CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1173|Reply: 0

SEJARAH RAMADHAN

[Copy link]
Post time 5-9-2008 08:42 AM | Show all posts |Read mode
Sejarah Ramadan
* Ramadan: ertinya panas terik
* Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
* Berlakunya Perang Badar Al-Kubra dan Islam mendapat kemenangan.
* Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin (Fathul Makkah) dan berakhirnya penyembahan berhala.
* Di dalamnya terdapat malam al-Qadar yakni malam yg lebih baik dari 1000 bulan.
* Di pilih sebagai kewajipan ibadat puasa.
* Di pilih untuk ibadat-ibadat lain (tadarus Al Quran, Terawih, Zakat Fitrah)

Kelebihan Bulan Ramadhan
* Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia, terlepas dari siksa kubur)
* Bulan penuh keberatan
* Di dalamnya terdapat satu malam al-Qadar
* Ganjaran solat sunat sama dengan solat fardhu
* Manakala solat fardhu diberi 70 kali ganda ganjarannya
* Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
* Bulan menambah rezeki
* Menambahkan pahala dalam buku catatan amal
* Bulan keampunan - doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa, juga doa pada sepertiga malam.
* 10 hari pertama adalah rahmat,
* 10 hari pertengahan - pengampunan daripada Allah
* 10 hari terakhir - kemerdekaan dari api neraka.

Amalan-amalan yg digalakkan di bulan Ramadhan
* Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan sesama Mukmin
* Menempah pakaian untuk Ramadhan
* Niat puasa sebulan pada permulaan Ramadhan
* Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
* Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
* Bertadarus Al-Quran secara bersemak (bukan sendirian)
* Solat berjemaah setiap waktu
* Solat jemaah di masjid/surau
* Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
* Sahur diwaktu akhir
* Sahur - untuk mengelakkan makanan tidak hadam, elakkan makanan pedas dan
tutup sahur dengan air susu
* Mandi Janabat (hadath) sebelum habis waktu Imsak
* Kurangkan tidur
* Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
* Tunaikan Solat Dhuha
* Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
* Tunaikan solat Rawatib (solat sunat yg mengiringi solat fardhu)
* Jaga pacaindera
* Elakkan gosok gigi pd waktu petang
* Hadiri majlis ilmu / tazkirah
* Buat baik pada ibubapa
* Isteri hendaklah taat pada suami
* Banyakkan bersedekah
* Berbuka dengan 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api
* Berbuka bersama org tua
* Jemput tetamu berbuka
* Kurangkan berat badan - diet
* Banyakkan i ' tikaf di masjid (lelaki sahaja)
* Baiki hubungan suami isteri & keluarga
* Baiki hubungan jiran
* Isteri jauhi daripada keluar memakai mekap & perhiasan
* Elakkan belanja berlebihan
* Kuatkan kesabaran
* Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih
* Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
* Mengejut anak dan isteri di malam Lailatul Qadar
* Elakkan menonton TV yg mengandungi nafsu & melalaikan
* Elakkan mendengar radio berunsur hiburan
* Berdoa dengan nada lembut dan merayu
* Jauhkan bercumbu antara suami/isteri pada siang hari
* Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yg meninggal dunia
* Melazimkan solat pada awal waktu
* Sebelum berbuka elakkan bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
* Elakkan banyak berhutang
* Merasa pilu pada akhir-akhir Ramadan kerana ditakuti tidak akan bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
* Tunaikan zakat fitrah

Cara Beramal Di Malam Lailatul Qadar (Malam 21-30)
* Kepada Orang Tua yang lemah
* Kerjakan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih secara berjemaah di masjid/surau,
* ini sudah dikira beramal pada malam Al Qadar

* Orang yang tidak sanggup solat malam yang panjang
* Baca ayat akhir surah Al Baqarah
* Baca ayat Kursi
* Baca surah Yaasin
* Baca surah Al Zalazah
* Baca surah Al Qafirun
* Baca surah Al Ikhlas
* Bagi orang yang kuat dan cergas
* Bangunkan isteri dan anak
* Bersihkan badan / mandi
* Solat malam - Tahajjud, Taubat, Tasbih, Hajat, Istikharah dan baca Al-Quran

NUZUL Al QURAN ( 17 Ramadhan )
* Tarikh turunnya Al Quran
* Beramallah di malamnya dengan solat malam dan amalan yg baik

Cara Menyambut Idul Fitri
Jangan sekali-kali disambut dengan hiburan, mercun, pesta lampu
danberbagai kemungkaran dan kemaksiatan. Pada petang akhir Ramadhan org2yg meninggal(sudah mati) menangis kerana peluang untuk berehat telahberakhir. Adalah dicadangkan supaya keluarga menziarahi kubur padapetang akhir Ramadhan atau jika kuburnya jauh, hendaklah dibaca doaTahlil selepas solat Asar. Semoga mereka diampuni. Ibnu Abbas r.apernah mengatakan bahawa roh orang yg meninggal dunia dibenarkan pulangke rumah anak2nya dan berdiri di pintu rumah memohon belas kasihan drpdanak2 mengirimkan bacaan doa, sekurang2nya Al Fatihah sekali utkmereka. Oleh itu janganlah terlalu gembira dan ingatlah org2 tua ygsudah meninggal, semoga nanti sampai  giliran kita maka anak2 akaningat kpd kita.

Takbir Di Malam Raya
Banyakkan bertakbir pada malam raya sebagaitanda kesyukuran diatas kejayaan melaksana ibadat dan menundukkan nafsudi sepanjang Ramadan.

Kesimpulannya
Bulan Ramadhan datang setahun sekali dan ia adalah sebaik-baik
bulan, bulan penuh keberkatan, pengajaran, dan dapat melahirkan insanyg bertakwa seandainya kita menghayatinya dgn sungguh-sungguh. Olehitu  bersiap sedialah dari awal supaya Ramadan kali ini dapat diisi dgnamalan-amalan seperti yg tersebut di atas & semoga kita menjadiinsan yg soleh/solehah.

*Doa utk menghilangkan lekas naik marah/ baran,maklumlah waktu lapar memang lekas naik angin....

Rujukkepada Surah Al-Anbiya, ayat-69. Sebelum minum, baca doa dan tiupkanpada air (utk diri sendiri,anak,suami dll). Insyaallah.

Wallahu a ' lam.

p/s:yang baik itu datangnya dari Allah swt,..yng buruk itu datangnya dari aku sendiri yang hina ini di sisiNya,...


[ Last edited by  CahayaAina at 5-9-2008 08:43 AM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 04:10 PM GMT+8 , Processed in 0.065988 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list