ... dgn tu dpt membuktikan bahawa islam nie agama yg boleh mengubah manusia ...... manjadikan manusia ....supaya menjadi lebih baik .... tgk balik sejarah .... nabi cumer ader islam saja mana duit, kuasa atau pengaruh .... yg ader pada nabi cume islam je

skrang cuber fikir baik .... klau islam dihantar kepada tamadun yg sememangnye baik .... berakhlak mulia .... yg maju..... then ..... pada masa skrang nieh .... islam takder impak sehebat skrang .... dan islam sendiri tak leh prove ..... yg islam ni agama .... agama yg benar dan membawa manusia kerarah kebaikan ....

analogy .... atau perumpaan ....

1. klau seorang yg tergigit cili padi ....dan ko berikan air .... mesti ader perubahan kan ...ader impact .... pedas berkurangan atau hilang sama sekali ..

2. klau ko berikan air sejuk pd org yg tak tergigit cilipadi .....dia minum air tu ....... ader perubahan ader impak tak ..... tak pape yg berlakukan ...

for fikirkanlah 2 analogy tuh ok..
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2008 09:39 PM | Show all posts

Balas #1 tobby\ catat

biasa la pendapat ni orang yang campur aduk perkauman konon nya bangsa dia orang paling best.  masa orang quraish sembah berhala, orang parsi pun sembah api.  orang hindu sembah macam-macam   org melayu pun sama hugak.  semua pun seka perang.  askar parsi siuka perang dgn orang roman.  orang monggol lagi ganas.

jadi kena balik kepada al-quran.  setahu aku, nabi muhammad s.a.w. dilahirkan di mekah dan dari keturunan Nabi Ismail sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah kepada Nabi Ibrahim.  Apa kaitannya antara keturunan Nabi Ismail dengan Quraish.....  atau ia kebetulan?

orang anti wahabi /arab mesti bengang punya ni....  

[2.124] Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa Kalimah (suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. (Setelah itu) Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi Imam (Pemimpin ikutan) bagi umat manusia". Nabi Ibrahim pun memohon dengan berkata: "(Ya Tuhanku!) Jadikanlah juga (apalah jua kiranya) dari keturunanku (pemimpin-pemimpin ikutan)". Allah berfirman: "(Permohonanmu diterima, tetapi) janjiKu ini tidak akan didapati oleh orang-orang yang zalim."
[2.125] Dan (ingatlah) ketika Kami jadikan Rumah Suci (Baitullah) itu tempat tumpuan bagi umat manusia (untuk Ibadat Haji) dan tempat yang aman; dan jadikanlah oleh Kamu Makam Ibrahim itu tempat sembahyang. Dan Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail (dengan berfirman): "Bersihkanlah Rumahku (Kaabah dan Masjid Al-Haraam dari segala perkara yang dilarang) untuk orang-orang yang bertawaf, dan orang-orang yang beriktikaf (yang tetap tinggal padanya), dan orang-orang yang rukuk dan sujud".
[2.126] Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Makkah) ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka". Allah berfirman:" (Permohonanmu itu diterima) tetapi sesiapa yang kufur dan ingkar maka Aku akan beri juga ia bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi sementara (di dunia), kemudian Aku memaksanya (dengan menyeretnya) ke azab neraka, dan (itulah) seburuk-buruk tempat kembali".
[2.127] Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui;
[2.128] "Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani;
[2.129] "Wahai Tuhan Kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".
[2.130] Tidak ada orang yang membenci ugama Nabi Ibrahim selain dari orang yang membodohkan dirinya sendiri, kerana sesungguhnya Kami telah memilih Ibrahim (menjadi nabi) di dunia ini; dan sesungguhnya ia pada hari akhirat kelak tetaplah dari orang-orang yang soleh yang (tertinggi martabatnya).
[2.131] (Ingatlah) ketika Tuhannya berfirman kepadanya: "Serahkanlah diri (kepadaKu wahai Ibrahim)!" Nabi Ibrahim menjawab: "Aku serahkan diri (tunduk taat) kepada Tuhan Yang Memelihara dan mentadbirkan sekalian alam".

