View: 2215|Reply: 8
|
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
[Copy link]
|
|
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan...sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih...berqiamullail...bertahajjud...
mengadu...merintih...meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman
Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju redha serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti
Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia...meminta belas-NYA
|
|
|
|
|
|
|
|
Para ulama ,solehin pada zaman Rasullulah S.A.W amat merindui dan menanti kedatangan bulan Ramadhan. Mereka berdoa kehadrat Ilahi sejak 6 bulan sebelum kehadiran bulan Ramadhan dan berdoa lagi enam bulan selepas Ramadhan agar dapat dipertemukan bulan Ramadhan yang akan datang. "kutbah Jumaat Politeknik SA smlm" |
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih bromatt![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Ramadan Menghidupkan hati yang mati
Ramadan bukan sekadar menghidupkan malam,
atau sekadar siang berlapar-laparan dan berletih-letihan
Ramadhan sebenar :
1. Menghidupkan fikiran, hati dan jiwa dengan rasa bertuhan
2. Memeriahkan jiwa dengan rasa kehambaan, rasa hina, rasa
lemah dan rasa kerdil di hadapan Tuhan yang Maha Kuasa
3. Mengimarahkan jiwa dengan rasa rendah diri,
takutkan Tuhan, cintakan-Nya, dengan rasa bertuhan sentiasa
4. Menghidupkan jiwa timbang rasa sesama manusia, rasa kasih sayang,
simpati sesama manusia yang derita, yang tidak punya apa-apa
5. Menebalkan rasa berdosa, takut kalau terlibat lagi dengan dosa
6. Merasa agungnya Tuhan, hebat dan kuasanya Tuhan
7. Bukan sekadar ibadah luaran-luaran yang meriah dan ceria
(tetapi yang dalam gelap-gelita) Yang penting jiwa yang hendak dihidupkan,
dimeriahkan.Tuhan pandang bukan yang luaran tapi yang di dalam
Tuhan hendak melihat yang di dalam batin manusia,apakah hidup jiwanya rasa
bertuhan
8. Siangnya berpuasa, malam sembahyang, banyak membaca Al Quran untuk
memberi cahaya kepada jiwa yang selama ini gelap-gelita
9.Membanyakkan berzikir bukan lafaznya tapi penghayatannya.
Berzikir bukan sekadar menyebut di lidah tetapi menyebut di hati,
dirasa oleh jiwa. Berzikir bukan di lidah tapi ingatan di hati
10. Tujuannya hendak menghidupkan hati yang mati sebelumnya
Moga-moga kesan sebulan menghidupkan hati tahan setahun lamanya
11. Kemudian Ramadhan datang lagi
hidupkan pula lagi hati yang mati, tahan pula setahun lagi
Itu bagi orang awam yang selalu sahaja cuai dan lalai
12. Bagi orang yang bertaqwa jiwanya hidup setiap masa
Kedatangan Ramadhan hanya untuk darjat dan pangkat
di sisi Tuhannya
13. Tapi kalau kedatangan Ramadhan tidak pun menghidupkan jiwa
Luar meriah di dalam tidak meriah, Luar terang-benderang dengan syariat lahir,
syariat batinnya gelap, Kalau di luar Ramadhan tentulah lebih-lebih lagi malang
Gelaplah hati sepanjang tahun, Tidak ada masa hati yang terang, sungguh malang!
Hati yang lalai dimiliki bangkai berjalan
tiliklah hati, samada hati ini hidup atau sudah mati.
Hati yang mati dalam jasad yang masih hidup
tiada ertinya di sisi Tuhan
Jika hati mati, bermakna kita ini bangkai
bagaimana bangkai menyambut ramadhan
( adakah kita termasuk di dalamnya?)
1. Dijadikan pesta makan minum
2. banyak tidur-tidur sahaja di siangnya
3. Selepas sedikit ibadah sembahyang tarawikh kemudian berbual dan borak-borak yang banyak
4. Selepas bersembang memanjang, pulang ke rumah kemudian tidur,
5. Malam tidak bangun pula menghidupkan malam bersama Tuhan
Sumber : Abuya Fata At Tamimi |
|
|
|
|
|
|
|
Rukun Islam ada lima:
1. Mengucap dua kalimah syahadah [you (the soul) and Allah]
2. Solat lima waktu [you and yourself (mind, heart, body)]
3. Puasa di bulan ramadhan, [you and people around]
4. Mengeluarkan zakat, [you and earth wealth (economics)]
5. Mengerjakan haji [you and the world]
1. Hidup tanpa tujuan seperti org buta tanpa tongkat, meraba-raba tidak ketahuan. Kerana itu rukun Islam pertama ialah tujuan hidup atau "ultimate purpose" of life!
Hidup kita kerana Allah dan penghubung hidup kita kepada Allah ialah Rasulullah jadi bersaksilah!
Tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah!
2. Bila ada tujuan, kita kena asah pemberian Allah ini untuk mencapai tujuan itu. Solatlah! berdoa dan bertafakur di dalam solat, renungi makna2 al-fatihah. Solat akan mengasah ketajaman akalmu, hatimu dan ruhanimu. Semua manusia dilahirkan genius, tetapi semakin membesar daya genius itu tertutup oleh hasad dan busuk hati. Jadi sucikan diri dengan solat!
3. Solat itu asas agama. Asas bermakna langkah mula, basic. basic tinggal basic kalau kamu tidak mara level yg lebih besar menuju objektif hidup!
Jadi berpuasalah, puasa menguji ketahanan mentalmu di dalam pergaulan sehari-hari. Laparkan diri dan cucuk emosimu itu dan pelajari darinya. Org lapar, emosinya genting. Jadi pelajari puncak2 emosi itu, kenali dan kontrol.
Puasa mengasah skill sosiolmu dan kebolehan emosi mu (EQ) setelah kamu membina sahsiah diri sendiri dengan solat.
4. Dan keluarkan zakat. Di dalam menguruskan material dunia, kekayaan perlu diseimbangkan, supaya yg tidak bernasib baik terbela. Manusia diciptakan untuk berhubung, jadi Islam membawa ajaran yg menyeluruh, kita tidak mau kaya sorang2. Barulah bangsa kita yg Islam boleh maju di lapangan global.
Di dalam sosiol, urusan material penting memastikan keutuhan ekonomi org Islam. Apabila fungsi zakat disalah gunakan, kita boleh tgk kesannya.
5. Welcome to the world. Keluarlah menjelajah. Permulaan jelajah ialah tanah suci Makkah. Berkenalanlah dengan umat serata dunia, kembangkan pengalaman itu, dan carilah ilmu padanya.
Jadi di sini kita dapat lihat peringkat2 yg diterapkan di dalam rukun Islam di dalam kontinuum perkembangan manusia iaitu dependent (baby) -> independent (youngster, learning age) -> interdependent (adult, global player)
worth reading
[ Last edited by kubakoya at 23-9-2008 03:56 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Tak sesiapa pun yang tahu Ramadhan terakhir kecuali Allah. Jangan berfikir mengatasi qadha dan qadarNya. |
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah. Sesungguhnya aku ini hambaMu yang lemah. ampunilah segala dosa2ku |
|
|
|
|
|
|
|
Aku rindu kedatangan ramadhan sekali lagi.... |
|
|
|
|
|
|
|
alangkah bertuahnya kita dapat menghayati dan mengamalkan apa yag ada pada bait2 ayat andai kau tahu ini ramadhan terakhir... |
|
|
|
|
|
|
| |
|