View: 4574|Reply: 22
|
anak ulamak diancam bunuh!! (sbb jadi stripper)
[Copy link]
|
|
Anak ulama diancam bunuh - Selepas kisah sebagai penari separuh bogel disiar
DUA anggota polis mengiringi Yasmin keluar dari flatnya
di South East London pada malam Jumaat lalu.
LONDON - Sekumpulan pelampau mahu membunuh anak seorang ulama terkenal Britain, Omar Bakri, Yasmin selepas terbongkarnya kisah dia menjadi seorang penari separuh bogel, lapor sebuah akhbar semalam.
Yasmin yang berumur 27 tahun dan merupakan seorang ibu tunggal kini sedang bersembunyi kerana menerima ancaman bunuh itu.
Berikutan ancaman itu, anggota-anggota polis pergi ke flat penginapannya di South East London pada malam Jumaat lalu selepas memutuskan untuk memindahkannya ke sebuah rumah yang selamat.
Yasmin yang mempunyai seorang anak lelaki berumur tiga tahun meninggalkan flat itu dengan membawa sebuah beg manakala tujuh anggota polis mengiringinya ke sebuah van.
Dia dan anak lelakinya itu kini tinggal di lokasi berasingan sebagai usaha untuk mengelak daripada diserang oleh sekumpulan pelampau.
Seorang rakan memberitahu: "Dia (Yasmin) tidak dapat melihat anak lelakinya atau kembali ke rumah. Dia berasa amat takut ketika ini."
Peguam Yasmin, Iqbal Ahmed menyatakan anak guamnya itu berasa amat takut apabila berita mengenai kerjayanya sebagai penari separuh bogel disiarkan oleh akhbar.
| OMAR
|
Yasmin di mana pembedahan kecantikan payu daranya dibiayai oleh bapanya itu kini bekerja dengan satu kumpulan penari separuh bogel dikenali sebagai Ibiza Untouched.
Dia memberitahu seorang pemberita: "Saya tidak selalu melakukan kerja-kerja mendedahkan payu dara tetapi saya bersedia untuk mendedahkannya jika terdapat tempat yang bersesuaian."
Berita Yasmin sebagai seorang penari separuh bogel itu mengejutkan bapanya yang dikenali dengan jolokan Tottenham Ayatollah selepas dia memuji serangan pengganas di Amerika Syarikat (AS) pada 11 September 2001.
Bagaimanapun, bapa Yasmin itu kini tinggal di Beirut, Lebanon selepas diusir dari Britain.
Bapa Yasmin itu berkata: "Saya berasa amat terkejut. Dia dibesarkan dengan sempurna dan diberikan didikan agama.
"Setakat yang saya ketahui, dia masih lagi berkahwin. Kelakuannya itu sepatutnya menjadi tangungjawab suaminya."
Yasmin sebelum ini berkahwin dengan seorang lelaki keturunan Turki tetapi mereka kini hidup berasingan.
Bapanya yang merupakan kelahiran Syria membesarkan enam anak di Enfield, Britain sebelum diusir ke Beirut.
Seorang rakan Yasmin memberitahu: "Dia (Yasmin) tidak akan menjadi penari separuh bogel jika bapanya tidak membiayai pembedahan membesarkan payu dara itu.
"Yasmin kerap berasa bimbang berhubung saiz payu dara dan membohongi bapanya dengan menyatakan bahawa dia akan berasa lebih selesa sebagai seorang ibu apabila menyusukan anak (jika mempunyai payu dara besar)."
Sebelum ini Yasmin memberitahu sebuah akhbar: "Saya sudah melakukan persembahan tarian tiang (separuh bogel) tetapi saya merahsiakannya."
| YASMIN
|
Dia juga tidak melibatkan bapanya berhubung kerjaya itu dengan menjelaskan: "Sebarang pandangan bapatidak mempunyai sebarang kaitan dengan saya. Saya adalah orang dewasa.
"Saya melakukan urusan saya sendiri dan dia (bapa) juga mempunyai urusannya tersendiri."
Seorang lagi rakan Yasmin memberitahu: "Omar akan diserang penyakit jantung jika dia melihat anak perempuannya itu sedang menari."
