View: 2870|Reply: 9
|
Krisis Kejatuhan Saham Dunia - update: Korban krisis
[Copy link]
|
|
Panik landa bursa saham dunia
SEORANG broker termenung melihat skrin di Bursa Saham Frankfurt semalam.
LONDON - Bursa saham dunia merudum semalam, mencatatkan kejatuhan terburuk dalam tempoh empat tahun berikutan panik di kalangan pelabur berhubung sama ada pakej untuk menyelamat krisis kewangan Amerika Syarikat (AS) akan meredakan krisis kewangan global.
Pasaran saham di London, Frankfurt dan Paris merudum lebih enam peratus sebelum melonjak semula manakala bursa saham di Moscow digantung buat kali kedua.
Sejumlah syarikat di Britain kehilangan nilai saham £60 bilion (RM364 bilion) dalam tempoh beberapa minit.
"Terdapat suasana panik," kata seorang penganalisis strategi dengan firma ING, Andrian van Tiggelen.
"Setiap orang berharap selepas pakej menyelamat di AS dan usaha menyelamat dilakukan di Eropah, semua suasana akan kembali tenang tetapi terdapat kebimbangan kuat akan berlakunya teori domino," tambahnya.
BROKER-BROKER saham berkumpul di Bursa Saham New York semalam.
Iceland menggantung perniagaan dalam saham kewangan termasuk tiga bank utama ketika terdapat laporan bahawa kerajaan menyelamatkan sektor perbankan.
Di Asia, indeks bursa saham Tokyo menurun 4.25 peratus ketika Hong Kong jatuh lima peratus, Seoul merosot 4.3 peratus dan Sydney merudum 3.3 peratus.
Indeks bursa saham terbesar Arab di Riyadh menurun hampir 10 peratus dan pasaran saham di beberapa negara di Teluk juga merudum termasuk Kuwait.
Bursa saham di New York turut menurun apabila indeks Dow Jones jatuh di bawah paras 10,000 mata buat pertama kali dalam tempoh empat tahun.
Keadaan itu berlaku ketika pelabur-pelabur bimbang krisis kredit akan mengheret ekonomi menjadi kemelesetan.
Antara saham perkhidmatan kewangan yang jatuh adalah Bank of America sebanyak lebih sembilan peratus.
Ketegangan berterusan dalam pasaran kredit meningkatkan kebimbangan mengenai masa depan ekonomi manakala tindakan menyelamatkan bank-bank di Eropah mencetuskan kebimbangan berhubung institusi kewangan global.
PELABUR-PELABUR meneliti indeks saham di bandar raya Kuwait semalam.
Sementara itu di Brazil, pasaran saham digantung selama beberapa minit ketika dibuka selepas indeks jatuh lebih 10 peratus.
Pasaran saham di Prague, Republik Czech jatuh 8.46 peratus yang merupakan kejatuhan terbesar sejak 1993.
Kejatuhan itu berlaku selepas pakej menyelamat AS diluluskan.
Ia diluluskan berikutan krisis kewangan menyebabkan Bank Lehman Brothers muflis manakala firma gergasi insurans, American International Inc., (AIG) terpaksa diselamatkan oleh Rizab Persekutuan AS. - Agensi
satu doniya kena inflasi kali ni.... usa north amerika, uk europe... asia asia pacific... cissss
[ Last edited by amazed at 8-10-2008 07:50 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
White House pantau ekonomi dunia
SAN ANTONIO - Kerajaan Amerika Syarikat (AS) semalam menyatakan bahawa White House memantau dengan teliti situasi ekonomi di seluruh dunia.
Menurutnya, agensi-agensi kewangan AS juga sentiasa berhubung dengan agensi-agensi yang sama di seluruh dunia.
Jurucakap White House, Scott Stanzel berkata, pihaknya memantau situasi ekonomi bukan sahaja di AS malah di seluruh dunia.
Kenyataan itu dikeluarkan selepas beberapa indeks bursa saham dunia merudum. "Para pegawai dari beberapa agensi kerajaan seperti Perbendaharaan dan Rizab Persekutuan juga sentiasa berhubung dengan rakan sejawat mereka dari luar negara," katanya.
Menurutnya, hubungan itu dilakukan untuk menjalinkan kerjasama bagi mempromosikan kestabilan dan meningkatkan keyakinan terhadap pasaran AS. - Agensi |
|
|
|
|
|
|
|
Korban krisis kejatuhan saham global
SALAH satu mayat mangsa tembakan dibawa keluar
dari rumah Karthik di Poter Ranch, Los Angeles kelmarin.
WASHINGTON - Seorang pemegang ijazah sarjana pentadbiran perniagaan (MBA) di Amerika Syarikat (AS), Karthik Rajaram menembak mati lima anggota keluarganya sebelum membunuh diri, lapor sebuah akhbar semalam.
Polis berkata, tragedi menyayat hati di kediaman keluarga itu di sebuah kawasan perumahan di pinggir bandar raya Los Angeles (LA) berlaku selepas Karthik, 45, kehilangan harta berikutan kejatuhan pasaran saham.
Polis tiba di kediamannya pagi kelmarin selepas menerima panggilan seorang jiran yang menunggu untuk menumpang kereta mangsa dan menemui mayat Karthik bersama sepucuk pistol yang digunakan dalam pembunuhan itu yang dibeli pada 16 September lalu.
