View: 3416|Reply: 4
|
tembikar bukit tengkorak usia lebih 500 thn hantar ke usa utk ujian saintifik!!
[Copy link]
|
|
Sampel Tembikar Bukit Tengkorak Dihantar Ke Amerika Syarikat Untuk Ujian Saintifik
SEMPORNA, 8 Sept (Bernama) -- Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata sampel tembikar dan penemuan lain di Bukit Tengkorak, dekat sini, yang dipercayai berusia lebih daripada 500 tahun, sudah dihantar ke Amerika Syarikat untuk ujian saintifik.
Shafie berkata sekiranya kajian berkenaan mendapati tinggalan di Bukit Tengkorak berkenaan mempunyai nilai sejarah yang tinggi, kajian mendalam akan dilakukan di tapak berkenaan bagi mengesan khazanah sejarah di bukit itu.
"Tapak ini (Bukit Tengkorak) sebenarnya cuma satu daripada banyak tapak warisan yang mempunyai nilai sejarah yang dikenalpasti kementerian di seluruh negara.
"Tapak (warisan) ini bukan sahaja untuk dipulihara bahkan kita juga akan dapat menjadikannya sebagai pusat pelancongan atau tarikan kepada masyarakat antarabangsa kerana kita tahu bahawa (sejarah) pembuatan tembikar merupakan satu budaya yang amat diminati masyarakat antarabangsa," katanya kepada pemberita di sini.
Menurut Shafie beliau sudah mengarahkan agensi berkaitan untuk menjalankan kajian ke tapak-tapak yang mempunyai nilai sejarah untuk kerja-kerja memulihara sebagai satu langkah memelihara warisan budaya rakyat Malaysia, generasi akan datang.
"Mana-mana (kawasan) yang mempunyai nilai sejarah kita perlu jaga dengan baik. Kita tidak mahu masyarakat akan datang hanya menghargai perkara baru dalam perjuangan mereka sedangkan yang lama juga mempunyai nilai yang amat tinggi," katanya.
Sebagai contoh, kata beliau berjuta-juta pelancong yang mengunjungi Mesir setiap tahun bukannya untuk melihat orang Mesir tetapi bagi menyaksikan tinggalan sejarah penting dunia berusia ribuan tahun di negara itu seperti Piramid, mumia dan banyak lagi.
Katanya setiap tahun juga berjuta manusia berkunjung ke Arab Saudi, selain untuk menunaikan ibadat, khususnya yang beragama Islam, juga kerana di Mekah ada tinggalan sejarah yang tinggi nilainya seperti makam Nabi Muhammad S.A.W sendiri.
-- BERNAMA
sekurang2nya sebelum hantaq tu aku nak tengok gak ghopanya... sapa ada gambaq tu... bak mai sat!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 cipanbakar2's post
|
|
|
|
|
|
|
banyak sgt spam skrang nie.. |
|
|
|
|
|
|
|
memang lah potong stim betullah |
|
|
|
|
|
|
| |
|