Ketika bapa Yasmin mendengar kisah Yasmin, dia berkata: "Jika berita itu benar, saya berasa amat terkejut. "Tetapi dia bebas untuk membuat pilihannya sendiri."
Namun, bapa Yasmin kemudian mengubah nada kenyataannya dengan menyatakan: "Saya tidak mempunyai seorang anak perempuan yang melakukan perbuatan seperti itu. Semua anak-anak saya mengamalkan ajaran Islam."
Omar kemudian mendakwa bahawa kisah itu merupakan satu plot untuk membalas dendam selepas polis dipaksa oleh seorang hakim untuk menyerahkah kembali |
|
|
|
|
|
|
|
dunia oh dunia. apa nak jadi lak lepas nie?? |
|
|
|
|
|
|
|
lagu raihan la .... iman tak dpt diwarisi ...
oooo .. kat cni rupanya tanah jajahan ko amazed .. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Jesse_Mccartney at 29-9-2008 03:04 PM
lagu raihan la .... iman tak dpt diwarisi ...
oooo .. kat cni rupanya tanah jajahan ko amazed ..
sini ler tempat aku.... dah aku ni gaji janitor berapa sen sangat... sengkek ajer... nak round the world... dapat jadi mod world events pun jadilah.....
ko jgn la buat mcm stranger jesse.. singgah2lah kat port aku ni... post ler apa2 cerita pasal world wokey... :victory: |
|
|
|
|
|
|
|
....bak lagu raihan..... IMAN TAK DAPAT DIWARISI...DARI SEORANG AYAH YANG BERTAQWA........ |
|
|
|
|
|
|
|
Sikap anak ulama didedah
LONDON - Tunang kepada anak perempuan ulama terkenal Britain, Omar Bakri, Youssef Slassi yang kini sudah berpisah mendedahkan sikap sebenar wanita berkenaan yang sebelum ini terlindung daripada pandangan masyarakat, lapor sebuah akhbar semalam.
Youssef berkata, ketika mula-mula mengenali anak Omar, Yasmin (gambar), 27, di sebuah parti di selatan London pada Mei lepas, dia yang banyak mengeluarkan wang untuk meneruskan hubungan mereka.
"Saya ditimpa masalah kewangan kerana hubungan kami dan kami tidak dapat keluar makan malam selalu. Namun dia menjadi bosan kerana lelaki-lelaki lain akan menelefon dan mengajak dia keluar," kata Youssef.
Katanya, ketika itu dia bimbang Yasmin yang bekerja sebagai penari separuh bogel itu akan terpikat dengan lelaki lain.
"Yasmin memberitahu saya dia pernah ditawarkan wang oleh lelaki-lelaki kaya untuk keluar bersama mereka tetapi dia menolak," tambahnya.
Menurut pemuda yang bekerja sebagai pemasang televisyen satelit itu, dia terkejut kerana Yasmin mengajaknya melakukan hubungan seks selepas mereka baru berkenalan.
"Dia juga gemar meraung ketika berada di bilik tidur," jelas Youssef.
Sebelum ini kisah Yasmin menjadi penari separuh bogel didedahkan oleh beberapa akhbar di mana dia terpaksa mendapatkan perlindungan polis selepas menerima ancaman bunuh daripada golongan pelampau di Britain.
Ancaman itu diterima berikutan penyiaran kisah dia menjadi penari bogel sedangkan bapanya adalah seorang ulama terkenal yang kini menetap di Beirut. - Agensi |
|
|
|
|
|
|
|
moga dia insaf....
(agak2 leh ke dia insaf klu tngk cara dia) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 hizzahzu's post
impossible is nothing.....dapat hidayah.... insyaallah... insap ler dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dunia dunia,, |
|
|
|
|
|
|
|
dasyatnye anak ulamak jadi penari bogel...... |
|
|
|
|
|
|
|
kat Msia pun apa kurangnya. ada yg jadi pondan, jadi pelakon pegang pompuan sana sini, ada yg jadi penagih.... |
|
|
|
|
|
|
|
mcm mana leh tersesat cam ni?.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|