View: 5974|Reply: 14
|
Black Sea (laut hitam); trabzon, turki
[Copy link]
|
|
Wilayah Laut Hitam tarikan baru Turki
Seni bina kediaman di Trabzon, Turki.
|
Selain sejarah, pemandangan semula jadi sungguh menakjubkan di Trabzon, Gumushane
TURKI memang menarik untuk dikunjungi. Negara unik yang terletak di dua benua Asia dan Eropah itu bukan saja kaya sejarah tetapi juga keindahan alam semula jadi. Trabzon dan Gumushane antara dua daerah di Wilayah Laut Hitam, di Turki yang sedang dipromosikan untuk dilawati pengunjung luar negara.
Kini banyak kemudahan disediakan kerajaan negara itu termasuk menambah jumlah hotel dan kemudahan asas untuk pengunjung. Seperti kata Datuk Bandar Trabzon, Mehmet Volkan Canalioglu dan Datuk Bandar Gumushane, Enver Salihoglu, kerajaan sedang menambah hotel bertaraf dua hingga lima bintang bagi menarik pelancong yang semakin bertambah di kedua-dua daerah itu.
Antara tempat paling menarik dikunjungi di wilayah itu ialah kawasan pergunungan Zigana yang diisytiharkan sebagai kawasan pelancongan pada 1991. Kawasan luncur salji pada musim sejuk dan pelbagai aktiviti lain seperti paragliding pada musim lain diadakan di kawasan pergunungan itu.
Pada musim panas keadaan cuacanya masih nyaman dengan pemandangan yang sangat indah. Setakat ini kebanyakan yang datang ke kawasan itu adalah pelancong dalam negara.
Karaca Cave atau gua batu kapur Karaca berusia lebih 13,000 tahun terletak kira-kira 17 kilometer dari pusat bandar di Gumushane turut menjadi tumpuan. Keindahan stalegtait dan stalegmait itu dibuka kepada orang ramai pada 1996. Udara dalam gua batu kapur itu dikatakan boleh memulihkan penyakit asma. Sehingga April lalu, gua itu sudah dilawati kira-kira 6,000 pengunjung dalam dan luar negara.
| Tarian rakyat di Trabzon.
| Masa seminggu sebenarnya tidak cukup untuk anda melawat seluruh Turki kerana semua kawasan menarik terletak berjauhan antara satu sama lain. Bagi rakyat Turki yang tinggal di kota seperti Ankara, mereka akan mengambil kesempatan bercuti dalam negeri di Wilayah Laut Hitam untuk menikmati keindahan alam dan kehijauan yang tidak ada di bandar besar.
Satu lagi yang menakjubkan di wilayah itu ialah lebih 2,500 spesies floranya. Pastinya menarik jika mengunjungi Trabzon dan Gumushane pada musim bunga.
Selain keindahan alam, Trabzon juga terkenal kerana kraftangan daripada emas, perak dan tembaga selain pakaian tradisional Trabzon yang selalunya di pakai ke istana yang masih dikeluarkan menerusi kaedah tradisi.
Sebagai negara yang dikelilingi laut, wilayah itu terkenal dengan makanan laut segar. Antara ikan yang menjadi kegemaran rakyat negara itu dan sentiasa menjadi hidangan ialah trout dan hamsis. Pelbagai jenis masakan yang disediakan sama ada digoreng atau dibakar. Selain ikan, bebola daging juga menjadi antara menu utama dan sangat terkenal di kalangan penduduk Trabzon.
| Trabzon mempunyai 2,500 spesies flora. |
Keenakan ikan bilis yang menjadi keluaran terkenal di Trabzon bukan saja menjadi bualan malah dijadikan puisi selain diceritakan dalam buku bertajuk Hamsiname yang diterbitkan pada awal kurun ke-20. Banyak lagi resipi tradisi rakyat Turki yang sedap dan boleh dinikmati. Tapi kalau anda ke wilayah Laut Hitam jangan lupa merasa Kuymak, resipi tradisi warga Trabzon yang dimasak menggunakan butter dan keju.