Polis turut menemui mayat dua anak lelaki mangsa, Arjuna dan Ganesha
.
Mayat isteri Kartik, Subasri, ibu mentuanya, Indra Ramasesham dan anak lelaki sulung mangsa Khrisna pula ditemui di beberapa bilik di rumah tersebut.
Polis percaya semua mangsa itu mati akibat ditembak di kepala oleh Karthik antara malam Sabtu dan pagi kelmarin.
Turut ditemui dua nota dan sekeping wasiat yang ditulis Karthik yang pernah mengaut keuntungan £900,000 (RM5.5 juta) di bursa saham London pada 2001, hasil daripada modal sebuah syarikat internet yang diasaskan olehnya dengan modal £12,500 (RM76,598).
Dalam nota tersebut, mangsa menyatakan dia dibebani masalah kewangan teruk dan memikul tanggungjawab berhubung pembunuhan itu.
"Dalam salah satu suratnya, mangsa menyatakan dia memiliki dua pilihan sama ada membunuh diri atau membunuh anggota keluarganya dan membunuh diri. Dia membuat pilihan kedua," kata Timbalan Ketua Polis Los Angeles, Michel Moore.
"Sebuah keluarga sempurna telah musnah sama sekali. Adalah kritikal untuk kita menyedari bahawa kita kini berada dalam era kegawatan," tambahnya.
Media AS melaporkan mangsa pernah bekerja dengan firma audit PriceWaterhouseCoopers dan studio perfileman Sony Pictures tetapi telah menganggur selama beberapa bulan.
Keluarga itu dikatakan pernah hidup senang satu ketika dahulu.
Menurut akhbar Los Angeles Times, mereka memperoleh AS$750,000 (RM2.6 juta) pada 2006 selepas menjual rumah yang dibeli di Northridge, pada harga $274,000 (RM 956,865) pada tahun 1997. - Agensi
wowzieeeeeee bley jadi giler... wooo!!!! sampai suicide... nih!!! |
|
|
|
|
|
|
|
kalau la keadaan nih berterusan...
abis la pasaran saham dunia.....
lingkup jadinya...
org2 biasa yg main saham lagi la jadi papa kedana trus....
sampai ada yg bunuh diri.... |
|
|
|
|
|
|
|
hohohohooh....dh ramai yg jobless |
|
|
|
|
|
|
|
Pelabur Dow Jones panik
Dua broker bebincang di Bursa Saham New York semalam.
NEW YORK – Saham-saham yang didagangkan di Bursa Saham New York semalam jatuh teruk sehingga mengakibatkan penjualan panik besar-besaran di seluruh dunia.
Indeks Perindustrian Dow Jones jatuh di bawah paras 8,000 mata pada sesi pembukaan atau sebanyak 700 mata sebelum melonjak kembali.
Selepas 30 minit, indeks saham mewah turun 208.84 mata atau 2.43 peratus pada 8,370.35 mata berikutan kejatuhan 7.3 peratus pada hari sebelumnya.
Kejatuhan tersebut turut didorong pasaran saham Jepun, Nikkei yang merekodkan penurunan 9.6 peratus manakala bursa-bursa saham di Eropah jatuh sehingga 10 peratus.
Kegawatan pasaran saham itu berlaku ketika ketua-ketua kewangan dunia bersiap sedia untuk mengadakan pertemuan tergempar di Washington.
Penganalisis di Ritholtz Research & Analytics, Barry Ritholtz berkata, pasaran saham tidak bertindak balas terhadap pakej penyelamat berjumlah AS$700 bilion (RM2.44 trilion) dan lain-lain usaha untuk meningkatkan kecairan pasaran.
“Rizab Persekutuan dan Jabatan Perbendaharaan memberi fokus terhadap isu yang salah.
“Mereka merawat harga aset seperti rumah, saham dan bon.
“Ini pendekatan salah. Anda tidak menyembuhkan ketagihan alkohol dengan menghapuskan mabuk, anda tidak menyelesaikan keyakinan hanya dengan memotong faedah,” kata Ritholtz.
– AFP
mampos ler sapa yg main saham... rugi besaq wooo rugi.... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #6 amazed\ catat
silap haribulan jadi beggar...... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 derose83's post
tapi derose... beggar kat mesia lagi kayo... aku kerja janitor ajer... beggar kat cokit KL sana lagi banyak duit dari aku.... wooo cissssss :@ |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #8 amazed\ catat
ada gak baca news yg beggar nih leh dapat berjuta2 eks....
dashyat tul drg nih...
tapikan buat pe nk bangga sgt coz drg nih hidup keja menipu jer memanjang...
duit tu pun x berkatkan... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 derose83's post
worang yang tarak agama iman.. depa mana kisah berkat tak berkat.. kalu manusia mcm tu aman doniya nih... tapi kita kena cayer qada qadar kan...
tu yang bestfren dan worst enemy aku si beskot selalu tazkirah kat aku... dia nih.. walaupun dentist.. tapi macam alim alim gajah gak worangnya.. nasihat ke hulu nasihat ke hiliq... kan, beskot?
kalau tak kerana dia, aku pun tarak tau yg kita leh puasa sekerat sekerat hari... |
|
|
|
|
|
|
| |
|