[ Last edited by  ibnur at 23-8-2008 12:22 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2008 09:43 PM | Show all posts

Balas #3 fish_o7\ catat

Balas  #2 ussopp\ catat


korang ada tak rujukan dari quran dan hadith?  
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2008 11:56 PM | Show all posts

Reply #5 ibnur's post

takdek, dah delete.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-8-2008 11:59 PM | Show all posts

Reply #6 ussopp's post

dah baca...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2008 12:10 AM | Show all posts

Reply #7 indah1285's post

hmm...jangan bagitau org len...

kih3..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2008 01:31 AM | Show all posts

Reply #8 ussopp's post

In tak bgtahu sesiapa....
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2008 02:00 AM | Show all posts

Reply #9 indah1285's post

baguih..............
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2008 03:23 AM | Show all posts

Reply #10 ussopp's post

In budak baik....
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2008 10:38 AM | Show all posts
yang mengutuskan Nabi Muhammad s.a.w. dikalangan Arab adalah Allah s.w.t.  Kalau kita manusia nak agak-agak ikut pendapat sendiri kenapa, baik tak payah pikir.  Ilmu Allah tu tersangat besar.  Karang pendapat kita tersasar karang, free-free ajer.  Ikut ler apa yang ada dalam Al-Quran tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2008 05:25 PM | Show all posts
oleh yg demikian pendapat2 yg mengatakan Nabi diturunkan di kalangan bangsa Arab dek kerana bangsa Arab ini keras kepala, sangat ganas & suka berperang hanyalah sekadar pdpt yg tak berlandaskan fakta.

btw, aku tengok pak2 arab yg datang sbg pelancong di Msia memang agak ganas , baik lelaki mahu pun perempuan. terjerit2 & kurang kesopanan dari segi tutur kata. ttp dari segi menutup aurat memang dipuji.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2008 05:26 PM | Show all posts
Originally posted by tobby at 22-8-2008 07:12 PM
kerapkali kita baca dlm buku2 agama, disebut dlm ceramah2 agama, bhw Nabi diturunkan kpd bangsa Arab sebab bangsa mrk ganas, degil, keras kepala, suka berperang & berbunuhan sesama sendiri. Tetap ...


Hmm kalau ikut pengalaman diri sendiri berkawan dengan orang-orang Arab nih ... diorg ni memang  
Logik jugakler kalau nak kata Nabi diturunkan kepada orang Arab kerana sifat mereka tu ...
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2008 02:27 AM | Show all posts

my opinion..

saya lebih suka untuk menerima pendapat pertama...

untuk menjawab pendapat ke-2, berdasarkan persepsi saya, di sini --> http://enollcarpet.blogspot.com/
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2008 02:05 PM | Show all posts
Originally posted by carpet at 26-8-2008 02:27 AM
saya lebih suka untuk menerima pendapat pertama...

untuk menjawab pendapat ke-2, berdasarkan persepsi saya, di sini --> http://enollcarpet.blogspot.com/


Eh, ko dah tengok cerita ni ke belum?

Tengok dulu sebelum nilai. Tapi yang pasti, kisah ni tidaklah menghina Islam. Cuma menunjukkan pandangan dunia (termasuk aku) terhadap bangsa Arab...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2008 12:43 PM | Show all posts
wahhh, keturunan nabi nabi pun boleh diberi pendapat2 lak yer....
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2008 04:12 PM | Show all posts
Saya rasa Firman Allah di bawah ini dpt mjawab persoalan saudara :-

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al - Hujuraat Ayat 13)
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2008 06:08 PM | Show all posts
tapi ak pernah terbaca hadith tentang muhammad menyuruh korang mencintai bangsa arab kan?betul ker?

dan beliau sendiri berbangga dgn arab quraisy
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2008 08:21 PM | Show all posts

Balas #19 migdal_bavel\ catat

KHUTBAH TERAKHIR (KHUTBAH WIDA') NABI MUHAMMAD RASULULLAH S.A.W.

(Antara isi/kandungan penting yang dipetik dari khutbah terakhir Rasulullah SAW- disampaikan pada 9 Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidakmengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini padahari ini.

Wahai manusia, seperti mana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.


Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.


Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.


Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Semua manusia berasal dari Adam dan Hawa, tidak ada (bangsa) Arab yang lebih mulia dari (bangsa) bukan Arab atau (bangsa) bukan Arab lebih mulia dari (bangsa) Arab; juga tidak ada yang (berkulit) putih lebih mulia dari yang (berkulit) hitam atau yang (berkulit) hitam lebih mulia dari (berkulit) putih) Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.


Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.


Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.


Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba-hambaMu


揚adahari ini, telah Aku sempurnakan bagimu Agamamu, dan telah aku cukupkannikmatKu untukmu, dan Aku redha Islam menjadi agamamu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 04:58 PM GMT+8 , Processed in 0.093385 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list