Selain itu, Horon dan Kemence, tarian rakyat di wilayah itu juga amat menarik dan tidak wajar dilepaskan untuk melihatnya. Lagu yang mengiringi tarian mereka sungguh mengujakan menggambarkan keceriaan rakyatnya. Selalunya, pekerja hotel, tempat penginapan anda akan menarikan tarian rakyat ini sebagai tanda kegembiraan mereka menerima tetamu selain mengucapkan selamat pulang. Anda juga boleh bersama mereka menarikan tarian rakyat itu.
Satu lagi yang menarik mengenai Trabzon ialah pasukan bola sepaknya yang menjadi kebanggaan rakyat. Pasukan itu sering menjadi juara Liga Turki.
wilayah Laut Hitam ini ada segala-galanya dari sejarah, budaya, kraftangan, masakan, tarian rakyat malah pemandangan semula jadi. Selain Istanbul mungkin anda mahu melawat kedua-dua wilayah yang jaraknya tidak sampai dua jam dari Istanbul menaiki pesawat dan mendapat di Lapangan Terbang Antarabangsa Trabzon.
Info
Wilayah Laut Hitam
Meliputi 18 peratus daripada Turki.
Pendapatan penduduk daripada pertanian.
Jagung dan hazelnut menjadi tanaman utama.
Menghasilkan satu pertiga daripada tanaman jagung di Turki.
holey moley guacamoley!!!!!! aku mmg teruja nak pi bandar sejarah trabzon kat black sea nih!!!!! aku tengok dah gambaq2 dia kat buku travel yg aku ada nih... mmg besh wooooo...... tengok rumah2 kat sana.. mmg spesel... lagi culture depa mmg interesting... dan MAKANAN depa.. waduh waduh waduh...!!
hah!!! camner nih... aku ingat nak hanimun kat UAE.. next year... balik singgah trabzon... beri musti rasa seronok... tak sabaq lak aku tunggu summer next year..... UAE, turkey... here we come!!!
beskot!~~! ko nak ikot ker... :@ kalu nak... bayo sundrik wokeyyy btw... nama ajer laut hitam...tapi kaler biru gak.. mcm warna kesukaan ko tu...ekkk ko suka bulu and bulublack kan... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
lagi info pasal black sea !!
BLACK SEA
The Black Sea is an inland sea bounded by southeastern Europe, the Caucasus and the Anatolian peninsula (Turkey) and is ultimately connected to the Atlantic Ocean via the Mediterranean and Aegean Seas and various straits.
The Bosporus strait connects it to the Sea of Marmara, and the strait of the Dardanelles connects it to the Aegean Sea region of the Mediterranean. These waters separate eastern Europe and western Asia. The Black Sea also connects to the Sea of Azov by the Strait of Kerch.
The Black Sea has an area of 436,400 km² (168,495 sq mi), and a maximum depth of 2,200 m (7,200 ft).) The Black Sea forms in an east-west trending elliptical depression which lies between Bulgaria, Georgia, Romania, Russia, Turkey, and Ukraine.
It is constrained by the Pontic mountain range to the south, the Caucasus mountain range to the east and features a wide shelf to the north-west. The longest east-west extent is about 1175 km.
The Black Sea has a positive water balance, which results in a net outflow of water 300km³ per year through the Bosphorus into the Aegean Sea (part of the Mediterranean Sea). Mediterranean water flows into the Black Sea as part of a 2-way hydrological exchange.
The Black Sea outflow is less saline and cool, therefore floats over the warm, relatively more saline Mediterranean inflow. The Black Sea also receives river water from large Eurasian fluvial systems to the north of the Sea, of which the Don, Dnieper and Danube are the most significant.
In the past, the water level has varied significantly. Depending on the water level in the basin, more or less of the surrounding shelf and associated aprons are aerially exposed. At certain critical depths, it is possible for connections with surrounding water bodies to become established.
It is through the most active of these connective routes, the Turkish Straits System (TSS), that the Black Sea joins the global ocean system. When this hydrological link is not present, the Black Sea is a lake, operating independently of the global ocean system.
Currently the Black Sea water level is relatively high, thus water is being exchanged with the Mediterranean. The TSS connects the Black and Aegean Seas and comprises the Strait of Bosphorus Strait (Strait of Istanbul), the Marmara sea and the Strait of Dardanelles (Strait of Canakkale). The Black Sea also connects to the Sea of Azov via the Strait of Kerch.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tak di nafikan Turki memang banyak tempat tempat yang menarik cantik. |
|
|
|
|
|
|
|
Set macam le aku ni kaye sangat kalau banyak duit gerenti aku bawa ko. memang Turki dalam perancangan aku. Nape letih? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 amazed's post
air laut dari Black Sea nih mengalir keluar melalui selat bosphorus.....
|
|
|
|
|
|
|
|
ramai yg confuse antara black sea dgn dead sea kat jordan.....dead sea tu tempat org boleh terapung2 sambil baca paper wlpn tak reti berenang sbb kandungan garam terlampau tinggi.
[ Last edited by tobby at 8-10-2008 11:08 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
camane ngan pendapat yg mengatakan bahawa laut hitam ni ada kaitan ngan kejadian banjir besar (nabi Nuh a.s)?
ada sesapa yg tau & dapat terangkan? |
|
|
|
|
|
|
|
Di Laut Hitam Terdapat Bangunan Peninggalan Banjir Besar Zaman Nabi Nuh
Sekelompok peneliti underwater surveyors yang diketuai oleh Dr. Robert Ballard, yang juga telah menemukan Titanic, telah menemukan sebuah bangunan lama berusia kira-kira 7.500 tahun di dasar Laut Hitam, dekat pantai Turki. Mereka telah menemukan struktur bangunan dari batu dan kayu di kedalaman` beberapa ratus kaki. Penemuan mereka menjadi bukti dari kejadian banjir besar di zaman Nabi Nuh.
Para ilmuwan mempercayai bahwa penemuan tersebut membuktikan keberadaan sebuah kawasan yang telah tenggelam yang disebabkan oleh banjir besar yang melanda sekitar 5000 SM. Menurut teori mereka, banjir besar tersebut disebabkan oleh adanya pencairan gletser dari tanah tinggi di Eropa. 揑ni merupakan penemuan yang sangat menakjubkan, |
|
|
|
|
|
|
|
difahamkan Laut itu asalnya seperti laut biasa tetapi pada zaman ape ntah yang mana kerajaan itu telah membuang semua buku2 orang2 islam ke laut sehingga laut itu bertukar menjadi hitam kerana dakwatnya... begitulah betapa banyaknya buku-buku mereka pada zaman itu... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 misz^frid@y's post
tak pernah aku dengaq pasai buang2 buku + dakwat ni..... biler pulok tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by misz^frid@y at 9-10-2008 11:47 PM
difahamkan Laut itu asalnya seperti laut biasa tetapi pada zaman ape ntah yang mana kerajaan itu telah membuang semua buku2 orang2 islam ke laut sehingga laut itu bertukar menjadi hitam kerana da ...
rasanyer itu citer org mongol yg buang buku2 dari perpustakaan baghdad masuk sungai Nil sampai tukor kaler hitam air sungai tu seketika. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #14 tobby's post
mongols buang buku masok nile?? berapa jauh nak pi egypt nih... kalu buang kat yangtze tu.. aku paham gak.... tapi.. mungkin betui gak tu... sesapa bley ler verify kang... nile jadi itam sekejap ke... or mmg buku tu dicampak kat black sea nih... |
|
|
|
|
|
|
| |
|